Kelab Pemuda PAS Perak

Kelab Pemuda PAS Perak Ditubuhkan untuk membantu kempen PAS/ menjawab tohmahan terhadap parti khususnya di Negeri Perak dan di peringkat persekutuan MALAYSIA melalui media sosial.

Menegakkan Negara Islam (khilafah) yang diruntuhkan oleh Penjajah adalah wajib buat masa kini. PAS merupakan sebahagian daripada gerakan -gerakan islam sedunia yang berjuang melalui demokrasi untuk membunuh demokrasi serta mengantikanya dengan sistem Negara Islam Khilafah. Sabda Nabi;"Akan ada sebahagian dari umatku yang terus berjuang menegakkan Islam, Mereka tidak boleh dikalahkan atau disenyapk

an oleh sesiapapun"

"kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO,
kita menentang BN bukan kerana nama dia BN,
kita menentang mereka kerana (masih) mengekalkan perlembegaan penjajah,(masih) mengekalkan peraturan Jahiliah,(masih) mengekalkan peraturan Kafir". Kerana itulah kita menentang Mereka, dan kerana itulah kita berlawan dengan mereka"

07/04/2025

Kesan Reciprocal Tariffs ke atas Malaysia - Apa yang perlu anda Tahu?

1. Malaysia tidak akan mengalami kenaikan harga barang secara langsung selagi kerajaan tidak mengenakan tarif balas terhadap barangan import dari AS. MITI telah mengesahkan bahawa Malaysia memilih rundingan berbanding tindakan balas.

2. Sektor semikonduktor yang mewakili hampir separuh eksport Malaysia ke AS juga tidak terjejas buat masa ini kerana dikecualikan daripada tarif tersebut. Namun, separuh daripada eksport Malaysia ke AS melibatkan barangan lain yang mungkin dikenakan tarif, yang ini boleh memberi kesan kepada hasil perdagangan negara.

3. Jika perdagangan global terjejas akibat tarif ini, ekonomi Malaysia juga akan menerima tempias. Dengan jumlah perdagangan negara (RM2.88 trilion) yang lebih besar daripada saiz ekonomi (RM1.93 trilion), kelembapan global boleh menyebabkan permintaan terhadap barangan Malaysia menurun. Ini akan memberi kesan kepada sektor pembuatan, peluang pekerjaan, serta kadar pertumbuhan ekonomi.

4. Sebagai rekod pada tahun lalu (2024), eksport Malaysia ke AS bernilai RM198.65 bilion, lebih tinggi berbanding eksport ke China (RM187.67 bilion). Sekiranya permintaan dari AS berkurang akibat tarif ini, pendapatan eksport Malaysia juga akan merosot.

5. Selain itu, kesan juga boleh dilihat pada pasaran kewangan, termasuk nilai Ringgit dan pasaran saham, sekiranya kelembapan ekonomi global memberi impak besar kepada Malaysia.

6. Akhirnya, kesan penuh terhadap Malaysia bergantung kepada bagaimana polisi tarif ini dilaksanakan serta tindak balas negara lain dalam rundingan perdagangan global.

Khairul Azri
https://web.facebook.com/mkhairulazri/posts/10236846665855317

04/08/2021

Minda Presiden PAS

AWAS! JANGAN JADI PANGKALAN ATAU PROKSI KUASA ASING

Sejarah pertembungan kuasa besar sering kali menjadikan tanah jajahannya sebagai pangkalan hadapan bagi menghadapi pihak musuh. Ia merupakan strategi yang sering kali digunakan dalam sejarah perang dunia bagi mengelak tanah airnya sendiri daripada menjadi sasaran secara langsung.

Perang Dunia Kedua adalah iktibar paling dekat, walaupun sudah berlalu lebih setengah abad. Utara Afrika, Timur Tengah, Asia Tenggara dan Kep**auan Pasifik dipilih oleh pihak Berikat dan sekutunya sebagai medan perang atau tempat ujian senjata dalam menghadapi Jerman, Jepun dan Itali.

