Pusat Penyelidikan Mineral

Pusat Penyelidikan Mineral PPM merupakan sayap penyelidikan (R&D&C) bagi Jabatan Mineral & Geosains Malaysia (JMG).

PEMBENTANGAN KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN LOJI PERINTIS DAN PENGKOMERSIALAN MAGNESIUM OKSIDA BERKETULENAN TINGGI DARIPADA...
12/06/2026

PEMBENTANGAN KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN LOJI PERINTIS DAN PENGKOMERSIALAN MAGNESIUM OKSIDA BERKETULENAN TINGGI DARIPADA DOLOMIT TEMPATAN

KANGAR, 12 JUN 2016 - Satu sesi pembentangan kertas cadangan mengenai Pembangunan Loji Perintis dan Pengkomersialan Magnesium Oksida (MgO) Berketulenan Tinggi Daripada Dolomit Tempatan telah diadakan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis.

Sesi ini telah dipengerusikan oleh Tuan Aizal bin Mazlan, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perlis manakala taklimat pembentangan telah disampaikan oleh Dr. Zulkhairi bin Zakaria selaku Ketua Projek Pengekstrakan MgO daripada Pusat Penyelidikan Mineral (PPM).

Hadir sama dalam sesi tersebut adalah delegasi PPM yang terdiri daripada Dr. Rohaya binti Othman, Ketua Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB), menjalankan tugas Pengarah Kanan PPM, Pn. Siti Mazatul Azwa binti Saiyed Mohamed Nurddin, Ketua Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT), Puan Marlinda binti Daud, Pegawai Penyelidik, Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP) dan En. Ahmad Azib bin Ahmad, Pembantu Penyelidik CTBT.

Sesi ini turut dihadiri oleh beberapa wakil agensi lain termasuk Puan Amira Aziera binti Abdullah, wakil Pejabat Kewangan Negeri Perlis, Puan Syahirah Nadiah binti Mohd Johari, wakil Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis serta Cik Atilia binti Bashardin, wakil Jabatan Mineral dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang.

Tujuan pembentangan ini adalah untuk memperkenalkan teknologi inovatif penghasilan MgO berketulenan tinggi daripada dolomit tempatan bagi membuka peluang pembangunan industri mineral bernilai tinggi di Perlis. Hasil perbincangan, pihak PTG Perlis menyatakan sokongan terhadap kertas cadangan ini kerana potensinya menyumbang kepada ekonomi negeri, meningkatkan nilai tambah mineral tempatan, menggalakkan pelaburan industri, serta mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi. Sokongan ini menjadi langkah penting dalam merealisasikan komersialan produk MgO tempatan ke pasaran domestik dan antarabangsa.

🕊️ Selamat Bersara, En. Vetrivel! 🕊️Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas segala jasa, komitmen da...
09/06/2026

🕊️ Selamat Bersara, En. Vetrivel! 🕊️

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas segala jasa, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Seorang yang mudah mesra dan sangat ringan tulang membantu rakan seperjuangan—itulah personaliti pada figura yang amat dikagumi ini.

Selamat menempuh alam persaraan kepada En. Vetrivel a/l Govindasamy.
Semoga persaraan ini memberi lembaran baru yang penuh dengan kebahagiaan bersama keluarga tercinta.

Selamat bersara dan terima kasih! Terima kasih atas segala-galanya daripada kami di PPM.








PERKHIDMATAN UJIAN BATU DIMENSI (UBD) DI PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIASkop Pelaksana...
03/06/2026

PERKHIDMATAN UJIAN BATU DIMENSI (UBD) DI PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

Skop Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti bagi
Perkhidmatan Ujian Batu Dimensi (UBD) di Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB), Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) adalah berdasarkan standard MS ISO 9001:2015.

Perkhidmatan UBD kepada pelanggan dalaman dan luaran yang diberikan merangkumi ujian-ujian pencirian fizikal seperti berikut:
• Ujian Penyerapan (Absorption) ASTM C97/ C97M
• Ujian Graviti Tentu Pukal (Bulk Specific Gravity) ASTMC97/C97M
• Ujian Kekuatan Mampatan (Compressive Strength) ASTM C170/170M
• Ujian Kepecahan Modulus (Modulus of Rupture) ASTM C99/C99M
• Ujian Kekuatan Lenturan (Flexural Strength) ASTM C880/C880M
• Ujian Koefisien Pengembangan Terma (Coefficient of Thermal Expansion) ASTM C531
• Ujian Ketahanan Lelasan (Abrasion Resistance) ASTM C241/C241M
• Ujian Ketahanan Lelasan Menggunakan Taber Abraser (Abrasion Resistance using Taber Abraser) ASTM C1353/ C1353M

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini, sila layari www.jmg.gov.my atau hubungi 05-5477052.











PERKHIDMATAN UJIAN PEMPROSESAN MINERAL (UPM) DI PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIASkop Pe...
03/06/2026

PERKHIDMATAN UJIAN PEMPROSESAN MINERAL (UPM) DI PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

Skop Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti bagi Perkhidmatan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM) di Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM), Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) adalah berdasarkan standard MS ISO 9001:2015.
Perkhidmatan Ujian Pemprosesan Mineral ini ditawarkan bagi bijih timah, bijih besi, bijih emas dan pasir silika kepada pelanggan dalaman dan luaran.

