14/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐
Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan tiupan angin baratan kencang di rantau Semenanjung dijangka berlaku pada *15 hingga 20 Mei 2026*. Keadaan ini boleh mengakibatkan keadaan angin kencang dan laut bergelora dan berpotensi bagi pembentukan garis badai yang boleh membawa cuaca yang lebih lembap berserta angin kencang di utara Semenanjung dan kawasan perairan negeri-negeri berkenaan.
Sehubungan dengan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Phuket dan Selat Melaka Utara berkuat kuasa 15 hingga 19 Mei 2026.
Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Masa dikeluarkan:10.30 pagi
Tarikh: 14 Mei 2026