Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kinta

Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kinta Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kinta, Government Official, AADK DAERAH KINTA, TINGKAT 4, BLOK A, BANGUNAN PERSEKUTUAN GREENTOWN, JALANDATO SERI AHMAD SAID, Ipoh.

27/05/2026
Selamat Hari Raya Qurban daripada kami AADK!Pernahkah anda terfikir tentang hikmah sebenar ibadah Qurban?Ibadah ini buka...
27/05/2026

Selamat Hari Raya Qurban daripada kami AADK!

Pernahkah anda terfikir tentang hikmah sebenar ibadah Qurban?

Ibadah ini bukan sekadar menyembelih haiwan, tetapi mengajar kita tentang kesabaran, keikhlasan, dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Tunjukkan pandangan anda tentang pengajaran Qurban dan bagaimana ia boleh diamalkan dalam kehidupan seharian!

Mari menjawab kuiz! Tulis jawapan anda serta kongsi apa pengorbanan yang anda telah lakukan di ruangan komen sekarang! Semoga ibadah kita semua diterima Allah dan penuh keberkatan.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H | 2026MAgensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447...
27/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H | 2026M

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Aidiladha mengajak kita menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan, ketaatan dan kebersamaan dalam memperkukuh keluarga, masyarakat dan negara.

Semoga sambutan yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, mempererat ukhuwah serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam masyarakat yang sejahtera, bebas dadah dan berdaya tahan.

Ikhlas daripada
Dato’ Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
dan seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan


Shamsul Anuar Nasarah




DOA HARI ARAFAHDoa Hari Arafah adalah peluang terbaik untuk kita memohon keampunan, kekuatan dan perlindungan daripada s...
26/05/2026

DOA HARI ARAFAH

Doa Hari Arafah adalah peluang terbaik untuk kita memohon keampunan, kekuatan dan perlindungan daripada segala kemudaratan.

Semoga setiap doa yang dipanjatkan menjadi asbab kepulihan buat mereka yang sedang berjuang melawan dadah, serta benteng buat generasi kita daripada terjebak dengan najis dadah. 🤲🏻

✨ Pulih itu ada harapan.
✨ Mencegah itu tanggungjawab bersama.
✨ Doa, usaha dan tawakal adalah kekuatan utama.

“Sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kemudahan.”
— Surah Al-Insyirah: 6







Pernah tak anda rasa malas sangat nak mula buat kerja sampai kerja sikit pun jadi bertimbun? Kemudian stres sendiri seba...
26/05/2026

Pernah tak anda rasa malas sangat nak mula buat kerja sampai kerja sikit pun jadi bertimbun? Kemudian stres sendiri sebab kerja tak jalan dan masa terbuang macam tu je.

Ada satu rahsia senang nak lawan rasa malas ni iaitu ‘teknik 2 minit’. Mudah je kalau sesuatu perkara tu boleh diselesaikan dalam masa bawah dua minit.

Bayangkan betapa kosongnya otak bila semua benda dah selesai awal. Anda akan rasa lebih bersemangat dan fokus untuk buat perkara yang lebih besar tanpa gangguan emosi yang negatif.

Jom cuba teknik ni sekarang. Jaga disiplin diri dan lindungi masa depan anda daripada perkara yang tidak berfaedah.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



AADK PERKASA PROFESIONALISME PEGAWAI MELALUI KURSUS PEMANTAPAN PTKPAADK Negeri Terengganu telah menganjurkan Kursus Pema...
26/05/2026

AADK PERKASA PROFESIONALISME PEGAWAI MELALUI KURSUS PEMANTAPAN PTKP

AADK Negeri Terengganu telah menganjurkan Kursus Pemantapan Perintah Tetap Ketua Pengarah (PTKP) AADK Bahagian B : Penguatkuasaan dan Keselamatan Siri 1/2026 pada 19 hingga 21 Mei 2026 bertempat di Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Negeri Terengganu.

Kursus yang melibatkan 40 pegawai AADK Daerah di Terengganu ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan kefahaman menyeluruh berkaitan PTKP Penguatkuasaan, di samping memastikan pegawai memahami tanggungjawab serta peranan masing-masing dalam mematuhi perintah tetap jabatan.

