JAKOA Perak dan Kedah

JAKOA Perak dan Kedah Goverment

27/05/2026
🌙 SALAM AIDILADHA 1447H / 2026M 🌙​Pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Perak dan Kedah ingin mengucapkan Sel...
26/05/2026

🌙 SALAM AIDILADHA 1447H / 2026M 🌙

​Pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Perak dan Kedah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, khususnya kepada masyarakat Orang Asli di negeri Perak dan Kedah.

​Menghayati erti pengorbanan yang sebenar mendidik kita untuk lebih bersyukur, sabar, dan mengukuhkan ukhuwah sesama kita. Semoga ibadah korban kita pada tahun ini diterima oleh Allah SWT dan membawa keberkatan yang melimpah-ruah.

​Tulus ikhlas daripada seluruh warga kerja JAKOA Negeri Perak dan Kedah.

​

MESYUARAT DAN PERJUMPAAN BERSAMA PEMAJU MASYARAKAT DAN PEMBANTU OPERASI BERSAMA PKOAD DAERAH KINTA & KAMPARBilik Mesyuar...
26/05/2026

MESYUARAT DAN PERJUMPAAN BERSAMA PEMAJU MASYARAKAT DAN PEMBANTU OPERASI BERSAMA PKOAD DAERAH KINTA & KAMPAR

Bilik Mesyuarat Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Kinta & Kampar, 25 Mei 2026 – Sesi perjumpaan bersama Pemaju Masyarakat dan Pembantu Operasi bersama PKOAD Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Kinta dan Kampar telah diadakan bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan Tabika Kampung Orang Asli, termasuk status keperluan baik pulih, penyelenggaraan kemudahan tabika serta perkara-perkara berkaitan yang memerlukan tindakan dan penambahbaikan bersama demi memastikan keselesaan, keselamatan serta kebajikan kanak-kanak tabika sentiasa terpelihara.

Segala perbincangan telah berlangsung dengan lancar dan pelbagai pandangan serta cadangan penambahbaikan telah dikemukakan oleh semua pihak yang terlibat. Hasil perbincangan ini akan dijadikan panduan untuk tindakan susulan bagi memastikan setiap keperluan yang dikenal pasti dapat diambil tindakan sewajarnya demi meningkatkan mutu perkhidmatan serta persekitaran pembelajaran yang kondusif di Tabika Kampung Orang Asli.






PROGRAM KARNIVAL 3K (KEWANGAN, KESIHATAN & KEBAJIKAN) ULU KINTA UNTUK KOMUNITI ORANG ASLI KG. MAKMUR, ULU KINTA, PERAKDe...
25/05/2026

PROGRAM KARNIVAL 3K (KEWANGAN, KESIHATAN & KEBAJIKAN) ULU KINTA UNTUK KOMUNITI ORANG ASLI KG. MAKMUR, ULU KINTA, PERAK

Dewan Komuniti KOA Makmur– Pada 24 Mei 2026, telah berlangsung Program Karnival 3K (Kewangan, Kesihatan & Kebajikan) Ulu Kinta untuk komuniti Orang Asli Kg. Makmur, Ulu Kinta, Perak sebagai inisiatif meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan perlindungan kesihatan serta kebajikan khususnya kepada golongan B40 melalui skim mySalam.

Program yang berlangsung di Dewan KOA Makmur ini telah dirasmikan oleh YB Arafat Varisai Mahamad ADUN Hulu Kinta. Turut hadir wakil daripada Great Eastern Takaful Berhad, Ketua Pegawai mySalam, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Kinta & Kampar, CEO Persatuan Takaful Malaysia, Pengurus JAKOA RPS Ulu Kinta dan kakitangan JAKOA Daerah Kinta & Kampar.

Antara pengisian menarik sepanjang program termasuk taklimat kesedaran amaran scam oleh Bank Negara Malaysia, sesi perkongsian berkaitan B40 oleh ATM, program Bijak Wang Buzz serta perkongsian motivasi dan pengalaman oleh Helmi Gimik. Selain itu, pemeriksaan kesihatan dan saringan PeKa B40 turut diadakan oleh Klinik Kesihatan Azhar & Rakan-rakan, di samping pembukaan booth pameran daripada mySalam dan Great Eastern Takaful Berhad bagi memberi penerangan serta khidmat bantuan kepada masyarakat setempat.

Selain pengisian daripada pihak mySalam, program turut dimeriahkan dengan acara seperti pertandingan akhir bagi acara sepak takraw, futsal wanita, menyumpit, karaoke dan acara sukaneka kanak-kanak. Program turut diserikan dengan aktiviti cabutan bertuah dan penyampaian bakul rezeki untuk komuniti kampung Makmur. Majlis penyampaian hadiah dan sumbangan telah disampaikan oleh YB ADUN Hulu Kinta, wakil Great Eastern Takaful Berhad dan Ketua Pegawai mySalam.

JAKOA Negeri Perak & Kedah berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memastikan kesejahteraan masyarakat Orang Asli terus dipelihara, diperkasa serta menikmati kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti.






