Wanita Keadilan Cabang Gopeng

Wanita Keadilan Cabang Gopeng Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Wanita Keadilan Cabang Gopeng, Political organisation, 78, Lebuh Lapangan Siber 2, Bandar Cyber, Ipoh.

📢🤝 TEMU RAKYAT 3.0 PARLIMEN GOPENG KINI KEMBALI DI SIMPANG PULAI!Ingin bertemu wakil rakyat, mendapatkan maklumat mengen...
09/06/2026

📢🤝 TEMU RAKYAT 3.0 PARLIMEN GOPENG KINI KEMBALI DI SIMPANG PULAI!

Ingin bertemu wakil rakyat, mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan kerajaan, menyuarakan pandangan tentang pembangunan kawasan atau sekadar meluangkan masa bersama komuniti setempat?

👉 Jom hadir ke Temu Rakyat 3.0 Parlimen Gopeng!

📅 20 Jun 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Dewan Komuniti Taman Bersatu, Simpang Pulai
https://maps.app.goo.gl/Su6Re34QqURHp3zh7

Pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga:

✅ Kaunter Temu Rakyat
✅ Kaunter Ahli Majlis & JPKK
✅ Kaunter Agensi Kerajaan
✅ Jualan Rahmah
✅ Pemeriksaan Kesihatan Percuma
✅ Mini Karnival Pencegahan Jenayah bersama PDRM
✅ Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
✅ Pertandingan Gubahan Buah
✅ Sukan Rakyat
✅ Senamrobik (7:30pagi bermula)
✅ Kenduri Rakyat

Ini peluang untuk rakyat berjumpa terus dengan Tan Kar Hing (Ahli Parlimen Gopeng), Sandrea Ng (ADUN Teja) dan Wong Chai Yi (ADUN Simpang Pulai) bagi bertukar pandangan serta membincangkan pelbagai perkara berkaitan komuniti setempat.

🎯 Mendengar Suara, Membina Harapan

Bawa keluarga, jiran dan rakan-rakan. Kita jumpa di sana! 💙


Wanita Keadilan Perak
Wanita Keadilan

Tahniah Wanita Perak yang dilantik sebagai Ahli Majlis, PBT Perak. Selamat menjalankan tugas!
08/06/2026

Tahniah Wanita Perak yang dilantik sebagai Ahli Majlis, PBT Perak. Selamat menjalankan tugas!

Program Sembang Santai Wanita yang berlangsung petang semalam telah selesai dengan jayanya.Setinggi-tinggi penghargaan d...
08/06/2026

Program Sembang Santai Wanita yang berlangsung petang semalam telah selesai dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua wanita DUN Teja dan Gopeng yang sudi meluangkan masa untuk hadir, berkongsi pandangan serta memeriahkan suasana dalam sesi santai yang penuh kemesraan ini.

Terima kasih juga kepada semua AJK dan sukarelawan yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran program dari awal hingga akhir.

Semoga silaturahim yang terjalin hari ini akan terus berkekalan dan menjadi asas kepada lebih banyak program yang memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya golongan wanita.

❤️ Bersama kita melangkah lebih jauh, memperkukuh komuniti dan memperkasakan wanita.

Wanita Keadilan
Wanita Keadilan Perak

Program Sembang Santai Bersama Wanita DUN Simpang Pulai dan Ketua Wanita KEADILAN Cabang Gopeng yang berlangsung petang ...
07/06/2026

Program Sembang Santai Bersama Wanita DUN Simpang Pulai dan Ketua Wanita KEADILAN Cabang Gopeng yang berlangsung petang tadi di Pejabat PKR Gopeng, Bandar Siber telah berjalan dengan lancar.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan meluangkan masa untuk bersama-sama berkongsi pandangan, bertukar idea serta membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat dan pembangunan wanita. Sesi ini bukan sahaja mengeratkan ukhuwah, malah memperkukuhkan semangat perjuangan dan kerjasama dalam kalangan anggota serta penyokong KEADILAN.

Lebih membanggakan, program hari ini turut menyaksikan penyertaan beberapa ahli baru yang telah memilih untuk menyertai keluarga besar KEADILAN. Kehadiran mereka menjadi suntikan semangat dan kekuatan baru dalam usaha memperjuangkan keadilan, kebajikan rakyat serta pembangunan masyarakat.

Semoga kita terus berganding bahu, memperkukuhkan organisasi dan berkhidmat untuk rakyat dengan penuh komitmen serta integriti.

