Jabatan Kesihatan Negeri Perak

Jabatan Kesihatan Negeri Perak Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Perak

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π‘π€π’πŒπˆ 𝐘𝐁 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π πŠπ„ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ π“π„π‹π”πŠ πˆππ“π€π Khamis, 14 Mei 2026 - Hospital Teluk Intan buat julung-julung...
14/05/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π‘π€π’πŒπˆ 𝐘𝐁 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π πŠπ„ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ π“π„π‹π”πŠ πˆππ“π€π

Khamis, 14 Mei 2026 - Hospital Teluk Intan buat julung-julung kalinya telah menerima lawatan kerja Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad dan isteri, Datin Seri Azlin Hezri. Lawatan ini turut disertai oleh YB Datuk Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam bin Hj Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Datin Paduka Roslinah binti Md Jani, Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan KKM dan YBrs. Dr Nor Hayati binti Ibrahim, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan.

Daripada JKN Perak, hadir sama adalah YBhg. Dato’ Dr Feisul Idzwan bin Dato’ Mustapha Pengarah Kesihatan Negeri Perak. Turut serta adalah YB Tuan Steven Chaw Kam Foon ADUN Menglembu yang mewakili pejabat YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Ahli Lembaga Pelawat, Hospital Teluk Intan.

Dalam lawatan ini, YB Menteri dan delegasi berkesempatan melawat ke Jabatan Kecemasan, Jabatan Radiologi dan bangunan wad. Antara fokus utama lawatan adalah bagi meninjau dan mendapatkan input secara langsung keperluan peralatan, infrastruktur yang memerlukan penambahbaikan dan naiktaraf di samping dapat berbicara dan bermesra secara langsung dengan petugas-petugas kesihatan di sini.

Di dalam lawatan ini juga, YB Menteri telah meneliti beberapa keperluan projek naik taraf di wad Radiologi selain memberikan penekanan kepada aspek keadaan bangunan yang berusia hampir 40 tahun ini sewajarnya memerlukan penyelenggaraan segera. Selain itu beberapa peralatan perubatan dan bukan perubatan yang dianggap penting bagi menjamin penyampaian mutu perkhidmatan diperhalusi agar kualiti perkhidmatan sentiasa mencapai tahap maksimum.

Seterusnya warga Hospital Teluk Intan amat teruja dengan komitmen YB Menteri yang berbesar hati meluluskan peruntukkan untuk beberapa projek dan peralatan perubatan yang dapat meningkatkan tahap perkhidmatan di sini.
Sesusungguhnys kehadiran YB Menteri Kesihatan menunjukkan bahawa kerajaan menghargai pengorbanan petugas kesihatan selain meningkatkan motivasi dan semangat kerja mereka.

Terima kasih YBMK…

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ π’π„π‘πˆ πˆπ’πŠπ€ππƒπ€π‘14 Mei - Hari ini mencatat satu lagi detik bersejarah bagi sektor kesihatan Neger...
14/05/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ π’π„π‘πˆ πˆπ’πŠπ€ππƒπ€π‘

14 Mei - Hari ini mencatat satu lagi detik bersejarah bagi sektor kesihatan Negeri Perak apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, berkenan mencemar duli merasmikan Hospital Seri Iskandar.

Majlis turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim, Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, serta turut berangkat DYTM Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa, Raja Muda Perak Darul Ridzuan dan DYAM Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah, Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan.

Hadir sama YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak dan isteri, YBhg. Datin Seri Aezer binti Zubin, YB Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia dan isteri, YBhg. Datin Seri Azlin binti Heri serta YB Dato’ Hajjah Hanifah Hajar binti Taib, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, bersama barisan dif-dif kehormat, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan serta tetamu jemputan yang lain.

Majlis dimulakan dengan istiadat rasmi termasuk nyanyian Lagu Kebesaran Negeri Perak dan bacaan ayat suci Al-Quran sebelum Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menyempurnakan lafaz perasmian serta menandatangani plak sebagai simbolik pembukaan rasmi hospital ini.

