Jabatan Mufti Negeri Perak

Jabatan Mufti Negeri Perak Laman Facebook Rasmi Jabatan M***i Negeri Perak
https://t.me/muftiperak (Telegram)
(1)

𝗗𝗜𝗥𝗚𝗔𝗛𝗔𝗬𝗨 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pe...
31/05/2026

𝗗𝗜𝗥𝗚𝗔𝗛𝗔𝗬𝗨 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim daripada seluruh warga Jabatan M***i Negeri Perak Darul Ridzuan.

Daulat Tuanku.

Hadith Adab & Akhlak Siri ke 100(Taat Pada Perkara Yang Dis**ai Dan Dibenci)Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasululla...
30/05/2026

Hadith Adab & Akhlak Siri ke 100
(Taat Pada Perkara Yang Dis**ai Dan Dibenci)

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah SAW
bersabda: “Lazimilah (wajib) dengar dan taat ketika
engkau susah dan senang, sama ada pada perkara
yang engkau s**a dan benci, sekalipun dia
mendahulukan orang lain ke atas kamu (tanpa sebab
yang munasabah)”. (Hadith Riwayat Muslim)

***iNegeriPerak

MAKLUMAN:JEMPUTAN TERBUKA UNTUK SEMUA. MOHON SCAN QR CODE UNTUK PENDAFTARAN MENJADI PESERTA SEMINAR NI. BILANGAN PESERTA...
30/05/2026

MAKLUMAN:

JEMPUTAN TERBUKA UNTUK SEMUA.

MOHON SCAN QR CODE UNTUK PENDAFTARAN MENJADI PESERTA SEMINAR NI.

BILANGAN PESERTA TERHAD KEPADA YANG TERAWAL.

***iNegeriPerak

Hadith Adab & Akhlak Siri ke 99(Taatlah Walaupun Kepada Seorang Hamba)Daripada Anas r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda...
29/05/2026

Hadith Adab & Akhlak Siri ke 99
(Taatlah Walaupun Kepada Seorang Hamba)

Daripada Anas r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Dengarlah dan taatilah, sekalipun dilantik hamba
Habasyi ke atas kamu (sebagai pemimpin) seolah-olah
kepalanya seperti buah kismis (kerana mereka
berkepala kecil)”. (Hadith Riwayat Bukhari).

***iNegeriPerak

MAJLIS BACAAN YASSIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN KDYMM SPB YANG DI-PERTUAN AGONGIPOH, 29 Mei 2026 – ...
29/05/2026

MAJLIS BACAAN YASSIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN KDYMM SPB YANG DI-PERTUAN AGONG

IPOH, 29 Mei 2026 – DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah berkenan berangkat menghadiri Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Hari Keputeraan KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang berlangsung di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, hari ini.

Turut hadir ialah YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak; YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YAA Dato’ Haji Ab. Rahman Thobroni bin Mohd Mansor, Ketua Hakim Syarie Negeri Perak; YBhg. SS Dato’ Haji Zamri bin Hashim, Timbalan M***i Negeri Perak; YBhg. Dato’ Haji Harith Fadzilah bin Haji Abd. Halim, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Penganjuran majlis tersebut diadakan sebagai tanda menjunjung kasih dan mendoakan kesejahteraan, keafiatan serta keberkatan ke atas KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong dalam memayungi rakyat dan memimpin negara dengan penuh hikmah.

Sejurus selesai majlis, DYAM Raja DiHilir Perak bersama para jemaah mengikuti Khutbah Jumaat bertajuk “Yang di-Pertuan Agong: Payung Kedaulatan Negara” yang disampaikan oleh AF Ustaz Syed Muzzafar Syed Azlan, Imam Utama Masjid Sultan Azlan Shah.

Khutbah tersebut antara lain menekankan peranan institusi Yang di-Pertuan Agong sebagai lambang perpaduan rakyat serta tonggak kestabilan negara yang memayungi masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya di Malaysia.

