Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak - PERAK SADC

Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak - PERAK SADC VISI PERAK SADC
-Menjadi agensi peneraju pembangunan pertanian yang unggul dan dihormati.
(1)

We are proud of your remarkable achievement, our Chief Executive Officer, Encik Mohd Azhar Mohd Yusof. Your leadership, ...
02/06/2026

We are proud of your remarkable achievement, our Chief Executive Officer, Encik Mohd Azhar Mohd Yusof. Your leadership, perseverance and commitment to excellence continue to inspire us all and set a strong example for the team.

Credit to : Kepimpinan Malaysia

Mohd Azhar Mohd Yusof marks a significant milestone in his leadership journey as he takes on the role of Chief Executive Officer at Perak State Agricultural Development Corporation. This appointment reflects his extensive experience in corporate leadership, finance, governance, strategic transformat...

DIRGAHAYU TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIASERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PER...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

sempena

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku

pada

1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Sembah Takzim daripada
Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC)


Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha yang meraikannya. Semoga sambutan ini membawa ketenangan, kedamaian da...
31/05/2026

Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha yang meraikannya. Semoga sambutan ini membawa ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan buat semua.

Dalam kepelbagaian yang menjadi kekuatan kita, semangat saling menghormati dan hidup harmoni terus menyatukan kita sebagai sebuah masyarakat yang aman dan sejahtera.

Perak SADC mengucapkan Selamat Hari Wesak dan semoga nilai perpaduan, keharmonian serta kebersamaan terus mekar demi kesejahteraan bersama.


πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 π˜π€π€π’πˆπ, π“π€π‡π‹πˆπ‹ 𝐃𝐀𝐍 πƒπŽπ€ π’π„π‹π€πŒπ€π“ π’π„πŒππ„ππ€ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ”π“π„π‘π€π€π πŠπ„ππ€π–π€π‡ πƒπ”π‹πˆ π˜π€ππ† πŒπ€π‡π€ πŒπ”π‹πˆπ€ π’π„π‘πˆ ππ€πƒπ”πŠπ€ ππ€π†πˆππƒπ€ π˜π€...
29/05/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 π˜π€π€π’πˆπ, π“π€π‡π‹πˆπ‹ 𝐃𝐀𝐍 πƒπŽπ€ π’π„π‹π€πŒπ€π“ π’π„πŒππ„ππ€ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ”π“π„π‘π€π€π πŠπ„ππ€π–π€π‡ πƒπ”π‹πˆ π˜π€ππ† πŒπ€π‡π€ πŒπ”π‹πˆπ€ π’π„π‘πˆ ππ€πƒπ”πŠπ€ ππ€π†πˆππƒπ€ π˜π€ππ† πƒπˆ-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 π€π†πŽππ† ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ ππ„π‘π€πŠ 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 π‘πˆπƒπ™π”π€π πŸπŸ’πŸπŸ•π‡/πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ | πŸπŸ— πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”| πˆππŽπ‡

DYAM Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan 1417H/2026M yang berlangsung di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh.

DYAM Tuanku turut berkenan menunaikan Solat Jumaat bersama para jemaah. Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad; YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta barisan Pengarah, Ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan serta Negeri.

Majlis yang penuh keberkatan ini mencerminkan semangat perpaduan, kesetiaan serta rasa syukur seluruh rakyat dan kepimpinan negeri dalam menzahirkan taat setia kepada institusi Raja Berperlembagaan.

Semoga sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, terus memperkukuh kesejahteraan, kemakmuran dan keharmonian negara, di samping mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan dilimpahi rahmat serta petunjuk Allah SWT dalam menerajui negara.


ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πˆππ€πƒπ€π‡ πŠπŽπ‘ππ€π 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 πŠπ„π‘π‰π€ ππ„π‘π€πŠ 𝐒𝐀𝐃𝐂 πŸπŸŽπŸπŸ” | πŸπŸ— πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ” | πˆππŽπ‡Bersempena Aidiladha ini, Perak SADC telah menganj...
29/05/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πˆππ€πƒπ€π‡ πŠπŽπ‘ππ€π 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 πŠπ„π‘π‰π€ ππ„π‘π€πŠ 𝐒𝐀𝐃𝐂 πŸπŸŽπŸπŸ” | πŸπŸ— πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ” | πˆππŽπ‡

Bersempena Aidiladha ini, Perak SADC telah menganjurkan acara tahunan , Program Ibadah Korban Warga Kerja Perak SADC 2026 yang menjadi simbol kebersamaan, kesyukuran dan semangat berkongsi rezeki dalam kalangan warga kerja serta masyarakat yang memerlukan. Sebanyak tiga ekor lembu korban telah diagihkan kepada penerima yang layak.

Majlis ini turut disempurnakan oleh wakil pengurusan tertinggi Perak SADC, Ketua Jabatan Operasi Perladangan, Encik Noorasidi Mohamed Noordin. Manakala wakil penerima agihan daging korban bagi golongan asnaf dan anak yatim diwakili oleh Ketua Seksyen Korporat Sosial, Encik Mohd Yusree Mohd Radzuan dan wakil penerima agihan daging korban bagi warga kerja, Ketua Seksyen Keselamatan Perak SADC, Encik Syed Aris Syed Akmal.

Program ini bukan sekadar memenuhi tuntutan ibadah korban, malah menghayati hikmah pengorbanan, memperkukuh ukhwah serta menyemai rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan.

Semoga semangat kebersamaan dan keprihatinan ini terus menjadi komitmen berterusan Perak SADC dalam memupuk nilai kemanusiaan dan kesejahteraan masyarakat.


π’πŽπ‹π€π“ 𝐒𝐔𝐍𝐀𝐓 π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ 𝐃𝐀𝐍 πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’π€πŒππ”π“π€π π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ | πŸπŸ• πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ” | πˆππŽπ‡Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Da...
27/05/2026

π’πŽπ‹π€π“ 𝐒𝐔𝐍𝐀𝐓 π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ 𝐃𝐀𝐍 πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’π€πŒππ”π“π€π π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ | πŸπŸ• πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ” | πˆππŽπ‡

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan bercemar duli berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Idris Shah II dan Majlis Sambutan Aidiladha di Dewan Bandaran Ipoh.

Berangkat sama ke majlis ini, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa & DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.

Ketibaan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan disambut oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad. Turut hadir ialah YB Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, Dato’ Seri Mohammad Zahir Dato’ Abdul Khalid; YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin serta barisan Ketua Jabatan dan Agensi.

Sambutan Aidiladha ini membawa makna besar dalam menyemarakkan nilai pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan demi membina Negeri Perak yang aman, maju dan sejahtera.

Keberangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ke majlis ini turut mencerminkan keprihatinan Baginda terhadap rakyat serta memperkukuh hubungan erat antara Institusi Raja dan rakyat jelata.

Semoga Aidiladha terus menyatukan rakyat, memperkukuh semangat perpaduan dan menyemarakkan nilai pengorbanan demi kemakmuran serta kesejahteraan Negeri Perak Darul Ridzuan.


SALAM AIDILADHA 1447HAidiladha mengajar erti keikhlasan, pengorbanan dan amanah dalam setiap usaha yang dilaksanakan.Sem...
26/05/2026

SALAM AIDILADHA 1447H

Aidiladha mengajar erti keikhlasan, pengorbanan dan amanah dalam setiap usaha yang dilaksanakan.

Semangat ini sentiasa menjadi tunjang kepada warga Perak SADC dalam menjalankan tugasan harian dengan penuh komitmen serta rasa tanggungjawab kepada rakyat dan Negeri Perak.

Semoga sambutan Aidiladha ini terus menyatukan hati, memperkukuh semangat kerja berpasukan dan menjadi inspirasi untuk terus melangkah lebih jauh dengan cemerlang.


25/05/2026

Address

3, Jalan Taman Kinta, Taman Chateau
Ipoh
30250

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30

Telephone

+6052537924

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak - PERAK SADC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak - PERAK SADC:

Share