Hospital Seri Iskandar yang dibina dengan kos sebanyak RM162.3 juta ini merupakan sebuah fasiliti kesihatan moden yang menyediakan pelbagai perkhidmatan utama termasuk rawatan pesakit dalam dan pesakit luar, perkhidmatan kecemasan, perkhidmatan kepakaran terpilih, dewan bersalin, unit hemodialisis serta High Dependency Unit (HDU). Hospital ini juga mempunyai kapasiti kira-kira 76 buah katil bagi menampung keperluan rawatan penduduk setempat, khususnya di daerah Perak Tengah dan kawasan sekitarnya.

Selain itu, hospital ini berperanan penting dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan awam melalui kemudahan rawatan yang lebih dekat, cepat dan efisien, termasuk perkhidmatan kecemasan 24 jam serta sokongan kepakaran terpilih, sekali gus mengurangkan keperluan rujukan ke hospital yang lebih jauh.

Sejurus selepas majlis perasmian, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim berkenan melawat ruang pameran, dan meninjau kemudahan di Jabatan Radiologi, Hospital Seri Iskandar.

Jabatan Kesihatan Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan usaha dalam menjayakan majlis serta pembangunan hospital ini.

Semoga Hospital Seri Iskandar terus menjadi pemangkin kepada perkhidmatan kesihatan yang cemerlang demi kesejahteraan rakyat Negeri Perak.

Kolaborasi Pelbagai Disiplin Perkukuh Inisiatif Kesihatan Negeri PerakCawangan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCDC) ...
09/05/2026

Kolaborasi Pelbagai Disiplin Perkukuh Inisiatif Kesihatan Negeri Perak

Cawangan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCDC) , Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah mengadakan satu sesi perbincangan strategik melibatkan pelaksanaan Lung Health Initiatives, Multidisciplinary Integrated Management of Obesity (MIMO) serta Saringan Pengesanan Fatty Liver Disease di peringkat negeri.

Sesi ini menghimpunkan pelbagai kepakaran merentas disiplin termasuk Pakar Respiratori, Radiologi, Gastroenterologi, Endokrinologi, Perubatan Keluarga, Bahagian Perubatan serta Kesihatan Awam. Perbincangan tertumpu kepada pengukuhan pendekatan bersepadu dalam pencegahan, pengesanan awal dan pengurusan penyakit tidak berjangkit (NCD), khususnya yang melibatkan kesihatan paru-paru, obesiti dan penyakit hati berlemak.

Kolaborasi pelbagai disiplin ini amat penting dalam memastikan perkhidmatan yang dirancang adalah menyeluruh, berkesan dan selaras dengan keperluan semasa sistem kesihatan. Ia juga menjadi asas kepada pelaksanaan intervensi yang lebih tersusun di fasiliti kesihatan seluruh Negeri Perak.

Jabatan ini merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan sumbangan kepakaran dalam menjayakan sesi perbincangan ini.






Usaha Memperkasa Premis Bersih, Bebas Asap Melalui Inisiatif BeBAsCawangan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCDC) Jaba...
09/05/2026

Usaha Memperkasa Premis Bersih, Bebas Asap Melalui Inisiatif BeBAs

Cawangan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCDC) Jabatan Kesihatan Negeri Perak bersama Pejabat Kesihatan Daerah Manjung terus memperkukuh usaha ke arah persekitaran yang lebih sihat melalui pelaksanaan sesi advokasi Premis Bersih dan Bebas Asap (BeBAs) yang telah berlangsung di sekitar Pusat Perniagaan Manjung Point 3 pada 5 mei 2026.

