Dewan Ulamak PAS Perak

Dewan Ulamak PAS Perak ".....sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah Ulamak...." [QS Fathir : 8]

12/05/2026

Kenyataan Media
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)

Kenyataan Berhubung Ceramah YB Datuk Ustaz Nik Zawawi Salleh

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengambil maklum dan memandang serius polemik yang timbul susulan ceramah YB Datuk Ustaz Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh di Kuala Terengganu.

2. Setelah meneliti sedutan rakaman ceramah tersebut serta mendapatkan penjelasan daripada pihak berkaitan, DUPP mengakui bahawa terdapat beberapa kenyataan yang tidak tepat dari sudut fakta sejarah berkaitan latar kehidupan para Sahabat Rasulullah ﷺ, khususnya Saidina Abu Bakar RA, Saidina Umar RA dan Saidina Uthman RA sebelum Islam.

3. DUPP menegaskan bahawa para Sahabat Rasulullah ﷺ merupakan generasi terbaik umat ini yang wajib dimuliakan serta dipelihara kehormatan mereka. Sebarang huraian berkaitan sejarah dan keperibadian mereka, khususnya kehidupan mereka pada zaman Jahiliyyah, hendaklah disampaikan secara tepat, beradab serta berpandukan disiplin ilmu yang sahih.

4. DUPP juga telah menyampaikan teguran serta peringatan secara dalaman kepada YB Dato’ Ustaz Nik Zawawi Salleh agar lebih cermat dan berhati-hati dalam menyampaikan fakta sejarah Islam, khususnya dalam perkara yang melibatkan kedudukan serta kemuliaan para Sahabat Rasulullah ﷺ.

5. Pada masa yang sama, DUPP menghargai teguran para asatizah dan ilmuwan yang disampaikan secara beradab, ilmiah serta bersandarkan fakta yang sahih. Budaya saling menasihati dalam perkara ilmu perlu terus diperkukuhkan demi memelihara kefahaman Islam yang benar dalam masyarakat.

6. DUPP komited untuk terus memperkemaskan panduan penyampaian dakwah agar setiap penyampaian dibuat dengan lebih teliti, berhikmah serta mematuhi disiplin ilmu dan adab Islam.

Sekian.

YB Ustaz Dato’ Haji Mohd Nor bin Hamzah
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

12 Mei 2026 Miladi bersamaan 25 Zulkaedah 1447 Hijriah

Konsep AKIFI:AlimharaKIsuFI
12/05/2026

Konsep AKIFI:
Alim
haraKI
suFI

Peringkat Amal Islami (مراتب الأعمال الإسلامية)Dakwah + Tarbiyyah + SiyasahDasar:كُنتُمۡ خَیۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنّ...
06/05/2026

Peringkat Amal Islami (مراتب الأعمال الإسلامية)
Dakwah + Tarbiyyah + Siyasah

Dasar:
كُنتُمۡ خَیۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِۗ
[Surah Āli-ʿImrān: 110]

كلكم راع و كلكم مسؤول عن رعيته.
Peringkat 1: Pembentukan individu Muslim
تكوين الفرد المسلم
Elemen Tarbiah

Dasar:
وَنَفۡسࣲ وَمَا سَوَّىٰهَا (7) فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَىٰهَا (8) قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّىٰهَا (9) وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّىٰهَا (10)
[Surah Ash-Shams: 7-10]

Model Kerangka / Pendekatan:

1. 10 Rukun Baiah, Usul 20 al-Fahm dan 10 Muwashafat Tarbiyyah - Ikhwan Muslimin.

