Srikandi Ipoh Barat, Perak

Srikandi Ipoh Barat, Perak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Srikandi Ipoh Barat, Perak, Political Party, Ipoh.

11/03/2026

11 Mac 2026 (Rabu)

Menziarahi mangsa2 kebakaran di Kampung Kepayang. Takziah buat semua ahli keluarga yg terlibat. Terima kasih DS Peja kerana dpt meluangkan masa bersama2 kami tadi. Sedikit sumbangan dari ahli2 Jawatankuasa Bersatu Bahagian Ipoh Barat telah disampaikan oleh Ketua Bahagian. Kami juga turut menziarahi makyong di Flat Jln Ashby dan menyampaikan sedikit sumbangan.

"Terima Kasih, Srikandi Hebat! โค๏ธ๐Ÿ’ช"Alhamdulillah, Program Edaran Pengat Pisang hari ini berjalan lancar, bermula dari se...
22/03/2025

"Terima Kasih, Srikandi Hebat! โค๏ธ๐Ÿ’ช"

Alhamdulillah, Program Edaran Pengat Pisang hari ini berjalan lancar, bermula dari sesi memasak jam 11.00 pagi hingga selesai edaran sekitar 5.30 petang di perkarangan Bazar Ramadan Stadium Ipoh.

Yang menjadikannya lebih bermakna adalah kehadiran Srikandi-srikandi hebat yang turun membantu tanpa jemu! Dari mengupas pisang, mengacau, hingga mengedar kepada orang ramai. Semuanya dilakukan dengan penuh semangat dan keikhlasan. Terima kasih buat semua yang terlibat. Kalian adalah tulang belakang kejayaan program ini.

Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Bahagian Bersatu Ipoh Barat, En Iskandar Rahman yang sentiasa menyokong dan memberi dorongan kepada program-program Srikandi. Sokongan beliau amat kami hargai, dan semoga Allah membalas segala kebaikan dengan keberkatan yang berpanjangan. Semoga setiap titik peluh dan usaha yang dicurahkan mendapat ganjaran berlipat kali ganda dari Allah. ๐Ÿคฒ

Selepas selesai edaran, kami meneruskan ke program berbuka puasa anjuran Bersatu Bahagian Ipoh Barat, yang turut dihadiri oleh Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Dato' Seri Faizal Azumu . Satu pengalaman yang penuh makna dalam mengeratkan ukhuwah dan berkongsi nikmat Ramadan bersama-sama.

Syukur atas segala kelancaran hari ini. Semoga Allah memberkati setiap usaha kita. ๐ŸŒ™โœจ

Tarikh : 9 Mac 2025Masa : 2.00 pagiAlhamdulillah, program Terjah Sahur yang diadakan pagi tadi anjuran Srikandi Bahagian...
09/03/2025

Tarikh : 9 Mac 2025
Masa : 2.00 pagi

Alhamdulillah, program Terjah Sahur yang diadakan pagi tadi anjuran Srikandi Bahagian Ipoh Barat berjalan lancar dengan sebanyak 150 pek makanan disediakan. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini yang mana kami memberi makanan kepada gelandangan, tahun ini kami memberi penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang telah bekerja keras dalam menjaga keselamatan dan kesihatan masyarakat, terutamanya sepanjang bulan Ramadan. Memberi makanan sahur kepada mereka adalah satu cara yang baik untuk menunjukkan sokongan dan penghargaan atas pengorbanan mereka. Semoga program ini diberkati dan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kakitangan Balai Polis Kg Tawas, Balai Polis Bercham, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, serta Unit Kecemasan Hosp Raja Permaisuri Bainun atas kesudian mereka menerima kunjungan kami.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada individu yang telah menginfakkan wang bagi menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Ketua Armada, Setiausaha Bahagian serta barisan Jawatankuasa Bersatu Ipoh Barat yang sentiasa memberikan sokongan padu terhadap program Srikandi. Tanpa sokongan dan kerjasama semua pihak, program ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga Allah SWT memberkati segala usaha dan pengorbanan kita semua.




11/09/2023

Selamat Hari Lahir buat Ketua Srikandi kami Puan Sha Za Mohd ๐ŸŽ‚๐ŸŽ‚๐ŸŽ‚

Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT hendaknya. Dipermudahkan segala urusan. Dimakbulkan segala doa dan harapan serta diterangi dengan sinar kebahagiaan.

Aamiin Ya Rabbalโ€™alamiin

Tahniah di atas perlantikan YB Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin. Haji. Md. Yasin,mantan Perdana Menteri ke-8 sebagai Pen...
04/09/2021

Tahniah di atas perlantikan YB Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin. Haji. Md. Yasin,mantan Perdana Menteri ke-8 sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.

Perlantikan ini dibuat ats dasar keyakinan Kerajaan terhadap kemampuan YB Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin. Haji. Md. Yasin untuk menerajui strategi pemulihan negara,demi mencapai impak ekonomi terbaik.

