Alimat DUPN Perak

Alimat DUPN Perak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Alimat DUPN Perak, Political organisation, Ipoh.

04/11/2017

Minda Presiden PAS

MEMPERINGATI DEKLARASI BALFOUR

Perisytiharan yang dikira satu perjanjian bertarikh 2 November 1917 oleh Lord Balfour bagi pihak Inggeris kepada Zionis Yahudi bertujuan menubuhkan Negara Haram Israel, khusus bagi bangsa Yahudi.

Dinamakan negara haram kerana tindakan mereka yang tidak berhak di atas bumi Palestin yang bukan kepunyaan negara penjajah itu untuk diberikan kepada mereka yang bukan tuan punya tanah air, mengikut sejarah dan realiti semasa.

Tindakannya sangat zalim, apabila menghalau penduduk asal Palestin, yang dipaksa keluar daripada rumah kediaman dan tanah air, supaya diisi oleh kaum Yahudi yang berjumlah 5% sahaja di masa itu. Kemudiannya dikerahkan Yahudi yang datang daripada seluruh pelusuk dunia, ada yang sudah bermukim di Amerika, Eropah, Asia dan Afrika supaya berpindah ke negara baru yang dinamakan Israel.

Kaum Yahudi itu diminta meninggalkan negeri masing-masing yang telah bermastautin, supaya berpindah ke negara Israel di atas nama agama Yahudi. Semua negeri itu p**a mahu melepaskan diri daripada Yahudi, yang penyebab kepada masalah di mana sahaja mereka menetap, kerana itulah perangai mereka sejak turun-temurun menjadi balasan Allah terhadap dosa besar melakukan kejahatan, khususnya membunuh para anbiya dan ulama yang soleh.

Firman Allah:

وَضُرِبَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلۡمَسۡكَنَةُ وَبَآءُو بِغَضَبٖ مِّنَ ٱللَّهِۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَانُواْ يَكۡفُرُونَ بَِٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِيِّۧنَ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّۗ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ البقرة ٦١

“Mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaran-Nya); dan mereka p**a membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka p**a sentiasa menceroboh.” (Surah Al-Baqarah :61)

Firman Allah:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡفُرُونَ بَِٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِيِّۧنَ بِغَيۡرِ حَقّٖ وَيَقۡتُلُونَ ٱلَّذِينَ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡقِسۡطِ مِنَ ٱلنَّاسِ فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ٢١ آل عمران

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil, maka sampaikanlah berita yang menggembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya” (Surah Ali-Imran: 21)

Kump**an Yahudi Zionis berpegang kepada ajaran agama mereka yang diselewengkan itu, sebagaimana dirakamkan dalam ajarannya, bahawa bumi Palestin adalah pusaka nenek moyang yang wajib diambil dengan apa cara sekali pun. Tujuannya bagi mengembalikan semula Empayar Agung yang pernah ditegakkan oleh Nabi Sulaiman A.S. kerana bangsa Yahudilah paling mulia dan manusia yang sebenarnya. Adapun bangsa bukan Yahudi hanya Goyem (manusia kelas rendah yang boleh diperlakukan apa sahaja).

Al-Quran menegaskan bahawa Nabi Ibrahim A.S. yang membuka Palestin di atas nama Islam, dan disambung mesejnya oleh semua para Rasul A.S. yang berakhir dengan Nabi Muhammad S.A.W.

Firman Allah:

مَا كَانَ إِبۡرَٰهِيمُ يَهُودِيّٗا وَلَا نَصۡرَانِيّٗا وَلَٰكِن كَانَ حَنِيفٗا مُّسۡلِمٗا وَمَا كَانَ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ ٦٧ إِنَّ أَوۡلَى ٱلنَّاسِ بِإِبۡرَٰهِيمَ لَلَّذِينَ ٱتَّبَعُوهُ وَهَٰذَا ٱلنَّبِيُّ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْۗ وَٱللَّهُ وَلِيُّ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٦٨ ال عمران

“Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah dia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi dia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah) dan dia p**a bukanlah daripada orang-orang musyrik. (67) Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi agamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman (umatnya iaitu umat Islam) dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang beriman. (68)” (Surah Ali-Imran: 67-68)

Namun, ada di kalangan mazhab Ortodok Yahudi bernama Natori Karta p**a percaya bahawa penubuhan negara Israel adalah haram dan bercanggah dengan kitab Taurat yang asal.

