14/12/2023
โ๐๐๐ฌ๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ก๐ง๐ฒ๐ ๐๐๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ง๐ ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐ก๐๐ง๐ฒ๐๐ฅ๐๐ก ๐๐ฅ๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ฎ๐ฅ-๐๐ฒ๐ ๐๐๐ง ๐จ๐ซ๐๐ง๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ข๐ฆ๐๐ง, ๐ฆ๐๐ซ๐๐ค๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐ข๐ซ๐ข๐ค๐๐ง ๐ฌ๐จ๐ฅ๐๐ญ, ๐๐๐ง ๐ฆ๐๐ง๐ฎ๐ง๐๐ข๐ค๐๐ง ๐ณ๐๐ค๐๐ญ ๐ฌ๐๐ซ๐ญ๐ ๐ฆ๐๐ซ๐๐ค๐ ๐ซ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ค (๐ญ๐ฎ๐ง๐๐ฎ๐ค ๐ฆ๐๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐ฉ๐๐ซ๐ข๐ง๐ญ๐๐ก ๐๐ฅ๐ฅ๐๐ก).โ (๐๐ฎ๐ซ๐๐ก ๐๐ฅ-๐๐๐๐ข๐๐๐ก ๐:๐๐)
Perintah untuk mengeluarkan zakat bagi setiap Muslim sangat jelas kerana membayar zakat merupakan Rukun Islam yang wajib dilakukan dan dikerjakan oleh setiap orang yang beragama Islam. Selain melaksanakan perintah Allah SWT tujuan utama ibadat zakat ialah untuk membantu umat Islam yang memerlukan pertolongan. Dengan cara ini, semua golongan manusia dapat merasai nikmat kurniaan Allah dimana ia penting dalam hubungan individu dengan Allah dan hubungan sesama manusia.
Zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat mal (zakat harta). Zakat fitrah umumnya ramai yang mengetahui kerana dilaksanakan untuk memenuhi kewajiban pada bulan Ramadhan. Zakat harta diertikan sebagai membersihkan diri daripada harta benda yang dimilikinya dan dikeluarkan setahun sekali bila sudah cukup nisabnya dan ianya boleh dibayar pada bila-bila masa. Zakat harta terbahagi kepada beberapa jenis iaitu seperti Zakat Perniagaan, Zakat Pendapatan, Zakat KWSP, Zakat Saham, Zakat Wang Simpanan, Zakat Ternakan, Zakat Emas dan Perak dan Zakat Pertanian.
Kadar zakat harta ialah 2.5% daripada jumlah harta dan ini memberi maksud 2.5% daripada harta itu adalah bukan hak kita tetapi hak kepada lapan golongan asnaf yang layak menerima zakat daripada kita. Diingatkan juga pemberian zakat bukanlah hanya kepada golongan asnaf fakir dan miskin namun zakat turut diberikan kepada golongan Amil, Muallaf, Al-Riqab, Gharimin, Fisabilillah dan Ibnu Sabil. Disinilah perlunya kita membayar kepada Majlis Agama Islam dan โAdat Melayu Perak (MAIPk) yang telah diamanahkan mengutip dan mengagihkan kepada lapan golongan asnaf yang layak menerima zakat di negeri Perak.
Selain itu, menunaikan zakat pendapatan boleh mendapat pelepasan cukai. Hal ini menerusi Akta Cukai Pendapatan memberikan keistimewaan kepada orang Islam dalam membayar cukai pendapatan. Akta berkenaan membuatkan kita mendapat rebat. Rebat ini bermakna, jumlah cukai yang dapat dikurangkan dengan pembayaran zakat. Semakin banyak berzakat, semakin sedikit cukai yang dibayar. Jika amaun zakatnya menyamai atau melebihi cukai, maka seseorang itu tidak perlu lagi membayar cukai pendapatannya.
Marilah kita bersama-sama menunaikan zakat harta. Jika anda musykil atau tidak tahu bagaimana untuk mengira dan membayar zakat harta anda boleh merujuk ke kaunter-kaunter zakat MAIPk atau hubungi MAIPk 05-2084000 / 05-2084089 (potongan zakat berjadual).
Percayalah, apabila kita menunaikan zakat ikhlas kerana Allah SWT pasti ada balasannya.
๐๐ซ๐๐ง๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐๐๐ซ๐ข๐ค๐๐ง ๐๐ฉ๐-๐๐ฉ๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐๐ ๐ฉ๐๐๐๐ง๐ฒ๐ ๐ค๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ง ๐ค๐๐๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ค๐ฐ๐ (๐ฆ๐๐ฅ๐๐ค๐ฎ๐ค๐๐ง ๐ฌ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก๐๐ง ๐๐ฅ๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ง ๐ฆ๐๐ง๐ข๐ง๐ ๐ ๐๐ฅ๐ค๐๐ง ๐ฅ๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ง-๐๐ฒ๐). ๐๐๐ง ๐ฆ๐๐ง๐ฒ๐๐ค๐ข๐ง๐ข ๐๐ค๐๐ง ๐ฉ๐๐ซ๐ค๐๐ซ๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐๐ข๐ค. ๐๐๐ค๐ ๐๐๐ฆ๐ข ๐๐ค๐๐ง ๐ฆ๐ฎ๐๐๐ก๐ค๐๐ง ๐๐๐ ๐ข๐ง๐ฒ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ง ๐ฆ๐๐ง๐ฎ๐ฃ๐ฎ ๐ค๐๐ฆ๐ฎ๐๐๐ก๐๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐๐ง๐๐๐ฉ๐๐ญ ๐ค๐๐ฌ๐๐ง๐๐ง๐ ๐๐ง (๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐ซ๐ ๐).โ (๐๐ฎ๐ซ๐๐ก ๐๐ฅ-๐๐๐ข๐ฅ ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐:๐-๐)
Mari sama-sama bantu MAIPk, dengan anda berzakat dapat membantu golongan asnaf yang sangat memerlukan. Bayar zakat di kaunter zakat MAIPk yang berdekatan atau secara online.