BNComms Perak

BNComms Perak Akaun FB Rasmi Pasukan Komunikasi BN Perak

27/02/2022
Begitu banyak propaganda dilemparkan terhadap Barisan Nasional (BN) ketika PRN Melaka perlu diadakan.Namun akhirnya BN b...
13/02/2022

Begitu banyak propaganda dilemparkan terhadap Barisan Nasional (BN) ketika PRN Melaka perlu diadakan.

Namun akhirnya BN berjaya jua membentuk sebuah kerajaan negeri yang stabil dan makmur buat rakyat negeri itu.

Kisah BN menang besar PRN Melaka pada November 2021 masih segar dalam ingatan semua.

Kejayaan mutlak itu bagaimanapun tidak harus membuat kita leka, sebaliknya menjadi penyuntik semangat.

Semangat untuk seluruh jentera BN bekerja dengan lebih kuat, padu dan bijaksana pada PRN Johor.

Begitu juga seluruh rakyat Johor yang turut mendambakan kestabilan dan kemakmuran kembali di negeri itu.

Tidak boleh "overconfident" BN akan dapat laluan mudah untuk mengembalikan kesejahteraan buat mereka.

Bersama kita terus mara ke hadapan demi menebus semula kestabilan dan kemakmuran yang dinodai sejak 9 Mei 2018.

Jentera BN perlu bergerak pada kadar maksimum di Johor kerana demografi yang sedikit berbeza.

Lebih 700,000 pengundi muda yang akan mengundi antara menjadi tumpuan parti politik bertanding.

BN tentunya begitu juga walau pengundi lama dan sedia ada tetap menjadi fokus gabungan politik ini.

Media baharu dipenuhi gelombang biru BN perlu diteruskan sebagai salah satu pendekatan strategik.

Kita yakin jentera BN di Johor yang turut dibarisi ramai anak-anak muda akan berjaya melakukannya.

Selepas segala daya upaya kepada Yang Maha Esa kita berdoa memohon pertolongan dan kemenangan.

InsyaAllah...





https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=481227923374461&id=100044617711053

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=468188258009568&id=100044551924317 *Berat Tuduhannya - YB DATUK SERI DR SHAM...
30/01/2022

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=468188258009568&id=100044551924317 *Berat Tuduhannya - YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH Pengarah Komunikasi Barisan Nasional*

ITIK PATAH KAKI !
Berat tuduhannya. Bagaimanapun tuduhan yang dilemparkan pada UMNO daripadanya bukanlah suatu yang luarbiasa. " Thaghut, anti Islam, malah Kafir pun pernah dilemparkannya.

Kerana itu bila keluar p**a tuduhan UMNO umpama " Itik patah kaki ", ia juga bukan luarbiasa. Kerana itulah cara dan sikap PAS sejak dulu.

Saya cuma hairan. Dalam keadaan mahu UMNO bersama, pimpinan UMNO dilabelnya dengan pelbagai gelaran. Sikap beginilah menjadi antara penyebab MN menjadi hambar.

Justeru eloklah PAS melihat diri sendiri. PAS memiliki ramai ilmuan dan ahli agama. Mungkin juga sebab MN tidak sebagaimana seperti diawal penubuhan berpunca dari sikap PAS sendiri.

Apa yang jelas. PAS dilihat mahu mengajar UMNO. Kerana itu sebenarnya bukan UMNO yang mahu menjadi Abang Long. Sebaliknya PAS sendiri.

Namun saya yakin rakyat menilainya kerana rakyat punyai kebijaksanaan.

Pilihanraya Negeri Johor dilaksana berasaskan undang undang tubuh Kerajaan Johor. Kemudian diperkenan pembubaran oleh Tuanku Sultan Johor. Justeru tuduhan ianya adalah agenda pemimpin ‘Kluster Mahkamah’ dari UMNO dan dari mereka yang tidak berjawatan sangat tidak berasas serta tidak sepatutnya keluar daripada seorang " ilmuan " dan pemimpin utama parti yang kononnya berjuang untuk Islam.

UMNO BN sebuah parti yang bertanggungjawab. Kerana itu UMNO menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat. Supaya rakyat diberikan hak memilih kerajaan yang baru atas kehendak dan mandat rakyat sendiri.

Dan sekiranya UMNO tamakkan kuasa. Pasti UMNO BN tidak mahu dibubarkan DUN Johor ?

Bila PAS kata punyai kekuatan tersendiri. Keahlianya dikatakan 1 juta ahli dan mempunyai 197 kawasan. Mungkinlah betul.

Maka jika Presiden PAS berkata tidak akan berdiam diri dan mempunyai strategi balas sekiranya UMNO terus menerus melakukan PRN maka kita menghormati pendirian Presiden PAS.

Dan sesuai dengan amalan demokrasi kita tidak boleh menghalangnya. Lakukanlah jika itu pendirian PAS. Malah sekiranya PAS ingin lakukannya sekarang sesiapapun tidak boleh menghalangnya. Itu juga hak PAS.

Hakikatnya tiada yang menghalang untuk PAS terus mendukung PN. Teruskanlah kerana ianya tidak salahpun. Pandangan Presiden PAS saya hormati biarpun dia menyatakan BN yang sudah tidak relevan. Kerana itu juga hak Presiden PAS untuk berkata begitu.

Bagaimanapun samaada BN masih relevan atau tidak, rakyat yang menentukannya. Bagi UMNO BN pasti akan terus berusaha memastikan BN kembali ke kedudukan asalnya.

Dan Alhamdulillah. BN menang 21 kerusi di PRN Melaka. Situasi ini boleh menjadi ukuran dan gambaran BN masih relevan atau tidak. Namun BN tidak bangga diri. BN akan terus lipatgandakan usaha bekerja untuk negara dan rakyat. Kemenangan di Melaka adalah kehendak rakyat dan BN terus bertekad membalas budi rakyat dengan bekerja lebih kuat untuk rakyat dan Negeri Melaka.

Saya tidak menafikan jika dikatakan PN parti " majmuk ". BN sendiri sejak ditubuhkan sudah menggabungkan parti pelbagai kaum. Justeru realitinya BN lebih berpengalaman daripada PN dalam soal ini. Cuma salah kalau PAS berkata BN tidak berasalkan kemajmukan.

Maka, PN janganlah mendabit dada kononnya hanya PAS saja yang menganjurkan perpaduan dan parti majmuk.

Sebab kalau benar hanya PAS yang anjuran perpaduan jemputlah juga PAN bersama dalam PN. Dan usahlah bagi alasan tidak boleh menerima PAN kerana parti itu masih bersama DAP sedangkan realitinya dalam sejarah politik Malaysia PAS pernah bersama dan tidur sebantal dengan DAP.

Yang tidak pernah bersama DAP hanyalah UMNO BN. Ini hakikat dan realiti.

YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH

Penerangan UMNO Malaysia Barisan Nasional

Address

Bangunan UMNO Perak, Jalan Sultan Nazrin Shah
Ipoh
30250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BNComms Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share