Jabatan Pertanian Negeri Perak

Jabatan Pertanian Negeri Perak Ke arah mewujudkan industri pertanian yang berdaya saing, pengeluaran produk berkualiti & selamat

•Memberi perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan khidmat nasihat yang profesional dalam pelbagai bidang Pertanian khususnya tanaman makanan dan industri hiliran bagi menentukan pengeluaran makanan yang mencukupi untuk keperluan negara.

•Membimbing dan mewujudkan pengusaha pertanian yang progresif bagi meningkatkan produktiviti ladang dan pengeluaran pertanian negara.

•Mewujudkan k

umpulan tenaga terlatih yang terlatih dan mahir untuk keperluan industri pertanian.

•Melindungi tanaman-tanaman (tanaman industri dan makanan) daripada ancaman perosak dan penyakit melalui program perlindungan tanaman dan perkhidmatan kuarantin.

•Menentukan keluaran hasil-hasil tanaman makanan yang selamat dan mengawal pencemaran alam sekitar.

•Mengawal bahan-bahan tanaman dan bahan janaplasma negara daripada dibawa keluar negara dan terancam pupus.


•Menilai, mengubahsuai serta merumus pakej teknologi daripada agensi/badan penyelidikan mengikut keadaan setempat dan seterusnya menyampaikannya kepada pengusaha-pengusaha pertanian.

•Memberi khidmat perundingan dan sokongan teknikal secara pakej kepada usahawan, swasta dan agensi pembangunan pertanian.

•Membangunkan Sumber Maklumat Tanaman Makanan dan Tanah untuk kegunaan perancangan dan pelaksanaan pembangunan sektor pertanian.

•Menjalankan latihan di Institut / Pusat Latihan Pertanian bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam sektor pertanian.

•Mengawalselia mutu bahan / benih tanaman negara

•Melaksanakan penguatkuasaan Akta Racun Mahluk Perosak 1974 untuk memastikan racun yang diimport, dikeluarkan dan dijual dalam negara adalah yang berkualiti dan penggunaannya tidak akan mendatangkan mudarat kepada pengguna, ternakan, tanaman makanan dan alam sekitar.

•Melaksanakan penguatkuasaan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 untuk mencegah kemasukkan perosak-perosak asing yang berbahaya dalam negara dan memudahkan pengeksportan hasil-hasil tanaman negara untuk memenuhi peraturan kuarantin negara pengimport.

•Melaksanakan penguatkuasaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 1988 dan peraturan CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Bagi Spesis-spesis Haiwan dan Tumbuhan Liar Yang Terancam Pupus) untuk memastikan bahawa bahan-bahan tanaman dan janaplasma tidak terancam pupus.

•Melaksanakan penguatkuasaan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhn 2004 (Akta 634) untuk melindungi hak intelek bagi varieti-varieti tempatan seperti baka-baka yang baik terutama kelapa sawit, getah, koko, kelapa dan bunga-bungaan.

•Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan organisasi-organisasi di sektor awam dan swasta dalam/luar negara yang terlibat dalam pembangunan, penguatkuasaan dan perdagangan antarabangsa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Mohamad Rozlan bin Mohamad Razalli di atas jasa bakti beliau s...
31/05/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Mohamad Rozlan bin Mohamad Razalli di atas jasa bakti beliau sepanjang berkhidmat sebagai Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) dan menjadi rakan strategik Jabatan Pertanian Negeri Perak dalam memperkasakan usahawan-usahawan negeri Perak. Selamat maju jaya dan terus cemerlang di tempat yang baharu.

Ikhlas daripada
Pengarah Pertanian Negeri Perak dan Warga Kerja Jabatan Pertanian Negeri Perak

𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang ...
31/05/2026

𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim daripada,
Pengarah Pertanian Negeri & Seluruh Warga Kerja Jabatan Pertanian Negeri Perak

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐖𝐞𝐬𝐚𝐤 𝟐𝟎𝟐𝟔Jabatan Pertanian Negeri Perak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh ...
30/05/2026

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐖𝐞𝐬𝐚𝐤 𝟐𝟎𝟐𝟔

Jabatan Pertanian Negeri Perak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha.

Semoga sambutan Hari Wesak ini membawa kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan kepada semua. Marilah kita bersama-sama menyemai nilai kasih sayang, toleransi dan saling menghormati demi memperkukuh perpaduan masyarakat serta kemakmuran negara.

Ikhlas daripada,
Pengarah Pertanian Negeri
& Warga Jabatan Pertanian Negeri Perak

26/05/2026
26/05/2026
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗔𝗗𝗛𝗔 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛/ 𝟮𝟬𝟮𝟲Hari Raya Aidiladha merupakan perayaan yang amat bermakna bagi umat Isl...
26/05/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗔𝗗𝗛𝗔 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛/ 𝟮𝟬𝟮𝟲

Hari Raya Aidiladha merupakan perayaan yang amat bermakna bagi umat Islam dan disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Perayaan ini memperingati kisah pengorbanan dan ketaatan Nabi Ibrahim A.S. serta Nabi Ismail A.S. dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Aidiladha juga sinonim dengan ibadah korban yang melambangkan keikhlasan, kesyukuran, semangat berkongsi rezeki serta keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.

Dengan penuh rasa syukur, Jabatan Pertanian Negeri Perak merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh warga jabatan dan rakyat Negeri Perak.

Semoga nilai pengorbanan dan kerjasama yang dipupuk melalui sambutan ini dapat terus memperkukuh komitmen kita dalam memajukan sektor pertanian serta menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan pembangunan negara.

