Bahagian Dakwah JAIPk

Bahagian Dakwah JAIPk Dakwah untuk semua, Berdakwah tugas semua.........

Muslimin dan muslimat sekalian berdakwah dijalan Allah S.W.T dan kerana Allah S.W.T jadi wajib ke atas orang Islam menuntut Ilmu dan menyampaikan ilmu serta menasihati orang Islam lain dengan segala bijaksana yang ada sehingga manusia membuat kebaikan kerana Allah S.W.T.

Sabtu 14 Mac 2026, Unit Dakwah & Tarbiah Bahagian Dakwah, JAIPk telah menganjurkan Ihya Ramadhan Bersama Orang Kurang Up...
16/03/2026

Sabtu 14 Mac 2026, Unit Dakwah & Tarbiah Bahagian Dakwah, JAIPk telah menganjurkan Ihya Ramadhan Bersama Orang Kurang Upaya (OKU) Pekak Pendengaran dan Pembelajaran Negeri Perak 2026 bertempat di Pusat Kegiatan Dakwah, Ipoh. Peserta seramai 140 orang terdiri daripada Persatuan Orang Pekak Perak (POPP), Persatuan Pemulihan Orang Cacat (PPOC), Persatuan Bagi Orang-Orang Kelainan Upaya Kinta Selatan, dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Kampung Gajah.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman kepada warga Orang Kurang Upaya terhadap hikmah disyariatkan berpuasa di samping meraikan mereka dengan sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba. Program dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Fadhil Bin Marhaban dengan tajuk " Keberkatan Ramadhan" dengan dibantu oleh seorang jurubahasa isyarat bertauliah.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh S.F Tuan Haji Ahmad Nizam Bin Amirrudin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, JAIPk. Turut hadir bersama A.F Ustaz Dr Ahmad Muzammil Bin Mohamed Shapawi, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, merangkap Ketua Unit Dakwah & Tarbiah.

Semoga program ini dapat memberikan manfaat ilmu kepada warga Orang Kurang Upaya, serta dipermudahkan urusan untuk berhari raya. Didoakan agar mereka dianugerahkan rahmat dan redha Allah swt.

Program Ihya Ramadhan dan Tadarus Al-Quran bersama Muallaf Tarikh : 13-14 Mac 2026Tempat : Hotel Impiana,IpohBahagian Da...
16/03/2026

Program Ihya Ramadhan dan Tadarus Al-Quran bersama Muallaf

Tarikh : 13-14 Mac 2026

Tempat : Hotel Impiana,Ipoh

Bahagian Dakwah telah mengadakan Program Ihya Ramadhan Dan Tadarus Muallaf. Program ini bertujuan menghidupkan Ramadhan dengan Amalan-amalan Ibadah secara berjemaah. Program di diisi dengan Solat sunat terawih berjemaah, Usrah Muallaf, Qiamullail,Tadarus Al- Quran, Kuliah Subuh, Tahlil, Tazkirahdan Majlis Berbuka Puasa.

Tazkirah dan Imam Terawih di pimpin oleh Ustaz Ibnu Abbas Bin Azizuddin, Imam Utama Daerah Seri Iskandar. Manakala Qiamullail di pimpin oleh Ustaz Mohamad Azam Bin Mohamed Adam,Ketua Unit Dakwah Bil Hal,Bahagian Dakwah. Usrah dan tadarus p**a dikendalikan oleh Mubaligh dan pengiring muallaf dari beberapa daerah di Perak.

Penutup Majlis ini disempurnakan oleh Ustaz Mohamad Azam Bin Mohamed Adam Ketua Unit Dakwah Bil Hal,Bahagian Dakwah.

Penghargaan diucapkan kepada Muallaf yang dapat meluangkan masa untuk hadir di dalam Majlis ini dan semua Jemputan sebagai Penceramah, Imam dan Urusetia yang menjayakan program kali ini.

Unit Bil Hal,
Bhg. Dakwah
Jabatan Agama Islam Perak.