2. AKIFI, Silibus Manhaj Tarbiah - PAS.

3. Muzakarah 6 Sifat Sahabat, Tertib Khuruj Fisabilillah - Jemaah Tabligh.

4. Rukun Tarekat Ba 'Alawi: al-Manhaj as-Sawi karangan Habib Zain bin Sumaith.

5. Himpunan Risalah Badiuzzaman Said Nursi - Jemaah Nur.

6. Konsep Islamisasi ilmu dan Ta'dib - Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas, ISTAC.

7. Konsep Tashfiyyah dan Tarbiyyah - Dakwah Salafiyyah Sheikh Nashiruddin al-Albani.

8. Manhaj Azhari - Jami'ah al-Azhar.
Peringkat 2: Pembentukan keluarga Muslim
بناء الأسرة المسلمة.
Elemen Tarbiah

Dasar:
خيرُكُم خيرُكم لِأهْلِهِ ، وَأَنَا خيرُكم لِأَهْلِي

Bacaan:

1. Qanun Baitil Muslim Sheikh Said Hawwa.

2. Tarbiyatul Aulad Dr. Nashih 'Ulwan.

3. Tuhfatul 'Arus Sheikh Mahmud Mahdi al-Istanbuli

4. Adabul Zafaf Sheikh Nashiruddin al-Albani

5. Garis Panduan Keluarga Haraki Lajnah Pembangunan Insan dan Kerukunan Keluarga PAS Pusat.

Peringkat 3: Pembentukan Komuniti Muslim
إرشاد المجتمع المسلم.
Elemen Dakwah

Dasar:
تلزم جماعة المسلمين و ‫إ‬مامهم

Model Kerangka / Pendekatan:

1. Rukun Usrah (Ta'aruf, Tafahum, Takaful) dengan 3 peringkat dakwah (Ta'rif, Takwin, Tanfidz - Ikhwan Muslimin, PAS.

2. Tertib Khuruj Fisabilillah - Jemaah Tabligh.

Bacaan:

1. Siri Tarsyid Shahwah Sheikh Yusuf al-Qardhawi.

2. Karangan Sheikh Said Hawwa.

3. Manhaj Tarbiah PAS

Peringkat 4: Berperanan dalam sistem kenegaraan
إصلاح الحكومة
Elemen Siasah
‫إ‬قامة الدين و سياسة الدنيا به

Dasar:
سَبعةٌ يُظِلُّهمُ اللهُ يَومَ القيامةِ في ظِلِّه يَومَ لا ظِلَّ إلَّا ظِلُّه: إمامٌ عادِلٌ.

Dipilih sebagai Pembuat Dasar - Badan Legislatif bagi melaksanakan agenda Islam melalui pilihanraya bagi mengangkat calon pemimpin yang memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Islam: qawiyy, amin, hafidz, 'alim.

Sistem pemerintahan Persekutuan Malaysia - Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen:

Peringkat 1: Kerajaan Persekutuan - Ahli Parlimen, Menteri.
Peringkat 2: Kerajaan Negeri - Ahli Dewan Undangan Negeri, EXCO Kerajaan Negeri.
Peringkat 3: Kerajaan Tempatan (PBT) (Dewan Bandaraya / Majlis Perbandaran / Majlis Daerah) - Ahli Majlis.
Peringkat 4: Jawatankuasa Kampung/Komuniti (JPKK/JPKKP)

Peranan:
1. Membebaskan sistem pemerintahan daripada penyusupan anasir sekularisme.
2. Mengembalikan fungsi sebenar Perkara 3 Perlembagaan Islam Agama Persekutuan Malaysia sebagai ad-DIN menurut neraca Islam.
Peringkat 5: Berperanan di peringkat antarabangsa (ustaziyatul 'alam) أستاذية العالم

Elemen Siasah

Dasar:
وَلَقَدۡ كَتَبۡنَا فِی ٱلزَّبُورِ مِنۢ بَعۡدِ ٱلذِّكۡرِ أَنَّ ٱلۡأَرۡضَ یَرِثُهَا عِبَادِیَ ٱلصَّـٰلِحُونَ
[Surah Al-Anbiyāʾ: 105]

إنَّ اللهَ زوَى لي الأرضَ فرأَيْتُ مَشارِقَها ومَغارِبَها فإنَّ أُمَّتي سيبلُغُ مُلْكُها ما زوَى لي منها

- Penubuhan Khilafah Islam / Kuasa Besar Umat Islam

- Alam Islami: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)

- PBB

- ASEAN

- Pertubuhan Islam Antarabangsa (Kesatuan Ulama Islam Sedunia)

- Menangani isu-isu global

Terbitan: Lajnah Penyelidikan Dewan Ulamak PAS Perak.

