Perkep PSP Unit 5 Ipoh

Perkep PSP Unit 5 Ipoh Aktiviti PERKEP UNIT 5 PSP

🌷 ZIARAH KEBAJIKAN OLEH PEMANGKU PENGERUSI PERKEP JABATAN KDNKA 🌷Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Se...
06/09/2026

🌷 ZIARAH KEBAJIKAN OLEH PEMANGKU PENGERUSI PERKEP JABATAN KDNKA 🌷

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 5 September 2026, bertempat di Kem PGA Ulu Kinta, telah berlangsung Lawatan Ziarah Kebajikan oleh Pemangku Pengerusi PERKEP Jabatan KDNKA, YBhg. Datin Rosita binti Mohd Khair, bersama barisan PERKEP 69 Komando serta PERKEP Unit 5 PSP.

Lawatan ini bertujuan untuk menziarahi dan menyantuni ahli keluarga warga 69 Komando yang sedang diuji dengan masalah kesihatan serta kehilangan ahli keluarga, di samping menyampaikan sumbangan dan sokongan moral sebagai tanda keprihatinan PERKEP terhadap kebajikan warga PDRM dan keluarga mereka.

Antara penerima ziarah ialah:

🌸 Puan Hatipah binti Mohamad Norabidin – Kanser Payudara Tahap 2
🌸 Adik Giovanni Clarkson – PASVD with MAPCA
🌸 Puan Naili binti Sakutat – Kanser Payudara Tahap 3
🌸 Keluarga Allahyarham Adik Afif Rasydan – Kemalangan Jalan Raya
🌸 Puan Siti Norma binti Zakaria – Kanser Payudara

Semoga kunjungan ini dapat memberikan sedikit kekuatan, semangat dan sokongan kepada semua yang diziarahi. Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan kepada mereka sekeluarga.

🤲 “Keprihatinan, Kasih Sayang dan Kebersamaan – Teras PERKEP.”

Sekian, terima kasih.







28/08/2026




Video perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Tahun 2026... Perarakan daripada Terup 5A, Terup 5B, Terup 5C, HQ/WC/PLPSP dan turut serta ahli2 PERKEP Unit 5 PSP...

Majlis Sambutan Maulidur Rasul "Memperingati Kelahiran Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W" peringkat Unit 5 PSP anjuran...
28/08/2026

Majlis Sambutan Maulidur Rasul "Memperingati Kelahiran Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W" peringkat Unit 5 PSP anjuran Surau Al-Mustaqim Unit 5 PSP serta Biro Agama PERKEP Unit 5 PSP... Penceramah jemputan ialah Da'i Ahmed...

Majlis telah dihadiri oleh YDH ASP Mohd Haniff bin Omar, Pemangku Timbalan Pegawai Pemerintah merangkap Pengerusi Surau Al-Mustaqim Unit 5 PSP, serta YBhg Puan Siti Halijah binti Ab Rahman, Pemangku Pengerusi PERKEP Unit 5 PSP... Turut hadir ialah Pegawai2 Kanan Polis, Pegawai2 Rendah Polis serta Ahli-Ahli PERKEP Unit 5 PSP...

Tarikh : 25 Ogos 2026 (Selasa) / 12 Rabiulawal 1448H
Masa : 0800 hrs hingga seleaai
Tempat : Dewan Mohd Nosruddin Che Yeop Unit 5 PSP & Kawasan Pangkalan Unit 5 PSP, Ipoh

Membeli barangan keperluan untuk kebajikan oleh Biro Kebajikan Unit 5 PSP... Turut serta membeli barangan kebajikan iala...
28/08/2026

Membeli barangan keperluan untuk kebajikan oleh Biro Kebajikan Unit 5 PSP... Turut serta membeli barangan kebajikan ialah YBhg. Puan Siti Halijah Binti Ab. Rahman, Pemangku Pengerusi PERKEP Unit 5 PSP, Puan Roslinda Binti Khalid, Setiausaha PERKEP Unit 5 PSP dan Ketua Biro Kebajikan PERKEP Unit 5 PSP, Puan Mariyana Binti Mohd Shariff serta AJK2 PERKEP Unit 5 PSP...

Tarikh : 23 Ogos 2026 ( Ahad)
Masa : 0730 hrs hingga selesai
Tempat : GM Klang Wholesales, Klang & Wisma D'Herbs, Kota Damansara

Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Pegawai Pemerintah Unit 5 PSP Ipoh & Majlis Serah Terima Tugas Pemangku Pengerusi PER...
28/08/2026

Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Pegawai Pemerintah Unit 5 PSP Ipoh & Majlis Serah Terima Tugas Pemangku Pengerusi PERKEP Unit 5 PSP Ipoh...

Serah Terima Tugas Timbalan Pegawai Pemerintah Unit 5 PSP di antara YDH DSP Muhamad Amin bin Mat Yassin kepada YDH ASP Mohd Haniff bin Omar, ASP Water Cannon yang akan memangku jawatan Timbalan Pegawai Pemerintah Unit 5 PSP...

