05/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ข ๐๐๐๐ โ Bertempat di Pejabat Ketua Polis Perak, YDH CP Datoโ Mohd Alwi bin Zainal Abidin, Ketua Polis Perak, telah menerima kunjungan hormat daripada PACSU Cawangan Perak.
Untuk makluman, YDH CP Datoโ Mohd Alwi bin Zainal Abidin telah melapor diri sebagai Ketua Polis Perak pada 5 Jun 2026. Kunjungan hormat ini diadakan sebagai sesi perkenalan di samping menyampaikan ucapan tahniah kepada beliau atas pelantikan sebagai Ketua Polis Perak.
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai perkara telah dibincangkan, khususnya berkaitan usaha memperkukuh hubungan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak dengan PACSU Cawangan Perak.
Di samping itu, beberapa perancangan dan program yang telah dirangka oleh PACSU Cawangan Perak turut dibentangkan kepada YDH Ketua Polis Perak sebagai makluman awal serta panduan dalam memperkasakan kebajikan dan pembangunan ahli kesatuan.
Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut ialah Pengerusi PACSU Cawangan Perak, Sdra. Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram, Setiausaha PACSU Cawangan Perak, Sdri. Rosdiah binti Safri, serta barisan Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Perak.
Semoga kunjungan hormat ini menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat serta memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara PDRM Kontinjen Perak dan PACSU Cawangan Perak demi kepentingan organisasi serta kebajikan seluruh ahli.