Di sini menunjukkan betapa haramnya Penjanjian Balfour dan haramnya negara yang bernama Israel yang ditegaskan oleh hujah agama dan sejarah. Maka tindakan negara kuasa besar yang mempengaruhi negara kecil termasuk negara umat Islam supaya mengiktiraf negara yang diisytiharkan oleh mereka pada tahun 1948 adalah haram dan wajib ditolak oleh umat Islam dan bukan Islam yang benar-benar berpijak di bumi nyata.

Maka penyelesaian masalah Palestin bukannya dengan mengiktiraf wujudnya negara haram Israel itu, sama ada dalam satu negara Israel atau dibahagi dua iaitu satu untuk rakyat Palestin dan satu untuk Yahudi. Semuanya haram kerana berkonsepkan memberi hak kepada yang merampas dan merompak.

Bagi umat Islam p**a, Palestin adalah salah satu daripada tiga tanah suci, kerana terletak di dalamnya Bandar Al-Qudus dan Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama bagi umat Islam dan tempat Israk Rasulullah S.A.W. dan bermulanya Mikraj, peristiwa Baginda S.A.W. dijemput menjadi tetamu Allah S.W.T.

Walaupun di situ menjadi tanah suci tiga agama kitabi (Islam, Kristian dan Yahudi), hanya Islam sahaja berjaya memberi hak kebebasan beragama kepada semua pihak. Maka sejarahnya, sesiapa sahaja kalangan bukan Islam yang berkuasa di Palestin telah mengganggu pihak yang tidak seagama dengannya, termasuk Rom yang pernah menjajah dan mengganggu kalangan Kristian yang tidak semazhab dengannya walaupun satu agama.

Apabila Islam di zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab R.A. berjaya membebaskannya daripada Kerajaan Rom, maka ditulis surat perjanjian yang memberi hak beragama kepada semua pihak. Keadaan berubah p**a apabila Tentera Salib menakluknya, sehinggalah Sultan Salahuddin Al-Ayyubi membebaskannya semula.

Kini Palestin dicabul oleh Zionis dengan lesen haram Perjanjian Balfour tersebut bersama agenda menakluk dunia dengan menguasai harta, takhta dan media. Pihak barat akan merasa selesa sementara waktu sahaja melalui tindakan yang salah. Kalau dibiarkan akan menjadi barah yang mengancam keamanan dunia seluruhnya.

Namun Allah berjanji dengan firman-Nya dalam Kitab Mukjizat Al-Quran:

وَقَالَتِ ٱلۡيَهُودُ يَدُ ٱللَّهِ مَغۡلُولَةٌۚ غُلَّتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَلُعِنُواْ بِمَا قَالُواْۘ بَلۡ يَدَاهُ مَبۡسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيۡفَ يَشَآءُۚ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرٗا مِّنۡهُم مَّآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَ طُغۡيَٰنٗا وَكُفۡرٗاۚ وَأَلۡقَيۡنَا بَيۡنَهُمُ ٱلۡعَدَٰوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِۚ كُلَّمَآ أَوۡقَدُواْ نَارٗا لِّلۡحَرۡبِ أَطۡفَأَهَا ٱللَّهُۚ وَيَسۡعَوۡنَ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَسَادٗاۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ ٦٤ المائدة

“Dan orang-orang Yahudi itu berkata: Tangan Allah terbelenggu (bakhil, kikir), sebenarnya tangan merekalah yang terbelenggu, dan mereka p**a dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurnia-Nya melimpah ruah). Dia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Dia kehendaki dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga Hari Kiamat. Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya dan mereka p**a terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak s**a kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.” (Surah Al-Maidah: 64)

Percayalah bahawa semua yang bersekongkol dengan Zionis yang merosakkan itu akan binasa, termasuk kuasa besar dunia terkini. Malangnya ada kalangan Negara Arab dan Negara Islam ikut masuk ke dalam bakul yang akan memusnahkan mereka dengan terus membina perisytiharan haram yang telah genap 100 tahun usianya, mereka masih lagi mempertahankan negara haram itu dengan segala pendekatan menipu dan helah.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 13 Safar 1439 / 3 November 2017

04/11/2017

Minda Presiden PAS

ISLAMOFOBIA

Islam dibenci, dimusuhi dan dijadikan sasaran semua tuduhan buruk dan negatif dengan label pengganas, pelampau, jakun, mundur dan sebagainya. Dihalang berpolitik kalau tujuannya melaksanakan syariat. Dihalang kalau berjaya dan maju dalam lapangan apa sahaja. Dinar tidak layak menggantikan Dolar atau Euro.

