SME Corp. Malaysia - Perak

SME Corp. Malaysia - Perak SME Corp. Malaysia adalah sebuah agensi penyelaras pusat program dan polisi PKS di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC)

Address

Level 9 Techno-Trade Center (PTTC ), Off Jalan Jelapang, Bandar Meru Raya
Ipoh
30020

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6055291621

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SME Corp. Malaysia - Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SME Corp. Malaysia - Perak:

Share

Mengenai Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) merupakan agensi penyelaras pusat di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang menyelaras pelaksanaan program pembangunan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merentasi kesemua Kementerian dan agensi yang berkaitan. Ia bertindak sebagai pusat rujukan bagi penyelidikan dan penyebaran data berkaitan PKS dan usahawan, serta menyediakan khidmat nasihat untuk PKS dan usahawan di seluruh negara. SME Corp. Malaysia juga berperanan sebagai Sekretariat kepada Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (MPUPK), yang dipengerusikan oleh oleh Perdana Menteri Malaysia.

SME Corp. Malaysia bermula pada 2 Mei 1996, apabila sebuah agensi khusus telah ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi memacu pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS) dengan menyediakan sokongan infrastruktur, bantuan kewangan, khidmat nasihat, akses pasaran dan pelbagai program sokongan yang lain. Dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), matlamatnya adalah bagi membangunkan IKS Malaysia yang berkeupayaan dan berdaya tahan agar mampu berdaya saing di pasaran global.

Pada tahun 2004, Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) telah ditubuhkan bagi memastikan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia secara menyeluruh dan terselaras. Sebagai badan pembuat dasar tertinggi bagi keseluruhan pembangunan PKS, peranannya adalah untuk menggubal strategi bagi pembangunan PKS merentasi kesemua sektor ekonomi; menyelaras program PKS yang dilaksanakan oleh Kementerian dan agensi berkaitan; menggalakkan kerjasama dengan sektor swasta; dan memastikan keberkesanan pelaksanaan keseluruhan program PKS di negara ini. Inisiatif di bawah MPPK termasuk meningkatkan akses kepada pembiayaan; penyusunan semula kewangan; penyelarasan khidmat nasihat, maklumat, latihan dan pemasaran; dan pangkalan data PKS yang menyeluruh bagi memantau kemajuan PKS merentasi kesemua sektor ekonomi.

Pada tahun 2007, MPPK telah memutuskan untuk membentuk sebuah agensi yang khusus bagi menggubal dasar dan strategi menyeluruh bagi PKS dan memacu program PKS merentasi Kementerian dan agensi. SMIDEC telah ditugaskan untuk memikul peranan ini dan ia telah dijenamakan semula secara rasmi sebagai SME Corp. Malaysia pada 2 Oktober 2009. Sementara itu, dengan lebih penekanan kini diberikan terhadap pembangunan keusahawanan, MPPK telah dijenamakan semula sebagai Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (MPUPK) pada 8 April 2019.