30/05/2026
πππππππ ππππππ πππππππ πππππππ ππππππππππ ππππππ πππππ ππππππ πππππππππ ππππππππ πππ πππππππππ πππππππ ππππππππππ ππππππ πππππ
Pada 29 Mei 2026 (Jumaat), telah berlangsung dengan jayanya Program Korban Perdana Jabatan Perhutanan Negeri Perak Dengan Kerjasama Persatuan Kebajikan dan Sukan Jabatan Perhutanan Negeri Perak (PERKSPER) & PUSPANITA Jabatan Perhutanan Negeri Perak di Kompleks Latihan Perhutanan Sg. Siput Perak.
Program dimulai dengan Ceramah Perdana yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohammad Bakri bin Abd Rahim bertajuk βKorban Untuk Siapa?β di Dewan Utama Kompleks Latihan Perhutanan.
Program diteruskan dengan sesi penyembelihan lembu korban dan aktiviti memotong daging secara bergotong-royong oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Perak.
Seterusnya, Encik Azni Rahman bin A. Wahid, Timbalan Pengarah (Pembangunan) diiringi Encik Nor Azirim bin Ahmad, Timbalan Pengarah (Operasi) telah menyempurnakan sesi penyerahan daging korban kepada peserta korban dan wakil-wakil daripada penduduk setempat untuk diagihkan kepada golongan asnaf dan fakir miskin di sekitar kawasan Daerah Kuala Kangsar dan Sungai Siput.
Program berakhir pada jam 12.30 tengahari.