KEMAS Negeri Perak

KEMAS Negeri Perak JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

02/03/2026

โœจ ๐—ฅ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐˜ ๐—›๐—ฎ๐˜๐—ถ, ๐—ฅ๐—ฒ๐—ณ๐—ฟ๐—ฒ๐˜€๐—ต ๐—œ๐—บ๐—ฎ๐—ป! โœจ.

Adakah ibadah puasa kita hari ini sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja? ๐Ÿค”

Sebenarnya, bulan Ramadan merupakan madrasah dan universiti agung untuk kita melatih diri, mendidik hati, memelihara lisan, serta mengawal emosi. ๐Ÿคโค๏ธ

Menerusi firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 183, puasa diwajibkan ke atas kita dengan satu matlamat utama iaitu untuk mencapai darjat takwa (Laallakum tattaqun). ๐Ÿ“–โœจ

Namun, untuk mencapai tahap tertinggi ini, setiap ibadah perlulah dilakukan dengan hati yang ikhlas kerana sedar bahawa Allah SWT sentiasa memerhatikan setiap tindak-tanduk kita.

Jom jadikan madrasah Ramadan kali ini sebagai platform untuk kita mendidik hati agar tidak lagi memendam rasa benci terhadap insan-insan di sekeliling kita. ๐Ÿฅฐ๐Ÿค
Semoga puasa kita diterima-Nya. Amin! ๐Ÿคฒ

Perkongsian manfaat oleh:
Mazura Binti Mat Taib

โ€œ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‚๐’”๐’š๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’‚๐’•๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ด๐‘จ๐‘บ, ๐‘ด๐’†๐’“๐’‚๐’Œ๐’š๐’‚๐’•๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘จ๐’”๐’‘๐’Š๐’“๐’‚๐’”๐’Š ๐‘ท๐’Š๐’Ž๐’‘๐’Š๐’๐’‚๐’.โ€




KEMAS Negeri Perak

๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐๐„๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐ ๐’๐๐€๐Š ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“Semakan keputusan permohonan SPAK Siri 2 kini boleh dibuat di:๐Ÿ”— https://kis.kemas...
07/08/2025

๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐๐„๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐ ๐’๐๐€๐Š ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Semakan keputusan permohonan SPAK Siri 2 kini boleh dibuat di:
๐Ÿ”— https://kis.kemas.gov.my/

โœ… ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—ก:

Jika ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—” atau ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ง๐—จ๐—ฆ ๐—ฆ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—”๐—ก:
Paparan sistem akan menunjukkan:
Status: BERJAYA / SIMPANAN (dalam warna hijau)
Butang Muat Turun Borang seperti Surat Setuju Terima

Jika ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—”:
Status dipaparkan dalam warna merah
Tiada borang atau dokumen akan dipaparkan untuk dimuat turun

๐Ÿ“Œ Calon yang berjaya SAHAJA akan mendapat paparan seperti contoh berikut:

๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐๐„๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐ ๐’๐๐€๐Š ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Semakan keputusan permohonan SPAK Siri 2/2025 bagi calon yang telah dipanggil temuduga Jun lalu kini boleh dibuat di:

๐Ÿ”— https://kis.kemas.gov.my/

โœ… ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—ก:

Jika ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—” atau ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ง๐—จ๐—ฆ ๐—ฆ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—”๐—ก:
Paparan sistem akan menunjukkan:
Status: BERJAYA / SIMPANAN (dalam warna hijau)
Butang Muat Turun Borang seperti Surat Setuju Terima

Jika ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—”:
Status dipaparkan dalam warna merah
Tiada borang atau dokumen akan dipaparkan untuk dimuat turun

๐Ÿ“Œ Calon yang berjaya SAHAJA akan mendapat paparan seperti contoh berikut:

๐ƒ๐ˆ ๐’๐ˆ๐๐ˆ ๐๐„๐‘๐Œ๐”๐‹๐€ ๐“๐‘๐€๐๐’๐…๐Ž๐‘๐Œ๐€๐’๐ˆ ๐๐Œ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐”๐“๐„๐‘: ๐Œ๐„๐๐„๐‘๐Ž๐Š๐€ ๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐†๐„๐๐„๐‘๐€๐“๐ˆ๐•๐„ ๐€๐ˆ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ, 1 Ogos  โ€“ Seramai 47 warga KEMAS dar...
06/08/2025

