AMK Ipoh Barat

AMK Ipoh Barat Akaun Rasmi Angkatan Muda Keadilan Ipoh Barat 2024

12/04/2026

๐†๐„๐‘๐€๐Š ๐๐‘๐ˆ๐‡๐€๐“๐ˆ๐ ๐Š๐„๐€๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ ๐ˆ๐๐Ž๐‡ ๐๐€๐‘๐€๐“

Cabang KEADILAN Ipoh Barat bersama Angkatan Muda KEADILAN (AMK) turun padang menyantuni masyarakat dengan mengagihkan sumbangan barangan keperluan asas berupa beras dan gula kepada penduduk di Kg Tai Lee, Jalan Silibin.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela, khususnya bagi mereka yang memerlukan.

Semoga sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban dan membawa manfaat kepada penerima.

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐Ÿ๐ข๐ญ๐ซ๐ข ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ โœจ๐ŸŒ™Syawal hadir sebagai tanda kemenangan setelah sebulan kita diuji dengan kesabaran dan keikhlasa...
20/03/2026

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐Ÿ๐ข๐ญ๐ซ๐ข ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ โœจ๐ŸŒ™

Syawal hadir sebagai tanda kemenangan setelah sebulan kita diuji dengan kesabaran dan keikhlasan. Hari yang mulia ini mengajak kita untuk kembali kepada fitrah, mempererat silaturahim serta menyemai kasih sayang sesama insan.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu maknaโ€”menguatkan ukhuwah, menyuburkan nilai kemanusiaan dan menyegarkan semangat kita untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dengan penuh amanah dan keikhlasan.

โ€œAndai ada salah dan silap, zahir dan batin kami memohon kemaafan.โ€

Semoga setiap langkah perjuangan kita terus dipermudahkan dan diberkati-Nya.



Sorotan sekitar Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda KEADILAN Cabang Ipoh Barat yang telah berlangsung pada 7 Mac 2026 ...
14/03/2026

Sorotan sekitar Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda KEADILAN Cabang Ipoh Barat yang telah berlangsung pada 7 Mac 2026 di Pejabat KEADILAN Ipoh Barat.

Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi anak muda untuk menyatakan pandangan, memperkukuh organisasi serta merangka langkah memperkasa perjuangan Angkatan Muda KEADILAN di peringkat cabang.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh Sdr. Zaim Sidqi, serta turut dihadiri Sdr. Azlizam Azrin (Pengarah Komunikasi AMK Perak).

Terima kasih kepada semua anggota yang hadir serta menjayakan mesyuarat ini.

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—”๐—š๐—จ๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—จ๐——๐—” ๐—ž๐—˜๐—”๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—–๐—”๐—•๐—”๐—ก๐—š ๐—œ๐—ฃ๐—ข๐—› ๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง (๐— ๐—”๐—ง๐—”๐— ๐—ž๐—–)Angkatan Muda KEADILAN Cabang Ipoh Barat akan ...
07/03/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—”๐—š๐—จ๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—จ๐——๐—” ๐—ž๐—˜๐—”๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—–๐—”๐—•๐—”๐—ก๐—š ๐—œ๐—ฃ๐—ข๐—› ๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง (๐— ๐—”๐—ง๐—”๐— ๐—ž๐—–)

Angkatan Muda KEADILAN Cabang Ipoh Barat akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi menghimpunkan anggota untuk membincangkan hala tuju, memperkukuh organisasi serta memperkasakan gerak kerja anak muda di peringkat cabang.

Mesyuarat ini akan dirasmikan oleh Sdr. Zaim Sidqi, EXCO Angkatan Muda KEADILAN Malaysia.

๐Ÿ“ Pejabat KEADILAN Ipoh Barat
๐Ÿ“… 7 Mac 2026 | Sabtu
๐Ÿ•” 5.00 Petang

Semua anggota Angkatan Muda KEADILAN Cabang Ipoh Barat dijemput hadir bagi menjayakan mesyuarat ini.



๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง ๐€๐ฅ-๐Œ๐ฎ๐›๐š๐ซ๐š๐ค ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ โœจ๐ŸŒ™Ramadan hadir sebagai madrasah tarbiah jiwa. Ia bulan untuk kita menahan diri, memperba...
18/02/2026

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง ๐€๐ฅ-๐Œ๐ฎ๐›๐š๐ซ๐š๐ค ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ โœจ๐ŸŒ™

Ramadan hadir sebagai madrasah tarbiah jiwa. Ia bulan untuk kita menahan diri, memperbanyakkan amal dan memperkukuh hubungan dengan Allah SWT serta sesama insan. Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, keampunan dan kekuatan untuk kita terus istiqamah dalam perjuangan dan khidmat kepada masyarakat.