27/04/2026

MTO Siri 18 - Isnin | 27 April 2026 | Kitab Safinatun Najah | Fiqh

▪️Bersama: UstazAkmal Zainudi (Dewan Ulamak Kawasan Beruas)

▪️ Isnin
▪️ 27 April 2026
▪️ 9:30 malam
▪️ Anjuran: Lajnah Penerangan & Media Baru dengan kerjasama Lajnah Tafaquh DUPN Perak

𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗜𝗡𝗜Minggu Tafaqquh Online (MTO) - April 2026 ▪️Isnin : Kitab Safinatun Najah (Fiqh)▪️Tarikh : 27 April 2026▪️Jam :...
27/04/2026

𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗜𝗡𝗜

Minggu Tafaqquh Online (MTO) - April 2026
▪️Isnin : Kitab Safinatun Najah (Fiqh)

▪️Tarikh : 27 April 2026
▪️Jam : 9.30 malam
▪️ Penyampai : 𝓤𝓼𝓽𝓪𝔃 𝓐𝓴𝓶𝓪𝓵 𝓩𝓪𝓲𝓷𝓾𝓭𝓲 (Dewan Ulamak PAS Kawasan Beruas)

Akan disiarkan secara langsung di Facebook ini

26/04/2026

MTO Siri 17 - Ahad | 26 April 2026 | Kitab Hidayatul Azkiya' | Tasawwuf

▪️Bersama: Ustaz Mohd Bakri Abd Rahim (Timbalan Lajnah Penerangan DUPN Perak)

▪️ Ahad
▪️ 26 April 2026
▪️ 9:30 malam
▪️ Anjuran: Lajnah Penerangan & Media Baru dengan kerjasama Lajnah Tafaquh DUPN Perak

𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗜𝗡𝗜Minggu Tafaqquh Online (MTO) - April 2026 ▪️Ahad : Kitab Hidayatul Azkiya (Tasawwuf)▪️Tarikh : 26 April 2026▪️J...
25/04/2026

𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗜𝗡𝗜

Minggu Tafaqquh Online (MTO) - April 2026
▪️Ahad : Kitab Hidayatul Azkiya (Tasawwuf)

▪️Tarikh : 26 April 2026
▪️Jam : 9.30 malam
▪️ Penyampai : 𝓤𝓼𝓽𝓪𝔃 𝓜𝓸𝓱𝓭 𝓑𝓪𝓴𝓻𝓲 𝓐𝓫𝓭 𝓡𝓪𝓱𝓲𝓶 (Timbalan Lajnah Penerangan DUPN Perak)

Akan disiarkan secara langsung di Facebook ini

25/04/2026

MTO Siri 16 - Sabtu | 25 April 2026 | Kitab Tafsir Nurul Ehsan | Tafsir / Taddabbur Surah Ad-Dhuha

▪️Bersama: Ustaz ArmanYusop (AJK Dewan Ulamak PAS Negeri Perak)

▪️ Sabtu
▪️ 25 April 2026
▪️ 9:30 malam
▪️ Anjuran: Lajnah Penerangan & Media Baru dengan kerjasama Lajnah Tafaquh DUPN Perak

𝓡𝓲𝓼𝓪𝓵𝓪𝓱 𝓟𝓮𝓷𝓮𝓻𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐭𝐮 '𝐁𝐞𝐫𝐞𝐫𝐭𝐢'Oleh: Syafiq Hamid, AJK Lajnah Penerangan, Dewan Ulamak PAS PerakD...
25/04/2026