๐ƒ๐ˆ ๐’๐ˆ๐๐ˆ ๐๐„๐‘๐Œ๐”๐‹๐€ ๐“๐‘๐€๐๐’๐…๐Ž๐‘๐Œ๐€๐’๐ˆ ๐๐Œ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐”๐“๐„๐‘: ๐Œ๐„๐๐„๐‘๐Ž๐Š๐€ ๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐†๐„๐๐„๐‘๐€๐“๐ˆ๐•๐„ ๐€๐ˆ

๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ, 1 Ogos โ€“ Seramai 47 warga KEMAS dari seluruh negara menyertai Kursus Generative AI selama tiga hari dua malam bermula 30 Jun hingga 1 Ogos, sebagai satu usaha memperkasa peranan Pemaju Masyarakat (PM), khususnya PM Komputer, dalam mendepani era kecerdasan buatan.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) KEMAS, Tuan Zairuddin Mat Zuini. Dalam amanatnya, beliau tidak sekadar menyampaikan ucapan tetapi menitipkan satu harapan besar.

โ€œDulu kita diajar guna Lotus 1-2-3, hari ini anak-anak guna AI dalam Canva. Dunia berubah. Kita tak boleh terus statik. Saya mahu PM Komputer jadi jurulatih lapangan bukan hanya tahu, tetapi mampu latih rakan setugas dan masyarakat,โ€ tegas beliau dengan nada bersahaja tetapi penuh makna.

Beliau turut menggesa agar PM Komputer menjadi Subjek Matter Expert (SME) dalam bidang masing-masing. Keberanian menganjurkan kursus ini disifatkan beliau sebagai tanda berlakunya reformasi budaya kerja dari tunggu arahan kepada budaya mencipta peluang.

Sebahagian besar peserta kursus adalah PM Komputer dari pelbagai negeri. Mereka telah diberi pendedahan bukan sahaja kepada teknologi AI, malah turut diasah dari segi etika penggunaannya dalam perkhidmatan awam serta potensi AI dalam promosi pendidikan komuniti.

โ€œSaya nak lihat minggu depan sudah ada promosi pendaftaran TABIKA guna AI. Tak perlu lagi hanya harapkan banner. Biar pendekatan kita berubah seiring zaman. PM Komputer bantu PM TABIKA itulah kolaborasi sebenar,โ€ ujar beliau sambil menekankan pentingnya kesalingan dalam organisasi.

Kursus ini turut menjadi medan jaringan, perkongsian idea dan cetusan aplikasi sebenar AI dalam konteks pendidikan masyarakat. Setiap peserta diingatkan bahawa ilmu yang diperoleh bukan untuk disimpan tetapi disebarkan kepada kump**an sasar di lapangan masing-masing.

โ€œDengan pendedahan seperti ini, saya yakin dan percaya warga KEMAS mampu memacu transformasi pendidikan kemahiran yang lebih progresif, inklusif dan responsif. Di sinilah bermulanya lonjakan digital kita.โ€

05/08/2025

Timbalan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan komitmen KEMAS dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam memperkenalkan 42 inisiatif pengubah keadaan tahun ini.

Antara inisiatif utama:
โœ… Pratahfiz & TVET Tahfiz
โœ… Smart Classroom@KEMAS
โœ… Tabika Tunas Istimewa@KEMAS โ€“ kelas khas untuk kanak-kanak autisme, bermula di Melaka dan akan diperluas ke seluruh negara.
โœ… Naik taraf lebih 50% Tabika KEMAS

KEMAS bukan sekadar pendidikan, ia adalah harapan dan ruang untuk komuniti terus maju bersama.

Sumber : Berita RTM

05/08/2025

๐Ÿ“น ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฒ๐˜€๐—ฎ: ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—น๐—บ๐˜‚, ๐—•๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜

๐Ÿ“Astro Awani, 3 Ogos 2025








๐Ÿ“ข๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐ ๐๐€๐†๐ˆ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Š๐„ ๐“๐€๐๐ˆ๐Š๐€/๐“๐€๐’๐Š๐€ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”  ๐Ÿ“Œ "Daftar sekarang, jangan tunggu saat akhir baru ...
04/08/2025

๐Ÿ“ข๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐ ๐๐€๐†๐ˆ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Š๐„ ๐“๐€๐๐ˆ๐Š๐€/๐“๐€๐’๐Š๐€ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ“Œ "Daftar sekarang, jangan tunggu saat akhir baru nak mohon! ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ผ๐—ต ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ ๐—ง๐—”๐—•๐—œ๐—ž๐—”/๐—ง๐—”๐—ฆ๐—ž๐—” ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐˜€๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ. Tempat adalah terhad. Pastikan anak anda tidak ketinggalan."

