Biro Pengaduan Awam Negeri Perak

Biro Pengaduan Awam Negeri Perak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Biro Pengaduan Awam Negeri Perak, Government Organization, TINGKAT BAWAH, BLOK C BANGUNAN PERSEKUTUAN IPOH, Ipoh.

14 Januari 2025 (Selasa) - BPA Perak telah dijemput sebagai penceramah Bengkel Kaedah Menjawab Maklum Balas Sistem Pengu...
14/01/2025

14 Januari 2025 (Selasa) - BPA Perak telah dijemput sebagai penceramah Bengkel Kaedah Menjawab Maklum Balas Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Manjung (MPM). Bengkel ini telah dihadiri seramai 45 orang peserta yang terdiri daripada Pembantu Tadbir Aduan dan Pegawai Penyiasat dari keseluruhan Jabatan di dalam MPM. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Nor Halida binti Hashim, Penolong Pengarah Biro Pengaduan Awam Negeri Perak untuk sesi pertama dan Encik Mohd Hizaz bin Mohd Ibrahim, Pengarah Biro Pengaduan Awam Negeri Perak bagi sesi kedua.

Selain diberi penerangan berhubung peranan dan punca kuasa berkaitan Biro Pengaduan Awam (BPA) dan pengaduan awam, peserta juga turut didedahkan mengenai teknik serta kaedah dalam melakukan siasatan ke atas sesuatu kes dan seterusnya mengemukakan maklum balas yang tepat kepada pengadu. Beberapa contoh aduan yang telah diterima MPM dan juga aduan kompleks turut dibincangkan secara bersama bagi mencari jalan penyelesaian dan seterusnya memberi idea kepada agensi dalam merangka jawapan maklum balas.

SELAMAT TAHUN BARU 2025Semoga tahun ini membawa seribu keberkatan buat kita semua.Ikhlas daripada warga kerja Biro Penga...
02/01/2025

SELAMAT TAHUN BARU 2025
Semoga tahun ini membawa seribu keberkatan buat kita semua.

Ikhlas daripada warga kerja Biro Pengaduan Awam Negeri Perak

LATIHAN TINDAKAN KECEMASAN BANGUNAN PERSEKUTUAN (GREENTOWN) IPOH20 Disember 2024 - Biro Pengaduan Awam Negeri Perak tela...
23/12/2024

LATIHAN TINDAKAN KECEMASAN BANGUNAN PERSEKUTUAN (GREENTOWN) IPOH

20 Disember 2024 - Biro Pengaduan Awam Negeri Perak telah menyertai Latihan Kecemasan (Fire Drill) di Bangunan Persekutuan Ipoh. Latihan dianjurankan oleh pihak Pengurusan Bangunan Persekutuan (THP) serta kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Ipoh, Perak.

MESYUARAT KETIGA TAHUN KEDUA, DEWAN NEGERI KE-15, PERAK DARUL RIDZUANBiro Pengaduan Awam Negeri Perak dijemput untuk men...
29/11/2024

MESYUARAT KETIGA TAHUN KEDUA, DEWAN NEGERI KE-15, PERAK DARUL RIDZUAN

Biro Pengaduan Awam Negeri Perak dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Ketiga Tahun Kedua, Dewan Negeri Yang Ke-15, Perak Darul Ridzuan. Mesyuarat ini berlangsung mulai 29 November 2024 (Jumaat) dan dijangka berakhir pada 5 Disember 2024 (Khamis) di Dewan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Kehadiran secara fizikal dan mengikuti perbahasan / perbincangan sepanjang mesyuarat berlangsung.

π“π€π‡ππˆπ€π‡ & π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐁𝐏𝐀Seluruh Warga Biro Pengaduan Awam Negeri Perak mengucapkan setinggi-ti...
29/11/2024

π“π€π‡ππˆπ€π‡ & π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐁𝐏𝐀

Seluruh Warga Biro Pengaduan Awam Negeri Perak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan Selamat Datang kepada YBhg. Datuk Haji Akbar bin Haji Samon atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri yang baharu berkuat kuasa 18 November 2024.

Ikhlas daripada Biro Pengaduan Awam Negeri Perak.



21 Oktober 2024 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Perak telah menerima kunjugan hormat daripada Ketua Sektor Retail Neg...
21/10/2024

21 Oktober 2024 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Perak telah menerima kunjugan hormat daripada Ketua Sektor Retail Negeri, Tenaga Nasional Berhad (TNB) Ipoh, Perak, Encik Mohd Suhairi Bin Mohammad Shah beserta pegawai-pegawai kanan Unit State Retail Customer & Partner Engagement, TNB Perak. BPA Perak telah membentangkan statistik aduan TNB yang diterima dan diselesaikan semenjak tahun 2022 sehingga 21 Oktober 2024.

