Sekolah Kebangsaan Jati

Sekolah Kebangsaan Jati Sekolah Kebangsaan Jati .

Tahniah Fakhrul (SK Jati)……Penjaring 2 Gol pada hari ini…….
07/06/2026

Tahniah Fakhrul (SK Jati)……Penjaring 2 Gol pada hari ini…….

𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗛 | 𝗟𝗜𝗚𝗔 𝗥𝗘𝗠𝗔𝗝𝗔 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗕𝟭𝟮

KLFA (1) - (3) PERAK FA
⚽️ Ahmad Fakhrul 25’, 47’
⚽️ Firas Irfan 49’

Perak FA B12 meneruskan rentak cemerlang apabila mencatat kemenangan bergaya 3-1 ke atas KLFA dalam aksi kedua Liga Remaja Kebangsaan B12 yang berlangsung pagi tadi.

Dua jaringan daripada Ahmad Fakhrul serta satu gol daripada Firas Irfan memastikan tiga mata berharga berjaya dibawa pulang oleh skuad muda Yob. Persembahan penuh disiplin, semangat juang tinggi dan kerjasama berpasukan yang mantap menjadi kunci kejayaan Perak FA dalam perlawanan ini.

Presiden PAFA, Dato’ Haji Mohd Azhar Jamaluddin merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh pemain dan barisan kejurulatihan Perak FA U12 atas pencapaian membanggakan ini. Beliau turut berharap agar momentum positif serta rekod tanpa kalah yang berjaya dikekalkan dalam dua perlawanan pertama dapat diteruskan bagi menghadapi cabaran minggu-minggu seterusnya.

Tahniah buat seluruh warga Perak FA U12. Teruskan bekerja keras, kekal fokus dan buktikan kemampuan di pentas Liga Remaja Kebangsaan.

Kejor Yob Kejor! 🤍💛🖤

Tahniah diucapkan kepada 3 orang murid SK Jati yang telah berjaya terpilih menyertai Perak FA U12 bagi menghadapi Liga R...
05/06/2026

Tahniah diucapkan kepada 3 orang murid SK Jati yang telah berjaya terpilih menyertai Perak FA U12 bagi menghadapi Liga Remaja Kebangsaan di Gambang, Pahang.

1) Ahmad Fakhrul Ridhwan bin Fauzi
2) Asraff Khairi bin Qadry
3) Putra Khushairy

🌟 SKUAD PERAK FA U12 KE LIGA REMAJA KEBANGSAAN 🌟Tahniah diucapkan kepada 3 orang murid SK Jati yang telah berjaya terpil...
05/06/2026

🌟 SKUAD PERAK FA U12 KE LIGA REMAJA KEBANGSAAN 🌟

Tahniah diucapkan kepada 3 orang murid SK Jati yang telah berjaya terpilih menyertai Perak FA U12 bagi menghadapi Liga Remaja Kebangsaan di Gambang, Pahang.
Senarai pemain:

1) Ahmad Fakhrul Ridhwan bin Fauzi
2) Ashraff Qhairiy Khadri bin Shahrulaznee
3) Putra Khushairy

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian membanggakan bukan sahaja untuk sekolah, malah menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain untuk terus berusaha dalam bidang sukan.

🔥 PERAK FA U12 SEDIA MENGGEGAR GAMBANG! 🔥

Ayuh Yob Muda! Bawa semangat, disiplin dan kebanggaan negeri Perak ke pentas kebangsaan. Tunjukkan semangat juang yang tinggi dan raih pengalaman berharga di arena kompetitif ini.

📅 Perlawanan Minggu Pertama:
🗓 6 & 7 Jun 2026
📍 Gambang, Pahang
Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang.

KEJOR YOB KEJOR! SKOR YOB SKOR! ⚽💛🤍🖤

Perkongsian Hadith Ke 28 daripada Modul Penghayatan Hadith 40 Imam Nawawi.Sesi perkongsian hadith serta tazkirah ringkas...
02/06/2026

Perkongsian Hadith Ke 28 daripada Modul Penghayatan Hadith 40 Imam Nawawi.

Sesi perkongsian hadith serta tazkirah ringkas oleh Ustaz Muhammad Hanif berkaitan hadith ke 28 kepada warga sejati.
Hadith ini berkisarkan pesanan rasulullah untuk taat ,takwa dan iltizam dengan sunnah.

Antara pengajaran yang boleh diambil daripada hadith ke 28 ini :
1.Murid hendaklah memastikan setiap perkara yang dilakukanbertepatan dengan syariat.
2.Murid hendaklah sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan.
3.Memberi kerjasama dan sokongan kepada rakan yang dilantik menjadi pemimpin di sekolah.

🌙✨ SELAMAT BERCUTI & SALAM AIDILADHA 1447H ✨🌙Warga Sekolah Kebangsaan Jati mengucapkan Selamat Bercuti dan Selamat Hari ...
25/05/2026

🌙✨ SELAMAT BERCUTI & SALAM AIDILADHA 1447H ✨🌙

Warga Sekolah Kebangsaan Jati mengucapkan Selamat Bercuti dan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh guru, murid serta ibu bapa SK Jati. 🤍

Semoga cuti ini dimanfaatkan dengan perkara yang berfaedah, meluangkan masa bersama keluarga tersayang serta memperbanyakkan amalan dan ibadah. 💫

“Masa lapang yang diisi dengan kebaikan akan membentuk diri yang cemerlang dan berakhlak mulia.”