Risiko korban kalah atau korban menang di pihak Berikat bukan daripada kaum bangsa mereka sendiri, tetapi statistik menunjukkan mangsa korban yang paling ramai adalah anak negeri jajahan, sama ada rakyat yang dikerah menjadi tentera penjajah atau rakyat umum.

Bagi Tanah Melayu dan kini Malaysia telah menjadi pangkalan hadapan dan medan perang kepada British ketika menghadapi serangan Jepun. Rakyat tanah air kita menjadi mangsa perang yang lebih ramai dan parah sehingga mengorbankan askar bukan bangsa British yang dikerah menjadi tenteranya. Rakyat juga menghadapi kesan ekonomi yang paling menghimpit kehidupan mereka.

Banyak negara selepas merdeka ditinggalkan dalam keadaan yang lemah sehingga memerlukan pangkalan tentera negara penjajah bagi menjaga keselamatan dan kepentingannya sepanjang masa. Sebenarnya bukan menjaga keamanan dan keselamatan negara itu, tetapi menjaga kepentingan dan menjadi pangkalan hadapan negara penjajah apabila menghadapi musuh dalam pertempuran.

Selepas kita mencapai kemerdekaan, penjajah Barat p**ang ke negara masing-masing dan berlaku Perang Dingin, khususnya perang ekonomi antarabagsa. Kita juga menjadi pembekal kepada mereka dengan kekayaan hasil bumi kita bagi menjana kekuatan ekonomi kepada negara besar itu.

Negara kita dibebaskan pada zahirnya tetapi dalam keadaan lemah dari sudut politik, ekonomi dan ilmu, khususnya sains dan teknologi sehingga terus bergantung kepada negara penjajah dalam pelbagai bentuk yang terkini. Ada negara yang dijadikan pangkalan industri, tetapi rakyat tempatan hanya sekadar menjadi pekerja yang murah tanpa pemindahan teknologi yang maju kepada rakyat tempatan.

Berlakunya pertembungan dalam kalangan manusia adalah fitrah alam yang tidak berubah sejak keluarga terawal Nabi Adam AS, tetapi cara pendekatan dan pemainannya mengalami perubahan. Pada zaman wujudnya banyak negara kini, maka berlaku pertembungan dalam negara dan bangsa sehingga pertembungan antara kuasa besar.

Kita wajib punya kesedaran sendiri untuk menjadi negara yang kuat kerana Islam pernah menjadi kuasa besar yang adil kepada seluruh manusia setelah berjaya menumbangkan dua kuasa besar dunia yang bertembung sehingga Allah menurunkan wahyu menentukan pendirian ketika belum lagi ada negara. Firman Allah:

﴿الم١ غُلِبَتِ الرُّومُ٢ فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ٣ فِي بِضْعِ سِنِينَ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ٤ بِنَصْرِ اللَّهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ٥﴾ [الروم: 1-5]

“Alif Laam Miim (1) Telah dikalahkan bangsa Rumawi (2) Di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang (3) Dalam beberapa tahun lagi. Bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang). Dan di hari (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman. (4) Kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Dialah Maha Perkasa lagi Penyayang. (5)” [Surah ar-Rum: 1-5]

Umat Islam wajib berwaspada dalam pergolakan politik antarabangsa terkini, di mana wujud pertembungan antara kuasa besar Barat, Amerika dan sekutunya yang berdepan dengan kuasa besar Timur khususnya China. Maka umat Islam wajib berwaspada supaya tidak melakukan perubahan yang negatif terhadap mereka. Firman Allah:

﴿ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ١١﴾ [الرعد: 11]

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia(11)” [Surah ar-Ra'd: 11]

Ternyata bahawa kuasa terkini Amerika dan sekutunya merancang strategi mencari negara yang jauh daripadanya untuk menjadi barisan hadapan pertahanan khususnya di negara Asia Tenggara. Malaysia yang terletak antara Laut China Selatan dan Selat Melaka bakal mengulangi senario Perang Dunia Kedua dalam bentuk baharu dengan menyediakan kerajaan yang bersedia menjadi proksi kepadanya dan mendukung para pemimpin dan parti politik yang bersedia menubuhkan kerajaan proksinya.

