Komuniti 1 Malaysia Daerah Kinta

Komuniti 1 Malaysia Daerah Kinta Sebuah pertubuhan sukarela terdiri daripada pelbagai kaum yang di tubuh dan diselia oleh Jabatan Penerangan bagi memupuk nilai-nilai perpaduan. 3. LOGO



4.1.

KONSEP

Satu gerakan rakyat secara sukarela, dinamik dan berwawasan berasaskan semangat gagasan 1Malaysia .


4. Konsep Logo
Konsep logo ini menggambarkan komuniti yang berpengetahuan, bermaklumat dan bersatupadu di mana sentiasa mengikut perkembangan semasa dan menyampaikan kepada masyarakat sekeliling. Perkataan ‘Komuniti’ ditulis dalam huruf ‘Lucida Calligraphy’ bermaksud Kumpulan orang yang t

inggal di sesuatu tempat atau masyarakat. Manakala 1MALAYSIA membawa maksud Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia Keenam yang menjurus kepada perpaduan antara kaum di Malaysia. Garisan biru yang melengkung membawa maksud kemajuan, kecekalan, perpaduan dan kerjasama antara kaum dalam menjaga keharmonian negara.


4.2. Keterangan Warna
Logo Komuniti 1MALAYSIA ini menggunakan 4 warna iaitu Biru, Kuning, Merah dan Hitam. BIRU - Kerjasama antara komuniti dan perpaduan. KUNING - Keikhlasan dan kedaulatan bangsa. MERAH - Semangat jitu dan kental dalam menghasilkan kerja. HITAM - Ketabahan, penerimaan dan semangat bersatupadu.


4.3. Ikon :

a. RAKAN PADU
b. RAKAN USAHAWAN
c. RAKAN IT
d. RAKAN BUDAYA
e. RAKAN HARMONI


5. VISI

Komuniti 1Malaysia peneraju maklumat dan perpaduan rakyat.


6. MISI

Membentuk rakyat yang bermaklumat dan memperkasa perpaduan.


7. SLOGAN

“PENGGERAK TRANSFORMASI RAKYAT ”


8. OBJEKTIF

8.1. Memperkasakan semangat perpaduan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di dalam komuniti.
8.2. Memupuk semangat kesukarelaan dan berdikari.
8.3. Meningkatkan ilmu pengetahuan.
8.4. Menjadi agen perubahan dalam komuniti.


9. DASAR PENUBUHAN

Penubuhan Komuniti 1Malaysia adalah berdasarkan konsep “Satu Mukim Satu Komuniti 1Malaysia”. Walau bagaimanapun bagi negeri Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan mengikut kaedah seperti berikut :

9.1. Satu KADUN dua Komuniti 1Malaysia ( Sabah dan Sarawak)
9.2. Satu Parlimen tiga Komuniti 1Malaysia (WP Kuala Lumpur )
9.3. Komuniti 1Malaysia mengikut zon ( WP Labuan )


10. STRATEGI PENUBUHAN

Tumpuan penubuhan baru di penempatan pelbagai kaum :

10.1. Kampung Baru
10.2. Estet
10.3. RPS Orang Asli (Semenanjung)
10.4. Taman-taman Perumahan (Kawasan Bandar)
10.5. Tanah Rancangan
10.6. Penempatan pelbagai etnik


11. PEMILIHAN JAWATANKUASA KOMUNITI 1MALAYSIA

Pembentukan Jawatankuasa Komuniti 1Malaysia hendaklah mengandungi ciri-ciri berikut iaitu :

11.1. Terdiri daripada 40 Ahli Jawatankuasa.
11.2. Berbilang bangsa / kaum.
11.3. Pelbagai peringkat umur.


12. TRANSFORMASI BIDANG UTAMA


KOMUNITI 1MALAYSIA
BIDANG UTAMA
IKON
1. KETAHANAN DAN PERPADUAN NASIONAL. RAKAN PADU
2. PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI. RAKAN USAHAWAN
3. PERKONGSIAN MAKLUMAT (BUDAYA ILMU). RAKAN IT
4. KEBUDAYAAN DAN KESENIAN (MERAKYATKAN SENI). RAKAN BUDAYA
5. INTERAKSI SOSIAL
RAKAN HARMONI



