09/11/2025
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KETUA POLIS NEGARA
YDH CP Dato' Noor Hisam bin Nordin, Ketua Polis Perak mewakili seluruh warga Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDH IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid bin Hj. Ismail, Ketua Polis Negara atas penganugerahan Darjah Dato' Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S.) yang membawa gelaran "Dato' Seri Panglima".
YDH IG Datoβ Sri Hj. Mohd Khalid bin Hj. Ismail dikurniakan S.P.T.S. dalam Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak sempena Ulang Tahun Keputeraan Tahun 2025 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, yang berlangsung di Istana Iskandariah, Perak hari ini.