2 WKSP BGD

2 WKSP BGD BERTUKANG DAN BERJUANG

17/03/2026
π’π€π‹π€πŒ π‘π€πŒπ€πƒπ‡π€π 𝐀𝐋-πŒπ”ππ€π‘π€πŠ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡/πŸπŸŽπŸπŸ”πŒPegawai Pemerintah serta seluruh warga 2 Woksyop Briged mengucapkan Selamat Menyamb...
18/02/2026

π’π€π‹π€πŒ π‘π€πŒπ€πƒπ‡π€π 𝐀𝐋-πŒπ”ππ€π‘π€πŠ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡/πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ

Pegawai Pemerintah serta seluruh warga 2 Woksyop Briged mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1447H buat seluruh umat Islam.

Semoga kehadiran bulan yang penuh rahmat, keberkatan dan keampunan ini menjadi ruang terbaik untuk kita mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wata’ala, di samping memperkukuhkan nilai kesabaran, disiplin dan keikhlasan dalam melaksanakan setiap amanah dan tanggungjawab.



𝟐 π–πŽπŠπ’π˜πŽπ ππ‘πˆπ†π„πƒ ππ„π‘πŠπ€π’π€ π“π„πŠππŽπ‹πŽπ†πˆ πˆππŽπ•π€π“πˆπ… 𝐃𝐀𝐍 πŠπ‘π„π€π“πˆπ…SUNGAI BESI, 30 Oktober 2025: Pasukan 2 Woksyop Briged melakar ke...
31/10/2025

𝟐 π–πŽπŠπ’π˜πŽπ ππ‘πˆπ†π„πƒ ππ„π‘πŠπ€π’π€ π“π„πŠππŽπ‹πŽπ†πˆ πˆππŽπ•π€π“πˆπ… 𝐃𝐀𝐍 πŠπ‘π„π€π“πˆπ…

SUNGAI BESI, 30 Oktober 2025: Pasukan 2 Woksyop Briged melakar kecemerlangan setelah dinobatkan sebagai Johan bagi Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Kategori Primer Penyampaian Perkhidmatan (Penambahbaikan). Majlis Anugerah Inovasi Tentera Darat 2024 yang disempurnakan oleh Jeneral Tan Sri Dato' Seri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Tentera Darat telah berlangsung dengan gemilang pada 29 Oktober 2025 di Wisma Perwira Tentera Darat.

Kejayaan ini telah membuktikan keupayaan Tim KIK pasukan 2 Woksyop Briged dengan keberhasilan Projek inovasi "Mr Hammer" iaitu sebuah mesin pengetuk kartus kosong yang berupaya mengetuk, mengira dan menimbang kartus kosong sebelum proses pelupusan dilaksanakan.

Pencapaian 2 Woksyop Briged secara tidak langsung menyumbang kepada kejayaan formasi 4 Divisyen yang merangkul Johan Keseluruhan bagi Anugerah Pengurusan dan Inovasi Tentera Darat (APITD) Tahun 2024.

Syabas dan Tahniah!







πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 ππ€πŠπ€π“ 𝟐 π–πŽπŠπ’π˜πŽπ ππ‘πˆπ†π„πƒIPOH, 25 Mei 25 – Pasukan 2 Woksyop Briged telah melaksanakan Mesyuarat Agung BAKA...
28/06/2025

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 ππ€πŠπ€π“ 𝟐 π–πŽπŠπ’π˜πŽπ ππ‘πˆπ†π„πƒ

IPOH, 25 Mei 25 – Pasukan 2 Woksyop Briged telah melaksanakan Mesyuarat Agung BAKAT 2 Woksyop Briged yang melibatkan seramai 50 orang ahli BAKAT pasukan bertempat di Ayubella Wedding and Event, Ipoh.

Ketibaan Pegawai Pemerintah, Mej Ts. Muhamad Khairul Hazwan bin Radzali bersama isteri Mej Nor Aien binti Mohd Anuar TUDM selaku Pengerusi BAKAT 2 Wksp Bgd disambut oleh ahli BAKAT pasukan dengan acara bergambar.

Pegawai Pemerintah terlebih dahulu menyampaikan ucapan pembukaan sebelum mesyuarat dimulakan. Seusai mesyuarat, acara diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada AJK sebelumnya dan juga sijil perlantikan kepada AJK yang baru.

Turut diadakan adalah penyampaian cenderahati oleh Pengerusi BAKAT kepada ahli BAKAT yang telah melahirkan cahaya mata.

Pelaksanaan mesyuarat ini merupakan acara tahunan yang membincangkan aktiviti dan takwim sepanjang tahun 2025 serta membincangkan hal-hal berkaitan kebajikan keluarga. Selain itu, mesyuarat ini menjadi salah satu medium untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan ukhuwah dikalangan ahli BAKAT.

-ππ„π‘π“π”πŠπ€ππ† 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐔𝐀𝐍𝐆-


ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 π“π„π‘πˆπŒπ€ 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 πŠπŽπŒππ„ππˆ 𝐒𝐀𝐑𝐉𝐀𝐍 πŒπ„π‰π€π‘IPOH, 22 Mei 2025 - Perbarisan Serah Terima Tugas Kompeni Sarjan Mejar...
28/06/2025

ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 π“π„π‘πˆπŒπ€ 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 πŠπŽπŒππ„ππˆ 𝐒𝐀𝐑𝐉𝐀𝐍 πŒπ„π‰π€π‘

IPOH, 22 Mei 2025 - Perbarisan Serah Terima Tugas Kompeni Sarjan Mejar 2 Woksyop Briged telah dilaksanakan di perkarangan pasukan dimulakan dengan Pemeriksaan Perbarisan dan ucapan oleh Kompeni Sarjan Mejar, PW II Mohd Halmi bin Md Salehen.

Acara diteruskan dengan upacara pemakaian pangkat dua anggota LLP iaitu LKpl Muhammad Saiful bin Rasda dinaikkan ke pangkat Koperal dan Kfn Muhamad Aziem Fitri bin Adnan dinaikkan ke pangkat Lans Koperal yang disempurnakan oleh Pegawai Pemerintah.

Pegawai Pemerintah seterusnya menyaksikan acara menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat oleh PW II Mohd Halmi bin Md Salehen kepada PW II Syahrul Kareemi bin Mohd Nor selaku Kompeni Sarjan Mejar yang baru.

Warga 2 Woksyop Briged mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada PW II Mohd Halmi bin Md Salehen atas segala khidmat bakti yang dicurahkan dan selamat maju jaya di tempat yang baru. Beliau akan dinaikkan pangkat ke Pegawai Waran I dan menjawat jawatan SMR di 74 Wksp Div. Tahniah dan selamat datang buat PW II Syahrul Kareemi bin Mohd Nor sebagai Kompeni Sarjan Mejar yang baru.

- ππ„π‘π“π”πŠπ€ππ† 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐔𝐀𝐍𝐆 -


30/03/2025
Aidilfitri kian menjelang tiba, Takbir bergema menggegar jiwa, Sekiranya ada salah dosa, Ampun dipinta dihari mulia.Pega...
27/03/2025

Aidilfitri kian menjelang tiba,
Takbir bergema menggegar jiwa,
Sekiranya ada salah dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.

Pegawai Pemerintah serta seluruh warga 2 Woksyop Briged mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H/2025M, Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat Islam.

Semoga syawal ini dipenuhi dengan kebahagiaan, keberkatan, dan kegembiraan bersama keluarga tersayang.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.



Address

Batu 2 ΒΎ, Jalan Tambun IPOH
Ipoh
30350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 2 WKSP BGD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share