Lembaga Muzium Negeri Perak

Lembaga Muzium Negeri Perak Lembaga Muzium Negeri Perak

Muzium-Muzium dibawah Lembaga Muzium Negeri Perak
- Muzium Diraja Kuala Kangsar
- Muzium Darul Ridzuan
- Muzium Beruas
- Galeri Sultan Azlan Shah
- Kompleks Sejarah Pasir Salak
- Rumah Kediaman DYMM Sultan Azlan Shah

🔥 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗡𝗦𝗜𝗙 𝗭𝗢𝗡 𝗨𝗧𝗔𝗥𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 🔥Lembaga Muzium Negeri Perak turut bersama dalam sesi latihan intensif Zon Utara sebag...
14/05/2026

🔥 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗡𝗦𝗜𝗙 𝗭𝗢𝗡 𝗨𝗧𝗔𝗥𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 🔥

Lembaga Muzium Negeri Perak turut bersama dalam sesi latihan intensif Zon Utara sebagai persediaan menghadapi Festival Hari Muzium Antarabangsa 2026 yang bakal berlangsung di Johor Darul Ta’zim pada Jun ini. 💪✨

Semangat, kerjasama dan komitmen semua kontinjen jelas terpancar demi membawa nama Zon Utara ke tahap terbaik! ❤️‍🔥

Semoga segala persiapan dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan buat seluruh pasukan yang terlibat.





Lawatan penanda aras Pengarah dan pegawai Lembaga Muzium Negeri Perak (LMNP) ke Lembaga Muzium Negeri Terengganu dan Per...
11/05/2026

Lawatan penanda aras Pengarah dan pegawai Lembaga Muzium Negeri Perak (LMNP) ke Lembaga Muzium Negeri Terengganu dan Perbadanan Muzium Negeri Pahang pada 9 hingga 11 Mei 2026 menjadi platform perkongsian ilmu serta amalan terbaik berkaitan perjawatan, enakmen negeri dan sistem kewangan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak tuan rumah atas sambutan mesra, kerjasama erat serta kesudian berkongsi pengalaman dan pandangan dalam memperkukuh tadbir urus institusi permuziuman negeri.

Jom ikuti kami di :

FACEBOOK : https://www.facebook.com/LembagaMuziumNegeriPerak
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/lmnperak
TIKTOK : https://www.tiktok.com/
LAMAN WEB RASMI : https://muzium.perak.gov.my

Muzium Diraja Kuala Kangsar | Galeri Sultan Azlan Shah | Muzium Darul Ridzuan | Kompleks Sejarah Pasir Salak | Muzium Beruas | Rumah Kediaman Almarhum Sultan Azlan | Galeri Rumah Lat

Majlis Perhimpunan Warga Kerja Lembaga Muzium Negeri Perak Siri 1/2026 di Galeri Sultan Azlan Shah menekankan konsep bek...
08/05/2026

Majlis Perhimpunan Warga Kerja Lembaga Muzium Negeri Perak Siri 1/2026 di Galeri Sultan Azlan Shah menekankan konsep bekerja sebagai satu ibadah yang menuntut keikhlasan, amanah dan tanggungjawab dalam setiap tugasan. Warga kerja diseru memperkukuh integriti, disiplin serta semangat kebersamaan agar setiap usaha memelihara warisan negeri dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, profesionalisme dan keberkatan demi kecemerlangan institusi serta manfaat kepada masyarakat.

Jom ikuti kami di :

FACEBOOK : https://www.facebook.com/LembagaMuziumNegeriPerak
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/lmnperak
TIKTOK : https://www.tiktok.com/
LAMAN WEB RASMI : https://muzium.perak.gov.my

Muzium Diraja Kuala Kangsar | Galeri Sultan Azlan Shah | Muzium Darul Ridzuan | Kompleks Sejarah Pasir Salak | Muzium Beruas | Rumah Kediaman Almarhum Sultan Azlan | Galeri Rumah Lat

5 Mei 2026 — Kunjungan Hormat oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) ke Lembaga Muzium Negeri ...
05/05/2026

5 Mei 2026 — Kunjungan Hormat oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) ke Lembaga Muzium Negeri Perak dalam usaha memperkukuh jaringan kerjasama serta memperluas perkongsian ilmu antara kedua-dua agensi.
Sesi kunjungan telah berlansung di Muzium Darul Ridzuan, Ipoh, Perak.

Diharapkan jalinan kerjasama ini akan terus diperkukuh dalam usaha memartabatkan warisan budaya, disamping menyokong agenda pembangunan ilmu dan pembudayaan literasi masyarakat.

