ICU JPM Perak

ICU JPM Perak Agensi pemantauan projek pembangunan Kerajaan Persekutuan di Negeri Perak
(1)

MESYUARAT PENYELARASAN PROJEK/PROGRAM ICU JPM PERAK BERSAMA PEGAWAI DAERAH PEJABAT DAERAH DAN TANAH NEGERI PERAK BILANGA...
12/05/2026

MESYUARAT PENYELARASAN PROJEK/PROGRAM ICU JPM PERAK BERSAMA PEGAWAI DAERAH PEJABAT DAERAH DAN TANAH NEGERI PERAK BILANGAN 1 TAHUN 2026

IPOH, 11 Mei - Satu Mesyuarat Penyelarasan Projek/Program ICU JPM Perak yang dipengerusikan oleh Dato' Haji Mohd Zakuan bin Haji Zakaria telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Pembangunan Negeri Perak. Meysuarat ini telah dihadiri oleh Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Perak serta pegawai kanan.

Tumpuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan serta menyemak status pelaksanaan projek-projek yang sedang dijalankan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) di bawah peruntukan ICU JPM. Mesyuarat ini juga meneliti kemajuan pelaksanaan projek fizikal dan bekalan bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan berada pada tahap terbaik. Selain menyemak status terkini, sesi ini juga turut menjadi platform utama untuk menyelaras isu teknikal serta mencari solusi terhadap masalah berbangkit di peringkat daerah khususnya. Usaha kolaboratif ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara agensi, malah menjadi kunci utama dalam memastikan projek kerajaan dilaksanakan sepenuhnya agar rakyat dapat menikmati manfaat daripada bantuan dan infrastruktur yang disediakan dengan segera.

ICU JPM Perak menyasarkan mesyuarat penyelarasan ini sebagai pemangkin kepada pembangunan negeri yang lebih dinamik dan sistematik. Kerjasama strategik ini diperkukuh bagi memastikan setiap projek memberi p**angan nilai yang tinggi kepada masyarakat, selaras dengan prinsip kesejahteraan rakyat di bawah kerangka Malaysia MADANI.





PEMERKASAAN INFRASTRUKTUR PENDIDIKAN: PENYERAHAN KOMPLEKS BAHARU PENDIDIKAN NEGERI PERAK5 Mei 2026 (Selasa) menyaksikan ...
08/05/2026

PEMERKASAAN INFRASTRUKTUR PENDIDIKAN: PENYERAHAN KOMPLEKS BAHARU PENDIDIKAN NEGERI PERAK

5 Mei 2026 (Selasa) menyaksikan berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Bangunan Baharu Kompleks Pendidikan Negeri Perak dalam suasana penuh bermakna.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, dengan kehadiran Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Koh Woh.

Turut hadir mewakili Jabatan Kerja Raya (JKR) ialah YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) serta YBrs. Ir. Hj. Zamri bin Mat Kasim, Pengarah JKR Negeri Perak. Kementerian Pendidikan Malaysia p**a diwakili oleh YBhg. Dato’ Wan Hashim bin Wan Rahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) dan YBrs. Tn. Zulkafli bin Mohamed Mokhtar, Pengarah Pendidikan Negeri Perak.

Kompleks baharu ini mampu menempatkan seramai 420 orang kakitangan dalam persekitaran kerja yang lebih teratur dan selesa, lengkap dengan kemudahan ruang tambahan untuk pegawai. Penyediaan fasiliti ini dijangka dapat mempertingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan serta menyokong pelaksanaan program pendidikan di peringkat negeri dengan lebih lancar.

Penyediaan kompleks baharu ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri dalam memastikan warga pendidikan menikmati persekitaran kerja yang lebih selesa, moden dan berkualiti demi memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

SYABAS dan TAHNIAH kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan pasukan projek JKR Malaysia di atas penyiapan projek ini.




