Dun Manjoi

Dun Manjoi Manjoi ialah perkampungan Melayu dalam bandar yang terbesar di negara ini.

Pertambahan pesat penduduk Melayu merebak hingga membabitkan pembukaan kampung lain di sekelilingnya yang kini digelar Gugusan Manjoi.

PERKARA-PERKARA YANG DILARANG DALAM WAKTU/TEMPOH PEMILIHAN UMNO 2013 1. Pengenalan Setiap perkara yang termaktub di dala...
27/09/2013

PERKARA-PERKARA YANG DILARANG DALAM WAKTU/TEMPOH PEMILIHAN UMNO 2013
1. Pengenalan
Setiap perkara yang termaktub di dalam Tataetika Ahli UMNO adalah terpakai dalam tempoh Pemilihan UMNO bagi sesi Pemilihan 2013-2016. Ahli-ahli UMNO yang bertanding adalah diingatkan supaya menjadikan Tataetika Ahli UMNO sebagai panduan dan rujukan sepanjang tempoh berkempen.
Sekiranya didapati mana- mana ahli UMNO melakukan kesalahan-kesalahan seperti yang dinyatakan di bawah, maka ahli-ahli UMNO boleh dikenakan mana-mana hukuman di bawah Fasal 20.9 (a)-(e) Perlembagaan UMNO.
Ahli-Ahli UMNO dilarang daripada melakukan kesalahan-kesalahan berikut:-
2.1 Rasuah/ Sokongan Politik
2.1.1 Tidak boleh menyalahgunakan apa jua kuasa dengan tujuan mendorong atau memaksa ahli-ahli UMNO mengundi dalam pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain.
2.1.2 Tidak boleh memberi atau meminjam atau meminta atau menawarkan, menjanjikan atau berjanji akan mendapatkan atau akan berusaha untuk mendapatkan apa-apa wang atau balasan bernilai dengan tujuan mendorong seseorang Ahli dalam pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain.
2.1.3 Tidak boleh memberi atau menerima bagi pihaknya secara langsung atau secara tidak langsung apa-apa jua hadiah, benda atau faedah sama ada secara zahir atau sebaliknya bagi mendorong seseorang Ahli supaya mengundi dalam pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain.
2.2 Menggunakan Kekerasan dan Ugutan
Tidak boleh menggunakan atau mengancam untuk mengguna apa-apa jua bentuk kekerasan samada secara fizikal atau bukan fizikal, paksaan, ugutan atau halangan secara langsung atau tidak langsung, dengan tujuan untuk mengakibatkan kecacatan, kerosakan atau kerugian ke atas mana-mana orang bagi mendorong atau memaksa mana-mana Ahli atau keluarga agar mengundi mana-mana Ahli lain dalam pemilihan parti.
2.3 Penerbitan dan Penggunaan Media Massa, Elektronik atau Internet
Tidak boleh menerbit, menyiar atau menulis apa-apa risalah, majalah, makallah, buku atau lain-lain karya secara langsung atau tidak langsung yang mempunyai unsur-unsur menyokong, memfitnah, mencela, mengkeji atau mengandungi kenyataan palsu terhadap mana-mana Ahli parti dalam pemilihan parti.

2.4 Fitnah
Mana-mana Ahli dilarang mengeluarkan sesuatu kenyataan tentang seseorang Ahli lain yang boleh merendahkan reputasinya dalam masyarakat atau menyebabkan masyarakat menghindarinya atau mengelaknya.
2.5 Ejen, Pelobi, Pengurus Kempen atau Perayu Undi
2.5.1 Bagi peringkat Majlis Tertinggi, Ahli-ahli parti dilarang daripada berkempen bagi pihak dirinya dan/atau menjadikan dirinya sebagai ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi bagi mendorong seseorang Ahli supaya mengundi atau tidak mengundi dalam pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak mana-mana calon untuk mana-mana peringkat pemilihan parti kecuali untuk majlis penerangan dan/ atau kempen yang dianjurkan di bawah seliaan Ibu Pejabat UMNO Malaysia.
2.5.2 Bagi peringkat Bahagian, Ahli-ahli parti dilarang daripada berkempen bagi pihak dirinya dan/atau menjadikan dirinya sebagai ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi bagi mendorong seseorang Ahli supaya mengundi atau tidak mengundi dalam pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak mana-mana calon untuk mana-mana peringkat pemilihan parti kecuali yang dianjurkan di bawah seliaan Badan Perhubungan UMNO Negeri masing-masing.
2.6 Majlis dan Pertemuan
2.6.1 Tidak boleh menganjurkan samada secara langsung atau tidak langsung sebarang perhimpunan, pertemuan, jamuan atau apa-apa majlis yang membabitkan Ahli-ahli bagi pihak dirinya atau bagi pihak mana-mana calon kecuali yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia dan/ atau Jawatankuasa Penyelaras Pemililhan Negeri di bawah seliaan Badan Perhubungan UMNO Negeri.
3. DERMA/ BANTUAN KEPADA PARTI
3.1 Ahli-ahli parti adalah dilarang samada secara langsung atau tidak langsung, memberi sebarang bentuk derma, bantuan atau peruntukan atas kapasiti persendirian atau melalui orang lain dengan tujuan untuk mendapat undi atau sokongan atau mempengaruhi Ahli di dalam pemilihan parti bagi pihak sendiri atau bagi pihak lain.
4. PERNYATAAN AKHBAR ATAU AWAM
4.1 Ahli-ahli parti dilarang membuat apa-apa pernyataan akhbar atau awam secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara sekalipun dan/ atau menyebarkan pernyataan akhbar atau awam berhubungan dengan apa-apa dasar atau keputusan Parti.
http://www.umno-online.my/?p=92572

1. Pengenalan Setiap perkara yang termaktub di dalam Tataetika Ahli UMNO adalah terpakai dalam tempoh Pemilihan UMNO bagi sesi Pemilihan 2013-2016. Ahli-ahli UMNO yang bertanding adalah diingatkan supaya menjadikan Tataetika Ahli UMNO sebagai panduan dan rujukan sepanjang tempoh berkempen. Sekiranya...

http://peraktoday.com/?p=136673
18/09/2013

http://peraktoday.com/?p=136673

Demi kebaikan bangsa Melayu dan umat Islam, Umno terbuka untuk bekerjasama dengan PAS, kata Timbalan Perdana Menterim Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa.

18/09/2013
http://www.manjoi.my/
18/09/2013

http://www.manjoi.my/

Manjoi.my tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan termasuk tanpa terhad, secara langsung atau tak langsung akibat penggunaan kandungan di manjoi.my dan laman-laman web lain yang mempunyai pautan ke laman ini. Manjoi.my tidak mempunyai kuasa atau kawalan ke atas laman-laman yang di...

Address

Parlimen Tambun
Ipoh

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dun Manjoi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category