U M N O Negeri Perak

U M N O Negeri Perak Halaman Rasmi UMNO Negeri Perak | Official Page for UMNO Negeri Perak

PENAFIAN DATUK DR HJ AZHAR AHMAD “TAMPAR” MAHASISWA. Susulan penularan sebuah video di media sosial yang mencetuskan pel...
02/06/2026

PENAFIAN DATUK DR HJ AZHAR AHMAD “TAMPAR” MAHASISWA.

Susulan penularan sebuah video di media sosial yang mencetuskan pelbagai reaksi dan persepsi awam, Datuk Dr. Hj. Azhar Bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Arr Beruas tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung dakwaan kononnya beliau telah menampar seorang pelajar semasa Program Pemerkasaan Bangsa Pemimpin Pelajar dan Pengurusan Kanan Jabatan Hal Ehwal Pelajar UiTM yang berlangsung di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), Janda Baik pada 20 Mei 2026.

Menurut beliau, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan telah disalah tafsir daripada situasi sebenar yang berlaku. Beliau menjelaskan bahawa pertemuan tersebut berlaku dalam suasana mesra selepas sesi syarahan apabila beliau diperkenalkan kepada Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Kelantan yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan sahabat beliau. Tindakan menyentuh p**i pelajar berkenaan hanyalah sebagai tanda kemesraan dan bukannya satu bentuk serangan fizikal seperti yang didakwa.

Beliau turut menegaskan bahawa kejadian tersebut berlaku secara terbuka di hadapan pihak pengurusan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM, pegawai-pegawai serta peserta program yang hadir, dan tiada sebarang insiden tamparan atau kekasaran berlaku. Sehubungan itu, beliau melahirkan rasa kesal terhadap penyebaran rakaman video yang tidak memaparkan keseluruhan konteks kejadian sehingga menimbulkan persepsi negatif serta mencemarkan reputasinya.

Datuk Dr. Hj. Azhar turut menyeru semua pihak agar meneliti fakta sebenar sebelum membuat sebarang kesimpulan atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih. Beliau juga menegaskan bahawa hak perundangannya akan digunakan terhadap mana-mana pihak yang didapati menyebarkan fitnah atau kenyataan palsu yang boleh menjejaskan nama baik serta reputasi beliau.

SELAMAT BERSIDANG PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN-BAHAGIAN SELURUH NEGARA 2026Semoga persidangan kali ini menjadi medan memperk...
01/06/2026

SELAMAT BERSIDANG PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN-BAHAGIAN SELURUH NEGARA 2026

Semoga persidangan kali ini menjadi medan memperkukuh ukhuwah, memantapkan organisasi serta merangka strategi terbaik demi memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air. Jadikanlah setiap perbahasan, pandangan dan keputusan yang diambil sebagai pemangkin kepada kebangkitan UMNO yang lebih kuat, bersatu dan relevan dalam mendepani cabaran semasa.

Dengan semangat Bersatu, Bersetia, Berkhidmat, marilah kita terus memperkukuh saf perjuangan demi memastikan UMNO kekal menjadi wadah utama rakyat serta terus membawa kemajuan dan kesejahteraan kepada negara.



Sanah Helwah buat Tuan Nazirul Bin Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak. Semoga Allah سبحانه وتعالى ter...
01/06/2026

Sanah Helwah buat Tuan Nazirul Bin Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak.

Semoga Allah سبحانه وتعالى terus memanjangkan usia dalam keberkatan, mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, serta melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya.

Kami mendoakan agar Tuan Nazirul berada dalam lindungan Allah, diberikan kekuatan untuk terus menjalankan tanggungjawab dan amanah, serta dikurniakan ganjaran yang besar atas segala jasa dan pengorbanan. Allahumaa aamiin.

DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah dan menjunjung kasih, setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Pa...
31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan menjunjung kasih, setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan serta terus berada dalam lindungan dan rahmat-Nya.

Sembah takzim daripada:
Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak dan Kepimpinan Barisan Nasional Negeri Perak

SELAMAT ULANG TAHUN BARISAN NASIONAL KE-52 Hari ini menandakan 52 tahun perjalanan perjuangan Barisan Nasional dalam mem...
31/05/2026

SELAMAT ULANG TAHUN BARISAN NASIONAL KE-52

Hari ini menandakan 52 tahun perjalanan perjuangan Barisan Nasional dalam memacu pembangunan negara, memperkukuh perpaduan rakyat serta membawa kemajuan yang dinikmati oleh generasi demi generasi.

Barisan Nasional terus komited meneruskan agenda pembangunan, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat melalui kepimpinan yang berpengalaman, berintegriti dan berpaksikan kepentingan rakyat. Semangat perjuangan yang telah dibina sejak sekian lama akan terus diperkasa demi memastikan masa depan yang lebih baik untuk negeri dan negara.

Semoga ulang tahun ke-52 ini menjadi pemangkin kepada tekad yang lebih utuh untuk terus berkhidmat, berbakti dan membawa kemakmuran kepada seluruh rakyat.

Sanah Helwah buat YBhg. Datuk Maslin Sham Bin Hj Razman, Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar. Semoga Allah سبحانه وتعالى t...
31/05/2026

Sanah Helwah buat YBhg. Datuk Maslin Sham Bin Hj Razman, Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar.

Semoga Allah سبحانه وتعالى terus memanjangkan usia dalam keberkatan, mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, serta melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya.

Kami mendoakan agar YBhg. Datuk berada dalam lindungan Allah, diberikan kekuatan untuk terus menjalankan tanggungjawab dan amanah, serta dikurniakan ganjaran yang besar atas segala jasa dan pengorbanan. Allahumaa aamiin.

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha yang meraikannya. Semoga sambutan yang penuh bermakna ...
31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha yang meraikannya. Semoga sambutan yang penuh bermakna ini membawa kedamaian, keharmonian serta kebahagiaan kepada semua.
Dalam semangat Malaysia yang majmuk, marilah kita terus memperkukuhkan nilai saling menghormati, memahami dan menghargai kepelbagaian yang menjadi kekuatan negara. Semoga perpaduan yang terjalin terus mekar demi kemajuan dan kesejahteraan bersama.

“Sesungguhnya Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT. Semoga setiap ibadah d...
27/05/2026

“Sesungguhnya Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT. Semoga setiap ibadah dan pengorbanan yang dilakukan diterima serta menjadi asbab keberkatan buat kita semua.”

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M
Semoga segala pengorbanan tidak kira apa juga dirahmati dan diberkati Allah SWT.

Daripada Abu Qatadah RA, Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada Hari Arafah:“Puasa pada hari tersebu...
26/05/2026

Daripada Abu Qatadah RA, Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada Hari Arafah:

“Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.”
— Riwayat Muslim (1977)

Waktu yang paling afdal untuk berdoa pada Hari Arafah adalah sepanjang hari. Perbanyakkan doa, zikir, istighfar dan munajat kepada Allah SWT kerana Hari Arafah merupakan antara hari terbaik untuk mustajabnya doa.
Semoga Hari Arafah ini membawa keberkatan, keampunan dan rahmat buat seluruh umat Islam.

Address

Tingkat 5 & 6, Bangunan UMNO Negeri Perak, Jalan Raja Drive Nazrin Shah
Ipoh
30250

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when U M N O Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share