Bengkel Penyediaan Dasar Dakwah Jabatan Agama Islam PerakTarikh : 10-11 Mac 2026Tempat : Hotel Travelodge,IpohBahagian D...
12/03/2026

Bengkel Penyediaan Dasar Dakwah Jabatan Agama Islam Perak

Tarikh : 10-11 Mac 2026

Tempat : Hotel Travelodge,Ipoh

Bahagian Dakwah telah mengadakan sebuah bengkel bagi bertujuan membincangkan isu-isu dasar Berkaitan pelaksanaan Dakwah di Negeri Perak. Bengkel selama 2 hari ini dihadiri oleh Semua Pegawai Tadbir Agama Daerah dan Ketua Unit Dakwah di daerah.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Tuan Haji Ahmad Nizam Bin Amiruddin turut hadir untuk memberikan ucaptama dan bersama berbincang dalam memperkasakan agenda dakwah di Negeri Perak. Tuan Dr Ahmad Muzammil Bin Mohamed shapawi, Tuan Mohd Halim Bin Mat Saman dan Tuan Mohamad Azam Bin Mohamed Adam selaku Ketua Unit di Bahagian Dakwah JAIPk telah membentangkan perancangan tahunan bagi unit masing-masing untuk penilaian bersama di awal bengkel.

Sekalung Penghargaan kepada semua Pegawai Tadbir Agama dan Ketua Unit Daerah yang hadir memberikan idea dan kerjasama sepanjang bengkel berlangsung.

Unit Bil Hal,
Bhg. Dakwah
Jabatan Agama Islam Perak.

Ziarah Dan Santuni Muallaf Sempena Ramadhan siri 1Tarikh : 26 Mac 2026Tempat : Rumah Seri Kenangan, Ulu Kinta.Seramai 7 ...
12/03/2026

Ziarah Dan Santuni Muallaf Sempena Ramadhan siri 1

Tarikh : 26 Mac 2026

Tempat : Rumah Seri Kenangan, Ulu Kinta.

Seramai 7 orang Muallaf yang terdiri daripada bangsa india dan Cina yang berada di Rumah seri Kenangan Ulu Kinta di santuni oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Agama Islam Perak, Tuan Haji Ahmad Nizam Bin Amiruddin.

Muallaf di sini mengikuti kelas mengaji dan Fardhu Ain yang telah dikendalikan oleh Guru Asas Pengajian Islam Muallaf (APIM), Ustazah Jawariah Binti Wahid.

Turut mengiringi ziarah ini, Tuan Mohamad Azam Bin Mohamed Adam, Ketua Unit Bil Hal Bahagian Dakwah dan Mubaligh Islam Bahagian Dakwah JAIPk

Sekalung Penghargaan kepada Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta yang sudi menerima kunjungan ini.

Unit Bil Hal,
Bhg. Dakwah
Jabatan Agama Islam Perak.

Foto Ihsan : Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta.

25/02/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Ahmad Nizam bin Amiruddin kerana telah berjaya dalam urusan pemangkuan jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S13 dengan penyambungan tempoh pemangkuan daripada jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S13 (KUP) dan ditempatkan sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah berkuat kuasa mulai 8 Januari 2026.

Sambutan Tahun Baru Cina Bersama Muallaf dan masyarakat.Tarikh : 18 Februari 2026Tempat : Astana Fartisha,Changkat Laran...
23/02/2026

Sambutan Tahun Baru Cina Bersama Muallaf dan masyarakat.

Tarikh : 18 Februari 2026

Tempat : Astana Fartisha,Changkat Larang,Perak

Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah menganjurkan Sambutan Tahun Baru Cina yang dihadiri oleh Muallaf dan masyarakat pelbagai kaum.

Sambutan Ini diserikan dengan persembahan seni mempertahankan diri masyarakat Cina, pemberian angpau kepada kanak-kanak dan bantuan bakul makanan kepada Muallaf yang memerlukan.