Turut berlangsung Majlis serah terima tugas Pemangku Pengerusi PERKEP Unit 5 PSP di antara YBhg. Puan Norfazrina binti Mohamad Jali menyerahkan jawatan kepada YBhg. Puan Siti Halijah binti Ab. Rahman... Kedua-dua serah terima tugas tersebut disaksikan oleh YDH Supt. Kenneth Oliver Samuel, Pegawai Pemerintah Unit 5 PSP...

Selamat bertukar kepada YDH DSP Mohamad Amin bin Mat Yassin dan YBhg. Puan Norfazrina binti Mohamad Jali... Selamat Maju Jaya ditempat baru...

Tarikh : 21 Ogos 2026 (Jumaat)
Masa : 0930 hrs hingga selesai
Tempat : Bilik Gerakan Unit 5 PSP, Ipoh

27/08/2026




Video-video sepanjang aktiviti yang dijalankan dalam Kem Naungan Kasih anjuran LPPKN Negeri Perak... Terima kasih atas pengisian yang penuh bermakna buat PERKEP Unit 5 PSP selama 2 hari berkampung di Sayong Resort, Kuala Kangsar ...

Tarikh : 15 & 16 Ogos 2026 (Sabtu & Ahad)
Masa : 0800 hrs hgga selesai
Tempat : Sayong Resort, Kuala Kangsar

  Selesai program Kem Naungan Kasih bersama LPPKN Negeri Perak, PERKEP Unit 5 PSP telah melawat tempat bersejarah di Jam...
27/08/2026




Selesai program Kem Naungan Kasih bersama LPPKN Negeri Perak, PERKEP Unit 5 PSP telah melawat tempat bersejarah di Jambatan Victoria Kuala Kangsar... Ahli PERKEP berkesempatan untuk meninjau kawasan sekeliling jambatan dan bergambar kenangan sebelum bergerak balik ke formasi...

Tarikh : 16 Ogos 2026 (Ahad)
Masa : 1400 hrs hingga selesai
Tempat : Jambatan Victoria, Kuala Kangsar

  Pada hari kedua Kem Naungan Kasih, PERKEP Unit 5 PSP telah didedahkan dengan kepentingan untuk meningkatkan tingkah la...
27/08/2026




Pada hari kedua Kem Naungan Kasih, PERKEP Unit 5 PSP telah didedahkan dengan kepentingan untuk meningkatkan tingkah laku keibubapaan yang positif seperti mempunyai rasa tanggungjawab dan komitmen sebagai ibu bapa... Ceramah dan aktiviti telah diberikan oleh penceramah LPPKN sebelum penutupan kem...

Majlis penutup telah dirasmikan oleh YBhg. Puan Jamilah Binti Zakaria, Pengarah Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak... Turut hadiri YBhg Encik Chai Cheng Ho @ Dennis Chai, Pengarah LPPKN Negeri Perak... Dan juga ucapan aluan oleh YBhg. Puan Norfazrina Binti Mohamad Jali, Pemangku Pengerusi PERKEP Unit 5 PSP...

Majlis juga ada sesi penyampaian hadiah bagi kumpulan terbaik dan penyampaian cenderahati serta sesi bergambar sebelum Kem Naungan Kasih ini tamat...

Tarikh : 16 Ogos 2026 (Ahad)
Masa : 0830 hrs hingga selesai
Tempat : Sayong Resort, Kuala Kangsar

  LPPKN Negeri Perak telah menganjurkan "Kem Naungan Kasih : Keibubapaan Positif" bersama PERKEP Unit 5 PSP selama 2 har...
27/08/2026




LPPKN Negeri Perak telah menganjurkan "Kem Naungan Kasih : Keibubapaan Positif" bersama PERKEP Unit 5 PSP selama 2 hari... Antara aktiviti ialah permainan outdoor secara berkumpulan dan juga pengisian ilmu sebagai ibubapa... Penceramah terdiri drpd Puan Wan Nur Azlina Binti Abdul Rahman, Ketua Unit Penerangan dan Pendidikan serta Penolong Pengarah Kanan di LPPKN Negeri Perak dan juga Puan Siti Ezah Binti Azhiri, Penolong Pegawai Penerangan di Unit Penerangan dan Pendidikan LPPKN...

Tarikh : 15 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa : 0800 hrs hingga selesai
Tempat : Sayong Resort, Kuala Kangsar

Perlawanan Persahabatan Badminton antara PERKEP Unit 5 PSP dengan Letopp BC... Perlawanan persahabatan ini bertujuan men...
26/08/2026

Perlawanan Persahabatan Badminton antara PERKEP Unit 5 PSP dengan Letopp BC... Perlawanan persahabatan ini bertujuan mengeratkan hubungan PERKEP Unit 5 PSP dengan komuniti luar... Selain beriadah dan gaya hidup sihat...

Tarikh : 9 Ogos 2026 (Ahad)
Masa : 2030 hrs hingga selesai
Tempat : Dewan Mohd Nosruddin Che Yeop Unit 5 PSP, Ipoh

Address

Sungai Senam
Ipoh
30450

Telephone

+6055464588

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkep PSP Unit 5 Ipoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share