Senjata sulit yang halus menggunakan media yang ditaja oleh pihak asing dan tidak berakhlak, diberi peranan untuk mempengaruhi rakyat supaya tidak ada kepekaan politik yang sedar dan insaf. Media tersebut digunakan untuk melekakan rakyat supaya terlupa bakal menjadi sasaran dan mangsa korban percaturan politik kuasa besar tersebut.

Rakyat wajib berwaspada terhadap para pemimpin dan parti politik yang berpegang kepada kaedah matlamat menghalalkan segala cara. Rakyat juga perlu sentiasa berwaspada terhadap bala tentera upahan khususnya media tajaan pihak asing yang memainkan peranan dengan bayaran upah yang semahal-mahalnya bagi menjayakan agenda mewujudkan kerajaan proksi yang boleh digunakan tanpa peduli rakyat yang menjadi korbannya.

Bencana Afghanistan dan Iraq dijadikan medan perang cukup menjadi pengajaran kepada semua. Dalam masa yang sama, perlu disedari bahawa tidak ada negara yang menjadi kuasa besar dunia akan kekal selama lamanya. Oleh itu, jangan sekali-kali percaya kepada jaminan perlindungan yang kononnya ikhlas daripada kuasa besar itu.

Kita wajib bersikap bijak dan tidak menjadi mangsa korban serta pangkalan atau proksi kepada pertembungan yang mengorbankan diri kita bagi pihak negara kuasa besar itu.

Maka, kita mesti menolak parti dan pemimpin yang dicaturkan oleh pihak lain. Jadilah umat yang merdeka sepenuhnya. Selamatkan negara daripada dipergunakan rakyat dan tanah air oleh mereka. Jangan ulangi sejarah hitam yang menyedihkan. Tegakkan negara yang benar-benar merdeka dan berdaulat.

Namun serangan pemikiran melalui media upahan menghakis kesedaran politik, sekurang-kurangnya menjadikan orang tidak mempedulikan kepada politik kerana bosan dengannya, sehingga meninggalkan kewajipan mempertahankan kuasa yang menyelamatkan umat. Akhirnya kuasa jatuh ke tangan mereka yang menjadi alat kepada musuh tersebut.

Maka bacalah media dengan penuh kesedaran dan bijak sehingga memahami segala yang tersirat, bukan sahaja yang tersurat. Firman Allah:

﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ٦﴾ [الحجرات: 6]

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (6)” [Surah al-Hujurat: 6]

Khususnya kita berada pada zaman fitnah yang banyak kebohongan yang mengelirukan dengan peranan media yang menjadi senjata perang yang meruntuhkan jati diri.

Maka kenali media yang paling laris menjadi propaganda mereka, serta parti dan para pemimpin yang dipergunakannya. Jadilah umat dan negara yang berdaulat bukan menjadi alat.

Yakinilah firman Allah:

﴿وَقَدْ مَكَرُوا مَكْرَهُمْ وَعِنْدَ اللَّهِ مَكْرُهُمْ وَإِنْ كَانَ مَكْرُهُمْ لِتَزُولَ مِنْهُ الْجِبَالُ٤٦ فَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ مُخْلِفَ وَعْدِهِ رُسُلَهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ ذُو انْتِقَامٍ٤٧﴾ [إبراهيم: 46-47]

“Dan sesungguhnya mereka telah membuat perancangan jahat yang besar padahal di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka itu. walaupun sesungguhnya perancangan mereka itu (amat besar) sehingga gunung-gunung dapat lenyap kerananya. (46) Kerana itu janganlah sekali-kali kamu mengira Allah akan menyalahi janji-Nya kepada rasul-rasulNya; sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi mempunyai pembalasan. (47)” [Surah Ibrahim: 46-47]

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 25 Zulhijjah 1442 / 4 Ogos 2021

