Keadilan Perak

Keadilan Perak Facebook Rasmi Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak

KENYATAAN MEDIA BIRO PEMAHAMAN DAN PEMANTAPAN AGAMA MAJLIS PIMPINAN NEGERI (MPN) PERAKMerujuk kepada video dan kenyataan...
12/05/2026

KENYATAAN MEDIA BIRO PEMAHAMAN DAN PEMANTAPAN AGAMA MAJLIS PIMPINAN NEGERI (MPN) PERAK

Merujuk kepada video dan kenyataan yang dikaitkan dengan Ustaz Dato’ Nik Zawawi sebagaimana yang tular dalam poster di media sosial, adalah diharapkan agar penjelasan serta pembetulan dapat dilakukan sekiranya terdapat kekhilafan atau kekeliruan dalam penyampaian berkaitan para sahabat Rasulullah ﷺ.

Perkara melibatkan Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Umar Al-Khattab RA hendaklah ditangani dengan penuh adab, ilmu dan berhati-hati kerana kedua-duanya merupakan sahabat agung yang sangat dimuliakan dalam Islam serta dijanjikan syurga oleh Rasulullah ﷺ.

Allah SWT berfirman:
“Dan orang-orang yang datang kemudian daripada mereka berkata: Wahai Tuhan kami, ampunkanlah kami dan saudara-saudara kami yang lebih dahulu beriman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan dengki terhadap orang-orang yang beriman.” (Surah al-Hasyr: 10)

Rasulullah ﷺ bersabda:
“Janganlah kamu mencela para sahabatku…” — Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Dan sabda Baginda ﷺ:
“Abu Bakar di syurga, Umar di syurga…” — Riwayat al-Tirmizi

Justeru, sebarang kisah yang tidak sahih, tidak tepat atau boleh membawa salah faham terhadap kemuliaan para sahabat Nabi ﷺ sewajarnya diperbetulkan dan tidak diulang kembali dalam ceramah atau penyampaian umum. Pendakwah dan penceramah mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan setiap fakta sejarah dan agama disampaikan secara amanah, berautoriti serta tidak menimbulkan fitnah kepada tokoh-tokoh Islam yang dimuliakan.

Dalam masa yang sama, umat Islam diseru untuk terus berakhlak dengan tenang, matang dan berlapang dada dalam menegur, serta mengutamakan pendekatan hikmah dan nasihat yang baik demi menjaga kesatuan umat dan kemuliaan agama Islam.

USTAZ SYAHID ZAINI
BIRO PEMAHAMAN DAN PEMANTAPAN AGAMA MPN PERAK
PARTI KEADILAN RAKYAT

KENYATAAN MEDIAANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) NEGERI PERAKUcapan Melampau MP PAS: Politik Kebencian dan Penyelewengan Fakt...
12/05/2026

KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) NEGERI PERAK

Ucapan Melampau MP PAS: Politik Kebencian dan Penyelewengan Fakta Agama Mesti Dihentikan

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Perak mengecam keras kenyataan melampau Ahli Parlimen PAS, YB Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, yang menghina dan memperlekehkan sejarah para sahabat Rasulullah SAW dalam sebuah ceramah politik.

Kenyataan yang melabelkan Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA sebagai “bapa ceti” serta menggambarkan Saidina Umar Al-Khattab RA dengan naratif tidak bermaruah sebelum Islam jelas memperlihatkan kecenderungan politik PAS yang semakin terdesak sehingga sanggup memanipulasi sejarah Islam demi meraih tepukan politik.

AMK Perak berpandangan bahawa tindakan seperti ini amat berbahaya kerana ia bukan sahaja mengelirukan masyarakat awam, malah membuka ruang kepada penyelewengan fakta agama dan penghinaan terhadap tokoh-tokoh agung Islam yang dimuliakan umat.

PAS tidak boleh terus berselindung di sebalik imej “parti Islam” sedangkan pentas ceramah mereka semakin dipenuhi budaya takfiri, politik kebencian serta penggunaan agama secara semberono untuk menyerang lawan politik dan mempengaruhi emosi rakyat.

Lebih membimbangkan, ucapan seperti ini mampu mencetuskan kekeliruan akidah tokoh-tokoh sahabat Rasulullah SAW bukan bahan jenaka politik dan bukan alat untuk membina naratif partisan murahan.

AMK Perak juga menggesa kepimpinan PAS supaya menghentikan budaya politik ekstrem dan retorik agama yang merosakkan keharmonian masyarakat serta mencemarkan kesucian Islam demi kepentingan politik sempit.

“Islam mengajar adab dan kebenaran, bukan fitnah serta kebencian.”

