Tourism Perak

Tourism Perak Promising Perak – a destination where natural beauty, rich heritage, and endless adventures await. Perak will surprise you! A truly World of Wonders!
(213)

Where nature, culture, delicious food and warm people will take you through a journey to ancient caves, pristine beaches and international heritage. Perak is waiting for you and your family. Official Page: Tourism Authority of Perak - Malaysia

🌳 ESCAPE IpohESCAPE Ipoh merupakan taman rekreasi luar yang menampilkan pelbagai aktiviti mencabar berasaskan alam semul...
14/05/2026

🌳 ESCAPE Ipoh
ESCAPE Ipoh merupakan taman rekreasi luar yang menampilkan pelbagai aktiviti mencabar berasaskan alam semula jadi. Ia direka untuk menggalakkan pergerakan fizikal melalui permainan dan cabaran yang menyeronokkan.

🔹 Aktiviti Outdoor – Termasuk zipline, obstacle course dan cabaran fizikal.
🔹 Konsep Alam Semula Jadi – Menggunakan persekitaran semula jadi sebagai elemen utama pengalaman.
🔹 Mesra Keluarga – Sesuai untuk semua peringkat umur.
🔹 Pengalaman Aktif – Menggabungkan keseronokan dan gaya hidup sihat.

📍 Alamat: Persiaran Meru Utama, 30020 Ipoh, Perak
🕒 Waktu Operasi: Setiap hari, sekitar 10.00 pagi – 6.00 petang
🔗 Untuk maklumat lanjut: https://www.escape.my

Tourism Perak berbesar hati menjadi sebahagian daripada “Rakan Rasmi YTF2026” sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringk...
13/05/2026

Tourism Perak berbesar hati menjadi sebahagian daripada “Rakan Rasmi YTF2026” sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Negeri Sembilan!

Jom kunjungi reruai Tourism Perak di Festival Pengembara Muda 2026 (YTF2026) dan terokai pelbagai tarikan pelancongan menarik, keunikan budaya serta produk pelancongan terbaik yang ditawarkan di Negeri Perak.

Lebih istimewa, Tourism Perak turut membawa bersama Zoo Taiping & Night Safari yang menawarkan pelbagai promosi serta tawaran tiket menarik khas untuk para pengunjung sepanjang festival berlangsung.

📍 Perkarangan D’Tempat & X’Park, Sendayan, Negeri Sembilan
📅 15 – 17 Mei 2026

Antara aktiviti menarik yang menanti anda:
🎪 Pameran & Jualan Produk Pelancongan
🎟️ Tawaran Tiket Istimewa Zoo Taiping & Night Safari
🎶 Persembahan Seni & Budaya
💡 Aktiviti Interaktif Belia

Jangan lepaskan peluang untuk mengenali lebih dekat keunikan destinasi pelancongan Negeri Perak sambil menikmati pelbagai aktiviti menarik di festival pelancongan belia terbesar ini!

13/05/2026

6,000 runners. One city. One rhythm.

The energy for Taiping Half Marathon 2026 is building stronger every day.

Registration closes at the end of May.
Don’t miss your chance to be part of The Rhythm of Taiping. 🌿🎶

See you on 9 August 2026.
Register now at www.taipinghalfmarathon.com
-

Apa Yang Best Mei Ini di Perak?Jom tengok kemeriahan Kalendar Acara Perak Mei 2026 🔥Bulan Mei kali ini memang packed den...
13/05/2026

Apa Yang Best Mei Ini di Perak?

Jom tengok kemeriahan Kalendar Acara Perak Mei 2026 🔥
Bulan Mei kali ini memang packed dengan pelbagai acara menarik di seluruh negeri Perak!

Daripada festival budaya , acara sukan & marathon , trail run , karnival komuniti ,sehinggalah event santai bersama family….semuanya ada!