DYAM Raja DiHilir Perak kemudiannya berkenan menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah sebelum berangkat meninggalkan majlis.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh tertib dan harmoni itu turut memperlihatkan semangat kebersamaan rakyat dalam menjunjung institusi Yang di-Pertuan Agong sebagai payung kedaulatan negara.

27/05/2026

📢 Peluang Semak Arah Kiblat dengan Kaedah Istiwa A’dzam 2026

Umat Islam disarankan mengambil peluang menyemak arah kiblat pada:

🗓️ 28 Mei 2026 — 5.16 petang
🗓️ 16 Julai 2026 — 5.28 petang

Gunakan bayang matahari pada waktu tersebut bagi memastikan ketepatan arah kiblat di rumah dan premis masing-masing. ☀️🧭

DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK BERKENAN RASMI MASJID AL-MUHAJIRIN, SERTAI TAKBIR AIDILADHA BERSAMA JEMAAHIPOH, 26 Mei 202...
27/05/2026

DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK BERKENAN RASMI MASJID AL-MUHAJIRIN, SERTAI TAKBIR AIDILADHA BERSAMA JEMAAH

IPOH, 26 Mei 2026 – Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Al-Muhajirin, Kampung Ulu Chepor, Chemor, dekat sini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak serta YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara).

Turut hadir, YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YBhg. Dato’ Haji Harith Fadzilah bin Haji Abd. Halim, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk); YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini, Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk); YDH. Toh Amar Seri Diraja Dato’ Seri Ayob bin Hashim, Setiausaha Dewan Negara Perak; SS Dato’ Haji Zamri bin Hashim, Timbalan M***i Negeri Perak; Encik Zulhisham bin Ahmad Shukori, Pegawai Daerah Kinta serta ketua-ketua jabatan negeri.

Sebaik keberangkatan tiba, baginda berkenan menyempurnakan majlis perasmian dengan menarik tirai dan menandatangani buku perasmian.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan laungan takbir Hari Raya Aidiladha yang dipimpin bersama para jemaah, sebelum baginda berkenan menunaikan solat Isyak berjemaah bersama lebih 400 orang jemaah yang hadir.

Masjid Al-Muhajirin mula dibina pada tahun 2018 dan mula beroperasi sepenuhnya pada Mac 2025 dengan kos pembinaan berjumlah RM6 juta. Masjid yang mampu menampung sehingga 1,200 jemaah itu turut mengetengahkan konsep lestari menerusi penanaman pelbagai jenis tanaman seperti pokok kelapa, matoa, serai dan pisang bagi mewujudkan suasana persekitaran yang hijau serta nyaman.

Perasmian masjid ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa syiar Islam dan institusi masjid sebagai pusat penyatuan ummah serta pembangunan komuniti setempat di negeri Perak Darul Ridzuan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026MAidiladha merupakan hari yang penuh keberkatan dan penghayatan terhad...
26/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026M

Aidiladha merupakan hari yang penuh keberkatan dan penghayatan terhadap nilai pengorbanan, keikhlasan serta ketaatan kepada Allah SWT. Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS menjadi lambang agung kepatuhan serta keyakinan yang tinggi terhadap perintah Allah SWT.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti sebenar Aidiladha dengan memperkukuhkan semangat ukhuwah, saling membantu serta memperbanyakkan amal kebajikan dan pengorbanan demi agama, bangsa dan masyarakat.

Firman Allah SWT:
"Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai tanda bersyukur akan pengurniaan-Nya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu."
(Surah al-Hajj: 34)

Semoga sambutan Aidiladha pada tahun ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat seluruh umat Islam.

Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada
Jabatan M***i Negeri Perak

***iNegeriPerak

MAKLUMAN:Semakan arah kiblat menggunakan kaedah bayang matahari searah kiblat.
26/05/2026

MAKLUMAN:

Semakan arah kiblat menggunakan kaedah bayang matahari searah kiblat.

Address

Aras 6 Menara SSM Perak, Jalan Basco Kepayang 1, Basco Avenue
Ipoh
31400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Mufti Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Mufti Negeri Perak:

Share