PAS DUN Manjoi

PAS DUN Manjoi Ini adalah halaman rasmi PAS DUN Manjoi. Info setempat berkaitan PAS dalam DUN Manjoi. (2) Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Mission
Tujuan PAS ialah :
(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

10/05/2026
10/05/2026

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐ƒ๐„๐–๐€๐ ๐๐„๐Œ๐”๐ƒ๐€ ๐๐€๐’ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

๐Ÿ– ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Ÿ๐ŸŽ ๐™๐”๐‹๐Š๐€๐„๐ƒ๐€๐‡ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡

๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐๐Ž๐‘๐Œ๐€๐‹๐ˆ๐’๐€๐’๐ˆ๐Š๐€๐ ๐Œ๐€๐Š๐’๐ˆ๐€๐“ ๐€๐“๐€๐’ ๐๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐‹๐€๐๐‚๐Ž๐๐†๐€๐

Pesta Rain Rave anjuran MOTAC yang penuh kontroversi telah berlalu hampir seminggu, namun sehingga hari ini masih belum ada tindakan dikenakan terhadap penganjur atau mana-mana pihak yang terlibat.

Sedangkan pelbagai aduan dan bantahan telah dikemukakan, termasuk daripada agensi agama dan NGO, susulan penganjuran konsert yang disifatkan liar serta bertentangan dengan budaya Melayu-Islam.

Malah reaksi warga maya jelas membuktikan penganjuran ini membawa bibit-bibit perpecahan dan isu perkauman.

Pun begitu, Pimpinan, Ahli Parlimen dan ADUN DAP begitu defensif mempertahankan penganjuran pesta maksiat ini. Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan tindakan tidak bermoral ini, sementara pihak yang membantah terus dilabel dengan lebelan yang melampau.

Nga Kor Ming, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP yang juga Menteri KPKT konsisten menjadikan alasan kerancakan ekonomi dan keunikan kepelbagaian yang Malaysia miliki untuk sesuatu isu berbangkit. Juga berkait pesta ini, Nga Kor Ming di FB peribadinya berkongsi hantaran yang mengaitkan pembangkang dengan talibanisme.

Manakala Ketua DAPSY, Woo Kah Leong yang juga exco Kerajaan Negeri Perak juga menggunakan hujah kepelbagaian. Dalam masa yang sama, dia melabel ketua Pemuda UMNO dan Pimpinan PN sebagai ekstrem yang menakutkan pelancong asing.

Tidak terhenti di situ, Ahli Parlimen DAP yang lain, MP Kepong(Lim Lip Eng), Puchong (Yeo Bin Yin), Seputeh (Teresa Kok), Bagan(Lim Guan Eng juga menggunakan hujah yang hampir sama.

Dalam isu pesta maksiat ini, mereka bukan sahaja manip**asi p**angan ekonomi, sebaliknya memanip**asi kepelbagaian dengan interpretasi yang menyimpang mengikut selera dan nafsu serakah mereka.

Interpretasi kepelbagaian dengan songsang adalah naratif beracun yang membawa ancaman merbahaya kepada Malaysia.

Malah jika dikritik, dilabelnya p**a dengan jumud, ekstremis dan sebagainya.

Jangan atas nama kepelbagaian, kalian cuba melanggar semangat Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan serta mengabaikan dasar kebudayaan kebangsaan.

Jangan kerana mengejar p**angan ekonomi, dilonggarkan segala identiti, peraturan dan budaya negara sehingga sanggup mengorbankan sahsiah, kesihatan dan pemikiran rakyat.

Jangan atas strategi menarik pelancong asing, segala neraca moral diketepikan dengan membuka ruang kepada elemen er**ik, percampuran bebas, budaya hedonisme dan risiko penyalahgunaan bahan terlarang.

Jika DAP terus dibiarkan menormalisasikan menegakkan benang yang basah dengan menggunakan hujah-hujah sebegini, Malaysia menuju binasa.

Saya bimbang, bila kepelbagaian digunakan dengan semberono dan tiada sebarang tindakan diambil, lambat laun dengan memanip**asi terma ini sahaja, separuh daripada perjuangan โ€˜Malaysian Malaysiaโ€™ yang diperjuangkan DAP akan berjaya dilaksanakan.

Jika kerajaan pejamkan mata perkara membiarkan DAP bermaharajalela, maka menjadi tanggungjawab kita semua mencegahnya.

Tiada jalan lain yang lebih mujarab melainkan melemahkan kuasa DAP melalui kotak undi.

PRU nanti, jangan biarkan diri kita dan sanak-saudara memberi kekuatan kepada DAP dan sekutunya.

๐‡๐€๐…๐„๐™ ๐’๐€๐๐‘๐ˆ
(๐“๐ข๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐ฎ๐๐š ๐๐€๐’ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š)
(๐€๐ก๐ฅ๐ข ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐”๐ง๐๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐€๐ƒ๐”๐ ๐Œ๐š๐ง๐ฃ๐จ๐ข)

10/05/2026
04/05/2026

๐Ÿ”ด INIKAH WAJAH MALAYSIA MADANI 2026?

โ€ข Tahun Melawat Malaysia sepatutnya bawa imej budaya ilmu & kesederhanaan

โ†’ Tapi yang dipasarkan: pesta hiburan & hedonisme

๐Ÿ’ธ RAKYAT DIMINTA BERJIMAT, KERAJAAN HIDANG KONSERT PERCUMA

โ€ข Rakyat ikat perut hadap kos sara hidup
โ€ข Tapi kerajaan โ€œhidangโ€ konsert

๐Ÿ‘‰ Persoalan:

Guna duit siapa?
โœ”๏ธ Duit rakyat!

โš ๏ธ NORMALISASI HEDONISME ATAS NAMA PELANCONGAN

โ€ข Hiburan melampau mula dianggap biasa
โ€ข Dibungkus atas alasan โ€œketerbukaanโ€ & โ€œtarikan pelancongโ€

๐Ÿ‘‰ Ini bukan kemajuan, ini penghakisan nilai

โ— SUARA AGAMA TIDAK DIHORMATI

โ€ข Ada dalam kerajaan sendiri yang menegur
โ€ข Ada yang membantah

๐Ÿ‘‰ Tapi akhirnya:

โ€ข Diketepikan
โ€ข Dipinggirkan

๐Ÿšจ KEGAGALAN KEPIMPINAN

โ€ข Bukan sekadar beza pandangan
โ€ข Ini tanda tiada keselarasan prinsip dalam kerajaan

๐Ÿ‘‰ Akhirnya:

โ€ข Kerajaan bercanggah dengan kerajaan sendiri
โ€ข Yang menegur dilabel, yang membantah dipadam

๐Ÿ—ฃ๏ธ SUARA AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR DISERANG

โ€ข Bila ada yang bangkit menegur:
โ†’ Dilabel ekstrem
โ†’ Dituduh kolot & jumud
โ†’ Dikatakan tunggang agama

๐Ÿ‘‰ Mudah benar menutup kebenaran dengan label

๐Ÿ“‰ NATIJAH BILA NILAI DIPISAHKAN DARI POLITIK

โ€ข Dosa pahala tidak lagi jadi pertimbangan
โ€ข Kepimpinan hilang arah

PERSOALANNYA โ“

๐Ÿ‘‰ INIKAH โ€œMADANIโ€ YANG SEBENAR?

Address

Tambun
Ipoh
31350

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS DUN Manjoi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAS DUN Manjoi:

Share