Turut hadir memeriahkan sambutan kali ini adalah YB. Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar Bin Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak, YBhg. Dato' Haji Harith Fadzilah Bin Haji Abdul Halim, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, NGO-NGO Islam dan beberapa wakil persatuan Masyarakat non- muslim.

Unit Bil Hal,
Bhg. Dakwah
Jabatan Agama Islam Perak.

Kursus Profesionalisme Daie Mubarak (Penggerak Masyarakat Orang Asli Dan Mubaligh Islam) Zon Utara Negeri Perak.Tarikh :...
19/02/2026

Kursus Profesionalisme Daie Mubarak (Penggerak Masyarakat Orang Asli Dan Mubaligh Islam) Zon Utara Negeri Perak.

Tarikh : 10 – 12 Februari 2026

Tempat : Hotel Grand Crystal,Alor Setar,Kedah.

Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah menganjurkan Kursus Profesionalisme Daie yang merupakan salah satu inisiatif Bahagian Dakwah dalam memperkasa ilmu pengetahuan dan kemahiran Dakwah bagi Penggerak Masyarakat Orang Asli dan Mubaligh Islam Zon Utara.

Peserta didedahkan dengan teknik-teknik berdakwah dan komunikasi berkesan berbentuk perkongsian ceramah dan Perbincangan dalam kump**an.

Tuan Mohamad Azam Bin Mohamed Adam, Ketua Unit Bil Hal, Bhg. Dakwah dan Tuan Abdullah Zubair, Penyelaras Penggerak Masyarakat Orang Asli Perak turut bersama di dalam kursus ini.

Unit Bil Hal,
Bhg. Dakwah
Jabatan Agama Islam Perak.

Tempat : Mercure Hotel, Selayang SelangorTarikh: 21 – 23 Januari  2026Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)...
09/02/2026

Tempat : Mercure Hotel, Selayang Selangor
Tarikh: 21 – 23 Januari 2026

Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah menganjurkan Bengkel Brainstorming Mubaligh Islam Saudara kita yang merupakan salah satu inisiatif Bahagian Dakwah dalam memperkasa peranan mubaligh Islam di negeri Perak

Peserta turut berkesempatan mengadakan lawatan ke Kompleks Darul Hidayah iaitu Pusat aktiviti dan Pengajian Ilmu Muallaf dibawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan -JAWI.

Tuan Haji Azhar Bin Ahmad,Penolong Pengarah Bah. Dakwah dan Tuan Mohamad Azam Bin Mohamed Adam, Ketua Unit Bil Hal, Bhg. Dakwah turut bersama di dalam bengkel ini.

Unit Bil Hal,
Bhg. Dakwah
Jabatan Agama Islam Perak.

Sekalung Tahniah
08/01/2026

Sekalung Tahniah

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Saiful Azizi bin Abdul Manap kerana telah berjaya dalam urusan pemangkuan jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S13 ke Gred S14 dan ditempatkan sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak berkuat kuasa mulai 8 Januari 2026.

UJIBAKAT TILAWAH & HAFAZAN AL-QURAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 2026M/1447H.Tarikh Tutup Pendaftaran 25 Disember 2025Makl...
19/11/2025

UJIBAKAT TILAWAH & HAFAZAN AL-QURAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 2026M/1447H.

Tarikh Tutup Pendaftaran 25 Disember 2025

Maklumat lanjut, sila scan QR di bawah 👇

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Negeri Perak Darul Ridzuan 1447H/2025Tarikh : 4 September 2025, Masa: 8.30 malamCasuarina...
03/09/2025

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Negeri Perak Darul Ridzuan 1447H/2025
Tarikh : 4 September 2025, Masa: 8.30 malam
Casuarina Convention Center Hotel Casuarina
" UKHWAH ISLAMIAH, ASAS PENYATUAN UMMAH"

Address

Ipoh

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Dakwah JAIPk posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Dakwah JAIPk:

Share