29/05/2026
πππππππ ππππππ ππππππ πππππππ ππππππππππ ππππππ πππππ πππππ / πππππ
29 Mei 2026 (Jumaat)
Pusat Kokurikulum JPN Perak, Gunung Lang, Ipoh
Alhamdulillah, Program Ibadah Korban Jabatan Pendidikan Negeri Perak Tahun 2026M/1447H telah berjaya dilaksanakan dengan penuh tertib, semangat ukhuwah dan penghayatan terhadap syiar Islam.
Sebanyak tiga ekor lembu korban telah disempurnakan hasil sumbangan daripada YAB Menteri Besar Perak, dan Farm Fresh yang sentiasa komited dalam menjayakan program kebajikan dan keagamaan.
Program ini diterajui oleh Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama serta sokongan padu daripada seluruh warga sektor dan pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang berganding bahu menghulurkan tenaga, masa dan kepakaran bagi memastikan kelancaran pelaksanaan ibadah korban pada tahun ini.
Sesungguhnya, semangat kebersamaan yang ditunjukkan bukan sahaja berjaya merealisasikan tuntutan ibadah korban, malah turut mengukuhkan jalinan silaturahim, memupuk nilai keikhlasan, pengorbanan serta budaya kerja berpasukan dalam kalangan warga pendidikan.
Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Kerajaan Negeri dan Farm Fresh atas sumbangan lembu korban pada tahun ini.
Terima kasih juga kepada para petugas, urus setia serta semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
Semoga segala amal kebajikan, sumbangan dan pengorbanan yang dihulurkan diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda.
βSesungguhnya daging dan darah haiwan korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.β
β Surah Al-Hajj, ayat 37
Selamat Menyambut Aidiladha 1447H. Semoga semangat pengorbanan terus menyuburkan nilai keikhlasan dan kebersamaan dalam membina pendidikan yang cemerlang.