𝗦𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗶 𝟭𝟮𝟬 𝗧𝗮𝗷𝘂𝗸 𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗚𝘂𝗿𝘂 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗛𝗮𝗱𝗶 𝗔𝘄𝗮𝗻𝗴 Koleksi Premium Audio Kuliah ini mengandungi kuliah tafsir...
01/02/2021

𝗦𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗶 𝟭𝟮𝟬 𝗧𝗮𝗷𝘂𝗸 𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗚𝘂𝗿𝘂 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗛𝗮𝗱𝗶 𝗔𝘄𝗮𝗻𝗴

Koleksi Premium Audio Kuliah ini mengandungi kuliah tafsir, kuliah tentang fiqh ibadah, dan yang paling menarik, Tok Guru membongkarkan tentang gerakan Freemason!

Untuk produk ini, kami buka untuk pratempah sehingga 4 Februari 2021.

Tempah sekarang dan dapatkan tawaran ISTIMEWA.

Klik di sini:
https://bukutghh.onpay.my/order/form/audiokuliah/muhamad_afiqullah

Atau hubungi talian :

http://www.wasap.my/+60166893104/audioTGHH

16/06/2020
14/06/2020
16/05/2020

ANWAR IBRAHIM

Satu minit tidak mempercayai Mahathir, satu minit lagi berkeras untuk bekerjasama dengan Mahathir. Berlaku dalam masa yang sangat singkat.

Sekiranya anda mempelajari tentang lelaki ini, anda akan mengetahui betapa beliau tidak konsisten.

Sejak dibebaskan dari penjara, dia telah mengeliling negara dan dunia memberitahu setiap orang bahawa dia mempunyai majoriti dan dia akan menjadi PM. Dia begitu yakin bahawa dia menghantar orang jahatnya seperti Otai Reformasi, Abdullah Sani dan sebagainya untuk meminta Mahathir agar mengundurkan diri. Malah, dia secara terbuka menyerang Mahathir. Begitulah yakinnya dia.

Akhirnya, Mahathir pun mengundurkan diri dan ini memberi peluang kepada Anwar untuk membuktikan bahawa dia mempunyai majoriti seperti yang beliau tuntut sejak dibebaskan dari penjara.

Anwar membawa anak buahnya ke istana. Tetapi ternyata dia tidak memiliki 122. Dia mungkin memiliki 106, tetapi tidak 122.

Oleh kerana itulah, Anwar menghantar anak buahnya sekali lagi untuk mengejar Mahathir, dan menyalahkan Mahathir kerana melanggar janji.

Perkara yang lucu adalah, jika Mahathir tidak melepaskan kerusi PM seperti yang beliau katakan, manakala dia p**a mempunyai majoriti seperti yang dia katakan, sudah pasti dia menjadi PM. Tetapi ini tidak berlaku. Sepatutnya pada waktu itu hanyalah dengan menamakan 122 kerusi yang memihak dirinya kepada pihak istana.

Hari ini (dua bulan kemudian), setelah menyalahkan orang lain dan tidak sabar, dia mahu bekerjasama dengan Mahathir sekali lagi. Dia malah menghulurkan tengkoknya untuk mempertahankan kerjasama beliau dengan Mahathir.

Jadi bagaimana kita harus mempercayainya? Satu minit dia mengatakan jangan mempercayai Mahathir kerana Mahathir adalah orang jahat. Sekarang dia mengatakan tolong percaya Mahathir lagi.

Sebenarnya tidak sukar untuk difahami. Terimalah kenyataan bahawa lelaki ini tergila-gila untuk menjadi PM. Baru masuk akal.

"...Akan turun keberkatan dari langit dan keluar dari bumi" apabila islam memimpin
13/05/2020

"...Akan turun keberkatan dari langit dan keluar dari bumi" apabila islam memimpin

KUALA LUMPUR: Jumlah dagangan saham di Bursa Malaysia mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah hari ini, selepas 9.59 bilion unit bernilai RM5.1 bilion diniagakan menjelang penutup petang tadi.

Ummm..
30/04/2020

Ummm..

Address

Ipoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Pemuda PAS Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share