Program ini turut bertujuan meningkatkan tahap profesionalisme dalam pelaksanaan tugas penguatkuasaan, pemulihan dan pentadbiran serta memupuk budaya kerja berintegriti, berdisiplin dan berakauntabiliti dalam kalangan pegawai AADK.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta turut mengikuti sesi ceramah bersama pegawai-pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan (BPK) AADK serta Penasihat Undang-Undang AADK.

Kawad kaki perdana turut dilaksanakan pada hari terakhir kursus di Padang Kawad Akademi Bomba Wakaf Tapai sebagai pengisian pengukuhan disiplin dan semangat kerja berpasukan.

Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh Pengarah AADK Negeri Terengganu, Tuan Arzmi Abdullah.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah





Ramai orang berhenti di tengah jalan bukan sebab mereka gagal, tapi sebab mereka tak nampak hasil serta-merta. Dalam dun...
26/05/2026

Ramai orang berhenti di tengah jalan bukan sebab mereka gagal, tapi sebab mereka tak nampak hasil serta-merta. Dalam dunia yang serba pantas (TikTok, instant delivery, AI yang bagi jawapan dalam sesaat), kita makin hilang sabar dengan proses pertumbuhan diri yang organik.

Bayangkan sebuah kiub ais di dalam bilik yang sejuk (-5°C).
👉🏻 Anda naikkan suhu ke -4°C... tiada apa berlaku.
👉🏻 Naikkan ke -3°C... masih tiada apa berlaku.
👉🏻 Naikkan ke -2°C, kemudian -1°C... kiub ais masih beku.
👉🏻 Tiba-tiba, pada suhu 0°C, ais mula cair.

Adakah kenaikan suhu dari -5°C ke -1°C itu sia-sia? Tidak❌❗. Itu adalah persediaan. Cairnya ais pada 0°C adalah hasil terkumpul (compounded) daripada usaha-usaha kecil yang nampak macam tak jadi apa sebelum ini.

Jangan berhenti hanya sebab anda belum nampak "pencairan" itu lagi.
Percaya pada proses. Teruskan menaikkan "suhu" usaha anda. Bila sampai masanya, semua usaha itu akan meledak sekaligus.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



MAJLIS APRESIASI ERAT 2026 PERKUKUH JALINAN KERJASAMA STRATEGIK AGENSI PENGUATKUASAANTimbalan Ketua Pengarah (Operasi) A...
26/05/2026

MAJLIS APRESIASI ERAT 2026 PERKUKUH JALINAN KERJASAMA STRATEGIK AGENSI PENGUATKUASAAN

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Tuan Zainudin Abdullah telah menghadiri Majlis Apresiasi ERAT 2026 (Encouraging, Responsibility, Accountability and Trustworthiness) anjuran Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang berlangsung di Putrajaya pada Isnin.

Majlis ini diadakan sebagai platform penghargaan kepada agensi penguatkuasaan, ketua-ketua jabatan, dan rakan media atas komitmen serta kerjasama berterusan dalam memperkukuh budaya integriti, akauntabiliti, tanggungjawab, dan kepercayaan dalam penyampaian perkhidmatan awam.

Acara penyampaian anugerah dan sijil penghargaan pada majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar kepada para penerima.

Dalam majlis berkenaan, Tuan Zainudin Abdullah telah menerima sijil penghargaan sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan kerjasama erat AADK dalam mendukung usaha memperkasakan budaya integriti serta tadbir urus yang cemerlang.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Integriti AADK, Tuan Ramli Ismail yang bersama-sama memberikan sokongan terhadap usaha pemantapan nilai murni tersebut.

Penglibatan aktif AADK dalam majlis ini jelas membuktikan komitmen berterusan agensi dalam menyokong agenda integriti, mempererat kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan, serta membudayakan nilai amanah dalam pelaksanaan tugas

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah





BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALIBuat baik biar berpada-pada,buat jahat jangan sekali-kali.Sebab kebaikan...
25/05/2026

BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI

Buat baik biar berpada-pada,
buat jahat jangan sekali-kali.
Sebab kebaikan akan kembali sebagai doa,
dan kejahatan p**a datang bersama penyesalan.

Fikir sebelum bertindak

------------------------------------------------------------------------

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Address

AADK DAERAH KINTA, TINGKAT 4, BLOK A, BANGUNAN PERSEKUTUAN GREENTOWN, JALANDATO SERI AHMAD SAID
Ipoh
31650

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6052436157

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kinta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share