Dimaklumkan bahawa permohonan bagi kemasukan ke TABIKA/TASKA KEMAS bagi sesi 2026 akan ditutup pada 31 Ogos 2025.

Ibu bapa atau penjaga yang masih belum mengemukakan permohonan diminta untuk melengkapkan borang pendaftaran dan menghantarnya ke TABIKA/ TASKA KEMAS yang dipohon sebelum atau pada tarikh tersebut .

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada pihak TABIKA/TASKA KEMAS berdekatan atau layari laman rasmi KEMAS di www.kemas.gov.my.

๐Ÿ“Œ "Bantu anak anda melangkah ke alam pembelajaran lebih awal daftar hari ini!"

https://www.facebook.com/share/p/1S2FsZNsJ7/?mibextid=wwXIfr

KEMAS bersedia melaksanakan langkah segera bagi memperkukuh ekosistem pembelajaran peringkat prasekolah, seiring dengan ...
03/08/2025

KEMAS bersedia melaksanakan langkah segera bagi memperkukuh ekosistem pembelajaran peringkat prasekolah, seiring dengan pengumuman RMK13 oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim di Dewan Rakyat pada 31 Julai lalu. Seiring dengan pengumuman tersebut, KEMAS akan mewajibkan prasekolah bermula seawal umur lima tahun.

Ini komitmen kami untuk memastikan setiap anak desa tidak ketinggalan peluang mendapat permulaan pendidikan yang terbaik. Kerajaan MADANI percaya bahawa masa depan negara bermula dengan asas yang kukuh pada hari ini.










๐‚๐จ๐ซ๐ž๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐กโœ๏ธAlhamdulillah, kami bersyukur sangat kerana Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Dr. Ah...
03/08/2025

๐‚๐จ๐ซ๐ž๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐กโœ๏ธ

Alhamdulillah, kami bersyukur sangat kerana Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi dapat menyaksikan anak anak TABIKA kami melantunkan bacaan surah hasil daripada pengenalan Pra Tahfiz KEMAS cetusan idea beliau dua tahun lalu.

Itulah luahan dalam nada sebak Cikgu Rojianah Jalmi Shik selepas Datuk Seri Dr. Zahid sendiri menguji bacaan anak anak tabika Kampung Sapagaya Lahad Datu, Sabah hari ini.

Datuk Seri Dr. Zahid melakukan lawatan ke TABIKA Kampung Sapagaya sempena perasmian program Santunan Kasih Desa Madani KEMAS.

Dalam program berkenaan Timbalan Perdana Menteri menzahirkan kesyukuran kerana program program di bawah KEMAS terutama TABIKA Pra Tahfiz KEMAS telah menampakkan pencapaian yang amat memberangsangkan.

Bayangkan anak anak kecil seawal usia 4 hingga 6 tahun telah menguasai Surah an-Nabaโ€™ dan rata rata telah menghafal antara 10 hingga 25 surah dalam juzuk 30.

Pada majlis hari ini juga, Datuk Seri Dr. Zahid turut menyampaikan bendera Malaysia kepada semua agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah sebagai simbolik menyemarakan sambutan bulan kemerdekaan negara.

Saya yang bermusafir ke bumi Sabah sejak semalam turut mengambil kesempatan melakukan lawatan ke TABIKA Kampung Ulu Dusun Sandakan dan tabika serta pusat pusat aktiviti KEMAS di Pusat Kegiatan Masyarakat dalam Parlimen Kinabatangan Sabah

Melihat kepada keadaan fizikal tabika tabika di sini termasuk Tabika Sabah Baru 2 Lahad Datu, sudah sampai masanya pendekatan lebih agresif dan di luar daripada amalan biasa diperlukan untuk menangani keadaifan bagunan bangunan tabika berkenaan.

Saya yakin usaha usaha ini boleh dilaksanakan kerana dalam pembentangan cadangan KEMAS kepada kerajaan kerajaan negeri untuk mewartakan bangunan TABIKA KEMAS yang beroperasi di bangunan menumpang seperti Balai Raya dan Dewan Orang Ramai khusus untuk kegunaan KEMAS semasa Mesyuarat Penyelarasan antara Timbalan Perdana Menteri dan Exco Exco Luar Bandar Kerajaan Negeri telah dipersetujui.