Kalau Islam mampu membangunkan teknologi nuklear walaupun tujuannya damai seperti perubatan dan tenaga eletrik, meskipun ditegaskan dalam hukum Islam bahawa haram bersikap melampau dalam peperangan dan berdosa kalau melampau biarpun terhadap musuh bukan Islam, apatah lagi yang tidak menceroboh, namun kalau jenamanya Islam tetap dicop sebagai melampau juga.

Adapun semua pihak bukan Islam diizinkan semuanya. Parti Yahudi di Israel, Parti Kristian di Jerman, Parti Hindu di India dan pelampau Buddha di Myanmar dibenarkan memerintah negara dan melakukan apa sahaja terhadap penganut Islam di atas nama agamanya.

Semua negara bukan Islam, khususnya negara haram Israel dibolehkan memiliki apa sahaja senjata pemusnah manusia, binatang dan alam sekitar. Kalau dibantah dipejamkan mata. Apabila melakukan ujiannya, tidak mempedulikan terhadap penduduk tempatan dan alam sekitar di Lautan Pasifik, Hindi dan lain-lain. Alasannya kerana kemajuan sains dan teknologi.

Halal bagi Presiden Bush menyebut Perang Salib kerana Peristiwa 11 September yang dituding jari terhadap Islam secara melulu sebelum disiasat dengan adil dan telus. Terus menyerang Afghanistan dan Iraq, rakyat awam lebih banyak menjadi mangsa tanpa dipedulikan.

Semua yang ada bayangan Islam atau asal usulnya Islam, apa lagi yang mengisytiharkan Islamnya, semuanya disenarai hitamkan dalam satu bakul sampah yang wajib dibakar hangus. Bukan sahaja Saddam Husain dan Qazzafi yang diumumkan zalim dalam senarainya, termasuk mana-mana dan sesiapa yang berjenama Islam semuanya dilabel ganas, tanpa mengira Mazhab Sunni, Syiah, Salafi, Wahabi, Khalafi dan sebagainya.

Hanya kelibat berita tentang senjata yang boleh membahayakan Israel, maka terus diserangnya kilang susu di Sudan, Libya, Syria dan diganyangnya Iraq, tetapi tidak Korea Utara, walaupun sudah melancarkan ujian senjatanya ke laut dan mengancam USA. Barangkali kerana bezanya di antara Islam dan bukan Islam.

Mereka juga membaling batu sembunyi tangan, kerana terdedahnya penglibatan mereka dalam kemunculan Taliban, ISIS, pembekalan senjata termasuk senjata kimia yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa tetapi halal bagi mereka. Kalau terdedah, beritanya diletakkan dibawah karpet yang nipis kelihatan, mereka sengaja memejamkan mata dan mahu menutup mata orang lain.

Islamofobia bukan sahaja diwabakkan terhadap negara seperti Iran yang mencabarnya dengan nama Republik Islam Iran dan kemajuan teknologinya yang mencabar secara terangan, termasuk Arab Saudi sahabatnya yang akrab, walaupun benderanya mengucap Dua Kalimah Syahadah diminta supaya nyatakan sekular dan liberalnya, tidak cukup dijadikan lembu susuan yang hanya diberikan rumput kering, disuruh berlaga dengan Iran, jangan menanduk Israel. Bahkan Israel dimartabatkan laksana polis yang dibiayai oleh mafia, menjaga keselamatan di rantau itu dan boleh bertindak apa-apa sahaja.

Adapun mereka yang mempertahankan Islam dan tanah sucinya dan gagah berani menentang keganasan negara haram itu, seperti Hamas, Jihad Islami dan Hizbullah p**a disenaraikan sebagai pengganas.