PEMANTAUAN DAN PEMATUHAN PROGRAM MODENISASI PERTANIAN ORANG ASLI TAHUN 2025HULU PERAK – Satu sesi pemantauan dan pematuh...
22/05/2026

PEMANTAUAN DAN PEMATUHAN PROGRAM MODENISASI PERTANIAN ORANG ASLI TAHUN 2025

HULU PERAK – Satu sesi pemantauan dan pematuhan Program Modenisasi Pertanian Orang Asli Tahun 2025 telah dilaksanakan di KOA Sungai Karah, KOA Ulu Gerik, KOA Jarau Baru RPS Kemar dan KOA Selaor RPS Banun bagi memastikan setiap projek pertanian yang dijalankan mencapai objektif serta mematuhi syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan.

Program pemantauan ini melibatkan lawatan ke beberapa lokasi penempatan Orang Asli bagi menilai perkembangan projek, tahap penyelenggaraan, penggunaan bantuan yang disalurkan serta keberkesanan program dalam meningkatkan ekonomi komuniti setempat.

Pegawai terlibat turut memberikan khidmat nasihat dan bimbingan kepada peserta program agar aktiviti pertanian dapat dilaksanakan secara lebih sistematik, moden dan berdaya saing. Program ini diharap dapat membantu meningkatkan pendapatan serta memperkukuhkan penglibatan masyarakat Orang Asli dalam sektor pertanian secara berterusan.



22/05/2026

SESI CABUTAN UNDI KERJA BIL/3/2026 SECARA ATAS TALIAN JAKOA NEGERI PERAK DAN KEDAH

MKN Negeri Perak Jalinkan Hubungan Strategik Bersama Komuniti Orang Asli Sungai TiangSatu sesi lawatan ke Perkampungan O...
21/05/2026

MKN Negeri Perak Jalinkan Hubungan Strategik Bersama Komuniti Orang Asli Sungai Tiang

Satu sesi lawatan ke Perkampungan Orang Asli Sungai Tiang, Gerik telah diadakan pada 21 Mei 2026 melibatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak bersama agensi berkaitan. Lawatan tersebut bertujuan menjalinkan hubungan strategik dua hala bersama komuniti setempat selain mengadakan sesi perbincangan bersama Tok Batin dan penduduk kampung.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk isu-isu keselamatan, perancangan pembangunan serta cadangan pelaksanaan program usahasama yang dapat memberi manfaat kepada komuniti Orang Asli di kawasan berkenaan. Lawatan turut menjadi platform bagi memperkukuhkan hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat setempat.

Bagi melancarkan urusan lawatan, penggunaan bot milik JAKOA telah disediakan memandangkan faktor akses pengangkutan ke kawasan kampung tersebut. Program berlangsung dengan baik serta mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat.



MAJLIS PERASMIAN HARI SUKAN SK TIANG DISEMPURNAKAN JAKOA HULU PERAKJabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Hulu Perak...
21/05/2026

MAJLIS PERASMIAN HARI SUKAN SK TIANG DISEMPURNAKAN JAKOA HULU PERAK

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Hulu Perak telah dijemput sebagai perasmi sempena Hari Sukan Sekolah Kebangsaan (SK) Tiang yang telah berlangsung dengan meriah melibatkan penyertaan murid, guru serta ibu bapa.

Program tersebut bertujuan memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan murid sekolah. Pelbagai acara sukan dan pertandingan telah diadakan sepanjang program berlangsung.

Dalam ucapan perasmian, wakil JAKOA Hulu Perak turut menzahirkan penghargaan kepada pihak sekolah atas usaha berterusan dalam melahirkan pelajar yang aktif dan cemerlang bukan sahaja dalam akademik, malah dalam bidang kokurikulum dan sukan.

Majlis berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada seluruh warga sekolah serta komuniti setempat.




21/05/2026
PEMBAYARAN WANG SAKU KEPADA PELAJAR MENENGAH ORANG ASLI DI HULU PERAKProgram pembayaran wang saku kepada pelajar Orang A...
21/05/2026

PEMBAYARAN WANG SAKU KEPADA PELAJAR MENENGAH ORANG ASLI DI HULU PERAK

Program pembayaran wang saku kepada pelajar Orang Asli telah dilaksanakan melibatkan beberapa buah sekolah iaitu SK RPS Kemar, SK RPS Banun, SK RPS Dala dan SMK Sultan Idris Shah II (SMKSIS). Program ini bertujuan membantu meringankan beban perbelanjaan harian pelajar selain memastikan kebajikan dan keperluan pendidikan mereka terus diberi perhatian.

Pembayaran wang saku tersebut melibatkan pelajar yang layak dan dilaksanakan secara teratur dengan kerjasama pihak sekolah serta ibu bapa atau penjaga. Inisiatif ini merupakan salah satu usaha berterusan dalam memastikan pelajar Orang Asli mendapat sokongan sewajarnya bagi meningkatkan motivasi dan kehadiran ke sekolah.

Program berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama baik daripada semua pihak yang terlibat.



Address

Level 2 And 3 , Bangunan Kerajaan Pesekutuan, Panglima Bukit Gantang Wahab Street
Ipoh
31400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6052540009

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JAKOA Perak dan Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share