Selain itu kaedah pembinaan TABIKA baharu juga perlu disemak semula agar keperluan mendesak menggantikan bangunan tabika yang daif serta keperluan tabika di kawasan kawasan baharu dapat dilaksanakan dengan lebih cepat.

Sehubungan itu KEMAS telah membentuk pasukan petugas khas untuk membuat cadangan penambah baikan kaedah perolehan dan pembinaan Tabika bagi memastikan keperluan pendidikan awal kanak kanak khususnya di kawasan luar bandar dapat dipenuhi.

Tambahan p**a dalam Rancangan Malaysia Ke-13 seperti mana dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 31 Julai lalu telah memberikan bayangan kerajaan akan mewajibkan pendidikan pra sekolah bagi anak anak yang berusia 5 tahun.

Ini tentunya menuntut KEMAS sebagai peneraju pendidikan awal kanak kanak sejak 55 tahun lalu lebih tangkas untuk menyahut hasrat kerajaan.

Saya amat yakin berbekalkan motto ๐ƒ๐ˆ ๐’๐ˆ๐๐ˆ ๐๐„๐‘๐Œ๐”๐‹๐€โ€ฆ.KEMAS berupaya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik buat masyarakat.

๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐€๐ฌ๐š๐ฌ ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ๐ข๐š๐ก ๐’๐ž๐š๐ฐ๐š๐ฅ ๐”๐ฌ๐ข๐š: ๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐ž๐ฅ ๐’๐š๐ซ๐ข๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐€๐ฌ๐š๐ฌ ๐€๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐’๐ฆ๐š๐ซ๐ญ ๐‡๐š๐Ÿ๐š๐ณ๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐“ ๐“๐ก๐š๐ฅ๐š๐ญ๐ก๐š ๐“๐ข...
02/08/2025

๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐€๐ฌ๐š๐ฌ ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ๐ข๐š๐ก ๐’๐ž๐š๐ฐ๐š๐ฅ ๐”๐ฌ๐ข๐š: ๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐ž๐ฅ ๐’๐š๐ซ๐ข๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐€๐ฌ๐š๐ฌ ๐€๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐’๐ฆ๐š๐ซ๐ญ ๐‡๐š๐Ÿ๐š๐ณ๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐“ ๐“๐ก๐š๐ฅ๐š๐ญ๐ก๐š ๐“๐ข๐ฌโ€™๐š ๐’๐ž๐ซ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ค ๐๐ข ๐“๐ข๐ ๐š ๐‹๐จ๐ค๐š๐ฌ๐ข

Sebuah inisiatif bermakna dalam memperkasa pendidikan awal kanak-kanak berasaskan nilai-nilai Islam telah direalisasikan pagi ini menerusi penganjuran Bengkel Saringan Kemahiran Asas Al-Quran Program Smart Hafazan 10T Thalatha Tisโ€™a.

Bengkel ini telah berlangsung serentak di tiga buah lokasi berbeza iaitu di Pusat Kegiatan Masyarakat Sungai Siput, Gopeng dan Lumut.

Pelaksanaan strategik program ini lahir daripada cetusan idea Penaung Thalatha Tisโ€™a, Tan Sri Datoโ€™ Haji Idris Jusoh, yang berhasrat melihat sistem pendidikan integratif berteraskan nilai Islam, hafazan al-Quran dan ilmu kontemporari dijadikan asas kukuh dalam membentuk generasi muda yang seimbang dari segi rohani dan intelek.

Visi ini diterjemahkan melalui pendekatan Smart Hafazan 10T, yang bukan sahaja memfokus kepada hafalan semata-mata, bahkan mengintegrasikan aspek pedagogi berkesan bagi menyokong pembelajaran secara syumul.

Sebanyak 143 orang pendidik masyarakat TASKA KEMAS dari seluruh negeri Perak telah menyertai sesi saringan pada hari ini. Mereka telah dinilai oleh panel juri jemputan yang berpengalaman, menerusi satu bentuk penilaian lisan yang meneliti tahap penguasaan asas Al-Quran.

Proses ini bertujuan mengenal pasti keupayaan awal para pendidik sekaligus mempersiapkan mereka untuk mendalami kaedah-kaedah pengajaran yang lebih berstruktur dalam pendidikan Al-Quran di peringkat awal usia.

