Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak

Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak Laman Facebook Rasmi bagi Majlis Keselamatan Negara, Negeri Perak (MKN Perak) dalam menyalurkan informasi terkini kepada rakyat negeri Perak.
(1)

Sejarah


Insiden 13 Mei 1969 telah membawa kepada pengisytiharan Darurat oleh DYMM YDP Agong pada 15 Mei 1969 di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Pengisytiharan tersebut telah memberi kuasa kepada Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang telah ditubuhkan untuk membantu YAB Perdana Menteri merangkap Pengarah Gerakan Negara bagi mengukuhkan keselamatan awam, pertahanan negara dan memelihara

ketenteraman awam, bekalan-bekalan dan perkhidmatan-perkhidmatan penting negara dalam usaha memulihkan negara kepada keadaan aman dan harmoni. MAGERAN telah dibubarkan pada tahun 1971. Walau bagaimanapun, ancaman pengganas komunis yang masih berterusan dan bagi mengelakkan berulangnya insiden perselisihan kaum pada masa hadapan, Jemaah Menteri yang bersidang pada 23 Februari 1971 telah bersetuju untuk menubuhkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara rasminya pada 7 Julai 1971. Jemaah Menteri dalam mesyuarat Bil. 83/750/71 pada 31 Julai 1971 telah menghuraikan peranan MKN seperti berikut:

“Since the future racial peace in this country depends on how well the government handles the sensitive issues, it is suggested that the NSC shall be the body to look into the matter”. Oleh yang demikian, MKN bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara dan arahan mengenai langkah-langkah keselamatan termasuk gerakan-gerakan keselamatan, ketenteraman awam dan perkara-perkara melibatkan keselamatan secara langsung di seluruh negara di peringkat persekutuan, negeri dan daerah. MKN juga menjadi badan bertanggungjawab membantu Majlis Tindakan Negara (MTN) dalam perkara-perkara berkaitan keselamatan. Sejak penubuhannya, sebanyak 21 Arahan MKN telah dikeluarkan bagi menangani pelbagai ancaman-ancaman keselamatan semasa seperti kebanjiran pelarian Vietnam dan pendatang asing tanpa izin, kerjasama dua hala keselamatan dan pembangunan sempadan, penyeludupan, kawalan keganasan, ketenteraman awam serta pengurusan krisis dan bencana. MKN adalah sebuah agensi peneraju yang menyelaras dasar berkaitan keselamatan sejak penubuhannya pada 1971. Punca kuasa kepada MKN adalah Arahan MKN No. 1 yang bersandarkan kepada Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979 yang menjelaskan pembentukan dan tanggungjawab Majlis Keselamatan Negara. Pada asasnya, MKN bertanggungjawab menyelaraskan dasar yang berkaitan untuk keselamatan negara dan arah tuju hal-hal keselamatan. Struktur dan mekanisme keselamatan ini juga diguna pakai di peringkat negeri, daerah dan kampung.

14/05/2026
TINGGAL 2 MINGGU JER LAGI, MOH KOMER SERTAI🎬 PERTANDINGAN VIDEO KREATIF 2026Sempena Bulan Keselamatan Negara 2026, Majli...
14/05/2026

TINGGAL 2 MINGGU JER LAGI, MOH KOMER SERTAI

🎬 PERTANDINGAN VIDEO KREATIF 2026

Sempena Bulan Keselamatan Negara 2026, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjemput anda semua untuk menyertai pertandingan video kreatif bertemakan:

👉 “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama”

💡 Tunjukkan kreativiti anda dalam menghasilkan video pendek yang menarik, bermakna dan memberi kesedaran kepada masyarakat!

⏱️ Durasi Video: 60 – 90 saat

📅 Tarikh Penyertaan: 1 Mei 2026 – 31 Mei 2026

👤 Penyertaan secara individu
(13 tahun ke atas)
• Sijil Penyertaan akan diberikan

🎥 Format: MP4 (HD 1920x1080)

🏆 Hadiah Menarik Menanti!

📍 Peringkat Negeri:

🥇 RM1500 | 🥈 RM1000 | 🥉 RM500

🎬 Grand Finale:

🥇 RM3000 | 🥈 RM2000 | 🥉 RM1000

✨ Pemenang Pertama peringkat negeri akan layak secara automatik ke peringkat Grand Finale!