Kalau ada parti yang berdasarkan Islam dan melaksanakan syariat, jangan diberi kemenangan walaupun mereka memilih pendekatan demokrasi. Kalau menang juga dibatalkan seperti Masyumi di Indonesia, FIS di Algeria dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Termasuk juga individu bernama Islam, walaupun menang hujahnya, bukannya dengan senjata, seperti Dr. Zakir Naik yang dikira pengganas kerana hujahnya tidak boleh dilawan. Mereka bertindak seperti Raja Babilon bernama Namrud yang kalah berhujah dengan Nabi Ibrahim A.S, lalu Nabi yang mulia ini dikira salah dan dihukum bakar ke dalam api yang besar.

Demokrasi, kebebasan, hak asasi bukan untuk umat Islam, kerana dianggap spesis makhluk bukan manusia yang layak berhak menerimanya. Maka pencabulan terhadapnya dibiarkan atau ditangguhkan tindakannya kalau didesak atau divetokan segala keputusan yang berpihak kepada Islam.

Hukum merekalah yang paling adil, walaupun membunuh dengan melaksanakan cara yang mengerikan, seperti menjerut tali ke leher atau kejutan eletrik kepada orang yang dihukum, kesalahannya boleh dibuktikan oleh saksi yang mabuk arak dan kaki maksiat yang tidak dijamin benarnya kerana tidak ada maruah.

Adapun hukum Islam yang bernama Qisas, Hudud dan Takzir, walaupun disabitkan dengan saksi yang adil dan bermaruah tinggi atau pengakuan secara rela hati, cara menjatuhkan hukumannya paling beradab sopan dengan syarat-syarat yang ketat, namun dikira hukum yang zalim dan kejam.

Mereka mahukan Islam yang membuka pintu kepada perkara yang diharamkan oleh Allah seperti judi, arak dan sebagainya kepada penganut Islam, walaupun tidak disekat penganut agama lain yang melakukannya, kerana mereka mahukan orang Muslim menerima konsep bahawa urusan negara adalah kepunyaan kita, agama sahaja kepunyaan Allah.

Wanita Islam yang menutup aurat dianggap mengongkong diri dan tidak tahu bersosial. Adapun yang bebas memakai pakaian mendedahkan sebahagian besar badannya tanpa rasa malu, sehingga ada yang bertelanjang dikira hak kebebasan yang dihormati.

Mereka yang menjalankan kewajipan menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran dikira bahaya mengancam ketenteraman masyarakat. Adapun yang melakukan kemungkaran dan melindunginya dikira hak kebebasan dan penambah hasil negara.

Mereka mahukan Islam tanpa hidayah mengikut bahasa Al-Quran yang dianggap jelik. Jenama yang mereka mahu ialah Islam Liberal atau Islam Sekular yang meninggalkan aqidah, syariat dan akhlak, yang dikira sealiran dengan zaman kini, walaupun kembali ke zaman jakun dan sudah nyata parah tanda kemusnahannya.

Demikianlah hukuman dan anggapannya terhadap Islam. Media massa yang dikuasai digunakan habis-habisan untuk menyebarkan maklumat tersebut dalam dunia tanpa sempadan dan langit terbuka.

Mereka lupakan pepatah mereka sendiri bahawa semua manusia tidak boleh ditipu dalam semua masa. Apabila Islam dicemuhkan, maka tetap ada kalangan manusia yang ingin tahu hakikat yang sebenar, lalu membaca dan mengkaji Islam. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh manusia yang berakal. Percayalah! Makin banyak Islam dikelirukan, makin nyata lagi bersuluh kebenarannya.

Sepatutnya mereka mendengar firman Allah:

۞قُلۡ إِنَّمَآ أَعِظُكُم بِوَٰحِدَةٍۖ أَن تَقُومُواْ لِلَّهِ مَثۡنَىٰ وَفُرَٰدَىٰ ثُمَّ تَتَفَكَّرُواْۚ مَا بِصَاحِبِكُم مِّن جِنَّةٍۚ إِنۡ هُوَ إِلَّا نَذِيرٞ لَّكُم بَيۡنَ يَدَيۡ عَذَابٖ شَدِيدٖ ٤٦ سبأ.