ASHRAF KAHASANI
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Perak

12 MEI 2026

Facebook: https://www.facebook.com/share/p/1Gjgur6x5Y/?mibextid=wwXIfr

Instagram: https://www.instagram.com/p/DYO5IrTDy-S/?igsh=eWJ2NjlzN2R3dGxs

*KENYATAAN MEDIA**8 MEI 2026*KONVENSYEN PAKATAN HARAPAN 2026: “TEKAD MADANI, HARAPAN RAKYAT”Pakatan Harapan akan menganj...
08/05/2026

*KENYATAAN MEDIA*
*8 MEI 2026*

KONVENSYEN PAKATAN HARAPAN 2026: “TEKAD MADANI, HARAPAN RAKYAT”

Pakatan Harapan akan menganjurkan Konvensyen Pakatan Harapan 2026 pada 17 Mei 2026 (Ahad) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Bertemakan “Tekad Madani, Harapan Rakyat”, konvensyen ini menjadi platform memperkukuh kesepaduan kepimpinan dan organisasi, menyelaras gerak kerja politik serta memperincikan hala tuju Pakatan Harapan dalam mendepani cabaran semasa negara.

Sebagai teraju Kerajaan MADANI, Pakatan Harapan terus memberi tumpuan kepada pengukuhan ekonomi negara, kestabilan politik serta keyakinan rakyat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

YAB Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual hadir menyampaikan amanat khas kepada para perwakilan. Turut hadir ialah pimpinan utama Pakatan Harapan bagi memperkukuh kesatuan dan kesiapsiagaan menghadapi cabaran politik semasa.

Untuk rekod, kali terakhir Konvensyen Pakatan Harapan diadakan pada tahun 2022. Penganjuran semula ini mencerminkan komitmen berterusan Pakatan Harapan dalam memperkukuh organisasi, memperkasa agenda reformasi dan memastikan aspirasi Kerajaan MADANI terus dilaksanakan demi kepentingan rakyat.

“Tekad Madani, Harapan Rakyat”

Fahmi Fadzil
Ketua Penerangan KEADILAN

Adly Zahari
Naib Presiden AMANAH

Syahredzan Johan
Naib Pengerusi Kebangsaan DAP

05/05/2026

Seru PBT menurunkan kadar sewa mulai MEI ini,bagi meringankan beban PKS
- PMX -

Kenyataan MediaMajlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan di antara UMNO dan Pakatan Harapan yang dipengerusikan ber...
05/05/2026

Kenyataan Media

Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan di antara UMNO dan Pakatan Harapan yang dipengerusikan bersama oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berlangsung pada 5 Mei 2026 telah mencapai persetujuan dan ketetapan seperti berikut:

1. Majlis Perundingan Pimpinan UMNO-Pakatan Harapan menghormati pendirian yang telah diputuskan oleh kedua-dua Biro Politik masing-masing dalam menyentuh isu di Negeri Sembilan.

2. Majlis Perundingan Pimpinan UMNO-Pakatan Harapan mencapai kata sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat.

3. Majlis Perundingan Pimpinan UMNO-Pakatan Harapan juga bersetuju untuk memastikan apa jua keputusan Kerajaan Negeri Sembilan yang boleh mencetuskan sebarang bentuk sensitiviti dan membuka ruang perselisihan mesti segera dirujuk kepada Majlis Perundingan Pimpinan UMNO-Pakatan Harapan.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail
Setiausaha Agung Pakatan Harapan

Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Bin Dusuki
Setiausaha Agung UMNO

5 Mei 2026

02/05/2026

Tragedi pembunuhan melibatkan seorang pelajar berusia 19 tahun ini merupakan satu kejadian yang amat menyedihkan dan membimbangkan.

Dalam menghadapi situasi ini, masyarakat diseru untuk tidak membuat kesimpulan secara terburu-buru atau menyederhanakan punca kejadian kepada satu faktor semata-mata.

Isu ini perlu dilihat secara menyeluruh, merangkumi aspek didikan, persekitaran sosial, serta tahap kesedaran dan kepedulian dalam masyarakat.

Adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan generasi muda sentiasa terpelihara.

Takziah kepada keluarga mangsa. Semoga keadilan ditegakkan.

Facebook: https://www.facebook.com/share/v/18jSeisvLk/?mibextid=wwXIfr

Instagram: https://www.instagram.com/reel/DX1etIjPo5u/?igsh=MXBqYXlkdWoxc2d2Yw==

SALAM TAKZIAH ALLAHYARHAMAH CIK NURFISYA ZULKIFLYWanita Keadilan Perak mengucapkan Salam Takziah buat seluruh keluarga A...
01/05/2026

SALAM TAKZIAH ALLAHYARHAMAH CIK NURFISYA ZULKIFLY

Wanita Keadilan Perak mengucapkan Salam Takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah Nurfisya Zulkifly. Pemergian beliau dalam keadaan yang begitu tragis dengan 61 tikaman sangat meruntun hati dan meninggalkan luka yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Semoga keluarga diberi kekuatan, ketabahan, dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini. Doa kami agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Allahyarhamah merupakan anak jati Perak, berasal dari Kampung Batu Jarau, Karai, Enggor, dan sedang melanjutkan pengajian di sebuah kolej di Kelantan. Kehilangan ini pastinya amat dirasai oleh keluarga, rakan-rakan serta seluruh komuniti yang mengenali beliau.

Perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan terhadap mangsa adalah sesuatu yang sangat dikecam. Tiada alasan yang mampu menghalalkan kekejaman sebegini. Pelaku harus menerima hukuman yang setimpal atas perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini.

Dalam masa yang sama, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas tindakan pantas dalam menangkap suspek dan menjalankan siasatan. Usaha ini amat dihargai dan memberi sedikit kelegaan kepada masyarakat yang mahukan keadilan ditegakkan.

Semoga kebenaran terus terungkai dan keadilan ditegakkan sepenuhnya, dan semoga semua wanita dilindungi dari perkara yang tidak diingini.

MOHON LIKE KOMEN DAN SHARE YE KOME!









——
Facebook : https://www.facebook.com/share/1EKG2vJi5N/?mibextid=wwXIfr

SELAMAT HARI PEKERJA
01/05/2026

SELAMAT HARI PEKERJA

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak mencadangkan agar Perikatan Nasional (PN) negeri menukar ketua pembangkang susulan da...
25/04/2026

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak mencadangkan agar Perikatan Nasional (PN) negeri menukar ketua pembangkang susulan dakwaan berulang kali mengemukakan kenyataan mengelirukan berhubung prestasi ekonomi Perak.

Ketua AMK negeri, Ashraf Kahasani berkata, tindakan itu wajar dipertimbangkan selepas Ketua Pembangkang, Razman Zakaria gagal memahami serta mentafsir data ekonomi dengan tepat ketika membahaskan isu Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dalam sesi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

Berita Penuh - https://www.sinarharian.com.my/article/777135/edisi/perak/amk-cadangkan-pn-perak-tukar-ketua-pembangkang?

KENYATAAN MEDIA KETUA AMK PERAK - 24 APRIL 2026𝐅𝐀𝐊𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐋𝐈𝐑𝐔𝐊𝐀𝐍, 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐆𝐀𝐆𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐌𝐀𝐍𝐈𝐏𝐔𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏...
24/04/2026

KENYATAAN MEDIA KETUA AMK PERAK - 24 APRIL 2026

𝐅𝐀𝐊𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐋𝐈𝐑𝐔𝐊𝐀𝐍, 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐆𝐀𝐆𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐌𝐀𝐍𝐈𝐏𝐔𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐒𝐈

Angkatan Muda KEADILAN Perak memandang serius kenyataan YB Razman Zakaria, ADUN Gunung Semanggol merangkap Ketua Pembangkang Perak yang sekali lagi mengemukakan dakwaan mengelirukan berhubung prestasi ekonomi negeri.

Dalam sesi penggulungan Sidang Dewan Negeri Perak pada Selasa lalu, beliau mendakwa Negeri Perak gagal berdasarkan sumbangan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri kepada negara berada pada kadar 5.2%. Kenyataan ini bukan sahaja dangkal, malah menunjukkan kegagalan asas dalam memahami konteks ekonomi makro.

Lebih membimbangkan, kesilapan fakta yang dinyatakan oleh Ketua Pembangkang berkenaan KDNK Perak yang hanya RM8.9 bilion sebelum membetulkannya kepada RM82 bilion. Hakikat sebenar, KDNK Negeri Perak adalah sekitar RM86.2 bilion. Kesilapan berulang ini jelas mencerminkan kecuaian dalam menyemak fakta sebelum membuat kenyataan umum.

AMK Perak menyokong ketegasan YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak yang menjawab isu ini secara matang dan berfakta. Walaupun Perak bukan negeri teratas dari segi pelaburan, kedudukannya di tangga keenam di belakang negeri seperti Pulau Pinang menunjukkan prestasi yang kompetitif dan stabil iaitu jauh lebih baik berbanding negeri SG4 di bawah kepimpinan pembangkang.

KDNK Perak menunjukkan peningkatan positif apabila berkembang daripada 2.7% pada tahun 2023 kepada 4.4% pada tahun 2024. Ini membuktikan trajektori pemulihan yang kukuh walaupun berdepan tekanan inflasi global, risiko kemelesetan, dan ketidaktentuan ekonomi antarabangsa.

Justeru, cubaan untuk memburukkan imej Kerajaan Negeri melalui manipulasi angka dan naratif yang tidak tepat adalah tidak bertanggungjawab.

Sehubungan itu, AMK Perak berpandangan bahawa Perikatan Nasional wajar mempertimbangkan kepimpinan Ketua Pembangkang yang lebih kompeten, berwibawa, dan memahami asas ekonomi dengan baik. Persoalannya, jika jawatan Ketua Whip Pembangkang pun tidak berani dirombak, bagaimana mereka ingin meyakinkan rakyat tentang keupayaan melakukan perubahan yang lebih besar?

𝐀𝐒𝐇𝐑𝐀𝐅 𝐊𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀𝐍𝐈
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Perak

Facebook: https://www.facebook.com/share/p/1GMLffABpR/?mibextid=wwXIfr

Instagram: https://www.instagram.com/p/DXgy6XPlNkm/?img_index=1&igsh=bm91YjNqdjgyajRt

Address

Ipoh

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00

Telephone

+6052551994

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keadilan Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Keadilan Perak:

Share