Jom ikuti kami di :

FACEBOOK : https://www.facebook.com/LembagaMuziumNegeriPerak
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/lmnperak
TIKTOK : https://www.tiktok.com/
LAMAN WEB RASMI : https://muzium.perak.gov.my

Muzium Diraja Kuala Kangsar | Galeri Sultan Azlan Shah | Muzium Darul Ridzuan | Kompleks Sejarah Pasir Salak | Muzium Beruas | Rumah Kediaman Almarhum Sultan Azlan | Galeri Rumah Lat

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026"Pekerja Madani Kesuma Bangsa"Ikhlas daripada Pengarah dan Warga Kerja Lembaga Muzium...
01/05/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026
"Pekerja Madani Kesuma Bangsa"

Ikhlas daripada Pengarah dan Warga Kerja Lembaga Muzium Nageri Perak

Jom ikuti kami di :

FACEBOOK : https://www.facebook.com/LembagaMuziumNegeriPerak
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/lmnperak
TIKTOK : https://www.tiktok.com/
LAMAN WEB RASMI : https://muzium.perak.gov.my

Muzium Diraja Kuala Kangsar | Galeri Sultan Azlan Shah | Muzium Darul Ridzuan | Kompleks Sejarah Pasir Salak | Muzium Beruas | Rumah Kediaman Almarhum Sultan Azlan | Galeri Rumah Lat

30/04/2026
29 April 2026 : Lembaga Muzium Negeri Perak (LMNP) telah menganjurkan Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) ya...
30/04/2026

29 April 2026 : Lembaga Muzium Negeri Perak (LMNP) telah menganjurkan Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) yang berlangsung di Muzium Beruas. Program ini bertujuan menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sejarah dengan memberi pengalaman pembelajaran di institusi muzium. Program ini juga dapat memupuk minat, kefahaman dan penghargaan terhadap tinggalan warisan seramik dan tembikar yang jarang diperkatakan dalam media arus perdana. Sekolah rendah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Gangga, Beruas. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Jom ikuti kami di:
FACEBOOK :
https://www.facebook.com/LembagaMuziumNegeriPerak
INSTAGRAM:https://www.instagram.com/lmnperak
TIKTOK:https://www.tiktok.com/
LAMAN WEB RASMI: https://muzium.perak.gov.my
Muzium Diraja Kuala Kangsar | Galeri Sultan Azlan Shah| Muzium
Darul Ridzuan | Kompleks Sejarah Pasir Salak | Muzium Beruas|
Rumah Kediaman Almarhum Sultan Azlan | Galeri Rumah Lat


25 April 2026 : Lembaga Muzium Negeri Perak (LMNP) telah menganjurkan Program Lakaran Perpaduan yang berlangsung di Ruma...
25/04/2026

25 April 2026 : Lembaga Muzium Negeri Perak (LMNP) telah menganjurkan Program Lakaran Perpaduan yang berlangsung di Rumah Kediaman Almarhum Sultan Azlan Shah, Batu Gajah.

Program yg bertemakan "Perpaduan Teras Keharmonian Negara" telah menghimpunkan pelajar sekolah rendah dan menengah dalam aktiviti berteraskan seni dan perpaduan. Antara pengisian utama ialah pertandingan mewarna bagi sekolah rendah dan pertandingan melukis bagi sekolah menengah.

Sekolah rendah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Sultan Yussuf, Sekolah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad, Sekolah Kebangsaan Seri Jaya dan Sekolah Kebangsaan Bakap. Manakala sekolah menengah p**a terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan St. Bernadette's Convent, Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad, Sekolah Menengah Kebangsaan Pusing dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yuk Kwan.

Program ini bertujuan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda melalui penghayatan seni kreatif serta menggalakkan interaksi antara pelajar daripada pelbagai latar belakang.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Jom ikuti kami di :

FACEBOOK : https://www.facebook.com/LembagaMuziumNegeriPerak
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/lmnperak
TIKTOK : https://www.tiktok.com/
LAMAN WEB RASMI : https://muzium.perak.gov.my

Muzium Diraja Kuala Kangsar | Galeri Sultan Azlan Shah | Muzium Darul Ridzuan | Kompleks Sejarah Pasir Salak | Muzium Beruas | Rumah Kediaman Almarhum Sultan Azlan | Galeri Rumah Lat

Address

Lembaga Muzium Negeri Perak D/a Muzium Darul Ridzuan
Ipoh
30000

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00
Saturday 10:00 - 17:00
Sunday 10:00 - 17:00

Telephone

+6052410048

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Muzium Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Lembaga Muzium Negeri Perak:

Share