“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: Hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain) atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaran-Ku). Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); dia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di akhirat).” (Surah Saba’: 46)

Akhirnya ketahuilah bahawa tidak ada sesiapa yang dapat memadamkan cahaya matahari dan bulan ciptaan Allah, begitulah juga tidak boleh memadamkan cahaya Islam, kerana juga daripada Allah:

يُرِيدُونَ لِيُطۡفُِٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٰهِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَٰفِرُونَ ٨ الصف

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (Islam) dengan mulut-mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak s**a (akan yang demikian).” (Surah As-Saff: 😎

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 6 Safar 1439 / 27 Oktober 2017

Minda Presiden PASHALAL DAN HARAM DALAM MASYARAKAT MAJMUKFirman Allah SWT:يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن...
01/11/2017

Minda Presiden PAS

HALAL DAN HARAM DALAM MASYARAKAT MAJMUK

Firman Allah SWT:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣ الحجرات

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku kaum, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujurat: 13)

Ayat ini termasuk dalam surah Madaniyyah (diwahyukan di Madinah) yang diturunkan ketika tegaknya negara Islam bermasyarakat majmuk.

Tujuannya sebagai petunjuk sepanjang zaman supaya menerima hakikat bermasyarakat Madani walaupun berbeza jantina, bangsa dan agama, serta wajib berdakwah menyampaikan Islam kepada seluruh manusia dengan sikap terbuka, aman damai dan tanpa paksaan beragama. Selain itu juga, hendaklah dijalinkan hubungan kemanusiaan dalam titik persamaan, bertaqwa dengan pegangan agama Islam dan beristiqamah dengan tidak melampau dan tidak hanyut.

Allah telah menetapkan dalam perkara halal dan haram mengikut sempadan hukum dan dilarang bermudah-mudah dalam menjatuhkan hukumnya. Allah berfirman:

وَلَا تَقُولُواْ لِمَا تَصِفُ أَلۡسِنَتُكُمُ ٱلۡكَذِبَ هَٰذَا حَلَٰلٞ وَهَٰذَا حَرَامٞ لِّتَفۡتَرُواْ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفۡتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ لَا يُفۡلِحُونَ ١١٦ النحل

“Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: Ini halal dan ini haram, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya”. (Surah An-Nahl: 116)

Sirah Rasulullah S.A.W telah menunjukkan pendekatan berhubung dengan manusia, disamping pegangan yang teguh kepada agama, hendaklah dengan cara tidak membebankan diri sendiri dan menarik pihak lain kepada Islam dengan terbuka.

Sabda Baginda S.A.W:

يَسِّرُوا وَلاَ تُعَسِّرُوا، وَبَشِّرُوا وَلاَ تُنَفِّرُوا. ( متفقٌ عَلَيْهِ)

“Mudahkan, jangan menyusahkan. Gembirakan, jangan meliarkan” (Muttafaqun ‘Alaih)

Dalam perkara pemakanan yang menjadi rukun hidup manusia, Allah S.W.T menetapkan makanan yang sama halal dan haram kepada penganut Islam di antara lelaki dan wanita dan kewajipan ibadat yang sama syarat dan rukunnya. Tetapi ada yang berbeza fitrah walaupun sama wajib, seperti sama konsep menutup aurat, tetapi berbeza sempadan auratnya.

Dalam menunaikan ibadat solat dipisahkan di antara lelaki dan wanita, tetapi ketika haji bertawaf dan bersa’ie dicampurkan semua dalam keadaan menutup aurat dan menjaga diri masing-masing.

Dalam hubungan dengan pihak lain yang berbeza agama, Allah memerintah supaya melakukan kebijaksanaan dengan mendahulukan perdamaian dan persaudaraan, tanpa paksaan dalam perkara agama.

Rasulullah S.A.W mempraktikkan apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T supaya menjadi petunjuk kepada umatnya, tentang bagaimana cara beramal dengan Al-Quran, khususnya dalam perkara bermasyarakat dan bermuamalat.

Apabila Allah S.W.T berfirman:

ٱلۡيَوۡمَ أُحِلَّ لَكُمُ ٱلطَّيِّبَٰتُۖ وَطَعَامُ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ حِلّٞ لَّكُمۡ وَطَعَامُكُمۡ حِلّٞ لَّهُمۡۖ وَٱلۡمُحۡصَنَٰتُ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنَٰتِ وَٱلۡمُحۡصَنَٰتُ مِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ مِن قَبۡلِكُمۡ إِذَآ ءَاتَيۡتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ مُحۡصِنِينَ غَيۡرَ مُسَٰفِحِينَ وَلَا مُتَّخِذِيٓ أَخۡدَانٖۗ وَمَن يَكۡفُرۡ بِٱلۡإِيمَٰنِ فَقَدۡ حَبِطَ عَمَلُهُۥ وَهُوَ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ ٥ المائدة

“Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka) dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka mas kahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina dan bukan p**a kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah dia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah dia pada Hari Akhirat kelak daripada orang-orang yang rugi).” (Surah Al-Maidah: 5)

Ayat ini menunjukkan Allah S.W.T menetapkan ada titik persamaan dalam perkara halal dan haram dengan agama lain daripada kalangan ahli Kitab dan menolak adanya titik perbezaan, apabila mereka sendiri menyelewengkannya, seperti memakan babi, tidak menyembelih binatang, meminum arak dan berjudi.

Maka, Rasulullah S.A.W. memakan hidangan yang dihantar oleh orang Yahudi dan berwuduk dalam bekas kepunyaan orang Musyrik, bagi melaksanakan kelonggaran yang diizinkan oleh Allah dan mengadakan hubungan bermasyarakat kemanusiaan, serta melaksanakan konsep kebebasan beragama dengan beristiqamah mengikut sempadan halal dan haram mengikut titik persamaan yang tersebut di atas, tanpa menambah sehingga mengharamkan apa yang dihalal dan menghalalkan apa yang diharamkan. Siapakah lagi yang lebih warak daripada Rasulullah S.A.W.?

Ahli sejarah ekonomi Islam melaporkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersama isterinya, Khadijah binti Khuwailid R.A. melaksanakan muamalat Mudarabah dan Murabahah tanpa riba dalam masyarakat Makkah yang syirik menyembah berhala.

Di masa Hijrah, Baginda S.A.W menugaskan menantunya Ali bin Abi Talib R.A. memulangkan barang simpanan penduduk Makkah yang bermuamalat, tanpa melarikan harta yang diamanahkan kepadanya, walaupun dalam tekanan beragama dan kesibukan berhijrah.

Ini menunjukkan betapa sifat amanah Rasulullah S.A.W yang dilaksanakan terhadap bukan Islam walaupun bermusuh, sehingga Baginda lebih dipercayai oleh bukan Islam, sifat amanah Baginda ini sangat dihormati. Dalam masa yang sama, rumah Rasulullah S.A.W. menjadi bank yang pertama dalam sejarah ekonomi yang bermuamalat dan berhubungan dengan bukan Islam yang tidak diputuskan dalam kehidupan bermasyarakat.

Ketika di Madinah juga, Baginda berhutang dan bergadai dengan Yahudi bukan Islam tanpa riba, menunjukkan ketegasan dalam hukum tanpa memutuskan hubungan bermasyarakat.

Di sana ada perkara yang banyak yang tidak dinaskan halal dan haramnya, maka nyatalah halalnya, mengikut hukum asal sesuatu adalah halal selagi tidak ada nas mengharamkannya. Maka tidaklah perlu meletakkan tanda halal kepada buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, pakaian, kenderaan dan sebagainya, kecuali ternyata sudah dicampur dengan bahan-bahan yang diharamkan apabila memasak atau mengawitnya.

Dalam hal ini, ada tindakan tertentu mengikut keadaan tersendiri yang boleh diputuskan oleh pihak berkuasa bukannya individu, supaya tidak boleh membatalkan hubungan dilapangan umum bagi memperkenalkan Islam.

Islam juga mengizinkan penganut agama lain melaksanakan apa yang diizinkan oleh agama mereka, walaupun diharamkan oleh Islam dengan sempadan menjaga sensitiviti umat Islam. Umat Islam juga disuruh menjaga sensitiviti penganut bukan Islam, sehingga termasuk dalam perkara aqidah ketuhanan.

Firman Allah S.W.T:

وَلَا تَسُبُّواْ ٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ فَيَسُبُّواْ ٱللَّهَ عَدۡوَۢا بِغَيۡرِ عِلۡمٖۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمۡ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرۡجِعُهُمۡ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ ١٠٨ الأنعام

“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.” (Surah Al-An’am: 108)

Ayat ini menunjukkan betapa hubungan hidup bermasyarakat majmuk yang wajib dipelihara sehingga membolehkan mesej Islam itu disampaikan hendaklah diutamakan. Jangan sekali-kali bertindak dengan cara melulu sehingga menutup pintu bermasyarakat dan menghalang dakwah dengan tindakan kononnya beragama tetapi melakukan kejahilan dengan menghalang Islam disampaikan melalui pergaulan masyarakat yang telah ditetapkan sempadannya oleh hukum Islam.