Lebih daripada sekadar saringan, program ini turut memberi pendedahan langsung kepada para peserta berkenaan strategi, teknik dan pendekatan inovatif dalam pengajaran Al-Quran l, sejajar dengan pendekatan Smart Hafazan 10T.

Kaedah ini menekankan penggabungan elemen talaqqi, tajwid dan tasmik, yang membolehkan penyampaian ilmu menjadi lebih menarik, sistematik dan mudah diterima oleh kanak-kanak.

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada barisan panel juri profesional yang bukan sahaja melaksanakan proses penilaian dengan teliti dan telus, tetapi juga telah memberikan bimbingan dan pencerahan yang sangat bermakna kepada para pendidik dalam aspek penguasaan asas Al-Quran.

Pelaksanaan bengkel ini dilihat sebagai satu kesinambungan kukuh kepada Program Pra Tahfiz yang telah diperkenalkan sejak tahun 2023 di TABIKA KEMAS, dengan objektif utama memperkenalkan hafazan surah-surah dalam Juz Amma dalam kalangan kanak-kanak seawal usia tiga tahun.

Semoga prakarsa ini mampu melahirkan generasi cilik Ulul Albab yang bukan hanya cemerlang dalam hafazan dan penghayatan Al-Quran, tetapi juga bersedia mendepani cabaran dunia moden berteraskan nilai-nilai murni Islam.








Bro Taufik
Upak Kemas Perak
KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat
fans

๐’๐ˆ๐€๐‘๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐๐€๐ˆ๐Š ๐ˆ๐๐ˆ๐’๐ˆ๐€๐“๐ˆ๐… ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐€๐–๐€๐‹ ๐Š๐€๐๐€๐Š-๐Š๐€๐๐€๐Š ๐‘๐Œ๐Š-๐Ÿ๐Ÿ‘๐๐”๐“๐‘๐€๐‰๐€๐˜๐€, ๐Ÿ‘๐Ÿ ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ โ€“ Jabatan Kemajuan Masyara...
02/08/2025

๐’๐ˆ๐€๐‘๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€

๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐๐€๐ˆ๐Š ๐ˆ๐๐ˆ๐’๐ˆ๐€๐“๐ˆ๐… ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐€๐–๐€๐‹ ๐Š๐€๐๐€๐Š-๐Š๐€๐๐€๐Š ๐‘๐Œ๐Š-๐Ÿ๐Ÿ‘

๐๐”๐“๐‘๐€๐‰๐€๐˜๐€, ๐Ÿ‘๐Ÿ ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ โ€“ Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menyambut baik pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 oleh Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim, yang secara langsung memasukkan TABIKA KEMAS dalam inisiatif membina baharu, membaiki dan menaik taraf kemudahan pendidikan.

๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐๐š๐ข๐ค ๐ˆ๐ง๐ข๐ฌ๐ข๐š๐ญ๐ข๐Ÿ ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐€๐ฐ๐š๐ฅ ๐Š๐š๐ง๐š๐ค-๐ค๐š๐ง๐š๐ค ๐‘๐Œ๐Š-๐Ÿ๐Ÿ‘Putrajaya, 1 Ogos โ€“ Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) me...
02/08/2025

๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐๐š๐ข๐ค ๐ˆ๐ง๐ข๐ฌ๐ข๐š๐ญ๐ข๐Ÿ ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐€๐ฐ๐š๐ฅ ๐Š๐š๐ง๐š๐ค-๐ค๐š๐ง๐š๐ค ๐‘๐Œ๐Š-๐Ÿ๐Ÿ‘

Putrajaya, 1 Ogos โ€“ Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menyambut baik pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) oleh Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim, yang secara langsung memasukkan TABIKA KEMAS dalam inisiatif membina baharu, membaiki dan menaik taraf kemudahan pendidikan.

Bacaan Lanjut : https://siakapkeli.my/2025/08/01/kemas-sambut-baik-inisiatif-pendidikan-awal-kanak-kanak-rmk-13

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menyambut baik pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang secara langsung memasukkan TABIKA KEMAS

Address

BLOK C, TINGKAT 2C3-1, BANGUNAN PERSEKUTUAN GREENTOWN, Jalan DATO' SERI AHMAD SAID
Ipoh
30450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6052535322

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEMAS Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share