Antara yang happening bulan ini:
✨ Hari Terbuka Armada TLDM
✨ Pantai Remis Half Marathon 2026
✨ Gerik Megatrails 7.0
✨ Karnival Seni Budaya Kaum India
✨ Zoorama 2026
✨ Fiesta Lorong Seni Ipoh

📍 Save siap-siap tarikh anda
📍 Ajak family & geng sekali jalan
📍 Jangan lepaskan peluang meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026 bersama Perak!

Mei ini… memang tak sempat nak bosan di Perak! 😎

🌿 Taman Alam Kinta, Batu GajahTaman Alam Kinta merupakan kawasan konservasi alam yang menampilkan ekosistem tanah lembap...
12/05/2026

🌿 Taman Alam Kinta, Batu Gajah
Taman Alam Kinta merupakan kawasan konservasi alam yang menampilkan ekosistem tanah lembap, tasik dan hutan yang kaya dengan biodiversiti. Ia menjadi lokasi sesuai untuk aktiviti santai seperti berjalan kaki dan pemerhatian burung.

🔹 Habitat Semula Jadi – Kawasan ini menempatkan pelbagai spesies burung dan hidupan liar.
🔹 Aktiviti Alam – Sesuai untuk birdwatching, fotografi dan nature walk.
🔹 Suasana Tenang – Persekitaran yang damai sesuai untuk berehat dari kesibukan bandar.
🔹 Tapak Pendidikan – Sesuai untuk lawatan sekolah dan pencinta alam.

📍 Alamat: Taman Alam Kinta, Jalan Kota Bahru, Kampar
🕒 Waktu Operasi: Setiap hari, sekitar 9.00 pagi – 5.00 petang
🔗 Untuk maklumat lanjut: https://share.google/PQy9NfeBkAoDSXvaZ

RANGKUMAN PROGRAM GERIK MEGATRAILS 2026Gerik Megatrails 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh meriah apabila ribua...
12/05/2026

RANGKUMAN PROGRAM GERIK MEGATRAILS 2026

Gerik Megatrails 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh meriah apabila ribuan peserta dan pengunjung membanjiri daerah Gerik menerusi pelbagai aktiviti lasak, rekreasi serta pengisian komuniti sepanjang penganjuran program ini.

Memasuki edisi ketiga di bawah kelolaan Majlis Daerah Gerik, program ini sekali lagi berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai antara acara utama dalam kalender pelancongan Gerik dengan mengetengahkan keindahan alam semula jadi Hulu Perak sebagai tarikan utama.

Antara pengisian utama yang mendapat sambutan luar biasa termasuk ekspedisi pacuan empat roda (4x4) bersama Kelab Rimba Bara melibatkan hampir 150 kenderaan dari seluruh negara, selain acara motocross dengan penyertaan lebih 700 motosikal pelbagai jenis yang merentasi laluan mencabar di kawasan Hutan Simpan Temengor, Piah dan Kenering.

Edisi kali ini turut menyaksikan pengenalan acara Trail Run anjuran Gerik Runner yang membawa peserta menikmati pengalaman berlari sambil dikelilingi panorama alam semula jadi Gerik yang memukau.

Penganjuran Gerik Megatrails 2026 bukan sahaja berjaya menghimpunkan komuniti pencinta aktiviti lasak dan alam semula jadi, malah terus memperkenalkan Gerik sebagai destinasi eko-pelancongan yang kaya dengan keindahan alam, budaya dan pengalaman unik untuk diterokai.





Tourism Perak ingin membuat penafian secara rasmi bahawa pihak kami tidak terlibat dengan sebarang tawaran program, penc...
10/05/2026

Tourism Perak ingin membuat penafian secara rasmi bahawa pihak kami tidak terlibat dengan sebarang tawaran program, pencarian pempengaruh atau tajaan seperti yang sedang tular di mana - mana media sosial menggunakan nama Tourism Perak.

Segala hebahan, program dan kerjasama dengan Tourism Perak akan diumumkan melalui saluran rasmi Tourism Perak. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan tidak berkongsi sebarang maklumat peribadi atau berurusan dengan pihak yang tidak disahkan oleh Tourism Perak.