Di sini perlunya kesimbangan di antara ilmu Islam dan akal. Orang Islam yang tidak seimbang ilmu Islam dan akalnya laksana tidak seimbang di antara saiz kaki dan kasut. Kalau kakinya kecil, kasutnya besar maka tercabut. Kalau kakinya besar, kasutnya kecil maka kakinya melecet. Akhirnya berkaki ayam juga.

Maka, berwaspadalah dengan mereka yang tidak seimbang di antara ilmu agama dan akalnya, dan mereka yang jahil agama menggunakan akal tetapi buta Al-Quran. Kini ramai kalangan mereka yang menonjolkan diri sehingga mengelirukan masyarakat Islam (umat ijabah) dan menutup pintu hubungan dengan bukan Islam (umat dakwah).

Allah berfirman:

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰٓئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسُۡٔولٗا ٣٦ الإسراء.

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (Surah Al-Isra’: 36)

Para ulama menafsirkan ayat ini dengan maksud yang umum, termasuk juga bercakap, menulis, menjadi saksi dan lain-lain.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 3 Safar 1439 / 24 Oktober 2017

Resolusi Multaqa Ustazat 20171. Para 'Alimat perlu melibatkan diri dalam Dewan Ulamak PAS bagi memperkasakan kepimpinan ...
31/10/2017

Resolusi Multaqa Ustazat 2017

1. Para 'Alimat perlu melibatkan diri dalam Dewan Ulamak PAS bagi memperkasakan kepimpinan Ulamak.

2. 'Alimat perlu berusaha memposisikan diri dalam gerakan Islam bagi memantapkan pelaksanaan Dakwah , Tarbiyah dan Siasah dalam masyarakat.

3.Para 'Alimat perlu menguasai ilmu thurasi dan kontemporari.

Semoga kita semua dikurniakan keberkatan dari-Nya dalam setiap tindakan dan terus Istiqamah di jalan-Nya.

"Sejahtera Bersama Islam"

30/10/2017

29 Oktober 2017 | Sabtu

Lajnah Pembangunan 'Alimat, Keluarga dan Masyarakat DUP Perak berjaya melaksanakan program Multaqa Ustazat 2017 pada 29 Oktober 2017 bertempat di Hotel Taiping Perdana.

Perjalanan program ini berdasarkan objektif yang telah disusun peringkat ajk pelaksana ;
1. Menghimpunkan para ustazah bagi membincangkan peranan golongan ustazah atau agamawan dalam masyarakat.
2. Memperkemaskan kefahaman para agamawan terhadap dakwah.
3. Mengeratkan ukhuwwah Islamiyah di kalangan para ustazah dalam gerakan Islam PAS di seluruh Perak.

Program bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 8.00 pagi dan dirasmikan oleh Al-fadhil Ustaz Ibrahim b. Zakaria selaku Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Perak dan berakhir dengan ucapan ringkas Al-fadhilah Ustazah Ana Mastura bt Ismail selaku Pengerusi LPAKM DUPP dan bacaan doa wehdah oleh Ustazah Azalinda Ismail.

Kehadiran dihadkan kepada 70 peserta itu mencapai sasaran penyertaan program.

Resolusi yang telah dicapai dalam program ini adalah seperti berikut

1. Para 'Alimat perlu melibatkan diri dalam Dewan Ulamak PAS bagi memperkasakan kepimpinan Ulamak.

2. 'Alimat perlu berusaha memposisikan diri dalam gerakan Islam bagi memantapkan pelaksanaan dakwah , tarbiyah dan siasah dalam masyarakat.

3.Para 'Alimat perlu menguasai ilmu thurasi dan kontemporari.

***************************************
LPAKM DUP Perak mengucapkan jazakumullahu khairan jazak kepada semua 'alimat negeri Perak, AJK program Multaqa Ustazat 2017 serta seluruh saf kepimpinan LPAKM DUP Perak kerana telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.
Semoga amalan kita diterima oleh Allah dan sentiasa dikurniakan kekuatan serta istiqamah dalam setiap gerak langkah kita untuk Islam.
Siiru 'ala barkatillah.

