06/04/2026
TAKLIMAT PEMERKASAAN MASJID SEBAGAI HAB KELESTARIAN ALAM MELALUI AMALAN KITAR SEMULA
Alhamdulillah.
Telah berlangsung dengan jayanya program Taklimat Pemerkasaan Masjid Sebagai Hab Kelestarian Alam Melalui Amalan Kitar Semula pada hari ini, 06 April 2026 (Isnin) bertempat di Impiana Hotel, Ipoh.
Program ini menghimpunkan penyertaan daripada 120 buah masjid di seluruh Negeri Perak, dengan setiap masjid diwakili oleh Pengerusi dan seorang wakil, menjadikan kehadiran seramai hampir 300 orang peserta.
Turut hadir Pegawai Tadbir Agama seluruh Perak dan Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah seluruh Perak ke taklimat pada hari ini.
Pelbagai perkongsian bermanfaat telah disampaikan antaranya :
🌿 Taklimat Masjid Lestari oleh Pegawai Kawalan Alam Sekitar dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak.
♻️ Taklimat Amalan Kitar Semula oleh Puan Habibah binti Yaakob, Ahli Majlis, MAIPk.
💡 Antara input & tips yang dikongsikan:
Mulakan dengan pengasingan sisa di masjid (kertas, plastik, tin) secara konsisten
Sediakan tong kitar semula berlabel di kawasan strategik
Perkenalkan pengurusan e-waste (sisa elektronik) seperti bateri, telefon lama dan peralatan rosak dengan kaedah pelupusan yang betul
Galakkan amalan sifar plastik sekali guna, kerana penggunaan berlebihan boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan dan alam sekitar
Anjurkan kempen kitar semula secara berkala melibatkan komuniti setempat
Wujudkan kerjasama dengan pihak berautoriti atau pusat kitar semula bagi memastikan pengurusan sisa lebih sistematik
Taklimat pada hari ini diakhiri dengan ucapan dan amanat dari Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid, JAIPk kepada para hadirin yang hadir pada hari ini.
Semoga usaha ini menjadi langkah awal dalam memperkasakan institusi masjid sebagai agen perubahan ke arah kelestarian alam, seterusnya membudayakan amalan kitar semula dalam komuniti setempat.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha diberkati dan memberi manfaat berpanjangan kepada ummah.