08/10/2025
๐ญ-๐ฎ ๐ข๐๐ง๐ข๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
๐๐ข๐ก๐ฉ๐๐ก๐ฆ๐ฌ๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐ง๐จ๐๐ก ๐ง๐๐๐ก๐ข๐๐ข๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐ ๐ฉ๐๐ง๐๐ฅ๐๐ก๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
๐ฝ๐๐ก๐๐ ๐๐๐ข๐๐ฃ๐๐ง ๐ผ๐๐ฟ๐๐๐พ, ๐๐๐, ๐๐ฅ๐ค๐
Kesatuan Pembantu-pembatu Makmal Veterinar dan Gred Bersekutu Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPMVDGBKSM), telah dianugerahkan peruntukan Program Hal-Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) melalui Jabatan Hal-Ehwal Kesatuan Sekerja Perak (JHEKS), Kementerian Sumber Manusia di bawah kluster Latihan dan Program Pendidikan.
Justeru, pihak kesatuan telah berjaya menganjurkan Konvensyen Kesatuan Teknologi Makmal Veterinar 2025 yang melibat semua Pembantu Makmal dan Penolong Pegawai Sains dari semua organisasi di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Antara yang terlibat adalah :
1. Institut Penyelidikan Veterinar Ipoh, Perak
2. Institut Veterinar Malaysia Kluang, Johor
3. Institut Teknologi Unggas, Masjid Tanah, Melaka
4. Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan, Jerantut, Pahang
5. Makmal Kualiti Susu, Alor Gajah, Melaka
6. Makmal Veterinar Zon Utara, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
7. Makmal Kesihatan Awam Veterinar, Sepang Selangor
8. Makmal Veterinar Zon Tengah, Sepang, Selangor
9. Makmal Veterinar Zon Timur Selatan, (Pahang), Kuantan, Pahang
10. Makmal Veterinar Zon Timur Utara (Kelantan), Kota Bharu, Kelantan
11. Makmal Veterinar Zon Selatan, Johor Bahru, Johor
Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Ybrs. Dr Aida binti Muhid, Pengarah Kanan, Bahagian Kawalan Penyakit dan Biosekuriti Veterinar, DVS. Turut hadir adalah Ybrs. Dr. Faizah Hanim binti Mohd Saeid, Ketua Seksyen Perkhidmatan Makmal,Bahagian Kawalan Penyakit & Biosekuriti Veterinar selaku penasihat kesatuan, YBrs. Dr. Maria Binti Jamli, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan,DVS, Ybrs. En. Muhammad Azri bin Hulam Rasol, Penolong Pengarah Jabatan Hal-Ehwal Kesatuan Sekerja Perak, Kementerian Sumber Manusia, Dr. Syed Zulkifli bin Syed Zainulabidin, Wakil Pengarah Bahagian Penyelidikan Veterinar dan Pn. Roseliza binti Roslee sebagai wakil tuan rumah, VRI.
Konvensyen yang berlangsung selama dua hari ini dilengkapkan dengan 8 sesi iaitu
1. Majlis Perasmian
2. Ceramah Kepentingan Kesatuan dalam Organisasi & Taklimat Kad Pekerja MADANI oleh En. Muhammad Azri bin Hulam Rasol, Penolong Pengarah JHEKS Perak
3. Perkongsian Peluang Kursus & Latihan dalam DVS oleh Dr. Maria Binti Jamli, Pengarah BPMI
4. Kursus โBiosafety & Biosecurityโ oleh En. Muhamad Bohari bin Jusoh & En. Muhamad Syamsul Naim bin Noorazmi, VRI Institutional Biosafety Committee
5. Kursus โShipping Biological Substanceโ oleh Dr. Ahmad Fikri bin Ahmad Yunus, VRI Institutional Biosafety Committee
6. Majlis Makan Malam dan Latihan Pengukuhan
7. Mesyuarat Agung Tahunan Kesatuan ke-28
8. Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Geologi