𝓡𝓲𝓼𝓪𝓵𝓪𝓱 𝓟𝓮𝓷𝓮𝓻𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷

𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐭𝐮 '𝐁𝐞𝐫𝐞𝐫𝐭𝐢'

Oleh: Syafiq Hamid, AJK Lajnah Penerangan, Dewan Ulamak PAS Perak

Dalam landskap parti politik hari ini, kita semakin melihat satu peralihan halus tetapi signifikan daripada politik yang berasaskan penyelesaian kepada politik yang berasaskan persepsi. Pemimpin tidak lagi dinilai sepenuhnya melalui keberkesanan dasar atau kekuatan sistem yang dibina, tetapi melalui kemampuan mereka mencipta "rasa"; rasa bangga, rasa menang, rasa terlibat. Di sinilah bermulanya dominasi pendekatan yang boleh difahami melalui beberapa kerangka teori seperti populism, spectacle politics, dan manip**asi emosi massa.

Fenomena ini sebenarnya bukan baru. Seawal zaman Juvenal, konsep “bread and circus” telah mengkritik bagaimana pemerintah mengekalkan kestabilan dengan memberi keselesaan dan hiburan kepada rakyat. Dalam versi moden, ia muncul dalam bentuk yang lebih kompleks, acara besar, konvoi bermotor, Himpunan Pejuang Melayu, festival hiburan, dan pelbagai bentuk aktiviti yang mencipta keterujaan kolektif tetapi tidak semestinya menyentuh akar masalah masyarakat. Apa yang berlaku di sini boleh difahami sebagai “spectacle sebagai alat kawalan” di mana perhatian rakyat dialihkan daripada isu struktur kepada pengalaman emosi.

Dalam konteks ini, muncul p**a satu pendekatan yang sering digunakan dalam politik kontemporari: populism. Populism adalah bentuk yang manip**atif, ia cenderung memberi apa yang rakyat mahu dengar, bukan apa yang mereka perlu faham. Ia membina naratif mudah, simbolik dan penuh emosi. Rakyat tidak diajak berfikir secara mendalam, tetapi diajak merasa marah, bangga, atau teruja. Dari sinilah lahir idea bahawa “rasa menang lebih penting daripada menang sebenar.” Kemenangan tidak lagi diukur melalui perubahan sistemik, tetapi melalui momen-momen simbolik yang memberi kepuasan segera.

Untuk mengukuhkan emosi ini, pemimpin sering memperkenalkan apa yang boleh disebut sebagai “vision yang dibina, bukan dicapai.” (WINS 2051) Vision ini bukanlah pelan strategik yang jelas, tetapi satu naratif yang direka untuk memberi harapan. Ia kedengaran besar, megah, dan menginspirasikan, tetapi kabur dari segi pelaksanaan. Dalam keadaan ini, rakyat merasa seolah-olah mereka sedang menuju ke arah kejayaan, walaupun asas sebenar kejayaan itu belum dibina. Vision menjadi alat psikologi, bukan kompas realiti.

Masalah menjadi lebih kompleks apabila pemimpin sendiri mula terperangkap dalam naratif yang mereka cipta. Di sinilah muncul fenomena “pemimpin yang percaya ilusi sendiri.” Pada tahap ini, mereka bukan lagi sekadar mempengaruhi persepsi rakyat, tetapi kehilangan keupayaan untuk membezakan antara persepsi dan realiti. Kritik dilihat sebagai ancaman, bukan sebagai mekanisme pembetulan. Sistem menjadi rapuh kerana ia tidak lagi berpaksikan realiti, tetapi kepada kepercayaan yang dibina secara kolektif.

