Felcra Berhad Negeri Perak

Felcra Berhad Negeri Perak FELCRA Berhad Negeri Perak merupakan pusat pentadbiran bagi FELCRA Negeri Perak

FELCRA Berhad Wilayah Perak merupakan pusat pentadbiran bagi FELCRA Negeri Perak yang beroperasi di alamat Lot 143052, Jalan Sultan Azlan Shah, W.D 678, 30990 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan. Mengurus tadbir sebanyak 21 Pejabat Kawasan meliputi 10 daerah dalam Negeri Perak, mengurus selia ladang-ladang sawit & getah seluas 25,327.85 hektar dengan bilangan peserta berjumlah 22,399 orang.

31/05/2026

Selamat menyambut Hari Wesak kepada seluruh warga beragama Buddha, khususnya kepada kakitangan, rakan niaga, dan pelanggan yang kami hormati.

Hari Wesak merupakan satu perayaan penting bagi penganut agama Buddha yang memperingati kelahiran, pencerahan dan kemangkatan Siddhartha Gautama, Buddha. Ia adalah detik penuh makna yang mengajak kita semua merenung nilai-nilai sejagat seperti kasih sayang, kedamaian, kesederhanaan dan kebijaksanaan.

Semoga sambutan Hari Wesak kali ini membawa ketenangan, keharmonian dan kesejahteraan kepada anda dan keluarga. Kami di FELCRA Berhad komited untuk terus menyemai nilai-nilai toleransi, perpaduan dan saling hormat-menghormati dalam kalangan semua lapisan masyarakat.

Selamat Hari Wesak.

28/05/2026
26/05/2026

πŸŒ™ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H πŸŒ™

Sempena sambutan Aidiladha yang penuh keberkatan ini, FELCRA Berhad merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga kerja, peserta, pesara serta rakan strategik yang sentiasa bersama dalam memperkukuhkan agenda kemajuan dan kesejahteraan komuniti luar bandar.

Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan yang dihayati melalui Aidiladha terus menjadi pemangkin kepada perpaduan, integriti dan kecemerlangan organisasi.

β€œTaqabbalallahu minna wa minkum”
Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan kita diterima serta diberkati Allah SWT.

Ikhlas daripada
FELCRA Berhad

π’πžπ₯𝐚𝐦𝐚𝐭 π‡πšπ«π’ π‘πšπ²πš 𝐀𝐒𝐝𝐒π₯𝐚𝐝𝐑𝐚 πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”πŒSemoga Aidiladha yang disambut pada tahun ini membawa seribu keberkatan, memper...
26/05/2026

π’πžπ₯𝐚𝐦𝐚𝐭 π‡πšπ«π’ π‘πšπ²πš 𝐀𝐒𝐝𝐒π₯𝐚𝐝𝐑𝐚 πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ

Semoga Aidiladha yang disambut pada tahun ini membawa seribu keberkatan, memperkukuhkan ukhuwah serta menyemai semangat pengorbanan dan keikhlasan dalam setiap langkah kehidupan kita.

Ikhlas daripada Pengarah Negeri, Pengurusan serta seluruh warga FELCRA Berhad Negeri Perak.

π’πšπ₯𝐚𝐦 𝐀𝐒𝐝𝐒π₯𝐚𝐝𝐑𝐚, 𝐌𝐚𝐚𝐟 π™πšπ‘π’π« 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐭𝐒𝐧.

26/05/2026
Peserta-Peserta di bawah FELCRA Berhad Kawasan Changkat Sulaiman dipersilakan hadir ke pejabat FELCRA Berhad Kawasan Cha...
25/05/2026

Peserta-Peserta di bawah FELCRA Berhad Kawasan Changkat Sulaiman dipersilakan hadir ke pejabat FELCRA Berhad Kawasan Changkat Sulaiman, Sungkai pada hari ini untuk mendaftar Portal e-Peserta bagi yang masih belum mendaftar

25/05/2026

Pasca Retreat Pengurusan bersama Ahli Lembaga Pengarah 2026 dan Majlis Pengurusan Tertinggi FELCRA Berhad bukan sekadar ruang perbincangan biasa.

Ia menjadi medan memperkukuhkan hala tuju, menyusun semula keutamaan dan membina kesediaan FELCRA untuk 20 tahun akan datang dengan lebih jelas, moden dan strategik.

YBhg. Dato’ Sri Ahmad Jazlan bin Yaakub, Pengerusi FELCRA Berhad menegaskan bahawa FELCRA mesti terus bergerak sebagai konglomerat pembangunan luar bandar yang berani berubah, serius bekerja dan fokus menghasilkan impak sebenar kepada peserta, komuniti serta negara.

β€œMembina masa depan bukan hanya tentang perancangan. Ia memerlukan tindakan, kesatuan dan keberanian untuk bergerak ke hadapan bersama.”

Semangat inilah yang sedang dibina di seluruh ekosistem FELCRA hari ini. Daripada ladang ke kilang, daripada operasi ke inovasi, setiap warga FELCRA memainkan peranan penting dalam membina kekuatan masa depan organisasi ini.

Selamat memulakan minggu yang baharu.




24/05/2026

Pasca Retreat Pengurusan bersama Ahli Lembaga Pengarah 2026 dan Majlis Pengurusan Tertinggi FELCRA Berhad membawa satu penegasan yang jelas.

FELCRA tidak boleh terus bergerak dengan cara lama jika mahu kekal relevan dan berdaya saing untuk 20 tahun akan datang.

β€œ Masa depan FELCRA tidak dibina dengan kenangan, tetapi dengan keberanian berubah. ”

YBhg. Dato’ Sri Ahmad Jazlan bin Yaakub, Pengerusi FELCRA Berhad turut menegaskan bahawa FELCRA perlu bergerak lebih moden, strategik dan berani dalam memperkukuhkan:

β€’ Prestasi sebenar
β€’ Budaya FELCRA First
β€’ Inovasi agro-teknologi
β€’ Daya saing industri
β€’ Keterjaminan makanan negara

FELCRA bukan sekadar menjaga legasi.
FELCRA sedang membina masa depan.





Address

Jalan Sultan Azlan Shah (U)
Ipoh
31400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60 5-547 7600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Felcra Berhad Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Felcra Berhad Negeri Perak:

Share