Selamat Hari Pekerja 2026! 🛠️🇲🇾"Pekerja MADANI, Kesuma Bangsa."Hari ini kita raikan dedikasi dan sumbangan luar biasa se...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 2026! 🛠️🇲🇾

"Pekerja MADANI, Kesuma Bangsa."

Hari ini kita raikan dedikasi dan sumbangan luar biasa seluruh tenaga kerja di Malaysia, khususnya di Negeri Perak.

Ikhlas daripada
Dato’ Hj Mohd Zakuan bin Hj Zakaria
Pengarah serta seluruh warga Pejabat Pembangunan Negeri Perak (ICU JPM Perak)





24/04/2026
PROGRAM ZIARAH KASIH PARLIMEN KUALA KANGSAR DI BAWAH INISIATIF SEJAHTERA MADANIKUALA KANGSAR, 23 April - Pejabat Pembang...
24/04/2026

PROGRAM ZIARAH KASIH PARLIMEN KUALA KANGSAR DI BAWAH INISIATIF SEJAHTERA MADANI

KUALA KANGSAR, 23 April - Pejabat Pembangunan Negeri Perak (ICU JPM Perak) telah melaksanakan Program Ziarah Kasih di kawasan Parlimen Kuala Kangsar di bawah Inisiatif Sejahtera MADANI. Program yang melibatkan empat (4) peserta eKasih berstatus miskin ini bertujuan untuk mendekati golongan sasar serta menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka. Ziarah Kasih ini telah diketuai oleh YB Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid, Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan turut disertai oleh Dato' Hj Mohd Zakuan bin Hj Zakaria, Pengarah Pembangunan Negeri Perak, wakil-wakil dari Pejabat Daerah Kuala Kangsar, Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Penghulu-Penghulu Mukim dan JPKK kampung terbabit.

Ziarah kasih dimulakan dengan penerima pertama dari Perumahan Awam 3 Manong. Isteri kepada KIR mengalami penyakit strok, hilang ingatan dan juga patah peha akibat terjatuh. Sumbangan yang diberikan ialah sebuah katil pesakit dan lampin dewasa. Ziarah kasih kedua diteruskan ke Kg. Guar Batu yang melibatkan seorang warga emas yang bergantung sepenuhnya dengan lampin dewasa bagi urusan seharian. Selanjutnya, ziarah kasih ketiga di Kg. Jeliang melibatkan seorang tukang mesin rumput yang mana mesin rumputnya telah rosak. Bantuan yang diberikan ialah sebuah mesin rumput dan mesin pam racun untuk tujuan peningkatan pendapatan. Ziarah kasih keempat dan terakhir di Simpang Lawin melibatkan isteri KIR yang mengalami sakit saraf. Beliau menerima sumbangan kerusi roda. Bukan itu sahaja, setiap penerima turut menerima sumbangan kotak makanan dan bantuan tunai. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta membawa kesejahteraan kepada para penerima.




MEMPERKASA INFRASTRUKTUR, MENJAMIN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYATSatu majlis penyerahan bagi Projek Pembinaan Ceru...
23/04/2026

MEMPERKASA INFRASTRUKTUR, MENJAMIN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

Satu majlis penyerahan bagi Projek Pembinaan Cerun dari Jalan Kg. Bawong RPS Legap, Sungai Siput ke Kuala Kangsar, Perak telah disempurnakan Khamis, 23 April 2026 di Dewan Terbuka SMK Bawong. Majlis ini telah dihadiri oleh YB Dato’ Haji Mohd Zolkafly bin Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak, Tuan Mazlan Zurin bin Zulkifli, Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Perak, Ir. Farrid bin Jamaluddin, Timbalan Pengarah JKR Negeri Perak, serta Tuan Haji Khairul Ridzuan bin Mat Said, Pengarah KKDW Negeri Perak, selain wakil-wakil agensi berkaitan. Penyerahan projek ini telah disempurnakan melalui majlis serahan rasmi kesiapan projek daripada Jabatan Kerja Raya Negeri Perak kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Kejayaan projek ini turut dizahirkan melalui pencapaian 5 dalam 1 yang merangkumi penyediaan CPC, Penyata Akaun Muktamad (SOFA), lukisan siap bina, penyiapan awal projek, serta pencapaian sifar kemalangan dan sifar pencemaran alam sekitar.