Sebarang kemusykilan atau pertanyaan lanjut berkenaan program Tourism Perak boleh diajukan terus melalui semua platform rasmi Tourism Perak.

09/05/2026

KUALA KANGSAR LIBRARY FEST 2026
9 Mei 2026
Perpustakaan Awam Cawangan Utama Kuala Kangsar

Tourism Perak turut hadir memeriahkan Kuala Kangsar Library Fest 2026 yang berlangsung di Perpustakaan Awam Cawangan Utama Kuala Kangsar menerusi penyertaan dalam forum bertajuk “Mengangkat Kuala Kangsar Sebagai Hab Bibliotourism”.

Forum tersebut menampilkan YBhg. Dato’ Mohd Kamil bin Dato’ Shafie, Pengerusi Lembaga Pengarah Tourism Perak Management Berhad sebagai salah seorang panel jemputan bersama wakil daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dan Think City. Sesi forum ini membincangkan potensi perpustakaan sebagai ruang pelancongan ilmu dan komuniti yang lebih dinamik, selari dengan konsep bibliotourism yang semakin berkembang.

Perpustakaan Awam Kuala Kangsar merupakan antara dua perpustakaan di Negeri Perak yang diketengahkan sebagai perpustakaan berkonsepkan bibliotourism bersama Perpustakaan Taiping. Kedua-dua lokasi ini mempunyai keunikan tersendiri berdasarkan identiti bandar masing-masing iaitu Kuala Kangsar sebagai Bandar Diraja dan Taiping sebagai Bandar Warisan, sekali gus menjadikan perpustakaan bukan sekadar ruang pembacaan, tetapi juga platform yang menghubungkan elemen ilmu, warisan, budaya dan pelancongan.

Penganjuran Kuala Kangsar Library Fest 2026 turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti forum bibliotourism, persembahan pelajar sekolah, bengkel kreatif, pertandingan bercerita, jualan makanan dan minuman serta pelbagai pengisian komuniti yang menghimpunkan pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat.

KUALA KANGSAR LIBRARY FEST 20269 Mei 2026Perpustakaan Awam Cawangan Utama Kuala KangsarTourism Perak turut hadir memeria...
09/05/2026

KUALA KANGSAR LIBRARY FEST 2026
9 Mei 2026
Perpustakaan Awam Cawangan Utama Kuala Kangsar

Tourism Perak turut hadir memeriahkan Kuala Kangsar Library Fest 2026 yang berlangsung di Perpustakaan Awam Cawangan Utama Kuala Kangsar menerusi penyertaan dalam forum bertajuk “Mengangkat Kuala Kangsar Sebagai Hab Bibliotourism”.

Forum tersebut menampilkan YBhg. Dato’ Mohd Kamil bin Dato’ Shafie, Pengerusi Lembaga Pengarah Tourism Perak Management Berhad sebagai salah seorang panel jemputan bersama wakil daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dan Think City. Sesi forum ini membincangkan potensi perpustakaan sebagai ruang pelancongan ilmu dan komuniti yang lebih dinamik, selari dengan konsep bibliotourism yang semakin berkembang.

Perpustakaan Awam Kuala Kangsar merupakan antara dua perpustakaan di Negeri Perak yang diketengahkan sebagai perpustakaan berkonsepkan bibliotourism bersama Perpustakaan Taiping. Kedua-dua lokasi ini mempunyai keunikan tersendiri berdasarkan identiti bandar masing-masing iaitu Kuala Kangsar sebagai Bandar Diraja dan Taiping sebagai Bandar Warisan, sekali gus menjadikan perpustakaan bukan sekadar ruang pembacaan, tetapi juga platform yang menghubungkan elemen ilmu, warisan, budaya dan pelancongan.

Penganjuran Kuala Kangsar Library Fest 2026 turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti forum bibliotourism, persembahan pelajar sekolah, bengkel kreatif, pertandingan bercerita, jualan makanan dan minuman serta pelbagai pengisian komuniti yang menghimpunkan pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Address

Ipoh

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6052499966

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tourism Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Tourism Perak:

Share