Unit Tentera JKR Negeri Perak

Unit Tentera JKR Negeri Perak JABATAN KERJA RAYA
UNIT TENTERA NEGERI PERAK
(JKR UTNP)

Selamat Menyambut Hari Wesak dan selamat bercuti buat semua.
30/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak dan selamat bercuti buat semua.




Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan amanah dalam setiap tanggungjawab yang dipikul. Semoga semangat...
26/05/2026

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan amanah dalam setiap tanggungjawab yang dipikul. Semoga semangat ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja untuk melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, berintegriti dan semangat kebersamaan demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara.

Semoga segala ibadah, pengorbanan dan usaha kita diberkati serta diterima oleh Allah SWT.

“Selamat Hari Raya Aidiladha”

Ikhlas daripada,
Ketua Jabatan & Seluruh Warga Kerja
JKR Unit Tentera Negeri Perak

Moga kita semua mendapat keampunan dan keberkatan di Hari Arafah
26/05/2026

Moga kita semua mendapat keampunan dan keberkatan di Hari Arafah



Hebahan dan peringatan keselamatan sistem elektrik buat semua warga jabatan sebelum meninggalkan pejabat sempena cuti pe...
26/05/2026

Hebahan dan peringatan keselamatan sistem elektrik buat semua warga jabatan sebelum meninggalkan pejabat sempena cuti perayaan Aidil Adha.



Notis iklan sebut harga ❗️Kontraktor kerja elektrik dengan bidang pengkhususan E04, E11 dan E17 adalah dipelawa untuk me...
25/05/2026

Notis iklan sebut harga ❗️

Kontraktor kerja elektrik dengan bidang pengkhususan E04, E11 dan E17 adalah dipelawa untuk menyertai sebut harga.
Semakan boleh di buat melalui pautan yang dinyatakan sebelum 28 Mei 2026 jam 12.00 tengah hari sahaja.



Selamat bersara buat Dato’ Sri Ir Roslan bin Ismail. KPKR yang menerapkan budaya kerja berpasukan dan semangat kebersama...
22/05/2026

Selamat bersara buat Dato’ Sri Ir Roslan bin Ismail. KPKR yang menerapkan budaya kerja berpasukan dan semangat kebersamaan melalui slogan dan

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 daripada jabatan ini a...
22/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 daripada jabatan ini atas kejayaan dan pengiktirafan yang diterima.

Anugerah ini merupakan simbol penghargaan terhadap usaha, integriti serta komitmen berterusan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

Syabas buat penerima APC iaitu :

🌟Puan Izzarina binti Razaly (Pen. Jurutera Awam JA 38)
🌟Encik Muhammad Hazmannizan bin A. Razak (Pembantu Kemahiran H1)
🌟Encik Ahmad Ikmal Alif bin Anuar Mushaddad (Pembantu Kemahiran H1)
🌟Puan Norhayati binti Ismail (Pembantu Khidmat Am H1)

Semoga terus cemerlang dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga jabatan.

Ikhlas Daripada;
Jurutera Elektrik Kanan & seluruh warga JKR UTN Perak




AlhamdulillahSelesai sudah sesi perkongsian ilmu berkaitan pemantapan projek inovasi yang telah disampaikan oleh pensyar...
14/05/2026

Alhamdulillah

Selesai sudah sesi perkongsian ilmu berkaitan pemantapan projek inovasi yang telah disampaikan oleh pensyarah jemputan, Encik Mahathir Fansuri daripada Institut Aminuddin Baki, Nilai, Negeri Sembilan.
Semoga usaha murni ini dapat menambah semangat berpasukan yang sedia ada wujud di kalangan kakitangan jabatan ini.

Terima kasih juga buat semua kakitangan yang sama-sama menyumbang idea dan berusaha keras sepanjang program ini.

Terima kasih juga buat pengurusan JKR Elektrik Pulau Pinang atas ketersediaan fasiliti yang diberikan.




Telah diadakan Program Bengkel Pengukuhan Inovasi peringkat dalaman JKR Unit Tentera Negeri Perak, Cawangan Senggara Fas...
13/05/2026

Telah diadakan Program Bengkel Pengukuhan Inovasi peringkat dalaman JKR Unit Tentera Negeri Perak, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan.

Inisiatif penganjuran Bengkel Pengukuhan Inovasi oleh Ketua Unit Tentera Negeri Perak ini membuktikan komitmen berterusan dalam membudayakan pemikiran kreatif dan inovatif dalam kalangan warga kerja. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada penghasilan idea baharu yang lebih berkualiti, efektif dan memberi impak positif kepada penyampaian perkhidmatan jabatan selain memperkasakan budaya inovasi di tempat kerja.



Kontraktor bidang Kejuruteraan Mekanikal dengan kod bidang pengkhususan M07 adalah dipelawa untuk menyertai sebutharga. ...
11/05/2026

Kontraktor bidang Kejuruteraan Mekanikal dengan kod bidang pengkhususan M07 adalah dipelawa untuk menyertai sebutharga. Semakan kelayakan boleh dibuat sebelum 12.00 tengah hari / 14 Mei 2026 (Khamis)




Address

Pejabat Jurutera JKR Unit Tentera, Jalan Kuala Kangsar, Kawasan Perindustrian Tasek
Ipoh
31200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6052462709

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Tentera JKR Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Unit Tentera JKR Negeri Perak:

Share