Wanita Keadilan
Wanita Keadilan Perak

Majlis Korban Madani AMK/Wanita/Parlimen Gopeng berlangsung dengan meriah dan penuh semangat kebersamaan.Ribuan terima k...
30/05/2026

Majlis Korban Madani AMK/Wanita/Parlimen Gopeng berlangsung dengan meriah dan penuh semangat kebersamaan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada EXCO Perak merangkap ADUN Teja, YB Sandrea Ng, kerana sudi hadir bersama memeriahkan program ini.

Terima kasih juga kepada semua pihak, sukarelawan dan penduduk setempat yang bersama-sama menjayakan majlis ini. Semoga semangat pengorbanan dan perpaduan terus diperkukuhkan demi kesejahteraan masyarakat.

Wanita Keadilan Perak
Wanita Keadilan

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam. Majlis Korban Pusat Khidmat Parlimen Gopeng yang telah berlangsung ...
29/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.

Majlis Korban Pusat Khidmat Parlimen Gopeng yang telah berlangsung pada 27/5 berjalan dengan lancar dan penuh semangat gotong-royong.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, para sukarelawan serta penduduk setempat yang hadir dan bersama-sama menjayakan program ini. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima dan membawa keberkatan kepada semua.

Wanita Keadilan Perak
Wanita Keadilan

Program “Sembang Santai Bersama Wanita DUN Teja dan Ketua Wanita Keadilan Cabang Gopeng” yang berlangsung pada 24 Mei 20...
25/05/2026

Program “Sembang Santai Bersama Wanita DUN Teja dan Ketua Wanita Keadilan Cabang Gopeng” yang berlangsung pada 24 Mei 2026 telah berjalan dengan lancar dalam suasana penuh mesra dan harmoni.

Terima kasih diucapkan kepada semua AJK Wanita Gopeng serta para hadirin yang meluangkan masa untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan majlis ini. Penghargaan khas juga buat tuan rumah atas layanan dan kesudian menerima kehadiran kami.

Semoga pertemuan santai seperti ini dapat terus mengeratkan silaturahim, memperkukuhkan semangat perjuangan serta menjadi ruang perkongsian yang bermanfaat buat semua.

Wanita Keadilan Perak
Wanita Keadilan

Pada 21 Mei 2026 yang lalu, Wanita Cabang Gopeng telah berjaya mengadakan mesyuarat AJK Wanita dengan lancar dan penuh s...
23/05/2026

Pada 21 Mei 2026 yang lalu, Wanita Cabang Gopeng telah berjaya mengadakan mesyuarat AJK Wanita dengan lancar dan penuh semangat kebersamaan.

Selain membincangkan perjalanan serta perancangan aktiviti akan datang, majlis turut diserikan dengan sambutan hari lahir buat AJK Wanita yang lahir pada bulan Mei & Jun 🎂✨

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung. Semoga ukhuwah yang terjalin terus diperkukuhkan dan perjuangan kita dipermudahkan.

Wanita Keadilan Perak
Wanita Keadilan

SEMBANG SANTAI BERSAMA WANITA SG TERAPAlhamdulillah, program sembang santai bersama Wanita Sg Terap telah berlangsung de...
15/05/2026

SEMBANG SANTAI BERSAMA WANITA SG TERAP

Alhamdulillah, program sembang santai bersama Wanita Sg Terap telah berlangsung dengan lancar dan meriah. Terima kasih kepada semua AJK Wanita Gopeng dan para hadirin yang sudi meluangkan masa untuk hadir serta memeriahkan majlis ini.

Program ini menjadi ruang untuk bertukar pandangan, mengeratkan silaturahim serta memperkukuhkan semangat kerjasama dalam kalangan wanita setempat.

Semoga hubungan yang terjalin terus kukuh dan lebih banyak program bermanfaat dapat dilaksanakan pada masa akan datang.

Wanita Keadilan Perak
Wanita Keadilan

✨ Wanita Bersama dalam Program Temu Rakyat 2.0 ✨Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi memeriahkan Program Temu R...
14/05/2026

✨ Wanita Bersama dalam Program Temu Rakyat 2.0 ✨

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi memeriahkan Program Temu Rakyat 2.0 bersama masyarakat setempat. Antaranya ialah:

🍛 Pertandingan Memasak Nasi Lemak Pandan
🎨 Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk, malah memberi ruang kepada kaum wanita dan keluarga untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti komuniti yang sihat dan bermanfaat.

Terima kasih kepada semua peserta, sukarelawan dan penduduk yang hadir memberikan sokongan serta menjayakan program ini. Semoga semangat kebersamaan ini terus diperkukuhkan demi kesejahteraan masyarakat. ❤️

Wanita Keadilan Perak
Wanita Keadilan

Address

78, Lebuh Lapangan Siber 2, Bandar Cyber
Ipoh
31350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita Keadilan Cabang Gopeng posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share