Ikhlas daripada,
Pengarah Pertanian Negeri
& Warga Jabatan Pertanian Negeri Perak



BERLANGSUNG HARI INIProgram Jualan Produk Industri Asas Tani (IAT) dan Hasil Ladang Pejabat Pertanian Daerah Perak Tenga...
22/05/2026

BERLANGSUNG HARI INI

Program Jualan Produk Industri Asas Tani (IAT) dan Hasil Ladang Pejabat Pertanian Daerah Perak Tengah Tahun 2026

📆 22 Mei 2026 (Jumaat)
⏱ 9.00 pagi - 1.00 petang
📍 Ruang Legar, Kompleks
Pentadbiran Daerah Seri Iskandar

Moh kome datang beramai-ramai memeriahkan program ini untuk persediaan kelengkapan Hari Raya Aidiladha.

Antara produk yang kome boleh dapatkan:
✨ Pelbagai Aneka Biskut Raya
✨ Pelbagai Aneka Kuih Raya Tradisional
✨ Kek Lapis Sarawak
✨ Pelbagai Aneka Kerepek
✨ Hasil Ladang (Sayur-Sayuran)

Ater tunggu apa lagi? Moh kita ramai-ramai dapatkan barangan keperluan juadah Hari Raya Aidiladha dengan harga yang murah

KARNIVAL AGRO KUALA KANGSAR 2026 MERIAH, KERAJAAN SALUR HAMPIR RM600,000 UNTUK PETANI DAN USAHAWAN TANI21 Mei 2026 | Kha...
21/05/2026

KARNIVAL AGRO KUALA KANGSAR 2026 MERIAH, KERAJAAN SALUR HAMPIR RM600,000 UNTUK PETANI DAN USAHAWAN TANI

21 Mei 2026 | Khamis | Kuala Kangsar

Karnival Agro Daerah Kuala Kangsar Tahun 2026 berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Serbaguna JPS Kuala Kangsar dengan kehadiran pelbagai agensi kerajaan, usahawan tani, petani serta komuniti setempat.

Program tahunan anjuran Pejabat Pertanian Daerah Kuala Kangsar ini telah dirasmikan oleh Puan Pengarah Pertanian Negeri Perak, Ts. Norsiyenti Othman yang hadir mewakili YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak.

Bertemakan “Lestarikan Landskap, Makmurkan Komuniti”, karnival ini menjadi platform penting dalam menyampaikan maklumat, teknologi serta perkhidmatan pertanian kepada golongan sasar selain memperkukuh jaringan antara agensi, usahawan dan komuniti tani.

Pelbagai pengisian menarik telah diadakan antaranya pameran agensi kerajaan dan swasta, demonstrasi tanaman bawang, pembuatan samosa cendawan, jualan hasil pertanian, jualan rahmah, pertandingan rakyat serta promosi buah-buahan tempatan dan edaran anak pokok kepada pengunjung.

Turut diadakan dalam majlis ini ialah penyerahan mock cheque kepada wakil penerima bantuan sebagai simbol komitmen berterusan kerajaan dalam membantu pembangunan sektor pertanian di daerah Kuala Kangsar.

Bagi tahun 2026, sebanyak RM597,699.00 telah diperuntukkan kepada Daerah Kuala Kangsar melibatkan seramai 27 penerima, Sejumlah RM485,389.00 bagi peruntukan Negeri dan RM112,310.00 bagi peruntukan Persekutuan.

Peruntukan ini membuktikan kesungguhan kerajaan dalam memperkasa sektor agromakanan serta membantu para petani dan usahawan tani meningkatkan pengeluaran makanan negara.

Kerajaan juga terus prihatin terhadap cabaran yang dihadapi oleh petani termasuk peningkatan kos input dan kesan krisis global dengan pelbagai inisiatif bantuan dan sokongan yang sedang dilaksanakan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pejabat Pertanian Daerah Kuala Kangsar serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Karnival Agro Daerah Kuala Kangsar Tahun 2026.

Turut hadir menjayakan program Timbalan Pengarah Pertanian ( Operasi ),Pn. Zuriana binti Ahmad, Encik Muhammad Nazri bin Hassan Pegawai Pertanian Daerah Kuala Kangsar, Penolong Pegawai Daerah (mewakili Pegawai Daerah),Encik Atiq Zakwan Za’farani bin Kamarul Zaman, Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak Dun Lubuk Merbau, Dr.Taslimah binti Jalaluddin serta Ketua -ketua Jabatan dan agensi

Ikuti Laman Media Sosial Jabatan Pertanian Negeri Perak
https://linktr.ee/pertanianperak

SESI PEMERIKSAAN BELANJAWAN MENGURUS JABATAN PERTANIAN NEGERI PERAK TAHUN 202721 Mei 2026 | Khamis | IpohPengarah Pertan...
21/05/2026

SESI PEMERIKSAAN BELANJAWAN MENGURUS JABATAN PERTANIAN NEGERI PERAK TAHUN 2027

21 Mei 2026 | Khamis | Ipoh

Pengarah Pertanian Negeri Perak, Puan Ts. Norsiyenti binti Othman, bersama barisan pegawai pengurusan tertinggi Jabatan Pertanian Negeri Perak telah menghadiri Sesi Pemeriksaan Belanjawan Mengurus Tahun 2027 bersama Pejabat Kewangan Negeri yang diadakan di Pejabat Kewangan Negeri Perak.
Semoga segala perancangan yang digariskan dalam belanjawan Jabatan Pertanian Negeri Perak bagi tahun 2027 akan mendapat kelulusan demi kelancaran pelaksanaan perbelanjaan dan program jabatan pada tahun hadapan.

Ikuti Laman Media Sosial Jabatan Pertanian Negeri Perak
https://linktr.ee/pertanianperak

Address

Tingkat 6, Bangunan Seri Perak, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
Ipoh
30000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6052426176

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pertanian Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pertanian Negeri Perak:

Share