10/03/2026
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana Majlis Penyediaan dan Agihan Bubur Lambuk Sempena Ramadhan telah berlangsung dengan meriah dan lancar.
Program ini bukan sahaja menghidupkan tradisi bubur lambuk di bulan Ramadhan, malah menjadi platform untuk mengeratkan ukhuwah serta semangat gotong-royong dalam kalangan warga yang terlibat.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa dan sokongan bagi menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan amal kebajikan ini diberkati dan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. 🤲✨
Jabatan Kerja Raya Negeri Perak