24/05/2026
Balai Seni Negara Cawangan IPOH merakam setinggi penghargaan kepada para Artis dan Artisan (pembantu artis) yang terlibat dalam Program Arca Pualam pada 18 hinngga 23 Mei 2026 bertempat di Ipoh, Perak.
Pengarca negara yang terlibat dalam program ini antaranya Ramlan Abdullah yang dibantu oleh Adib Ramlan dan Abdul Hamid , Choong Kam Kow dibantu Zahir Ismail, Raja Shahriman Raja Aziddin dibantu Iskandar Murad dan Abdul Hamid, Ibrahim Mohd Don dibantu oleh Amir Hakimie , Tan Vooi Yam dibantu Nazri Abdullah, sementara Daud Abdul Rahim dan Hilal Mazlan secara individu
Program ini merupakan inisiatif dalam mengangkat keunikan material geologi tempatan melalui pendekatan seni sezaman menerusi penghasilan karya arca berasaskan batu kapur, khazanah alam yang sinonim dengan negeri Perak dan bandaraya Ipoh.
Selain membuka dimensi baharu dalam interaksi estetik terhadap sumber alam semula jadi, program ini turut berpotensi memperkukuh sektor pelancongan seni dan budaya serta memperkenalkan identiti seni tempatan yang unik kepada masyarakat dan pelancong, sekali gus menarik minat orang ramai untuk berkunjung ke Balai Seni Negara Cawangan Ipoh yang bakal dibuka tidak lama lagi.
MalaysiaMADANI
taatsetia