27/05/2026
๐ Menjelang Hari Raya Aidiladha, fokus masyarakat kita selalunya terarah kepada pemilihan haiwan ternakan yang akan dijadikan sebagai korban dan juga pengurusan logistik yang teratur. Namun harus diingat, ๐ฎ๐๐ฝ๐ฒ๐ธ ๐ธ๐ฒ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐บ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐น๐ ๐ฑ๐ถ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ธ๐ฒ๐๐๐ฎ๐บ๐ฎ๐ฎ๐ป. Bagaimana daging korban ini boleh dikawal, supaya daging yang diagihkan itu selamat untuk dimakan dan tidak membawa kemudaratan (seperti keracunan makanan).
โ๏ธ Ketika aktiviti ibadah korban berlangsung, antara perkara yang boleh dikawal adalah risiko kepada berlakunya ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ ๐๐ฅ๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐ก๐. Pencemaran silang ialah proses di mana kuman, bakteria, atau bahan berbahaya (seperti bahan kimia dan kotoran) berpindah daripada satu objek, permukaan, atau makanan yang tercemar kepada makanan lain yang bersih atau sedia untuk dimakan.
Dalam konteks pengurusan daging korban, pencemaran silang boleh menyebabkan daging cepat rosak dan mengundang risiko keracunan makanan kepada penerima. Pencemaran ini biasanya berlaku melalui tiga cara seperti berikut:
โ๐ผ ๐ฆ๐ฒ๐ป๐๐๐ต๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ด๐๐๐ป๐ด: Daging bersih diletakkan sekali atau terkena dengan bahagian yang kotor (contoh: daging terkena darah sembelihan, najis, atau bulu haiwan).
๐ช๐ชฃ ๐ ๐ฒ๐น๐ฎ๐น๐๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐ฎ๐ป: Menggunakan pisau, papan pemotong, atau bekas yang sama untuk melapah kulit/memotong perut, dan kemudian terus digunakan untuk memotong daging bersih tanpa dibasuh terlebih dahulu.
๐งโ๐งโ๐ง ๐ ๐ฒ๐น๐ฎ๐น๐๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฎ๐น๐ถ (๐ ๐ฎ๐ป๐๐๐ถ๐ฎ): Tangan petugas yang baru sahaja memegang usus atau kawasan kotor terus memegang daging bersih tanpa membasuh tangan dengan sabun.
๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ก๐ ๐๐ข๐๐๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ช๐๐?
๐ญ. ๐ฃ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐ญ๐ข๐ก ๐๐ ๐ง๐๐ฃ๐๐ ๐๐ข๐ฅ๐๐๐ก
๐ด ๐ญ๐ข๐ก ๐๐ข๐ง๐ข๐ฅ (๐๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฅ๐ถ๐๐ถ๐ธ๐ผ ๐ง๐ถ๐ป๐ด๐ด๐ถ)
Kawasan ini adalah tempat pengurusan awal haiwan di mana akan berlakunya aktiviti seperti sembelihan, melapah dan mengeluarkan organ serta usus perut. Kawasan ini dikenali sebagai zon kotor akan kerana keadaannya yang melibatkan darah, najis dan bulu-bulu haiwan.
๐ง๐ถ๐ฝ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ป: Pastikan kawasan ini berada di kedudukan lebih rendah atau berasingan supaya darah dan air basuhan yang kotor tidak mengalir ke zon bersih.
๐ข ๐ญ๐ข๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ (๐๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐)
Kawasan ini adalah di mana berlakunya aktiviti untuk memotong, menimbang dan membungkus agihan daging.
๐ง๐ถ๐ฝ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ป:
a) Sediakan alas yang bersih, kalis air, dan mudah dicuci (meja atau kanvas tebal). Jangan biarkan daging menyentuh tanah/lantai.
b) Sediakan kawasan yang terlindung daripada haiwan perosak (seperti lalat, kucing, anjing) dan habuk
๐ฎ. ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฆ๐๐ก๐๐๐ก
๐๐๐ถ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ช๐งบ
a) Jangan guna pisau yang sama untuk uruskan perut/kulit (dari Zon Kotor) dan potong daging bersih (di Zon Bersih). Jika terpaksa guna peralatan yang sama, basuh dan cuci dengan sabun dan air bersih, serta sanitasi terlebih dahulu. Sediakan cecair sanitasi jenis semburan bagi memudahkan proses nyahkuman pada tangan dan peralatan seperti pisau.
b) Pastikan bekas (besen/bakul) yang digunakan untuk organ dalaman ditandakan khas dan tidak bercampur dengan bekas untuk daging bersih.
๐๐๐ถ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ป ๐ง๐๐ด๐ฎ๐ ๐ฃ๐ฒ๐๐๐ด๐ฎ๐ ๐งโ
Petugas di Zon Kotor (tukang lapah kulit/perut) tidak dibenarkan masuk ke Zon Bersih (tukang potong/timbang daging) melainkan setelah mereka membersihkan diri dan menukar pakaian yang bersih.
๐ฆ๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐๐ป๐ฐ๐ฎ ๐ฆ๐๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐๐ถ๐ฟ ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ถ๐ต ๐ฐ
a) Sediakan air cucian dari sumber yang bersih.
b) Pastikan terdapat beberapa pili air yang berbeza supaya dapat dibuat pengasingan untuk mencuci di Zon Kotor dan Zon Bersih.
๐ก๐ง๐๐ฃ ๐ง๐๐ ๐๐๐๐๐ก:
a) Sediakan ๐ง๐ข๐ก๐ ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐ฅ๐ง๐จ๐ง๐จ๐ฃ yang mencukupi untuk membuang sisa-sisa sebelum dilupuskan di tempat yang sesuai. Sisa-sisa yang terdedah akan menarik perhatian haiwan makhluk perosak seperti lalat.
b) Sediakan sarung tangan untuk memegang daging setelah disembelih
๐ ๐ฃ๐๐ฆ๐๐ก๐๐ก ๐๐๐ ๐: Tanpa kawalan dan susunan yang betul, pencemaran silang ini adalah suatu keadaan yang boleh berlaku tanpa disedari. Sangat penting untuk pihak penganjur ibadah korban memastikan risiko kepada pencemaran silang ini boleh dielakkan. Ibadah bersih, hidangan pun selamat โค๏ธ
๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐ข๐๐ข๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐โจ