Jabatan Agama Islam Perak

Jabatan Agama Islam Perak Page ini adalah page rasmi Jabatan Agama Islam Perak

Assalamualaikum.Tahniah dan syabas diucapkan buat Cik Hasnul Taqiyuddin Bin Cik Sazali yang telah dinobatkan sebagai Joh...
18/04/2026

Assalamualaikum.

Tahniah dan syabas diucapkan buat Cik Hasnul Taqiyuddin Bin Cik Sazali yang telah dinobatkan sebagai Johan Qari dan juga saudara Muhammad Farish Bin Ossman yang telah mendapat tempat ketiga Kategori Hafazan 1-10 Juzuk (L) di Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1447H/2026M.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah juga diucapkan kepada kontinjen Negeri Perak atas usaha, komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang penyertaan dalam MTHQK kali ini.

Tahniah!!

18/04/2026

Assalamualaikum.

Saksikan Majlis Penutupan Dan Pengurniaan Hadiah Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H /2026M.

Assalamualaikum.Pencarian calon Anugerah Siti Khadijah kini telah dibuka.Anugerah khas buat wanita ini merupakan satu pe...
18/04/2026

Assalamualaikum.
Pencarian calon Anugerah Siti Khadijah kini telah dibuka.

Anugerah khas buat wanita ini merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan buat wanita hebat, berintegriti dan berwibawa.

Tarikh tutup pencalonan adalah pada 1 Mei 2026

Cadangkan calon yang anda kenali supaya sumbangan dan kejayaan mereka turut menjadi sumber inspirasi buat kita semua.

🌟 WANITA HEBAT PERAK, INILAH MASANYA UNTUK DIANGKAT DAN DIHARGAI 🌟

Di sebalik kekuatan sesebuah ummah, sering berdiri seorang wanita luar biasa, yang ikhlas dan berjuang menggerakkan perubahan dengan penuh hikmah.

Dialah yang memberi tanpa jemu, memimpin dengan hikmah, berkorban tanpa meminta balasan dan dalam diam, membina generasi serta mengangkat martabat Islam.

Bersempena Sambutan Kemuncak Maal Hijrah Negeri Perak 2026M/1448H, pencalonan kini dibuka bagi Anugerah Siti Khadijah (Wanita) iaitu sebuah pengiktirafan istimewa buat wanita yang telah menyumbang dengan penuh dedikasi kepada agama, masyarakat dan negara.

✨ Anugerah penuh makna ini bakal disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

πŸ† Pencalonan terbuka kepada wanita yang cemerlang dalam bidang:
β€’ Korporat & Pentadbiran
β€’ Pendidikan & Dakwah
β€’ Sukarelawan & Kemasyarakatan
β€’ Ekonomi & Kekeluargaan

πŸ’« Wanita-wanita hebat ini diangkat until terus menjadi inspirasi bagi membina lebih ramai generasi wanita hebat di masa depan. Kerana setiap wanita hebat yang diiktiraf hari ini… akan melahirkan lebih ramai wanita hebat pada masa hadapan.

πŸ“’ Calonkan sekarang. Angkat nama mereka. Ceritakan perjuangan mereka.

18/04/2026

Jabatan Agama Islam Perak kini menyediakan platform laman web mencari jodoh untuk memudahkan anda menemukan pasangan hidup yang sesuai dan berlandaskan syariah.

Terbuka kepada semua yang serius ingin membina rumah tanggaβ€”tak kira usia atau latar belakang.

Mulakan langkah pertama anda hari ini, insya-Allah dipermudahkan.

Sebarang pertanyaan, hubungi: 05-241 8966

Zaman sekarang ramai nak cari jodoh,
tapi risau cara tak betul.
Tenang. Ada jalan yang lebih baik.
Jodoh Sakinah
platform rasmi JAIPk untuk bantu anda kenal pasangan
secara patuh Syariah & terpelihara.
Bila niat betul, cara pun kena betul 🀍
Scan QR & mula hari ini.

052418966

Bersempena sambutan Maal Hijrah 1448H/2026M, pihak Jabatan Agama Islam Perak telah membuka pencarian calon bagi Anugerah...
17/04/2026

Bersempena sambutan Maal Hijrah 1448H/2026M, pihak Jabatan Agama Islam Perak telah membuka pencarian calon bagi Anugerah Saidina Ali (Tokoh Belia). Ia merupakan satu pengiktirafan kepada individu (lelaki) yang unggul dari segi ilmu, kepimpinan dan memiliki akhlak yang terpuji.

Tarikh tutup pencalonan adalah pada 25 Mei 2026.

Ayuh bersama kita menghargai tokoh yang menjadi inspirasi ummah.

*PENCALONAN ANUGERAH SAIDINA ALI (TOKOH BELIA) SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIRAH NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN TAHUN 1448H/2026M*

Permohonan adalah terbuka kepada belia lelaki berumur antara 15 hingga 30 tahun, warganegara Malaysia, yang mempunyai sumbangan dan pencapaian cemerlang dalam bidang seperti pendidikan, kepimpinan, ekonomi, kesukarelawanan dan kemasyarakatan. Calon juga hendaklah memiliki keperibadian unggul, berwibawa serta aktif dalam masyarakat.

🎁 Ganjaran:
Penerima anugerah akan menerima plak, sijil penghargaan dan wang tunai RM5,000

πŸ“₯ Muat turun borang pencalonan / imbas QR:
https://rb.gy/qbu9zn

πŸ“… Tarikh tutup pencalonan:
25 Mei 2026

✨ Ayuh bersama kita mengiktiraf dan menghargai sumbangan belia Islam yang cemerlang!

Assalamualaikum.Pihak Jabatan mengucapkan selamat maju jaya buat semua peserta hafazan dan tilawah yang mewakili Negeri ...
12/04/2026

Assalamualaikum.

Pihak Jabatan mengucapkan selamat maju jaya buat semua peserta hafazan dan tilawah yang mewakili Negeri Perak dalam Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1447H/2026M.

Majlis ini akan berlangsung pada 13-18 April 2026 di Terengganu.

Semoga dipermudahkan segala urusan, serta dikurniakan ketenangan dan keyakinan dalam mempersembahkan hafazan dan bacaan yang terbaik. Moga kejayaan mengiringi langkah semua peserta seterusnya mengharumkan nama negeri dan agama.

04/04/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.Semoga hari yang mulia ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan kemaafan...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
Semoga hari yang mulia ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan kemaafan buat kita semua.

11/03/2026

Address

Ipoh

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6052084800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Agama Islam Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share