โ€œPuasa itu adalah perisai bagi orang yang beriman.โ€
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Semoga setiap langkah dan usaha kita sepanjang bulan mulia ini dinilai sebagai ibadah dan diberkati-Nya.



๐—”๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐— ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ฝ๐—ผ๐—ต ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ | Tahun Baru Cina 2026 ๐ŸŽ๐ŸงงGong Xi Fa Cai & Xin Nian Kuai Le!Kami ingin mengucapkan Sela...
16/02/2026

๐—”๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐— ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ฝ๐—ผ๐—ต ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ | Tahun Baru Cina 2026 ๐ŸŽ๐Ÿงง

Gong Xi Fa Cai & Xin Nian Kuai Le!

Kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2026 kepada semua yang meraikan. Semoga Tahun Kuda ini membawa lebih banyak rezeki, kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama keluarga tersayang dan kejayaan dalam setiap langkah yang diambil.

Semoga kita terus melangkah bersama dengan saling menghormati, mengeratkan perpaduan dan membina masa depan yang lebih baik untuk semua.๐Ÿงงโœจ



๐€๐Œ๐Š ๐ˆ๐๐Ž๐‡ ๐๐€๐‘๐€๐“ 2026Ahli Keadilan Cabang dan AMK Ipoh Barat berkesempatan turun menziarahi keluarga Otai Reformasi, Allah...
09/02/2026

๐€๐Œ๐Š ๐ˆ๐๐Ž๐‡ ๐๐€๐‘๐€๐“ 2026

Ahli Keadilan Cabang dan AMK Ipoh Barat berkesempatan turun menziarahi keluarga Otai Reformasi, Allahyarham Hanafi Zamri (Pakcik Jut), yang telah kembali ke rahmatullah pada 24 Januari lalu.

Turut hadir bersama Ketua Cabang serta barisan Jawatankuasa Cabang sebagai tanda penghormatan dan solidariti terhadap jasa serta sumbangan Allahyarham dalam perjuangan reformasi.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, takziah buat seluruh ahli keluarga.

Al-Fatihah.

Facebook: AMK Ipoh Barat
TikTok & Instagram:


Selesai sesi permukiman Retreat Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Perak yang menghimpunkan kepimpinan negeri, ketua cabang...
25/01/2026

Selesai sesi permukiman Retreat Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Perak yang menghimpunkan kepimpinan negeri, ketua cabang serta sayap parti termasuk AMK dan Wanita.

AMK Ipoh Barat turut hadir dan terlibat secara langsung menerusi Sdr. Aslam (Ketua AMK Ipoh Barat), Sdr. Fairul (Timb. Ketua AMK), Sdr. Nufail Aidid (Naib Ketua 3), Sdri. Anis Aqilah (Setiausaha) dan Sdr. Ram Erfan (Bendahari).

Pelbagai pengisian strategik telah dilaksanakan, daripada penetapan hala tuju, persiapan pilihanraya hingga aktiviti team building seperti cabaran paintball yang menguji semangat kerjasama.

Bagi AMK, inilah medan memperkukuh kesatuan dan memantapkan jentera anak muda.

"๐™ˆ๐™š๐™ข๐™—๐™ช๐™Ÿ๐™ช๐™ง ๐™ก๐™–๐™ก๐™ช ๐™ข๐™š๐™ก๐™ž๐™ฃ๐™ฉ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ฅ๐™–๐™ฉ๐™–๐™"

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ˆ๐ฌ๐ซ๐šโ€™ ๐Œ๐ข๐ค๐ซ๐š๐ฃ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡Israโ€™ Mikraj mengangkat martabat solat sebagai penghubung antara hamba dan Tuhan. Semoga peristi...
16/01/2026

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ˆ๐ฌ๐ซ๐šโ€™ ๐Œ๐ข๐ค๐ซ๐š๐ฃ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡

Israโ€™ Mikraj mengangkat martabat solat sebagai penghubung antara hamba dan Tuhan. Semoga peristiwa agung ini terus menyuburkan iman dan membentuk akhlak kita dalam menjalani kehidupan seharian.

โ€œMaha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsaโ€ฆโ€ (Surah Al-Israโ€™: 1)


Address

Ipoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AMK Ipoh Barat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share