Sesi ini melibatkan penglibatan rakan strategik daripada NGO serta MyChampion, dimulakan dengan taklimat advokasi sebelum diteruskan dengan sesi advokasi ke premis-premis terlibat. Antara NGO yang membeikan kerjasama termasuk :
β€’ IKRAM Health
β€’ Koperasi Veteran TLDM
β€’ Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak(PPPKM)
β€’ Looking Good Hawker Centre
β€’ Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Cwgn Lumut
β€’ Lions Club Of Sitiawan
β€’ PVATM Cawangan Pasir Panjang
β€’ Persatuan Penjaja Kecil Melayu Manjung
β€’ PRESMA
β€’ Mychampion KOSPEN & COMBI

Sepanjang lawatan, pihak NGO dan MyChampion bertindak sebagai ejen kesihatan dengan memberikan penerangan secara langsung kepada pemilik premis berkaitan kepentingan mengekalkan persekitaran yang bersih dan bebas asap rokok/vape, selaras dengan usaha melindungi kesihatan awam.
Sebanyak 7 premis telah dilawati dalam sesi ini. Pendekatan secara bersemuka ini diharap dapat meningkatkan kesedaran serta menggalakkan pematuhan dalam kalangan pemilik premis terhadap inisiatif BeBAs.
Jabatan ini merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Usaha berterusan seperti ini amat penting dalam membentuk komuniti yang lebih sihat dan sejahtera.





Usaha Memperkasa Pengurusan Obesiti Secara Holistik Melalui MIMOCawangan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCDC) Jabata...
09/05/2026

Usaha Memperkasa Pengurusan Obesiti Secara Holistik Melalui MIMO

Cawangan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCDC) Jabatan Kesihatan Negeri Perak ingin memaklumkan bahawa Klinik Kesihatan Buntong telah mula melaksanakan Klinik Obesiti melalui pendekatan Multidisciplinary Integrated Management of Obesity (MIMO) pada 4 Mei 2026.

Pelaksanaan inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan primer, khususnya dalam menangani isu obesiti melalui pendekatan bersepadu melibatkan pelbagai disiplin kesihatan. Pendekatan ini menekankan pengurusan pesakit secara holistik merangkumi intervensi klinikal, pemakanan, aktiviti fizikal serta sokongan perubahan tingkah laku, memandangkan obesiti merupakan antara faktor risiko utama bagi pelbagai penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi dan penyakit kardiovaskular.

Pada hari pertama pelaksanaan, seramai 3 orang pesakit telah berdaftar dan memulakan intervensi yang dirancang. Walaupun pada skala permulaan, ia merupakan langkah penting ke arah memperluaskan akses kepada perkhidmatan pengurusan obesiti yang lebih sistematik dan berkesan di fasiliti kesihatan primer.
Jabatan ini merakamkan penghargaan kepada semua anggota kesihatan yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan perkhidmatan ini. Diharapkan inisiatif ini akan terus diperkukuh dan diperluaskan demi meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan rakyat Negeri Perak.




#

08/05/2026
✨ Kursus Verifikasi Kematian yang tidak disahkan (Verbal Autopsy) Peringkat Negeri Perak Tahun 2026πŸ“Œ Latihan Verbal Auto...
08/05/2026

✨ Kursus Verifikasi Kematian yang tidak disahkan (Verbal Autopsy) Peringkat Negeri Perak Tahun 2026
πŸ“Œ Latihan Verbal Autopsy Manual dan MyVeda kepada anggota kesihatan di klinik kesihatan
πŸ“ ILKKM SAS, Ipoh
πŸ“… 4 Mei 2026

Telah berlangsung dengan jayanya Kursus Verbal Autopsy Peringkat JKN Perak yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota kesihatan dalam mengenal pasti punca kematian melalui kaedah temubual yang sistematik.

Kursus ini memberi pendedahan penting terhadap pendekatan sistematik dalam pelaksanaan verbal autopsy, khususnya dari aspek teknik temubual, interpretasi maklumat serta keperluan pematuhan kepada standard pelaporan kepada staf kesihatan di setiap daerah.

