Pejabat Pengarah Penjara Negeri Perak

Pejabat Pengarah Penjara Negeri Perak Facebook Rasmi Pejabat Pengarah Penjara Negeri Perak Official page Pejabat Pengarah Penjara Negeri Perak

29/05/2026

TAHUKAH ANDA?

Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) merupakan inisiatif strategik Jabatan Penjara Malaysia dalam memperkukuh pendekatan pemulihan berasaskan komuniti selaras aspirasi Malaysia MADANI.

πŸ’¬ β€œPeluang kedua yang diberikan melalui PBSL mampu mengubah kehidupan seseorang serta memperkukuh keharmonian masyarakat secara menyeluruh.”
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Melalui pendekatan rehabilitatif dan pemulihan komuniti, prospek yang menunjukkan perubahan positif diberikan peluang kedua untuk kembali membina kehidupan bersama keluarga dan masyarakat.

PBSL bukan sekadar mengurangkan kesesakan penjara, malah membantu memperkukuh kesejahteraan sosial melalui:
β€’ peluang pekerjaan
β€’ sokongan keluarga
β€’ reintegrasi komuniti
β€’ pengurangan risiko jenayah berulang

Kadar residivisme dalam kalangan prospek PBSL juga direkodkan jauh lebih rendah berbanding pemulihan konvensional di dalam penjara.

Sumber: Jabatan Penjara Malaysia | Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL)







29/05/2026

PROGRAM MADANI YAKIN 2026: 795 OBB KEMBALI KE PANGKUAN MASYARAKAT

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026, Jabatan Penjara Malaysia melaksanakan Program Pelepasan MADANI Yakin: Kepulangan Yang Dinanti sebagai manifestasi pendekatan pemulihan berteraskan ihsan, peluang kedua dan kesejahteraan rakyat selaras aspirasi Malaysia MADANI.

πŸ’¬ β€œProgram PBSL membuktikan bahawa peluang kedua mampu mengubah kehidupan dan memperkukuh kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.”
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Seramai 795 Orang Bebas Berlesen (OBB) diluluskan pelepasan menerusi Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) di seluruh institusi penjara melibatkan:
β€’ 764 lelaki
β€’ 31 wanita
β€’ 609 Melayu
β€’ 50 Cina
β€’ 81 India
β€’ 55 lain-lain kaum dan etnik

Daripada jumlah keseluruhan:
β€’ 450 OBB ditempatkan terus ke sektor pekerjaan
β€’ 251 OBB kembali ke pangkuan keluarga
β€’ 83 OBB ditempatkan di Rumah Perantaraan
β€’ 11 OBB menerima sokongan NGO

Setiap OBB yang dipilih telah melalui proses saringan ketat melibatkan tahap risiko, disiplin, kemajuan pemulihan, sokongan keluarga serta peluang pekerjaan bagi memastikan proses reintegrasi sosial berjalan lancar.

Program ini membuktikan komitmen berterusan Jabatan Penjara Malaysia dalam memperkukuh sistem koreksional moden yang bukan sahaja menghukum, malah mendidik, memulih dan membina semula kehidupan insan.

Sumber: Jabatan Penjara Malaysia | Penjara Tapah, Perak | 21 Mei 2026







29/05/2026
πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’π€πŒππ”π“π€π πˆππ€πƒπ€π‡ πŠπŽπ‘ππ€π 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 π’π€π“π„π‹πˆπ“ πŠπ”π€π‹π€ πŠπ€ππ†π’π€π‘ πŸπŸŽπŸπŸ”28 Mei 2026 bersamaan 11 Zulhijjah 1447H, Penjara Sateli...
28/05/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’π€πŒππ”π“π€π πˆππ€πƒπ€π‡ πŠπŽπ‘ππ€π 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 π’π€π“π„π‹πˆπ“ πŠπ”π€π‹π€ πŠπ€ππ†π’π€π‘ πŸπŸŽπŸπŸ”

28 Mei 2026 bersamaan 11 Zulhijjah 1447H, Penjara Satelit Kuala Kangsar telah menganjurkan Majlis Sambutan Ibadah Qurban. Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dan telah dihadiri oleh TKP Fayrouz bin Haji Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Negeri Perak dan TPP Mohd Zuhaimizam bin Mohd Noor, Komandan Penjara Satelit Kuala Kangsar serta pegawai dan anggota PSKK. Kehadiran penduduk setempat turut memeriahkan suasana majlis.

Penganjuran majlis ini bertujuan untuk memperkukuh penghayatan ibadah qurban dalam kalangan warga penjara di samping ia juga menjadi wadah untuk memupuk semangat pengorbanan, kebersamaan, dan silaturahim antara kepimpinan pengurusan dengan warga institusi.

Selamat Hari Raya Aidiladha.





Portal Rasmi: https://www.prison.gov.my/ms/
Facebook Rasmi: https://www.facebook.com/pjbppnperak/
Instagram Rasmi: https://www.instagram.com/ppnperak/
TikTok Rasmi: https://www.tiktok.com/

28/05/2026

KENYATAAN MEDIA JABATAN PENJARA MALAYSIA-JABATAN PENJARA MALAYSIA KOMITED TELITI DAPATAN LAPORAN SUHAKAM SECARA MENYELURUH - 27 MEI 2026



28/05/2026
✨ π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ ✨Semoga Aidiladha ini menyemai nilai keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayan...
28/05/2026

✨ π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ ✨

Semoga Aidiladha ini menyemai nilai keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang dalam setiap langkah kehidupan kita.

Ikhlas daripada
Pengarah Penjara Negeri Perak dan seluruh warga kerja Pejabat Pengarah Penjara Negeri Perak.

18/05/2026

Address

2A & 4A, Jalan Greentown 3, Greentown Nova
Ipoh
30450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6052491641

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pengarah Penjara Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pengarah Penjara Negeri Perak:

Share