📲 Sertai sekarang!

Imbas kod QR pada poster untuk syarat & borang penyertaan.

⚠️ Pastikan video tidak menyentuh isu sensitif (3R) dan menepati syarat pertandingan.

📞Sebarang pertanyaan lanjut hubungi Encik Khairul Amir di talian 012-5926921

📢 Ayuh mengkomer, tonjolkan bakat yang ade tu dan moh kita semarakkan semangat pertahankan keselamatan negara💪💪💪







12/05/2026

Sempena Sambutan Hari Jururawat Sedunia, KKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh jururawat atas komitmen, dedikasi serta khidmat bakti yang dicurahkan dalam memperkukuh sistem kesihatan negara.

Kecekalan dan profesionalisme para jururawat dalam memberikan rawatan, sokongan serta penjagaan terbaik kepada masyarakat amat dihargai dan menjadi tunjang penting dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia! ❤️

SELAMAT HARI IBUSempena sambutan Hari Ibu tahun 2026, Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi ...
09/05/2026

SELAMAT HARI IBU

Sempena sambutan Hari Ibu tahun 2026, Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua insan bergelar ibu.

Terima kasih atas segala pengorbanan, didikan serta kasih sayang yang dicurahkan dalam membentuk keluarga, masyarakat dan negara yang sejahtera.

Semoga semua ibu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan kebahagiaan berpanjangan.

Selamat Hari Ibu

“Seteguh Kasih Ibu”





👀👀👀👀👀👀BUAT APE TU KOMER???KEPADA KOMER YANG GEMOR BENOR BUAT KONTEN TU….😁😁😁KHAS UNTUK ORANG PERAK🫰🏻🫰🏻🫰🏻MOH SINI SERTAI;🎬...
04/05/2026

👀👀👀👀👀👀

BUAT APE TU KOMER???

KEPADA KOMER YANG GEMOR BENOR BUAT KONTEN TU….😁😁😁

KHAS UNTUK ORANG PERAK🫰🏻🫰🏻🫰🏻

MOH SINI SERTAI;

🎬 PERTANDINGAN VIDEO KREATIF 2026

Sempena Bulan Keselamatan Negara 2026, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjemput anda semua untuk menyertai pertandingan video kreatif bertemakan:

👉 “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama”

💡 Tunjukkan kreativiti anda dalam menghasilkan video pendek yang menarik, bermakna dan memberi kesedaran kepada masyarakat!

⏱️ Durasi Video: 60 – 90 saat

📅 Tarikh Penyertaan: 1 Mei 2026 – 31 Mei 2026

👤 Penyertaan secara individu
(13 tahun ke atas)
• Sijil Penyertaan akan diberikan

🎥 Format: MP4 (HD 1920x1080)

🏆 Hadiah Menarik Menanti!

📍 Peringkat Negeri:

🥇 RM1500 | 🥈 RM1000 | 🥉 RM500

🎬 Grand Finale:

🥇 RM3000 | 🥈 RM2000 | 🥉 RM1000

✨ Pemenang Pertama peringkat negeri akan layak secara automatik ke peringkat Grand Finale!

📲 Sertai sekarang!

Imbas kod QR pada poster untuk syarat & borang penyertaan.

⚠️ Pastikan video tidak menyentuh isu sensitif (3R) dan menepati syarat pertandingan.

📞Sebarang pertanyaan lanjut hubungi Encik Khairul Amir di talian 012-5926921

📢 Ayuh mengkomer, tonjolkan bakat yang ade tu dan moh kita semarakkan semangat pertahankan keselamatan negara💪💪💪







04/05/2026

Selamat Hari Bomba Sedunia!

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota bomba atas dedikasi, disiplin dan keberanian dalam menjalankan tugas.

Terima kasih wira merah!

Ikhlas daripada Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.







Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
KP MKN
Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)

BENGKEL PENGENALAN ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) IPOH, 30 April 2026 : Bengkel Pengenalan kepada Artificial Intelligence ...
04/05/2026

BENGKEL PENGENALAN ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI)

IPOH, 30 April 2026 : Bengkel Pengenalan kepada Artificial Intelligence (AI) telah diadakan hari ini bertempat di Makmal Spektrum, Perpustakaan Tun Razak. Bengkel ini telah disampaikan oleh Cik Amrina binti Ahmad dari MKN Putrajaya yang berkongsi ilmu serta pendedahan asas berkaitan teknologi AI dan aplikasinya dalam pelbagai bidang, khususnya dalam menyokong tugasan harian serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.

Program ini turut dihadiri oleh warga kerja MKN serta wakil daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Perak, Jabatan Penerangan Negeri Perak, Akademi Kenegaraan Malaysia dan Jabatan Komunikasi Komuniti. Semoga penganjuran bengkel ini memberi manfaat serta membuka ruang kepada penerokaan teknologi baharu ke arah transformasi digital yang lebih berkesan.





Selamat Hari Pekerja 2026 🇲🇾Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan k...
30/04/2026

Selamat Hari Pekerja 2026 🇲🇾

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja di Malaysia atas dedikasi, komitmen dan semangat yang tidak pernah luntur dalam memacu pembangunan negara.

Setiap usaha dan pengorbanan anda, sama ada di barisan hadapan mahupun di belakang tabir, adalah tunjang kepada kestabilan, keselamatan dan kemakmuran negara yang kita cintai.

Teruskan berkhidmat dengan penuh integriti, profesionalisme dan semangat kebersamaan demi Malaysia yang lebih aman dan sejahtera.

“Pekerja Kesuma Bangsa”





Selamat Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke 92 Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak merakamk...
27/04/2026

Selamat Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke 92

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Tentera Laut Diraja Malaysia atas jasa, pengorbanan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara.

Kecekalan dan pengorbanan anda semua menjadi benteng kukuh keselamatan maritim Malaysia serta menjamin kesejahteraan rakyat dan negara.

Semoga TLDM terus utuh dalam mempertahankan kedaulatan negara.





PROGRAM GOTONG-ROYONG CAKNA KOMUNITI-SANTUNI MADANI BERTEMPAT DI MASJID AL-TAUFIQIAH, KUALA SEPETANGProgram Gotong-Royon...
25/04/2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG CAKNA KOMUNITI-SANTUNI MADANI BERTEMPAT DI MASJID AL-TAUFIQIAH, KUALA SEPETANG

Program Gotong-Royong Cakna Komuniti Santuni MADANI telah berjaya dilaksanakan pada 25 April 2026 (Sabtu), dari jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Masjid Al-Taufiqiah, Kuala Sepetang. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Santuni MADANI bagi Kampung Menteri, Kuala Sepetang, Perak, dengan penglibatan aktif ahli jawatankuasa masjid serta penduduk setempat.

Pelaksanaannya bertujuan memupuk semangat kerjasama, memperkukuh perpaduan komuniti serta meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan kawasan masjid.

Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan kira-kira 50 orang peserta. Turut hadir memberikan sokongan ialah YBrs. Tuan Mohd Khairol Iwan bin Mat Khairi, Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Perak bagi DUN Kuala Sepetang, yang kehadirannya telah menyuntik semangat kepada komuniti untuk terus aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Selain itu, sesi penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada penduduk kampung telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohd Zawawi bin Zakaria, Pengarah Keselamatan Negeri, diiringi YBrs. Tuan Firdaus Azmir bin Md Nor, Ketua Penolong Pengarah dan YBrs. Tuan Nasaruddin bin Mawi, Penghulu Mukim Matang.

Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk kerja-kerja pembersihan kawasan dalam dan luar masjid, penyelenggaraan serta mengecat dinding zink masjid. Program ini turut membuka ruang interaksi bersama komuniti setempat.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan, termasuk meningkatkan kebersihan dan keceriaan Masjid Al-Taufiqiah, mengeratkan hubungan antara kerajaan dan masyarakat serta menyemai semangat kesukarelawanan dalam kalangan peserta. Usaha ini turut mencerminkan pendekatan Malaysia MADANI dalam memperkukuh kesejahteraan komuniti secara inklusif. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi manfaat bersama.





Address

Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak, Jabatan Perdana Menteri, Tingkat 9, Bangunan KWSP, Jalan Greentown, Peti Surat 648
Ipoh
30770

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6052538111

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share