06/05/2026
DARI TEORI KE REALITI: PENGEMBARAAN SAINTIFIK PELAJAR UNIVERSITI MALAYA KE DUNIA MINERAL & REE JMG
Pada 30 April 2026, Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah menerima lawatan seramai 55 orang pelajar, pensyarah dan kakitangan dari Universiti Malaya. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada kerja lapangan kursus Geologi Ekonomi/Perlombongan, yang mendedahkan pelajar Tahun 2 kepada dunia pemineralan bijih dan perlombongan.
Rombongan telah dibawa meneroka Makmal Mineralogi dan Petrologi serta Makmal Kimiabumi, termasuk fasiliti seperti Bilik Lapidari, Kolam Mendulang, Bilik Mikroskop dan Makmal Kejuruteraan. Para pelajar turut didedahkan kepada proses penting seperti penyediaan keratan nipis, analisis QME, ujian kejuruteraan serta pengurusan sampel batuan.
Di Makmal Kimiabumi, mereka diperkenalkan kepada analisis unsur nadir bumi (REE) menggunakan teknologi ICP-MS, sekali gus memberi gambaran jelas tentang aplikasi sebenar sains bumi dalam persekitaran makmal moden.