Perkhidmatan ini merangkumi ujian-ujian pemprosesan seperti berikut:
• Ujian Taburan Saiz Partikel
• Ujian Penentuan Komposisi Kimia Sampel Dengan Menggunakan Alat Spektrometer Pendaflor Sinar-X (XRF)
• Analisis Kandungan Mineral
• Ujian Penentuan Kandungan Stanum (Sn) Dalam Bijih
• Ujian Penentuan Kandungan Ferum (Fe) Dalam Bijih
• Ujian Penentuan Kandungan Emas (Au) dalam Bijih
• Ujian Penentuan Kandungan Sulfur (S) Dalam Bijih
• Ujian Penentuan Kandungan Organik
• Ujian Penentuan Kandungan Silikon Dioksida (SiO2) Dalam Pasir Silika
• Ujian Penentuan Kandungan Ferum (Fe) Menggunakan Alat UV-VIS Spektrofotometer
• Ujian Penentuan Kandungan Titanium (Ti) Menggunakan Alat UV-VIS Spektrofotometer Ujian Penentuan Kandungan Aluminium (Al) Menggunakan Alat Spektrofotometer Serapan Atom (AAS)
• Ujian Penentuan Kandungan Kalsium (Ca) dan Magnesium (Mg)
• Ujian Pengisaran
• Ujian Pengasingan Graviti Menggunakan Alat Jig dan Meja Ayun
• Ujian Pengasingan Bermagnet Menggunakan Alat Pemisah Bermagnet Dwi Cakera (DDMS) dan Alat Pengasingan Bermagnet Berkeamatan Tinggi Cara Basah (WHIMS)
• Ujian Pengapungan Buih
• Ujian Pengasingan Bervoltan Tinggi
• Ujian Penggosok Geseran (Attrition Scrubbing)
• Ujian Penentuan Fasa Mineral Menggunakan Alat Pembelauan Sinar-X (XRD)
• Ujian Penentuan Kandungan Karbon (C) dan Sulfur (S)

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini, sila layari www.jmg.gov.my atau hubungi 05-5477052.











Selamat menyambut Hari Gawai kepada semua rakan-rakan yang meraikannya. Semoga sambutan kali ini membawa limpahan rezeki...
31/05/2026

Selamat menyambut Hari Gawai kepada semua rakan-rakan yang meraikannya. Semoga sambutan kali ini membawa limpahan rezeki, keharmonian yang berpanjangan dan hidup sentiasa diberkati. Semoga semangat perayaan ini terus menyinari jiwa dan mengeratkan kasih sayang.

Ikhlas daripada seluruh warga Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

Penyelidikan Mineral






DAULAT TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTU...
31/05/2026

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada seluruh warga kerja Pusat Penyelidikan Mineral.

"Selamat Hari Wesak daripada Warga PPM"Semoga sambutan Wesak tahun ini membawa ketenangan minda dan keharmonian dalam ji...
30/05/2026

"Selamat Hari Wesak daripada Warga PPM"

Semoga sambutan Wesak tahun ini membawa ketenangan minda dan keharmonian dalam jiwa. Mari kita terus memupuk semangat perpaduan dan rasa hormat antara satu sama lain demi kesejahteraan bersama.







🌾 KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN! 🌾Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamata...
29/05/2026

🌾 KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN! 🌾

Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada masyarakat di negeri Sabah yang meraikannya.

Menghayati tema Pesta Kaamatan tahun ini:

"Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian"

Marilah kita bersama-sama memperkukuh ikatan perpaduan dan mengekalkan keharmonian yang menjadi teras kekuatan kepelbagaian bangsa kita. Semangat kebersamaan inilah yang mendorong kita untuk terus memelihara kemampanan khazanah bumi demi kesejahteraan masa hadapan negara.

Semoga sambutan tahun ini membawa limpahan rezeki, kebahagiaan, dan kedamaian yang berpanjangan buat kita semua.









Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam.Semoga Aidiladha ini menyemai keikhlasan dalam pengorban...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam.
Semoga Aidiladha ini menyemai keikhlasan dalam pengorbanan,
mengukuhkan ukhuwah serta membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua.

Indah cahaya pelita di malam mulia,
Berseri takbir memuji Yang Esa,
Aidiladha hadir penuh makna,
Mengajar erti ikhlas dan setia.

Ikhlas daripada kami,
Seluruh Warga Pusat Penyelidikan Mineral
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

Maaf Zahir dan Batin







Inovasi CALTRIX bersama Ts. Zawawi bin Mahim di ITEX'26.
21/05/2026

Inovasi CALTRIX bersama Ts. Zawawi bin Mahim di ITEX'26.

Check out Jabatan Mineral dan Geosains’s video.

Address

Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral & Geosains Malaysia, Jalan Sultan Azlan Shah
Ipoh
31400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6055477052

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Penyelidikan Mineral posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share