Kursus ini turut membincangkan cabaran dalam memastikan konsistensi aplikasi di lapangan, kualiti dokumentasi, serta keupayaan mengurangkan bias temubual yang boleh menjejaskan validiti data.

Penambahbaikan dalam aspek ini adalah kritikal bagi memastikan data kematian yang dihasilkan benar-benar mencerminkan situasi sebenar dan dapat dimanfaatkan secara optimum dalam perancangan intervensi kesihatan awam.

Terima kasih kepada semua penceramah dan peserta yang telah menjayakan kursus ini.



SAMBUTAN WORLD HEARING DAY PERINGKAT NEGERI PERAK 2026 πŸ“’ Anda semua dijemput hadir!πŸ“… Tarikh: 16 Mei 2026 (Sabtu)⏰ Masa: ...
07/05/2026

SAMBUTAN WORLD HEARING DAY PERINGKAT NEGERI PERAK 2026

πŸ“’ Anda semua dijemput hadir!

πŸ“… Tarikh: 16 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
πŸ“ Tempat: Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk

🦻 Dengan tema:
β€œDari Komuniti ke Sekolah: Penjagaan Kesihatan Pendengaran untuk Semua Kanak-Kanak”

πŸ‘¨πŸ‘©πŸ‘§πŸ‘¦ Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seisi keluarga:

βœ… Saringan pendengaran & kesihatan PERCUMA
βœ… Kempen derma darah
βœ… Senamrobik Zumba
βœ… Pameran agensi kerajaan
βœ… Program Jualan Rahmah
βœ… Demonstrasi bomba
βœ… Pertandingan & permainan interaktif kanak-kanak

🀝 Anjuran: Jabatan Kesihatan Negeri Perak melalui Hospital Teluk Intan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Bagan Datuk & Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk.

✨ Jangan lepaskan peluang ini!
🦻 Jaga pendengaran, jaga masa depan
Jumpa anda di sana! πŸ™Œ

ππ„π‹π€π’π”ππ†πŠπ€π–π€Dukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) telah kehilangan seorang warga kerja yang ...
07/05/2026

ππ„π‹π€π’π”ππ†πŠπ€π–π€

Dukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) telah kehilangan seorang warga kerja yang berdedikasi, berwibawa dan berbakti dengan penuh hemah kepada Jabatan.

Dr. Pavitraa a/p Mohan, Pegawai Pergigian Gred UG9 dari Klinik Pergigian Jelapang, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kinta, telah meninggal dunia pada 6 Mei 2026 (Rabu).

Seluruh warga Jabatan Kesihatan Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang. Semoga diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan ini.

07/05/2026

🩸 Tema dunia tahun ini : β€œHidden No More”

Tema Hari Thalassaemia Sedunia 2026 ialah : β€œHidden No More: Finding the Undiagnosed. Supporting the Unseen.”

KKM meraikan hari bermakna ini dengan tema : "Thalassaemia: Tidak Lagi Berselindung – Jalani Saringan, Sokong Yang Terkesan"

Apa maksudnya?
Masih ramai yang:
πŸ” belum mengetahui status Thalassaemia masing-masing
πŸ‘€ hidup dengan penyakit ini tanpa sokongan mencukupi
🀝 tidak mendapat perhatian sewajarnya dalam masyarakat

Tema ini mengajak kita semua untuk:
✨ lebih terbuka menjalani saringan Thalassaemia
✨ memberi sokongan kepada pesakit

Kerana setiap individu dengan Thalassaemia berhak dilihat, didengar dan disokong.

Ia juga menekankan tanggungjawab bersama untuk menyokong individu yang telah disahkan sebagai pembawa atau pesakit Thalassaemia, termasuk dari segi emosi, sosial dan kesihatan.




Address

Jalan Koo Chong Kong
Ipoh
30000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6052456000

Website

http://www.facebook.com/jknperak

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kesihatan Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share