Women.Family.Welfare

Women.Family.Welfare Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Negeri Perak

26/10/2022
๐ŸŒน Sukacita dimaklumkan, Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak akan mengadakan Program Literasi Unda...
26/10/2022

๐ŸŒน Sukacita dimaklumkan, Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak akan mengadakan Program Literasi Undang-Undang Syariah : Hak- Hak Wanita Dalam Perundangan Islam Tahun 2022.

๐Ÿ“Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada wanita tentang hak-hak wanita dalam perundangan islam bagi menjamin kesejahteraan bersama.

๐Ÿ“Program ini akan dijalankan pada ketetapan yang berikut :

โžก๏ธ Tarikh : 28 Oktober 2022 (Jumaat)
โžก๏ธ Masa : 8.30 Pagi - 4.30 Petang
โžก๏ธ Tempat : Dewan Bankuet, SUK Perak, Ipoh.

๐Ÿ“Œ Untuk makluman YBhg Datoโ€™/Tuan/Puan jua, sepanjang program ini akan diadakan Klinik Khidmat Nasihat Guaman Syarie PERCUMA bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 4.00 petang.

๐Ÿ“Selain itu perkhidmatan kaunter pameran oleh beberapa agensi berkaitan turut disediakan. Oleh itu, peluang ini boleh digunakan oleh wanita dan masyarakat sebaiknya untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rujukan bagi isu dalam perundangan Islam khususnya.

๐Ÿ“Cabutan bertuah juga menanti anda. Berminat untuk sertai kami? Boleh mendaftar di link dibawah atau scan Qr Code yang tertera.

Link Pendaftaran : https://forms.gle/jwcRv568m9soadFV8

Jumpa disana โ€ผ๏ธ

๐ŸŒนSalam Maulidur Rasul 1444H๐ŸŒนSesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhamm...
09/10/2022

๐ŸŒนSalam Maulidur Rasul 1444H๐ŸŒน

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.

[Al-Ahzab: 56]

Selamat Menyambut Hari Warga Emas ๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ
01/10/2022

Selamat Menyambut Hari Warga Emas ๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ

YB Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat & NGO ...
30/09/2022

YB Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat & NGO Negeri Perak di Majlis Perasmian Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Daerah Perak Tengah anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah di Bota Kanan, Perak.

Seiring dengan tema Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia pada tahun ini โ€œMelangkah ke hadapan: didik & sokong penyusuan susu ibu!โ€, peranan semua pihak adalah amat penting bagi menggalakkan ibu-ibu meneruskan penyusuan bayi secara eksklusif. Fokus sambutan pada tahun ini adalah untuk melindungi, mempromosi dan menyokong penyusuan susu ibu dari pelbagai pihak termasuk pihak kerajaan, sistem kesihatan, tempat kerja dan komuniti untuk wujudkan suasana mesra ibu dan sokongan penyusuan susu ibu.

29/09/2022 Mesyuarat bersama JKM Negeri Perak, Sekretariat Wanita Perak dan Daerah Bagan Datuk.
30/09/2022

29/09/2022

Mesyuarat bersama JKM Negeri Perak, Sekretariat Wanita Perak dan Daerah Bagan Datuk.

Majlis Perasmian Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Langkap oleh YB Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin, Pengerusi Jawatan...
30/09/2022

Majlis Perasmian Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Langkap oleh YB Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat & NGO Negeri Perak.

Dasar Warga Emas Negara (DWEN) merupakan komitmen Kerajaan ke arah mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati serta serta mengoptimumkan potensi diri melalui penuaan sihat, positif, aktif, produktif dan menyokong peningkatan kesejahteraan hidup dalam pembangunan negara.

Pusat Aktivti Warga Emas ini ditubuhkan supaya komuniti warga emas mempunyai tempat untuk mereka berinteraksi dan bersosial sesama sendiri. Selain itu, ia sebagai satu wadah perkongsian ilmu berkaitan agama, budaya, dan beberapa pengetahuan serta kemahiran. Dan yang paling utama PAWE adalah memberi kemudahan kepada golongan warga emas meliputi kualiti hidup, masa selari dengan konsep warga emas aktif hidup produktif.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSelamat Menyambut Hari Malaysia16 September 2022๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
16/09/2022

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Selamat Menyambut Hari Malaysia
16 September 2022
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Pelancaran Dana Perubatan Sejahtera (Pembedahan Kecil) dengan kerjasama Anson Bay Medical Centre, Teluk Intan, Perak yan...
16/09/2022

Pelancaran Dana Perubatan Sejahtera (Pembedahan Kecil) dengan kerjasama Anson Bay Medical Centre, Teluk Intan, Perak yang dirasmikan oleh YB Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat & NGO Negeri Perak.

Dana perubatan ini akan manfaatkan peduduk disekitar daerah Hilir Perak, Bagan Datuk & Perak Tengah agar lebih ramai golongan terutama dalam kawasan luar bandar memohon dana perubatan ini selaras dengan pelan Perak Sejahtera 2030 dengan sasaran Sejahtera Sosial.

Turut sama hadir ADUN Changkat Jong, ADUN Belanja dan wakil ADUN Sungai Manik juga Hutan Melintang dalam majlis tersebut.

Maklumat lanjut hubungi Wanita Perak & Anson Bay Medical Centre

Salam Kemerdekaan ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
30/08/2022

Salam Kemerdekaan ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Majlis Jalinan MESRA YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad bersama Golongan OKU Negeri Perak 2022Program a...
27/08/2022

Majlis Jalinan MESRA YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad bersama Golongan OKU Negeri Perak 2022

Program anjuran dibawah portfolio YB Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat & NGO bersama Sekretariat Wanita Perak akan diadakan pada :

๐Ÿ“28 Ogos 2022 | Ahad
๐Ÿ“2.00 hingga 5.00 petang
๐Ÿ“Arena Square Batu Gajah

โ€ผ๏ธSEMUA DIJEMPUT HADIRโ€ผ๏ธ

Address

Ipoh

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Women.Family.Welfare posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share