Ikhlas daripada
Puan Azlina binti Ibrahim Lastar
Guru Besar SK Jati
serta barisan pentadbir SK Jati 🌷

Selamat bercuti, jaga diri dan kembali semula dengan semangat baharu! 💙

🏑 KEPUTUSAN KEJOHANAN HOKI MSSD KINTA UTARA 2026 🏑SEJATI FLICKERS (PEREMPUAN)📅 20 Mei 2026 | Rabu🔹 SK Kelebang Jaya (0) ...
21/05/2026

🏑 KEPUTUSAN KEJOHANAN HOKI MSSD KINTA UTARA 2026 🏑
SEJATI FLICKERS (PEREMPUAN)
📅 20 Mei 2026 | Rabu

🔹 SK Kelebang Jaya (0) vs SEJATI (0)
🔹 SEJATI (0) vs SK Sri Kinta (1)

⭐️ Suku Akhir
🔹 RPS (1) vs SEJATI (0)
(Penalty Shootout)

Tahniah kepada pasukan SEJATI Flickers Perempuan atas semangat juang, kerjasama dan komitmen yang dipamerkan sepanjang kejohanan berlangsung. Walaupun langkah terhenti di peringkat suku akhir, anda semua telah memberikan saingan yang hebat dan mengharumkan nama sekolah. 💪🏻🏑

Terima kasih kepada barisan jurulatih, guru pengiring, ibu bapa dan semua penyokong yang sentiasa memberikan sokongan kepada pasukan hoki SK Jati. Semoga pengalaman ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan pada masa akan datang. 🌟





🏑 KEPUTUSAN KEJOHANAN HOKI MSSD KINTA UTARA 2026 🏑SEJATI FLICKERS (LELAKI)📅 19 Mei 2026 | Selasa🔹 SK Tasik Damai vs SEJA...
21/05/2026

🏑 KEPUTUSAN KEJOHANAN HOKI MSSD KINTA UTARA 2026 🏑
SEJATI FLICKERS (LELAKI)
📅 19 Mei 2026 | Selasa

🔹 SK Tasik Damai vs SEJATI
0️⃣ - 0️⃣

📊 Kedudukan semasa: Tempat ke-3 dalam kumpulan

Tahniah kepada pasukan SEJATI Flickers Lelaki atas semangat juang dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang perlawanan berlangsung. Teruskan berusaha dan berikan yang terbaik untuk perlawanan seterusnya! 💪🏻🔥

Terima kasih kepada guru, jurulatih, pengurus pasukan serta semua penyokong yang sentiasa memberikan sokongan kepada pasukan hoki SK Jati. 🌟




🦷 CERAMAH PENJAGAAN GIGI 🦷📅 21 Mei 2026SK Jati telah menganjurkan Ceramah Penjagaan Gigi bagi memberi pendedahan kepada ...
21/05/2026

🦷 CERAMAH PENJAGAAN GIGI 🦷
📅 21 Mei 2026

SK Jati telah menganjurkan Ceramah Penjagaan Gigi bagi memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan menjaga kesihatan gigi dan mulut sejak usia muda. ✨

Murid-murid turut didedahkan dengan cara memberus gigi yang betul, amalan pemakanan sihat serta tips menjaga kebersihan gigi dalam kehidupan seharian. 🪥😁

Terima kasih diucapkan kepada pihak penceramah dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat diamalkan demi melahirkan murid yang sihat dan ceria. 🌟




🏐 KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA JARING 🏐📍 SK Jati (SEJATI) vs SK Syed IdrusSEJATI menang 6️⃣ - 1️⃣📍 SK Jati (SE...
21/05/2026

🏐 KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA JARING 🏐

📍 SK Jati (SEJATI) vs SK Syed Idrus
SEJATI menang 6️⃣ - 1️⃣

📍 SK Jati (SEJATI) vs SK Jelapang
SEJATI tewas 4️⃣ - 8️⃣

📍 SK Jelapang vs SK Syed Idrus
SK Jelapang menang 1️⃣2️⃣ - 2️⃣

Tahniah kepada semua pemain yang telah memberikan semangat dan komitmen terbaik sepanjang perlawanan berlangsung. 💪🏻🏐

Terima kasih juga diucapkan kepada para guru, jurulatih, pengurus pasukan serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan perlawanan persahabatan ini. Semoga pengalaman ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan pada masa akan datang. 🌟

🏑 KEPUTUSAN KEJOHANAN HOKI MSSD KINTA UTARA 2026🔥 SEJATI FLICKERS (LELAKI) 🔥📅 18 Mei 2026 | Isnin🔹 SEJATI 🆚 SJKT Sangeet...
18/05/2026

🏑 KEPUTUSAN KEJOHANAN HOKI MSSD KINTA UTARA 2026
🔥 SEJATI FLICKERS (LELAKI) 🔥

📅 18 Mei 2026 | Isnin

🔹 SEJATI 🆚 SJKT Sangeetha Sabah : 0 - 1
🔹 SK Syed Idrus 🆚 SEJATI : 0 - 1
🔹 Pakatan Jaya 🆚 SEJATI : 0 - 0

Suatu pencapaian yang membanggakan. Teruskan berusaha untuk kejohanan esok. All the best team Sejati Flickers 💪🏑🔥

Address

Taman Jati
Ipoh
30020

Telephone

+6055286863

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Jati posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sekolah Kebangsaan Jati:

Share

Category