Pusat Latihan Askar Wataniah

Pusat Latihan Askar Wataniah Laman Facebook Rasmi PUSWATAN

MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS SENJATA BANTUAN LLP (S) SIRI 1/2023Ipoh : Komandan PUSWATAN, Lt Kol Mohd Hisham bin Din telah me...
20/06/2023

MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS SENJATA BANTUAN LLP (S) SIRI 1/2023

Ipoh : Komandan PUSWATAN, Lt Kol Mohd Hisham bin Din telah menyempurnakan Upacara Pembukaan Kursus Senjata Bantuan Lain Lain Pangkat (LLP)(S) Siri 1/2023 bertempat di Kem Gunung Panjang, Ipoh pada 20 Jun 23. Kursus ini dilaksanakan selama sebulan mulai 19 Jun hingga 18 Julai 23.

Kursus ini bertujuan untuk mengenali data teknik senjata bantuan dan berupaya mengajar, melatih anggota dalam pengendalian senjata bantuan.

Dalam ucapan Komandan, penuntut juga diingatkan supaya memperlengkapkan sebaik-baiknya dengan ilmu pengetahuan yang bersesuaian dengan peranan dan tugas mereka dalam di pasukan pasukan kelak.

Turut hadir adalah Timb Komandan, Mejar Sabri bin Mohamed, Ketua-Ketua Bahagian, Para Pegawai, SMR dan Para Jurulatih.

- Pusat Latihan Askar Wataniah

PERJUMPAAN KOMANDAN DAN PEMERIKSAAN KENDERAAN SEMPENA PERSEDIAAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2023IPOH: Komandan ...
20/04/2023

PERJUMPAAN KOMANDAN DAN PEMERIKSAAN KENDERAAN SEMPENA PERSEDIAAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2023

IPOH: Komandan Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN), Lt Kol Mohd Hisham Din telah mengadakan Perjumpaan Bersama Warga PUSWATAN di Auditorium PUSWATAN pada 19 Apr 23.

Majlis dimulakan dengan ucapan Komandan PUSWATAN yang mana turut mengingatkan kepada semua warga PUSWATAN supaya berhati-hati di jalan raya dan balik ke pasukan dengan selamat.

Majlis diakhiri dengan pemeriksaan kenderaan, cukai jalan dan lesen memandu terhadap pegawai dan anggota di Padang Kawad Kem Gunung Panjang Ipoh, Perak.

Objektif pelaksanaan pemeriksaan ini adalah untuk memperkasakan keselamatan, pengesahan dokumen perjalanan kenderaan peribadi dan peningkatan kesedaran keselamatan di jalanraya bagi mengelakkan dan mengurangkan risiko kemalangan jalanraya akibat kecuaian penyelenggaraan kenderaan dan sebagainya.

Pemeriksaan ini dilaksanakan oleh Kapt Nur Izyani Abdullah Fauzi selaku Ajutan PUSWATAN.

-Pusat Latihan Askar Wataniah

MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN PERINGKAT PUSWATANIPOH: Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Pusat Latihan Askar Wataniah...
14/04/2023

MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN PERINGKAT PUSWATAN

IPOH: Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) bagi tahun 1444H/2023M telah diadakan di Surau As Syakirin pada 13 Apr 23.

Majlis Khatam Al-Quran telah dipimpin oleh Pegawai Agama Pasukan PUSWATAN, Kapt (Ust) Muhammad Kassim bersama-sama peserta Tadarus Al-Quran yang berjaya menamatkan bacaan 30 juzuk Al-Quran sepanjang hari bekerja di bulan Ramadhan.

Majlis ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada peserta Tadarus Al-Quran dan telah disempurnakan oleh Komandan PUSWATAN, Lt Kol Mohd Hisham Din.

- Pusat Latihan Askar Wataniah

MAJLIS BERBUKA PUASA WARGA PUSWATANIPOH: Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa b...
08/04/2023

MAJLIS BERBUKA PUASA WARGA PUSWATAN

IPOH: Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama pegawai, anggota dan Staf Awam bertempat di Surau As Syakirin, Kem Gunung Panjang, Ipoh, Perak pada 7 Apr 23.

Majlis telah dimulai dengan jamuan berbuka puasa diikuti solat magrib berjemaah dan diteruskan dengan jamuan makan malam.

Acara diteruskan lagi dengan solat isyak dan solat sunat tarawih berjemaah sebelum disambung dengan jamuan moreh.

Tujuan majlis ini diadakan bagi merapatkan lagi ikatan silaturahim serta ukhuwah di antara para pegawai, anggota dan staf disamping mengimarahkan lagi bulan Ramadan Al-Mubarak ini.

Majlis telah diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada staf Wisma diikuti dengan ucapan daripada Komandan PUSWATAN, Lt Kol Mohd Hisham bin Din.

- Pusat Latihan Askar Wataniah

MAJLIS PENUTUP KURSUS PEMBINAAN JURULATIH LLP (DEC) SIRI 1/2023 DAN KURSUS KETUA KOMPENI (S) SIRI 1/2023IPOH:   Pusat La...
22/03/2023

MAJLIS PENUTUP KURSUS PEMBINAAN JURULATIH LLP (DEC) SIRI 1/2023 DAN KURSUS KETUA KOMPENI (S) SIRI 1/2023

IPOH: Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) telah melaksanakan Majlis Penutup Kursus Pembinaan Jurulatih LLP (Dec) Siri 1/2023 dan Kursus Ketua Kompeni Siri 1/2023 bertempat di Auditorium PUSWATAN pada 22 Mac 23. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan (BPS), Brig Jen Shamshor bin Hj Jaafar

Majlis ini dimulakan dengan acara penyampaian sijil dan Anugerah Penuntut Terbaik. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan ucapan tahniah kepada semua penuntut kursus yang berjaya menamatkan kursus dan berpesan agar ilmu yang dipelajari akan digunakan dengan baik dalam penugasan di pasukan kelak. Majlis ini diakhiri dengan Jamuan Makan tengah hari di Dewan KOMATRA, Kem Gunung Panjang.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengarah Kolej Pegawai Tidak Tauliah, Kol Mohd Azral bin Manan dan Komandan PUSWATAN, Lt Kol Mohd Hisham bin Din.

- Pusat Latihan Askar Wataniah

PROGRAM JIWA MURNI PUSWATANIPOH : Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) telah mengadakan Program Jiwa Murni pembersiha...
15/03/2023

PROGRAM JIWA MURNI PUSWATAN

IPOH : Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) telah mengadakan Program Jiwa Murni pembersihan Tanah Perkuburan Islam Tambun, Ipoh, Perak pada 14 Mac 2023.

Program Jiwa Murni dimulakan majlis tahlil dan jamuan makan kepada anggota dan penduduk kampung. Seterusnya anggota meneruskan pembersihan di sekitar kawasan Tanah Perkuburan.

Program Jiwa Murni ini secara tidak langsung dapat membentuk hubungan kerjasama di antara anggota tentera dengan awam sekaligus memberi peluang kepada pihak tentera untuk menyumbang bakti terhadap masyarakat.

Program ini sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera dan Awam.

- Pusat Latihan Askar Wataniah

Address

Pusat Latihan Askar Wataniah
Ipoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Latihan Askar Wataniah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category