RAKYAT BERSAMA ABAH...
16/08/2021

RAKYAT BERSAMA ABAH...

Semalam YB Khairy dan YB DS Dr Adham mengumumkan pelaksanaan โ€œOperation Surge Capacityโ€ untuk KL dan Selangor. Semua 6.1...
17/07/2021

Semalam YB Khairy dan YB DS Dr Adham mengumumkan pelaksanaan โ€œOperation Surge Capacityโ€ untuk KL dan Selangor. Semua 6.1 juta pop**asi dewasa di KL dan Selangor akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 menjelang 1 Ogos 2021.

Ini melibatkan pemberian vaksin pada kadar 1.3 juta dos sehingga 25 Julai 2021 dan 1.3 juta dos lagi antara 26 Julai hingga 1 Ogos 2021.

Sehingga kini, 3.5 juta pop**asi dewasa di Selangor dan KL telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Ini adalah tindakan segera kerajaan untuk menangani kenaikan kes-kes positif secara mendadak di Selangor dan KL.

Data-data menunjukkan kes-kes COVID-19 yang serius mencatat penurunan yang ketara dengan pemberian vaksin.

Contohnya, dalam kalangan kump**an warga emas (60 tahun ke atas), trend kemasukan ke Hospital Sungai Buloh bagi kes positif kategori 4 dan 5 telah mengalami penurunan melebihi 50 peratus dalam tempoh sebulan yang lepas. Kump**an warga emas adalah fasa 2 dalam pemberian vaksin COVID-19 dan kini impak positif pemberian vaksin ini mulai dapat dilihat.

Begitu juga bagi petugas KKM di mana mereka telah menerima vaksin COVID-19 lebih awal lagi. Didapati hanya 1.26 peratus dalam kalangan petugas KKM dijangkiti COVID-19 selepas lengkap divaksinasi. Sebanyak 99.8 peratus daripada mereka p**a hanya mengalami gejala ringan atau tidak bergejala dan tiada yang mengalami COVID-19 kategori 5.

Satu lagi contoh ialah Labuan, iaitu tempat di mana varian delta mula dikesan di negara kita. Kerajaan telah mengambil tindakan segera dengan menambah bekalan vaksin untuk Labuan.

Hasilnya, jumlah kes positif dan kes kematian akibat COVID-19 di Labuan telah dapat dikurangkan dengan peningkatan kadar vaksinasi.

Selain itu, penjelasan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bahawa lebih 90 peratus kes positif COVID-19 di negara kita adalah dalam kategori satu dan dua agak melegakan kita.

Ini bermakna, kebanyakannya adalah tidak bergejala atau bergejala ringan yang mampu untuk pulih semula.

Walau bagaimanapun, saya telah mengarahkan KKM supaya lebih bersedia untuk menerima kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital dan memberikan rawatan yang terbaik. Ini memandangkan dunia sedang mencatatkan trend kenaikan kes-kes COVID-19 dengan kemunculan varian-varian baharu yang lebih ganas.

Kita semua sedang berusaha untuk melawan COVID-19. Kita mesti sentiasa tabah dan cekal untuk terus lawan dan lawan. Insya-Allah, kita akan menang akhirnya.



Selamat Menyambut Hari Ulang tahun yg ke 74 tahun kpd Abah Muhyiddin Yassin , Semoga diberi kesihatan yang baik dan ceri...
15/05/2021

Selamat Menyambut Hari Ulang tahun yg ke 74 tahun kpd Abah Muhyiddin Yassin , Semoga diberi kesihatan yang baik dan ceria selalu. Aamiinn..


Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran.
28/04/2021

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran.

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:ู…ูŽู† ููŽุทู‘ูŽุฑูŽ ุตูŽุงุฆูู…ู‹ุง ูƒูŽุงู†ูŽ ู„ูŽู‡ู ู…ูุซู„ู ุฃูŽุฌู’ุฑูู‡ูุŒ ุบูŽูŠู’ุฑูŽ ุฃูŽู†...
23/04/2021

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

ู…ูŽู† ููŽุทู‘ูŽุฑูŽ ุตูŽุงุฆูู…ู‹ุง ูƒูŽุงู†ูŽ ู„ูŽู‡ู ู…ูุซู„ู ุฃูŽุฌู’ุฑูู‡ูุŒ ุบูŽูŠู’ุฑูŽ ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽุง ูŠูŽู†ู’ู‚ูุตู ู…ูู† ุฃูŽุฌู’ุฑู ุงู„ุตู‘ูŽุงุฆูู…ู ุดูŽูŠุฆู‹ุง

Maksudnya: โ€œSiapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.โ€

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Selamat Hari Lahir YB Datuk Seri Rina Mohd Harun
18/04/2021

Selamat Hari Lahir YB Datuk Seri Rina Mohd Harun

Address

Ipoh
31300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Srikandi Ipoh Barat, Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share