PERAK Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM

PERAK Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM memaparkan aktiviti-aktiviti Jabatan Ukur Negeri Perak

01/06/2026

π——π—”π—¨π—Ÿπ—”π—§ π—§π—¨π—”π—‘π—žπ—¨

π™ˆπ™šπ™§π™–π™›π™–π™  π™Žπ™šπ™’π™—π™–π™ 𝙙𝙖𝙣 π™Žπ™šπ™©π™žπ™£π™œπ™œπ™ž-π™π™žπ™£π™œπ™œπ™ž π™π™˜π™–π™₯𝙖𝙣 π™π™–π™π™£π™žπ™–π™

π™†π™€π˜½π˜Όπ™’π˜Όπ™ƒ π˜Ώπ™π™‡π™„ π™”π˜Όπ™‰π™‚ π™ˆπ˜Όπ™ƒπ˜Ό π™ˆπ™π™‡π™„π˜Ό π™Žπ™€π™π™„ π™‹π˜Όπ˜Ώπ™π™†π˜Ό π˜½π˜Όπ™‚π™„π™‰π˜Ώπ˜Ό π™”π˜Όπ™‰π™‚ π˜Ώπ™„-π™‹π™€π™π™π™π˜Όπ™‰ π˜Όπ™‚π™Šπ™‰π™‚ π™Žπ™π™‡π™π˜Όπ™‰ π™„π˜½π™π˜Όπ™ƒπ™„π™ˆ

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2025 Bersamaan 15 Zulhijah 1447H.

Sembah takzim daripada:
Seluruh warga Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

SALAM AIDILADHA 1447 / 2026 Seluruh warga kerja Jabatan Ukur dan Pemetaan Perak (JUPEM Perak) mengucapkan Selamat Hari R...
26/05/2026

SALAM AIDILADHA 1447 / 2026

Seluruh warga kerja Jabatan Ukur dan Pemetaan Perak (JUPEM Perak) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.

Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi simbol pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT. Semoga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S menjadi inspirasi dalam kehidupan kita untuk terus berbakti, membantu sesama insan serta memperkukuhkan ukhuwah.

Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan kita diterima serta diberkati oleh Allah SWT.

Ikhlas daripada:
LSr SHABUDIN BIN SAAD
Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Perak
serta
Seluruh Warga Kerja
Jabatan Ukur dan Pemetaan Perak



CERAMAH FIQH QURBAN 1447H / 2026 Jabatan Ukur dan Pemetaan Perak dengan kerjasama AJK Surau As-Syakirin JUPEM Perak tela...
25/05/2026

CERAMAH FIQH QURBAN 1447H / 2026

Jabatan Ukur dan Pemetaan Perak dengan kerjasama AJK Surau As-Syakirin JUPEM Perak telah mengadakan Ceramah β€œFiqh Qurban” bagi memberi kefahaman yang lebih jelas berkaitan ibadah qurban serta penghayatan terhadap pengorbanan dalam Islam.

Ceramah telah disampaikan oleh AF Ustaz Syed Mohd Muzaffar, Imam Besar Masjid Sultan Azlan Shah.

Pelbagai pengisian bermanfaat dikongsikan antaranya hukum-hakam qurban, syarat ibadah qurban, pembahagian daging qurban serta hikmah di sebalik pensyariatan ibadah tersebut.

Program ini bukan sahaja memberi ilmu kepada warga JUPEM Perak, malah menjadi medan untuk menyemarakkan semangat ukhuwwah dan nilai pengorbanan menjelang Aidiladha.

Semoga segala ilmu yang dikongsikan memberi manfaat dan meningkatkan kefahaman kita dalam melaksanakan ibadah qurban dengan sempurna.





Seluruh warga JUPEM Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepadaEncik Abdul Nasin bin Abdul Rahm...
14/05/2026

Seluruh warga JUPEM Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Encik Abdul Nasin bin Abdul Rahman atas segala jasa, kesetiaan dan pengabdian sepanjang perkhidmatan beliau.

Sejak mula berkhidmat pada 1 Februari 1993 sehingga menamatkan tugas pada 13 Mei 2026, beliau telah memberikan sumbangan yang amat bermakna kepada jabatan.

Segala bakti dan komitmen beliau akan sentiasa terpahat dalam ingatan serta menjadi inspirasi kepada warga kerja yang lain.

Semoga persaraan ini membuka lembaran baharu yang tenang, sejahtera dan diberkati serta dipenuhi kebahagiaan bersama keluarga tercinta.

Selamat Bersara, terima kasih atas segalanya.

Ikhlas daripada
Warga JUPEM Perak

MaklumanSistem sudah beroperasi seperti biasa.
12/05/2026

Makluman

Sistem sudah beroperasi seperti biasa.

ππŽπ“πˆπ’ 𝐆𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐀𝐍 π‚π€ππ€πˆπ€π ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π π’πˆπ’π“π„πŒ 𝐄-πŠπ€πƒπ€π’π“π„π‘ πƒπˆ π‰π”ππ„πŒ ππ„π‘π€πŠ

Dimaklumkan Perkhidmatan Sistem E-Kadaster di JUPEM Perak mengalami gangguan capaian.

Tarikh dan masa gangguan adalah seperti berikut:

Tarikh dan Masa Mula : 12 Mei 2026 (Selasa) @ 8.00 pagi
Tarikh dan masa dijangka selesai : sehingga diberitahu kelak.

Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali. Terima kasih

ππŽπ“πˆπ’ 𝐆𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐀𝐍 π‚π€ππ€πˆπ€π ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π π’πˆπ’π“π„πŒ 𝐄-πŠπ€πƒπ€π’π“π„π‘ πƒπˆ π‰π”ππ„πŒ ππ„π‘π€πŠ Dimaklumkan Perkhidmatan Sistem E-Kadaster di JUPEM...
12/05/2026

ππŽπ“πˆπ’ 𝐆𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐀𝐍 π‚π€ππ€πˆπ€π ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π π’πˆπ’π“π„πŒ 𝐄-πŠπ€πƒπ€π’π“π„π‘ πƒπˆ π‰π”ππ„πŒ ππ„π‘π€πŠ

Dimaklumkan Perkhidmatan Sistem E-Kadaster di JUPEM Perak mengalami gangguan capaian.

Tarikh dan masa gangguan adalah seperti berikut:

Tarikh dan Masa Mula : 12 Mei 2026 (Selasa) @ 8.00 pagi
Tarikh dan masa dijangka selesai : sehingga diberitahu kelak.

Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali. Terima kasih

TAKLIMAT KESEDARAN KESIHATAN : KE ARAH GAYA HIDUP SIHAT MERIAH DI KINTA RIVERWALKIPOH, 8 Mei 2026 – Kelab Sukan dan Keba...
08/05/2026

TAKLIMAT KESEDARAN KESIHATAN : KE ARAH GAYA HIDUP SIHAT MERIAH DI KINTA RIVERWALK

IPOH, 8 Mei 2026 – Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Perak telah menganjurkan Program Taklimat Kesedaran Kesihatan : Ke Arah Gaya Hidup Sihat yang berlangsung dengan meriah di Kinta Riverwalk, Ipoh pagi tadi.

Program dimulakan seawal jam 7.30 pagi dengan kehadiran warga kerja JUPEM Perak bagi sesi persediaan awal sebelum pendaftaran peserta dibuka pada jam 8.00 pagi. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga JUPEM Perak yang hadir bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. LSr Shabudin bin Saad, Pengarah Ukur dan Pemetaan Perak yang menekankan kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental dalam kalangan warga kerja di samping menggalakkan budaya hidup sihat secara berterusan.

Selesai ucapan aluan, peserta telah mengikuti sesi taklimat kesedaran kesihatan yang disampaikan oleh Puan Rosfadila, Setiausaha Kebajikan dan Sosial KSK JUPEM Perak bagi memberi pendedahan berkaitan amalan gaya hidup sihat, penjagaan kesihatan serta kepentingan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian.

Bagi memeriahkan program, sesi regangan dan senamrobik telah dikendalikan dengan penuh bertenaga oleh Puan Zamira bersama kumpulannya. Aktiviti tersebut berjaya menceriakan suasana serta menaikkan semangat peserta sebelum acara briskwalk dimulakan.

Acara briskwalk kemudiannya dilepaskan secara rasmi oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Perak dengan para peserta mengambil peluang melakukan aktiviti riadah sambil menikmati suasana santai di sekitar Kinta Riverwalk.

Selepas selesai aktiviti briskwalk, peserta turut mengambil bahagian dalam sesi kuiz santai berkaitan kesihatan yang diadakan bagi menguji pengetahuan serta meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan kesihatan. Beberapa hadiah menarik turut disediakan kepada peserta yang berjaya menjawab soalan dengan tepat.

Program diakhiri dengan jamuan makan tengah hari sebelum semua peserta bersurai pada jam 12.00 tengah hari.
Penganjuran program seperti ini diharap dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga JUPEM Perak serta membudayakan amalan hidup sihat dalam kalangan penjawat awam.



Selamat Hari Pekerja.1 Mei 2026."Pekerja Madani Kesuma Bangsa"Ikhlas daripadaWarga JUPEM Perak
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja.
1 Mei 2026.

"Pekerja Madani Kesuma Bangsa"

Ikhlas daripada
Warga JUPEM Perak




𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π“π€ππ€πŠ ππ„π‘πŠπ€πˆπ“π€π ππ„πŒπ„π‘πˆπŠπ’π€π€π 𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐍 πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ ππ€π’πˆπ‡π€π“ ππ€π†πˆ πŠπ”π€π‘π“π„π‘π’ ππ„πŠπ„π‘π‰π€ π‰π”ππ„πŒ, 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 π’πˆπ‹πˆππˆπ πŽπ‹π„π‡ ππˆπ‡π€πŠ π‰πŠπ‘Ta...
29/04/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π“π€ππ€πŠ ππ„π‘πŠπ€πˆπ“π€π ππ„πŒπ„π‘πˆπŠπ’π€π€π 𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐍 πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ ππ€π’πˆπ‡π€π“ ππ€π†πˆ πŠπ”π€π‘π“π„π‘π’ ππ„πŠπ„π‘π‰π€ π‰π”ππ„πŒ, 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 π’πˆπ‹πˆππˆπ πŽπ‹π„π‡ ππˆπ‡π€πŠ π‰πŠπ‘

Tarikh : 29 April 2026 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Kuarters Pekerja JUPEM,Silibin





Pejabat Ukur Daerah Perak Tengah, JUPEM Perak

Mesyuarat Agung Kawasan Perak Selatan Tahun 2026 Koperasi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Berhad (KOJUPEM)Tarikh : 22...
22/04/2026

Mesyuarat Agung Kawasan Perak Selatan Tahun 2026 Koperasi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Berhad (KOJUPEM)

Tarikh : 22 April 2026
Hari : Rabu
Tempat : Bilik Mesyuarat Dato Maharajalela, Tingkat 2, JUPEM Perak.

πŸ“Έ : Erma Patima



Address

Ipoh
30450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6052417181

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERAK Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share