13. STRATEGI PELAKSANAAN

13.1. BIDANG : KETAHANAN DAN PERPADUAN NASIONAL - RAKAN PADU


Bertujuan memperkukuhkan semangat patriotik dan perpaduan bagi membina ketahanan nasional dalam kalangan rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa. Pembentukan Jawatankuasa
a. Ketua dilantik di kalangan Jawatankuasa Komuniti 1Malaysia. b. Ahli-ahlinya terdiri daripada :
i. 4-6 AJK Komuniti 1Malaysia. ii. RELA
iii. RUKUN TETANGGA
iv. PEMADAM
v. JKKK/JKKKP
vi. Penegerusi Persatuan Penduduk, Pertubuhan Belia dan NGO yang berkaitan. Bidang Tugas
a. Mengenalpasti isu-isu setempat. Memberi maklumbalas dengan kadar segera ke atas isu-isu yang dikenalpasti. c. Membantu melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan keselamatan dan perpaduan seperti :
i. Semarak Merdeka. Aktiviti kenegaraan
iii. Taklimat Isu Semasa
iv. Ceramah
v. Dialog


13.2. BIDANG : PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI
- RAKAN USAHAWAN




Bertujuan menimbulkan kesedaran dan minat melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup dikalangan rakyat setempat

Pembentukan Jawatankuasa
a. Ahli-ahlinya terdiri daripada :
i. 4-6 AJK Komuniti 1Malaysia. Pengusaha Industri Kecil dan sederhana (IKS)
iii. Pengusaha Industri Ternakan
iv. Pengusaha Industri Pertanian
v. Pengusaha ‘Homestay’
vi. Pengusaha Industri Kraftangan dan yang berkaitan. Mengenalpasti pengusaha IKS setempat. Menggalakkan penglibatan pengusaha kecil-ke4cilan dalam industri kecil dan sederhana (IKS). Membantu melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan sosio ekonomi seperti :
i. Promosi produk tempatan
ii. Lawatan ke institusi seperti MARDI, FAMA dan lain-lain
iii. Membantu mendapatkan khidmat nasihat dan teknikal. Dari agensi yang berkaitan.



13.3. BIDANG : PERKONGSIAN MAKLUMAT
- RAKAN IT



Menggalakkan rakyat berkongsi maklumat bagi melahirkan masyarakat berilmu dan berperanan memberikan maklumbalas

Pembentukan Jawatankuasa
a. Ahli-ahlinya terdiri daripada :
i. 4-6 AJK Komuniti 1Malaysia. Pegawai Perpustakaan Desa
iii. Tenaga Pengajar Pusat Jalur Lebar. iv. Guru sekolah
v. Pengusaha ICT (Telefon Bimbit dan Cyber Cafe)
vi. Bloggers

Bidang Tugas
a. Membantu melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan perkongsian maklumat seperti :
i. Penembusan Jalur Lebar. Ceramah berteraskan perlembagaan, Rukun Negara dan 1Malaysia. iii. Pidato 1Malaysia. Jalinan Mesra antara Komuniti 1Malaysia. v. Pameran agensi kerajaan




13.4. BIDANG : KEBUDAYAAN DAN KESENIAN
(MERAKYATKAN SENI) - RAKAN BUDAYA



Membantu mengenalpasti dalam mengekalkan warisan seni budaya negara melalui nilai-nilai murni dan semangat kerjasama di kalangan rakyat. Ahli-ahlinya terdiri daripada :
i. 4-6 AJK Komuniti 1Malaysia. Persatuan Seni dan Kebudayaan
iii. Persatuan Seni Beladiri
iv. Kumpulan Nasyid/Marhaban
v. Pengusaha dan penggiat permainan tradisional. Mengenalpasti kebudayaan dan kesenian setempat yanag berpotensi untuk diketengahkan. Membantu melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan kesenian dan kebudayaan seperti :
i. Pertandingan / Demonstrasi permainan tradisional. Seni beladiri tradisional setempat. Sukan akyat tradisional. Kesenian dan kebudayaan komuniti setempat. Demonstrasi masakan tradisional



13.4. BIDANG : INTERAKSI SOSIAL
- RAKAN HARMONI


Memupuk dan memperkukuhkan nilai-nilai semangat kejiranan, kerjasama, hormat-menghormati, permuafakatan dan penerimaan antara pelbagai kaum dan fahaman agama. Ahli-ahlinya terdiri daripada :
i. 4-6 AJK Komuniti 1Malaysia. Ketua-ketua rumah ibadat
iii. Pengerusi Persatuan Penduduk
iv. Pengerusi JKKK/JKKP. Persatuan-persatuan suku kaum/agama. Membantu melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penerapan nilai-nilai kejiranan, kerjsama, hormat-mernghormati, pemuafakatan dan penerimaan pelbagai kaum dan fahaman agama seperti :
i. Hari Komuniti (Hari Keluarga)
ii. Sambutan Hari Perayaan
iii. Pemimpin Bersama Rakyat
iv. Program keagamaan
v. Forum Rakyat
vi. Kenduri Komuniti (Kenduri Kampung)
vii. Gotong-royong
viii. Khidmat Komuniti


14. PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNITI 1MALAYSIA

Bagi melaksanakan program di dalam Komuniti 1Malaysia, terdapat tiga pendekatan utama mengikut skala yang akan diambil iaitu :


14.1. Peringkat Negeri
Program Berskala Besar - Komuniti 1Malaysia Peringkat Negeri

a. Program berskala besar ini dikenali sebagai Program Harmoni Komuniti 1Malaysia. Dilaksanakan di peringkat negeri dengan menggabungkan keseluruhan Komuniti 1Malaysia dalam negeri tersebut. Program tersebut merangkumi lima bidang utama. d. Sasaran bagi program ini melebihi 5,000 penglibatan rakyat pelbagai kaum. e. Tempoh pelaksanaan program selama 2 hari. f. Antara aktiviti berskala besar seperti Festival, Ekspo, Karnival Komuniti 1Malaysia.


14.2. Peringkat Daerah
Program Berskala Sederhana - Sepakat Komuniti 1Malaysia

a. Program berskala sederhana ini dikenali sebagai Program Sepakat Komuniti 1Malaysia. Dilaksanakan di peringkat daerah dengan menggabungkan keseluruhan Komuniti 1Malaysia dalam daerah tersebut. Sasaran bagi program ini melebihi 2,000 penglibatan rakyat pelbagai kaum. Antara aktiviti berskala sederhana ialah Ekspo, Pameran dan Festival.


14.3. Peringkat Komuniti
Program Berskala Kecil – Info Komuniti 1Malaysia

a. Program berskala kecil ini dikenali sebagai Program Info Komuniti 1Malaysia. Dilaksanakan di setiap Komuniti 1Malaysia. Sasaran bagi program ini antara 300 hingga 500 penglibatan rakyat pelbagai kaum. Tempoh pelaksanaan program selama 1 hari. Antara aktiviti ialah pameran, sukan rakyat, kenduri kampung, persembahan kebudayaan dll.


14.4. Aktiviti Lain Dalam Komuniti

Pelaksanaan program peringkat Komuniti 1Malaysia (mukim) dikendalaikan secara bersama oleh Pengerusi dan Ahli Jawatanakuasa dengan melaksanakan aktiviti seperti :

a. Lawatan Sambil Belajar,
b. Aktiviti berbentuk keagamaan,
c. Hari-hari perayaan,
d. Aktiviti Kenegaraan,
e. Aktiviti Kebudayaan,
f. Aktiviti Pendidikan, dan
g. Aktiviti lain yang bersesuaian.


15. PROMOSI DAN PUBLISITI PROGRAM

Bagi melaksanakan program Komuniti 1Malaysia, promosi meluas melalui agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan dilaksanakan seperti berikut:

a. Media elektronik (TV dan radio)
b. Media cetak
c. Media baru (laman web, blog, facebook, twitter dsb)
d. Media bersemuka
e. Poster, kain rentang, gegantung, risalah, paparan dsb. Hebahan umum


16. PENUTUP

Dengan transformasi Komuniti 1Malaysia ini, maka adalah diharapkan agar matlamat Gagasan 1Malaysia dapat dicapai melalui penglibatan pelbagai kaum dan etnik di seluruh negara dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan seterusnya mengekalkan perpaduan dalam kepelbagaian.



********************************
*************************
********************

Ucapan Raya YBhg. Dato' Ketua Pengarah JaPen Malaysia
14/07/2015

Ucapan Raya YBhg. Dato' Ketua Pengarah JaPen Malaysia

Ucapan raya daripada Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia

11/07/2015
Program Ceria Aidilfitri 2015 anjuran Komuniti 1Malaysia Daerah Kinta/Kampar bertujuan membantu keluarga yang kurang ber...
10/07/2015

Program Ceria Aidilfitri 2015 anjuran Komuniti 1Malaysia Daerah Kinta/Kampar bertujuan membantu keluarga yang kurang berkemampuan dan anak yatim. Seramai 34 orang kanak-kanak diraikan. Sumbangan baju raya dan duit raya disampaikan oleh YB Dato'Nolee Ashilin bt Dato' Mohammed Radzi, Exco Kerajaan Negeri Perak.

Hulurkan sumbangan, Ceriakan Aidilfitri.

08/06/2015

Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan telah dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan pada t...

18/05/2015
Datanglah beramai-ramai ke Pameran Sempena Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak ###V di Dewan Bandaran Ipoh.Pelbagai...
09/05/2015

Datanglah beramai-ramai ke Pameran Sempena Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak ###V di Dewan Bandaran Ipoh.Pelbagai aktiviti yang menarik menanti pengunjung.

09/05/2015

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku

Address

Tingkat 3 Blok B , Bangunan Persekutuan, Jalan Dato' Ahmad Said
Ipoh
34300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 22:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komuniti 1 Malaysia Daerah Kinta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share