Dalam masa yang sama, peranan rakyat juga tidak boleh diketepikan. Dalam teori psikologi massa, seperti yang dibincangkan oleh Gustave Le Bon, kump**an besar manusia cenderung bertindak berdasarkan emosi, bukan rasional. Ini menjadikan rakyat sebagai “mob”: kuasa yang besar tetapi tidak stabil. Sokongan boleh melonjak dengan cepat apabila emosi dipacu, tetapi boleh runtuh sama pantas apabila realiti mula menyusul. Dalam keadaan ini, pemimpin yang mahir mengawal emosi massa mampu mengekalkan kuasa walaupun tanpa asas yang kukuh.

Kesemua ini akhirnya membawa kepada satu dilema asas dalam kepimpinan moden iaitu “substance vs spectacle.” Di satu sisi, terdapat kepimpinan yang fokus kepada pembinaan sistem berdasarkan Islam, ekonomi berdasarkan Islam, dan struktur jangka panjang sesuatu yang perlahan, kompleks, dan kurang menarik dari segi emosi. Di sisi lain, terdapat kepimpinan yang menumpukan kepada persepsi, hiburan, dan simbol sesuatu yang cepat, memuaskan, tetapi rapuh. Bahkan "manufactured vision" juga dibina sebagai contoh negara atau parti politik kita yang kuat, pemimpin sebagai hero dan rakyat sebagai sebagagian daripada glory itu. Dalam banyak kes, masyarakat secara tidak sedar lebih cenderung memilih spectacle kerana ia lebih mudah dirasai berbanding substance yang memerlukan kesabaran dan kefahaman.

Dalam konteks kehidupan individu p**a, fenomena ini selari dengan peralihan nilai yang semakin ketara. Ramai yang sibuk mengejar kejayaan duniawi kedudukan dan jawatan, pendapatan, dan status sosial sehingga melupakan dimensi dalaman yang lebih penting. Tanggungjawab sebagai khalifah, yang menuntut membawa agama sebagai cara hidup, semakin terpinggir. Agama tidak ditolak, tetapi tidak lagi menjadi asas dalam membentuk cara berfikir dan membuat keputusan. Ia wujud, tetapi tidak mendalam.

Akhirnya, persoalan yang perlu ditanya bukan sekadar tentang kegagalan ahli politik menyelesaikan isu, tetapi tentang kecenderungan kolektif masyarakat itu sendiri. Selagi manusia lebih tertarik kepada hiburan daripada ilmu, lebih memilih rasa daripada realiti, dan lebih mengejar simbol daripada substansi, selagi itu politik persepsi akan terus mendominasi.

Perubahan sebenar hanya akan berlaku apabila fokus dialihkan daripada menjadi penonton kepada menjadi pemerhati yang sedar, daripada sekadar menikmati kepada memahami, dan daripada mengejar kejayaan luaran kepada membina makna yang lebih mendalam. Tanpa perubahan ini, masyarakat akan terus bergerak, tetapi tanpa arah yang jelas.



𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗜𝗡𝗜Minggu Tafaqquh Online (MTO) - April 2026 ▪️Sabtu : Kitab Tafsir Nurul Ehsan - Jilid 4 (Tafsir/Tadabbur)▪️Tarik...
25/04/2026

𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗜𝗡𝗜

Minggu Tafaqquh Online (MTO) - April 2026
▪️Sabtu : Kitab Tafsir Nurul Ehsan - Jilid 4 (Tafsir/Tadabbur)

▪️Tarikh : 25 April 2026
▪️Jam : 9.30 malam
▪️ Penyampai : 𝓤𝓼𝓽𝓪𝔃 𝓐𝓻𝓶𝓪𝓷 𝓨𝓾𝓼𝓸𝓹 (AJK Dewan Ulamak PAS Negeri Perak)

Akan disiarkan secara langsung di Facebook ini

24/04/2026

PERTUBUHAN PENGURUSAN KECEMASAN BENCANA MALAYSIA

Address

No. 13 , Medan Istana 3, Bandar Ipoh Raya
Ipoh
30000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Ulamak PAS Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Ulamak PAS Perak:

Share