ICU JPM Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih khususnya kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perak atas kejayaan menyiapkan projek ini dengan jayanya sekaligus dapat memberikan keselesaan dan menjamin keselamatan penduduk di kawasan berkenaan.







TINJAUAN ICU JPM PERAK KE PROJEK PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT PERAKISNIN, 20 APRIL 2026 – Pejabat ...
21/04/2026

TINJAUAN ICU JPM PERAK KE PROJEK PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT PERAK

ISNIN, 20 APRIL 2026 – Pejabat Pembangunan Negeri , ICU JPM Perak terus mempergiat pemantauan projek di bawah Rancangan Malaysia yang memfokuskan daerah Kuala Kangsar dan Larut, Matang dan Selama. Tinjauan dimulakan di SK Ulu Kenas bagi memantau Projek Pembinaan Semula Bangunan Daif yang bertujuan menyediakan blok akademik kondusif demi keselesaan warga sekolah, di mana beberapa cadangan penyelesaian telah dikemukakan bagi memastikan ia siap mengikut jadual. Lawatan diteruskan ke SMK King Edward VII, Taiping bagi menyelaraskan isu-isu teknikal melibatkan pembinaan bangunan gantian agar koordinasi antara agensi pelaksana berjalan lancar demi memartabatkan fasiliti pendidikan ini.

Sesi pemantauan diakhiri dengan tinjauan ke bangunan Stor Farmasi Logistik dan Farmasi Steril Hospital Taiping yang kini telah mencapai 95 peratus kemajuan fizikal dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2026. Fasiliti ini sangat kritikal bagi menjamin sistem penyimpanan ubat-ubatan yang lebih sistematik serta penyediaan ubat steril yang memenuhi piawaian kesihatan tertinggi.

Secara keseluruhannya, ICU JPM Perak berharap projek pembangunan persekutuan ini disiapkan dengan sempurna sebagai manifestasi nilai Ihsan di bawah kerangka Malaysia MADANI, sekali gus memberi impak kesejahteraan yang nyata kepada seluruh rakyat Negeri Perak.







‎LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK MEMBINA JALAN DARI POS TENAU, MUALLIM, PERAK KE POS SENDERUT, KUALA LIPIS, PAHANG OLEH PEJABA...
13/04/2026

‎LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK MEMBINA JALAN DARI POS TENAU, MUALLIM, PERAK KE POS SENDERUT, KUALA LIPIS, PAHANG OLEH PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI PERAK

‎SLIM RIVER, 13 APRIL 2026 – Satu lawatan pemantauan projek pembangunan telah dilaksanakan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Perak (ICU JPM Perak) ke Projek Pembinaan Jalan Dari Pos Tenau, Muallim, Perak ke Pos Senderut, Kuala Lipis, Pahang.

‎Lawatan ini turut disertai oleh wakil daripada Pasukan Projek Persekutuan Negeri Perak, Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri Perak serta pihak kontraktor yang terlibat dalam pelaksanaan projek.

‎Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menilai tahap kemajuan projek, memastikan pematuhan terhadap skop yang telah diluluskan serta menilai keberkesanan pelaksanaan projek dalam memberikan manfaat kepada rakyat, khususnya komuniti setempat.

‎Adalah diharapkan agar penyiapan projek ini dapat dilaksanakan mengikut perancangan dan seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.








MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KERJA-KERJA MENAIKTARAF PADANG BOLA SMK JALAN PASIR PUTEH, IPOH, PERAKIpoh, 10 April 2026 (Juma...
12/04/2026

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KERJA-KERJA MENAIKTARAF PADANG BOLA SMK JALAN PASIR PUTEH, IPOH, PERAK

Ipoh, 10 April 2026 (Jumaat) - Majlis penyerahan projek Kerja-kerja Menaiktaraf Padang Bola SMK Jalan Pasir Puteh, Ipoh telah disempurnakan oleh Dato’ Hj Mohd Zakuan Bin Hj Zakaria, Pengarah Pembangunan Negeri Perak. Majlis penyerahan ini turut dihadiri oleh En. Zulkafli bin Mohamed Mokhtar, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Pn. Hjh. Fadhilah Binti Hawary, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Pn. Azarina Binti Alias, Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara, En. Shamsahhimi bin Harun, Pengetua, SMK Jalan Pasir Puteh, En Amirul Afnan bin Suhaimi wakil pihak kontraktor dan pegawai-pegawai ICU JPM Perak.

Simbolik penyerahan projek seperti plak serahan telah diserahkan kepada En. Zulkafli bin Mohamed Mokhtar selaku Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Kerja-kerja naik taraf yang dilaksanakan adalah termasuk kerja-kerja penanaman paip saliran bawah tanah, penanaman semula rumput padang sekolah dan lain-lain kerja yang berkaitan. Peruntukan menaiktaraf ini merupakan salah satu komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan kemudahan serta infrastruktur sedia ada dapat dipertingkatkan demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat.

Dengan terlaksananya kerja-kerja menaiktaraf padang ini ianya dapat menyediakan ruang sukan dan aktiviti kokurikulum yang lebih selesa, selamat dan inklusif, sekali gus menyokong perkembangan sahsiah murid dan pembangunan komuniti serta mewujudkan persekitaran pembelajaran dan kesejahteraan hidup masyarakat yang lebih mampan.







MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KERJA-KERJA BAIK PULIH DI MASJID KASSIMIAH, LAYANG-LAYANG KIRI, PARIT, PERAKParit, 09 April 202...
12/04/2026

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KERJA-KERJA BAIK PULIH DI MASJID KASSIMIAH, LAYANG-LAYANG KIRI, PARIT, PERAK

Parit, 09 April 2026 (Khamis) - Majlis penyerahan projek Kerja-kerja Baik Pulih di Masjid Kassimiah, Layang-Layang Kiri telah disempurnakan oleh Dato’ Hj Mohd Zakuan Bin Hj Zakaria, Pengarah Pembangunan Negeri Perak. Majlis penyerahan ini turut dihadiri oleh YB Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria, Pengerusi Yayasan Ikhtiar Parit, Yang Di Hormati Toh Indera Jaya Dato' Ishak Bin Hj Mohamed selaku Pengerusi Masjid, Masjid Kassimiah, Kampung Selat, Layang-Layang Kiri, En Muhamad Aidil Fiqri Bin Arif, wakil Pejabat Penghulu Mukim Layang-Layang, En Fawi Bin Ariffin, Ketua Kampung, Kampung Selat, Layang-Layang Kiri, En Tarmizi wakil pihak kontraktor dan pegawai-pegawai ICU JPM Perak.

Simbolik penyerahan projek seperti plak serahan telah diserahkan kepada Yang Di Hormati Toh Indera Jaya Dato' Ishak Bin Hj Mohamed selaku Pengerusi Masjid, Masjid Kassimiah, Kampung Selat, Layang-Layang Kiri. Kerja-kerja baik pulih yang dilaksanakan adalah termasuk kerja-kerja meroboh tembok pagar sedia ada, membina struktur baru laluan berbumbung, kerja-kerja elektrikal dan lain-lain kerja yang berkaitan. Peruntukan pembangunan ini merupakan salah satu komitmen kerajaan MADANI dalam memastikan kemudahan kepada rakyat dapat disediakan dengan lengkap.

Semoga dengan siapnya kerja-kerja baik pulih ini ianya dapat menyediakan pusat ibadah yang lebih kondusif, selamat dan inklusif bagi pembangunan ummah melalui penyediaan kemudahan, selaras dengan aspirasi kesejahteraan hidup masyarakat yang mampan.







Address

Ipoh
30000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6052407400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ICU JPM Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share