BPA Perak dan TNB juga turut membincangkan tentang trend aduan serta keadah penyelesaian kes secara khusus bagi menepati kehendak pengadu. TNB juga mengambil kesempatan menerangkan fungsi-fungsi organisasi, servis dan memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu Projek Meter Pintar. Biro Pengaduan Awam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ke atas kunjungan hormat ini.

15 Oktober 2024 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Perak yang dihadiri oleh Pengarah (BPA) bersama pegawai-pegawai penyi...
15/10/2024

15 Oktober 2024 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Perak yang dihadiri oleh Pengarah (BPA) bersama pegawai-pegawai penyiasat telah dijemput untuk mengadakan sesi Turun Padang (TUPA) ke lokasi aduan iaitu di Bercham, Perak. Sesi ini dijalankan bersama-sama dengan pelbagai Jabatan yang diketuai oleh Pejabat Daerah dan Tanah Ipoh, wakil dari Majlis Bandaraya Ipoh dan wakil dari Jabatan Kerja Raya Negeri Perak. TUPA ini dijalankan lanjutan daripada aduan pencerobohan tanah dan pelanggaran syarat nyata tanah yang telah menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk setempat.

11 Oktober 2024 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Perak telah mengadakan sesi Turun Padang (TUPA) di Taman Kinta Perdan...
11/10/2024

11 Oktober 2024 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Perak telah mengadakan sesi Turun Padang (TUPA) di Taman Kinta Perdana, Lahat bagi aduan kandang lembu haram di dalam kawasan taman yang menimbulkan masalah lalat dan bau busuk.

11 Oktober 2024 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Perak telah mengadakan sesi Turun Padang (TUPA) di Taman Lahat Sentos...
11/10/2024

11 Oktober 2024 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Perak telah mengadakan sesi Turun Padang (TUPA) di Taman Lahat Sentosa, Ipoh bagi aduan hakisan tanah, letupan kuari dan pembangunan yang menimbulkan ancaman kepada alam sekitar dan kesejahteraan komuniti.

11 Oktober 2024 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Perak yang diwakili oleh pegawai-pegawai aduan telah dijemput untuk m...
11/10/2024

11 Oktober 2024 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Perak yang diwakili oleh pegawai-pegawai aduan telah dijemput untuk mengadakan sesi Turun Padang (TUPA) ke lokasi aduan iaitu di Batu Gajah, Perak. Sesi ini dijalankan bersama pelbagai Jabatan terdiri dari wakil Majlis Daerah Batu Gajah, wakil Jabatan Alam Sekitar dan wakil dari Ibu Pejabat Daerah Polis Batu Gajah lanjutan dari aduan berulang yang diterima oleh BPA dan Jabatan-Jabatan berkaitan mengenai isu aduan jual beli barang lusuh dan pembakaran barang lusuh. Hasil daripada sesi ini, Jabatan terlibat telah dan akan mengambil tindakan mengikut bidang kuasa Jabatan masing-masing.

30 September 2024– Biro Pengaduan Awam Negeri Perak (BPA) dijemput menyertai Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan (HBP) ...
30/09/2024

30 September 2024– Biro Pengaduan Awam Negeri Perak (BPA) dijemput menyertai Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Kerajaan Negeri Perak Siri 7 bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak. YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad serta barisan EXCO Kerajaan Negeri Perak dan ketua-ketua jabatan menyantuni aduan pelanggan. Program ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. BPA Perak juga tidak ketinggalan menyantuni pengunjung di samping menyampaikan informasi kepada para pengunjung. BPA Perak menerima kehadiran pengunjung di kaunter pameran/perkhidmatan seramai 51 orang sepanjang program berlangsung.

06 September 2024 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Perak yang diwakili oleh pegawai-pegawai aduan telah dijemput untuk...
06/09/2024

06 September 2024 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Perak yang diwakili oleh pegawai-pegawai aduan telah dijemput untuk mengadakan Turun Padang (TUPA) bersama Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak, Y.B. Tuan A. Sivanesan a/l Achalingam, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Negeri Perak, wakil Malaysia Hindu Sangam Perak, wakil Pejabat Daerah dan Tanah Ipoh dan wakil Persatuan Penganut Kuil ke lokasi aduan iaitu di tapak Kuil Sri Maha Madurai Veeran. TUPA ini dijalankan lanjutan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Hindu Negeri Perak yang telah diadakan pada 5 Julai 2024 bagi meninjau dengan lebih dekat mengenai pembinaan kuil di atas tanah kerajaan iaitu di atas rezab kawasan lapang sebelum sebarang keputusan diambil.

Address

TINGKAT BAWAH, BLOK C BANGUNAN PERSEKUTUAN IPOH
Ipoh
30450

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Telephone

+6052558500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Biro Pengaduan Awam Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Biro Pengaduan Awam Negeri Perak:

Share