19/05/2026
πππππππ πππππ πππππππ ππππππππππ ππππππππ ππππππ πππππ ππ ππππππ πππππππ πππππ πππ. πππ.
Tanjung Malim | 19 Mei 2026 β Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Perak telah mengadakan lawatan kerja ke PROTON pada 18 Mei 2026 bagi memperkukuh kerjasama strategik serta meningkatkan kefahaman berkaitan operasi industri automotif dan pengurusan tenaga kerja syarikat.
Delegasi DOSM Negeri Perak yang terdiri daripada 11 orang pegawai dan anggota telah diketuai oleh Mohd Ridauddin bin Masud, Pengarah DOSM Negeri Perak. Lawatan ini turut disertai oleh dua orang pegawai daripada DOSM Ibu Pejabat Putrajaya iaitu Nur Saadah binti Abd Majid dan Muhammad Ilham Aiman bin Mohd Rafie.
Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh pihak pengurusan PROTON yang diketuai oleh Yusri bin Yusuf, Ketua Pegawai Strategi, Strategi Korporat PROTON. Sesi lawatan turut diisi dengan taklimat korporat dan perkongsian berkaitan operasi syarikat, pembangunan industri automotif serta pengurusan sumber manusia.
Antara objektif utama lawatan ini adalah untuk mendapatkan gambaran menyeluruh berkaitan operasi syarikat dan profil tenaga kerja selaras dengan keperluan pengumpulan maklumat bagi pelaksanaan Banci Ekonomi 2026. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara DOSM dan pihak PROTON dalam memastikan penyaluran data statistik yang tepat, berkualiti dan terkini dapat dilaksanakan secara berkesan pada masa hadapan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Proton Tanjung Malim Sdn. Bhd. atas penyelarasan lawatan ini serta layanan yang sangat baik dan taklimat yang sangat informatif. Sinergi semua pihak menjadi tunjang kejayaan Banci Ekonomi 2026 dalam memperkasa data berkualiti demi memacu pembangunan ekonomi negara.
"ππππ ππππ πππππππ ππππππ"
Ikuti Media Sosial Rasmi DOSM Perak
Facebook: DOSM Perak
https://www.facebook.com/DOSMPerak
TikTok: DOSM Perak
https://www.tiktok.com/
X: DOSM Perak
https://x.com/DOSMPerak
Instagram: DOSM Perak
https://www.instagram.com/dosmperak