"Sejahtera Bersama Islam"

Sedang berlangsung slot pembentangan 3 Multaqa Ustazat 2017.Tajuk : Kupasan Aqidah (Kifayatul Awam)Oleh : Ustaz Suhaimi ...
29/10/2017

Sedang berlangsung slot pembentangan 3 Multaqa Ustazat 2017.

Tajuk : Kupasan Aqidah (Kifayatul Awam)
Oleh : Ustaz Suhaimi b Abd Wafir
(AJK Dewan Ulamak PAS Perak)

"Sejahtera Bersama Islam"

Sedang berlangsung slot pembentangan 2 Multaqa Ustazat 2017.Tajuk : Halatuju Lajnah Pembangunan 'Alimat, Keluarga dan Ma...
29/10/2017

Sedang berlangsung slot pembentangan 2 Multaqa Ustazat 2017.

Tajuk : Halatuju Lajnah Pembangunan 'Alimat, Keluarga dan Masyarakat.
Oleh : Ustazah Ana Mastura Ismail
(Pengerusi Lajnah Pembangunan 'Alimat, Keluarga
dan Masyarkat Dewan Ulamak Pas Pusat)

"Sejahtera Bersama Islam"

Alhamdulillah berakhirnya slot pembentangan 1 oleh Dato' Dr Mahfodz Mohamad (Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat) dengan sesi s...
29/10/2017

Alhamdulillah berakhirnya slot pembentangan 1 oleh Dato' Dr Mahfodz Mohamad (Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat) dengan sesi soal jawab sebentar tadi.

"Sejahtera Bersama Islam"

Sedang berlangsung slot pembentangan 1 Multaqa Ustazat 2017.Tajuk : Halatuju Dewan Ulamak Pas Pusat ; Peranan 'Alimat Da...
29/10/2017

Sedang berlangsung slot pembentangan 1 Multaqa Ustazat 2017.

Tajuk : Halatuju Dewan Ulamak Pas Pusat ; Peranan 'Alimat Dalam Memperkasakan Kepimpinan Ulamak
Oleh : Dato'Dr Mahfodz Mohamad
(Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat)

"Sejahtera Bersama Islam"

Alhamdulillah Telah selesai Majlis Perasmian Multaqa Ustazat 2017 sebentar tadi oleh Us Ibrahim b. Zakaria (Timb. Ketua ...
29/10/2017

Alhamdulillah
Telah selesai Majlis Perasmian Multaqa Ustazat 2017 sebentar tadi oleh Us Ibrahim b. Zakaria (Timb. Ketua Dewan Ulamak Pas Perak)

*Makluman perubahan pengisian program MULTAQA USTAZAT 2017Lajnah Pembangunan 'Alimat, Keluarga dan Masyarakat Dewan Ulam...
23/10/2017

*Makluman perubahan pengisian program MULTAQA USTAZAT 2017

Lajnah Pembangunan 'Alimat, Keluarga dan Masyarakat Dewan Ulamak PAS Perak akan menganjurkan Multaqa Ustazat 2017 pada :

🌹29/10/2017
🌹Ahad
🌹8.00 pagi - 4.00 petang
🌹Hotel Taiping Perdana, Taiping
🌹Bayaran Pendaftaran : RM30 seorang
👶 Nursery 👶 untuk 1 bulan - 5 tahun disediakan RM20 seorang (tidak termasuk makanan bayi/kanak2)

📝 Pengisian :

1⃣ Halatuju Dewan Ulamak PAS ; Peranan 'Alimat Dalam Memperkasakan Kepimpinan Ulamak
Oleh : Dato' Dr Mahfodz Mohamad
(Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat)

2⃣ Halatuju Lajnah Pembangunan 'Alimat, Keluarga dan Masyarakat
Oleh : Ustazah Ana Mastura Ismail
(Pengerusi Lajnah Pembangunan 'Alimat, Keluarga dan Masyarakat Dewan Ulamak PAS Pusat)

3⃣ Slot Tafaqquh Fi al-Din: Kupasan Aqidah : Kifayatul awwam
Oleh : Ustaz Suhaimi Abd Wafir

☎Untuk pendaftaran, sila hubungi Ustazah Nur Atiqah Roslin di talian : 013-7576424.

Address

Ipoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alimat DUPN Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share